29 September 2019

Personaliti Test : Haiwan yang anda lihat!


Hai semua.


Personaliti test kali nie untuk mengetahui keperibadian diri anda. Berdasarkan gambar di bawah, cuba pilih haiwan yang manakah anda nampak dulu:



Tanpa sedar kita sebenarnya memilih karakter yang paling kita suka. Maksudnya, jiwa atau hati kita yang menentukan pemilihan kita. It’s the essence of your soul that speaks to you!

Korang boleh semak jawapan berdasarkan haiwan yang dipilih :


1. Serigala

Serigala adalah simbol perlindungan. Orang yang tertarik kepada imej serigala adalah seorang yang passionate dan suka kepada kebaikan. Anda juga seorang yang setia dan penyayang. Walau bagaimanapun, seperti serigala itu sendiri, mereka menyembunyikan sifat lemah-lembut dan baik hati disebalik wajah garang dan kekuatan yang dipamerkan. Maksudnya, anda dari luar nampak seperti seorang yang garang dan bengis tetapi anda mempunyai hati yang baik. Anda melayan seseorang dengan tegas kerana anda sebenarnya sayang akan mereka dan supaya mereka menjadi orang yang berjasa dan berguna di masa hadapan.


2. Harimau

Jika anda melihat imej harimau, anda adalah orang yang menghadapi banyak kesukaran. Orang di sekeliling anda melihat anda sebagai trouble maker dan kekurangan kasih sayang. Tetapi sebenarnya anda seorang cekal dan tabah. Anda tahu siapa diri anda sebenar dan mempunyai matlamat jelas apa yang ingin anda capai. Masalah yang dihadapi sebenarnya membuat anda lebih kuat dan memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. 


3. Burung hantu

Jika anda melihat burung hantu, sifat keperibadian anda lebih tertumpu kepada semangat kerohanian dan  meditasi. Burung hantu secara tradisi dikaitkan dengan kebijaksanaan dan inner-self. Anda mempunyai sifat kreatif dan imaginasi yang tinggi dalam diri.  Anda mempunyai banyak idea dan selalu menggunakan critical-thinking untuk menyelesaikan masalah. Kekuatan anda datang dari inner-self dan hanya anda tahu apa yang anda mahukan.


4. Anak anjing

Jika anda melihat anak anjing, anda seorang yang mencintai kebebasan dan suka berfikir di luar kotak! Anda seorang yang ceria dan peramah. Orang sekeliling sangat suka berkawan dan senang bercerita dengan anda. Ini kerana anda seorang easy-going person. 


5. Ular Cobra

Kadangkala anda berasa kesunyian dan selalu mempertikaikan keupayaan diri sendiri dan mudah insecure. Tapi tahukah anda sejak zaman orang Mesir kuno, ular telah digembar-gemborkan sebagai tanda kebijaksanaan dan pelindung kerabat diraja. Cobra adalah ular beracun, yang membawa maksud berkuasa dan kebanyakkan mereka semuanya cantik. Anda cuma perlu fokus kepada kelebihan dan keunikan yang ada dalam diri anda. And be the best of your own version!


6. Singa

Sifat keperibadian yang anda sembunyikan adalah rasa marah anda. Singa itu dikenali dengan simbol kekuatan dan berbahaya. Anda selalu berfikir marah akan memburukkan lagi suasana. Tetapi, kemarahan sebenarnya untuk menunjukkan rasa ketidakpuas hati anda terhadap layanan buruk yang diberikan. Jika anda menahan rasa marah, orang akan mengambil kesempatan terhadap kebaikan anda dan anda akan mudah kecewa dalam hidup. The anger is a part of who you are, and the reason you get so mad is that you feel so passionately. Express your feeling to the deserved people!


7. Kelawar

Anda seorang yang pendiam dan menyesuaikan diri dengan apa yang berlaku di sekeliling anda pada setiap masa sebagai pengikut. Sebenarnya anda seorang yang pintar dan mempunyai banyak idea. Seperti kelawar yang terkenal disebabkan kemampuan untuk terbang dengan mata yang buta walaupun dalam keadaan gelap. Maksudnya, anda mampu bertahan dan keluar daripada masalah yang perit dan mencabar. Sudah tiba masanya untuk berhenti mengutamakan pandangan dan menjaga perasaan orang lain. Start by loving yourself first and tell your idea loudly. Become the next one that lead people because you are born to be a leader!



Thanks for reading!





credits to wakeupyourmind.net

8 comments:

  1. Wah macam2 binatang nampak nih, hehe

    ReplyDelete
  2. Serigala jugak! Hahahaha. Boleh kata 95% betul hehe

    ReplyDelete
  3. 1st binatang yang nampak ialah serigala..agak tepat juga dengan diri sendiri..hehe

    ReplyDelete
  4. Adalah sikit mengena di serigala itu.. :)

    ReplyDelete
  5. yang ni myra dah pernah buat and mmg dapat Serigala haha

    www.myrabeautydiary.com

    ReplyDelete

Thank you for leaving a comment.