10 November 2015

Pusat Asasi UiTM Dengkil, Selangor



Assalammualaikum,



Post kali nie ringkas dan bermutu. ececeh..bermutu bak hang. For the next sem 2 batch 2015/16, siswa siswi asasi tak kira lah asasi sains ke, engineer ke, tesl or law semua akan ditempatkan di sini, di UiTM Dengkil. UiTM Dengkil akan jadi Pusat Asasi UiTM, semua budak-budak yang next batch yang akan ambil foundation or asasi, all of them akan ditempatkan kat sini. Dah tak tumpang Uitm kak dan abang senior dah. Dah tak kacau diorang sambung degree dan diploma. Jadi, dengan tertubuhnya UiTM Dengkil secara rasminya budak asasi seluruh negara dikumpulkan di tempat sendiri, Uitm Dengkil. *Tepuk tangan. We should proud to had our own Uitm kan dak-dak asasi?


Jadi, sebelum berfungsinya UitM Dengkil pada bulan Disember ni, kami Sekretiat Mahasiswa Asasi a.k.a SMA berpeluang untuk jejakkan kaki di Uitm Dengkil nie untuk melihat perkembangan Uitm ni sendiri. Adakah kelengkapan dah siap ke belum? luas dewan macam mana? Library besar ke tak? Dewan makan sempurna ke tak? Rumah kediaman atau bilik besar dan luas ke tak? Hah. benda tu lah yang kami kena survey dan maklumkan kepada anda semua dak-dak asasi. So lets begin.






Tempat pertama kami survey sesudah sampai ke sini ialah Dewan makan atau cafeteria. Dewan makan ni luas sangat tapi terbuka. Its mean kau boleh tengok rumput-rumput kat luar dan pokok-pokok. Dah tak tertutup makan kkpr dah eh. Meja dan kerusi berlambak. kalau dulu kat kkpr dan kkpa mesti tak cukup kerusi nak makan dan study sampai curi guna kerusi tv yg panjang tu kan. desperate sangat. mengaku.  macam lah kita tak tahu..hahaha.






Pastu, kitorang dibawa pula tengok Dewan Kuliah. Masyaallah, dewan kuliah dia design tip top dan besar.Boleh memuatkan 300 orang dalam satu masa. Kelas tutorial okey dan cun. Takda beza pun masa kat Fsk 1.5. Then, kitorang pergi studio. Cantik studio tu, ada cermin dan bilik radio for bunyi. Studio ni untuk kegunaan siswa siswi asasi tesl for their drama permentasan.


Next, pergi melawat Lab bio, physics, and chemist. Walaupun tak sebesar lab di palam. Its okay. Yang penting kelengkapan dia cukup. Luas dia separuh dari lab kat palam..huhuhu..Ulang alik ulang alik, kita pi singgah pejabat polis bantuan. Tengok dari luar je pejabat tu. Seterusnya pergi melawat pusat unit kesihatan. Unit kesihatan nie dekat je dengan kolej kediaman Dhahlia (perempuan). Macam biasa takde beza pun dengan kat palam cuma dari segi keluasan je... huhu..


Alang-alang dekat, terus lawat kolej kediaman rumah perempuan. I bet semua tahu yang meja study kat luar ruang tamu. Bilik just untuk tidur. Jujur pendapat aku sendiri, aku lebih suka meja kat luar sebab dah tak risau ganggu roomate korang nak tidur. Masa kat palam dulu aku selalu rasa bersalah bukak lampu dalam pukul 2pagi camtu nak study. Kadang-kadang aku study sampai pukul 3pagi dan tertidur kat meja. Lampu terbukak sampai pukul 6pagi. Almost banyak kali. Roomate pulak tak pernah kata "jangan study lewat". Never. She never say that. Cuma dia kata "Lepas study jgn lupa tutup lampu".  Kesian roomates yg nak tidur lena atas katil. Dan tandas tak perlu risau sbb tandas still lagi dalam rumah. Yeyyhhh..Ada balkonii boleh jenguk bawah tengok permandangan. Setiap blok kediaman ada washing machine dan bilik belajar kat tingkat ground. Part bilik belajar nie best. Ada sofa lembut, banyak meja study. Maybe ada tv kot nanti.



Last but not least, Librarrryy. Walaupun tak se gah Ptar palam. Aku sangat suka Ptar Dengkil nie. Nama library kat sini pun still guna nama Ptar atau nama penuh dia ialah  Perpustakaan Tun Abdul Razak. Ptar Dengkil ni ada tiga tingkat.Rasanya nak masuk sini tak boleh bawak beg. Kena bagi kat librarian or simpan dalam loker. Loker kat sini memang banyak. Yang best sekali pasal Ptar ni dia ada twenty-four hour room. 24 jam korang boleh study kat sini tak payah masuk bilik. Tapi, aku takut kalau ada kejadian tetiba tinggal kita berdua dgn pelajar hujung sana. dia datang dekat duduk sebelah kita konon nak study sama2. Tetiba pensel kita terjatuh. Nak ambil eh tetiba kawan nie takda kaki. wuuu serammm doo...hakhakhak..nauzubillahhh.. Ptar ni menghadap padang bola sepak. Dari ptar ni jugak boleh nampak kolej kediaman Tualang (Lelaki). Padang tennis berada di kawasan kolej kediaman Dhahlia. Surau? Ada depan Bangunan






-Oh pasal gambar kat atas ni dah tersebar rumours betapa cantiknya dewan makan ni. Yes! I totally admit it. Its really beatiful dan terasa makan kat restaurant mewah. Dibekalkan econ. Memang syok duk kat sini. Tapi bad news, ni ialah cafeteria Staff maksudnya cafeteria pensyarah-pensyarah.



Thats all. Sampai sini saja post kalo nie. Kalau ada soalan pasal UitM Dengkil ni, boleh tanya di ruangan komen kat bawah. Insyaallah, kalau boleh jawab saya jawab. okey see you guys di Uitm Dengkil..:-)


P/S: ringkas lah sangaaattt kannnnn. gambar? lain kali yee


Other Post You May Interested  : Classmate F6 UiTM Dengkil
                                                     Sekretiat Mahasiswa Asasi UiTM Dengkil



22 May 2015

My Result UPU dan Matrikulasi




UiTM Puncak Alam 

Assalammualaikum dan hai, semuaaa




Okey seperti yang dijanjikan nak buat post pasal tawaran sambung belajar aku selepas SPM. Dalam post-post sebelum ni, aku dah bagitahu result SPM aku macam mana kan? Jadi, selepas tahu pasal result SPM, banyak jugaklah yang aku apply untuk further study nie.  Meh nak cite satu-satu untuk perkongsian kepada pelajar-pelajar junior. Harap membantu lah ye..:D



1. Mula-mula, aku apply Mara-Selangkah Ke Jepun dalam course Engineering. Yang ni apply guna slip keputusan percubaan SPM dalam bulan November macam tu. Tup.Tup. dipanggil temuduga. Boleh baca pasal pengalaman temuduga Mara ni di post sebelum ini. Okey, selepas keluar result SPM, check di laman web Mara tengok2 tak dapat.Its okay. Not my rezeki.  Kat sini, sebelum keluar result dah kena allert laman web Mara Pengajian Tinggi Engineering ye..



2. Kedua aku apply Mara-Ijazah Dalam Negara dan luar Negara. Masa ni Mara bukak dalam 7 hari je selepas keluar result SPM. YES! Ofcourse kena allert benda2 macam ni. Kat sini, aku apply Farmasi dan Biotech. Dia ada dua pilihan. First choice, Farmasi. Second, Biotech. Kenapa aku tak apply medic? Sorry, aku tak layak. Kena straight A baru layak..hahahaha..Bila keluar result temuduga, aku tak dapat. Selepas buat rayuan, dapat Farmasi! Cuma tak ada temuduga dan kena buat ujian psikometri secara Online and I had done it. Tapi, selepas tu sampai sekarang aku tak tahu result sebenar dapat ke tak..Rasanya tak keluar lagi result Mara ni. Yang dah keluar Mara-JPA(Engineering) je..

Okey, untuk pengetahuan semua je ni. Sponsor ada dua kategori iaitu :

1.Mara    = bukak untuk semua course sama ada medic. farmasi, pergigian, senibina, bahasa, biotech dan so on. Sambung belajar sama ada dalam negara atau luar negara .
2. Mara-JPA (kolaborasi) = bukak untuk course Engineering sahaja sama ada ke Jerman, Jepun, Korea, UK atau negara-negara lain.

Kedua-dua pemohonan ni menggunakan link yg sama esila2.jpa.my

Antara dua pilihan tu. Satu je boleh pilih apply. Kalau awak apply Mara, awak dah tak boleh apply Mara-JPA. Begitulah sebaliknya. sebab dia ada record maklumat awak. Contoh kalau awak apply Mara. Then nak apply Mara-JPA. Dia akan tulis kat situ bila awak Log In, "Maaf. No.KP ***** ,Anda telah membuat permohonan di MARA. Anda hanya dibenarkan buat satu sahaja pilihan untuk permohonan ini sama ada Mara atau Mara-JPA. Sila batalkan permohonan Mara anda sebelum ini, jika anda ingin memohon Mara-JPA . "

Jadi, dalam hal ni aku pilih Mara lah sebab banyak choice dalam course apa aku nak. Berbalik pada cite asal setakat ni hanya result Mara-JPA je keluar. Mara tak keluar lagi.



3. Ketiga, aku apply matrikulasi. Ada tiga pilihan nak pilih tempat matrikulasi. First choice, Matrikulasi Perak. Second, Matrikulasi Pahang. Third, Matrikulasi Melaka. Guess aku dapat mana? Matrikulasi Kelantan!! Matrikulasi yang takde dalam senarai pilihan aku. Aku tumbuk jugak kan matrikulas ni. Haish.Aku nak pi jauh, dia hantarr aku dekat. Time nie, abah bersorak gembira sebab dekat. Tak habis minyak petrol kereta abah...ekekekeke..siap confirm lagi nak hantar aku kat sini..aku nak pi jauuuuuhhhhhh!!!!!...hahahahhaha


4. Keempat, apply UPU. UPU ni ada 8 pilihan semua Universiti yang boleh pilih. So, pilihan first choice aku macam ni :



              1. Asasi Sains UiTM
              2. Asasi Sains hayat Unimas
              3. Asasi Perubatan USIM
              4. Asasi Bahasa Arab UIA
              5. Asasi Bahasa Inggeris UIA
              6. Asasi Sains UMS
              7. Asasi Sains Fizikal UM
              8. Asasi Sains Fizikal Unimas


Sebenarnya tengah confius sama ada nak letak Asasi Sains Hayat Unimas ke Asasi Sains UiTM first choice. Asasi perubatan USIM tu dah tolak awal-awal lagi letak tempat ketiga....hohohoho..USIM memang bagus pembelajarannya cuma kuota degree perubatan USIM adalah sedikit. Contoh. time asasi Perubatan dia ambil sebanyak 180 pelajar. Tapi, untuk degree perubatan dia hanya ambil 123 orang pelajar. Alasan tak cukup kemudahan dan tempat. So, mana lagi 57 pelajar nak pergi. mesti lah kena tendang ke Universiti lain. Pastu, ingat U lain nak terima kita ke? U lain jugak kena serap budak asasi dia sendiri bercampur lagi dengan persaingan budak matrik yang nak masuk U. So, aku tolak USIM.


Pilih Unimas tu sebab aku nak fly bajet belajar oversea macam tu..ececececehhh...Tapi, bila fikir semula naik kapal terbang tu sebenarnya kemahuan bukan keperluan. Harga tiket kapal terbang RM79. Kalau belajar di semenanjung, jimat RM79 tu. Boleh beli baju ke, kain tudung ke, buat shopping beli keperluan makanan masa weekend nanti kan. Shopping buat kenyang perut dengan kawan-kawan ke kat Setia Mall, Shah Alam. Cehhh! Siap plan...hakhakhakhak.


Dan pilih asasi Sains UiTM sebab banyak sangat bestttnyaaaa!! Bangunan UiTM Puncak Alam memang awesome!! Tinggi dan berwarna unggu. Alhamdulillah. Result UPU keluar dapat first choice Asasi Sains UiTM. Syukur sangat2. Untuk batch kitorang nie, first semestar akan belajar di UiTM Puncak Alam. Second semestar belajar di UiTM Dengkil yang baru je siap tahun 2015 ni. Pergggghhh kitorang rasmi bangunan baru..Terbaiklaaaaa..

Selain itu, benefits Asasi Sains UITM ni boleh apply mana2 degree perubatan axcept UIA dan USIM. sama macam matrik lah. Kalau masuk asasi UNIMAS. Awak dah tak boleh apply degree perubatan USM sebab dia tak terima. Awak akan sambung degree perubatan kat UNIMAS lah.


Asasi Sains UiTM dia belajar ketiga-tiga subjek core teras iaitu Bio, Kimia dan Fizik sama macam matrikulas modul 1. Kalau Asasi Sains Hayat mana2 U, hanya belajar Kimia dan Bio. Fizik takde. Sama jugak dengan Asasi Sains Fizikal U, hanya belajar Kimia, Fizik. Biology takde. Aku jenis nak rembat semua ilmu. Hahahahaha..lagipun, aku still tak puas hati kenapa Fizik SPM dapat B+. Kira nak balas dendam lah ni belajar semula Fizik walaupun sebenarnya aku lebih banyak cenderung ke arah Biology. Tak kira aku nak pastikan kat asasi nanti dapat A+ Fizik jugak!! Biar tak tidur malam ke. Tak makan ke. Kena jumpa Prof 24 jam ke...hahahahahahahha..#GILA


Kat UiTM Puncak Alam nanti atau singkatan dia PALAM, aku dah buat siap2 checklist nak buat apa kat sana. Antaranya ialah yang Utama nak panjat bangunan Palam sampai Rooftop pastu selfie kat situ..Eceh! Then, petang2 nak berbasikal melalui cerun-cerun bukit. Singgah di Tasik ikan, bagi makan ikan...wauwauwauwau....K.Tak sabar! hekhekhekhek :D

 Nak bergambar atas rooftop macam akak nie...hohoho  credit to her blog.



Bangunan Unggu diaa .Photo credit to Umairah


Tempat Makan. Banyak Cafe kat sini. Cool Blog. Minimart.


Boleh study sambil makan..


           2 orang dalam satu bilik.


Cantiknya bilik akak nie..:D





Other info dan pengalaman boleh baca blog akak ni :
http://omglikeseriously.blogspot.com/2013/04/asasi-sains-uitm-puncak-alam-20122013.html

Sekian, sahaja daripada aku..harap bermanfaatlah ye..Kbaii



Other Post You May Interested  : Classmate F6 UiTM Dengkil

                                                       Sekretiat Mahasiswa Asasi UiTM Dengkil


07 May 2015

Result SPM2014



*Post ini ditulis pada 5 Mac 2015*


Assalammualaikum dan hai, semua...


Result SPM dah keluarkan? Masih hangat hangat lagi tau. Same here to me. Jadi, macam mana result SPM aku? Jeng.Jeng.Jeng. Baca bawah ni sampai habis baru boleh tahu....


Tarikh malam sebelum keluar result SPM, 2 Mac. All of my friends and I, budak-budak kelas 5 Mekah gathering together makan barbeque macam ala-ala Korea gitu. Buffet lah ni. Ambil apa yang nak dan bakar sendiri. Yummmyyy!! Delicious...








Yummyy!!!





Masa dalam kereta, abah suruh hantar no.IC dan angka giliran through SMS kat abah. Abah kata nak check result SPM aku esok pagi..huhuhuhu..Balik malam tu, terus capai pen tulis dalam satu kertas apa target untuk result SPM esok. :

Fizik A+
Sejarah A+
Matematik A+
Addmath A
BM A
KIM A-
PQS A-
PSI B+
BA B+
BI B+
BIO B+

See aku target dalam 6A atau 7A je tau..Tu pun confius PQS B+ ke A, atau Kimia B+ ke A..

Esok pagi, semua kawan tunggu pukul 10.00 pagi untuk check result guna khidmat SMS. Aku pun tunggu jugak dengan penuh berdebar-debar. Tapi, bila dah lebih pukul 10pagi, tetiba rasa give up. Malas nak check. Taknak tahu dan takut result tak seperti yang kita bayangkan. Masa ni, duduk di dapur tolong umi masak. Umi ada tanya "Tak check lagi ke result?". Aku kata tak lagi. Kat dapur, pasang radio. Pastu tetiba, berita radio tentang pengumuman result SPM oleh Pegawai Pengarah Pendidikan Kelantan. Beliau announce lah nama pelajar cemerlang 9A+, sekali keluar nama kawan Nazirah Syahirah, budak SBP Pasir Puteh, kawan sekali belajar kat Tuisyen KAMI, Kota Bharu. WOW! Hebatnya dia..Jeles tahap gunung berapi betul dengan dia.


Dalam pukul 11pagi gitu, dapat suatu panggilan daripada Teacher Sa'a. Still kat dapur lagi nie.

Teacher : Assalammualaikum, Ain. Check dah ke result?
Aku : Errr..tak lagi. Takut lah teacher nak check.
Teacher : Awak tak tahu lagi lah ni?
Aku : Tak lah teacher..
Teacher : Ainnn...Awak dapat 10A!!!!!!!
Aku : Sungguh ke teacher?
Teacher : Ya Ain. Tahniahhhhh!!!
Aku: Terima kasih teacher. Terima kasih teacher.    *banyak kali jugak ucap ni..terharu beb


Pastu, umi dah siap-siap dengar perbualan aku dengan teacher cuma tak berapa jelas. Umi tanya, macam mana result? "Umi, teacher kata Ain dapat 10A!!!!!!" Umi terus datang peluk Ain, ucap tahniahhhh..

Dalam pukul 12.00 tengahari macam tu, dapat mesej daripada abah. Abah forward mesej dari UPU. Untung jimat 20 sen sebab abah tolong check...hahahaha..I got 3A+ 6A 1A- 1B+  Jadi, aku mula lah tertanya-tanya, apalah yang B+ tu. Confirm Biology! Confirm! Sebab Kertas 3 aku takleh buat.

Masa ambik result SPM keesokkan harinya di sekolah, ingatkan ramai yang datang. Rupanya sikit. Macam ni lah result detail nya :


Bahasa Arab A+
Sejarah A+
Biology A+
Matematik A
Addmath A
Kimia A
BM A
PQS A
PSI A
BI A-
Fizik B+


Terkejut aku tengok result, yang aku target fizik A+ jadi B+. Aku target Biology B+ jadi A+. Subhanallah. Kita merancang tapi Allah yang menentukan. Tapi, keseluruhannya Aku puas hati. Ada lah tu sebab Allah bagi satu B+ kat aku. Apapun, Alhamdulillah.





P/S: Masa ambik result, ramai kawan yang tak datang. And I heard they were cry, sad and disappointed. So, I postponed to publish this post until they get better and had their own rezeki. I know how their feel cause I have felt the same well long time ago. Dan sekarang alhamdulillah, they got matrikulasi, Darul Quran, STPM and STAM of course. Truly, I am proud of them. Goodluck, my dear friends!!!









07 April 2015

12 Golongan yang mendapat doa para Malaikat







Assalammualaikum dan hai semuaaa



Hari tu saya ada google menggoogle dan terjumpa satu blog pasal 12 golongan yang mendapat doa para malaikat dan saya tertarik untuk repost dalam blog nie. Kenapa nak repost balik? Selain untuk berkongsi dengan korang, ia akan jadi sebagai suatu galakan untuk saya sendiri amalkan. Saya suka benda-benda macam ni..Sebelum tu nak credit kepada Blog Nie..



12 Golongan yang mendapat doa para Malaikat


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa : "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci" (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dari Abdullah bin Umar r.a, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib I/37) 


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf hadapan ketika solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah. (Tidak meninggalkan ruang kosong dalam saf)

5. Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika imam selesai membaca surah Al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat subuh dan solat asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakannya.

9. Orang yang berinfaq di jalan Allah.

10. Orang yang makan sahur.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (berdoa) kepada orang-orang yang sedang makan sahur" 



11. Orang yang sedang melawat orang sakit.

12. Seseorang yang sedang mengajar kebaikan kepada orang lain.




02 April 2015

Pengalaman di Karnival Pengajian Tinggi 2015




Assalammualaikum dan hai semuaa..


Entry kali nie, ain nak cerita pengalaman ain pergi Karnival Pengajian Tinggi 2015 di RTC Kota Bharu, Kelantan. Yang nie edisi Kelantan punya yee sebab Aiii duk di Kelantan. Karnival ni diadakan dua hari iaitu pada 28-29 Mac, hari Sabtu dan Ahad. Sapa ada pergi sini jugak?? Angkat tangan...Wahhh!! Kita geng lahh..


Okey, sebenarnya sekolah ain ade buat lawatan ke Karnival ni. Cikgu dan kawan-kawan ada ajak ikut sekali pergi dengan sekolah naik bas. Tapi, balik rumah bagitahu Umi. Umi kata nak hantar sendiri sebab my parents ada urusan jugak kat Kota Bharu.


Jadi, pada pagi sabtu lebih kurang dalam pukul 8.00pagi, kitorang pun bertolak lah. Rasanya dalam pukul 11.00pagi sampai. Pergi makan dan shopping di KB dulu. Dalam pukul 2.00petang baru pergi RTC Kota Bharu nie..Kat RTC nie memang ramai orang. Pada masa yang sama, selain Karnival Pengajian Tinggi, rupanya kat sini ade jugak buat Ekspo Flora dan Fauna. Gerai-gerai dan kedai tepi jalan memang berlambak kat sini. Kata je nak makan apa. Semua adeee..






Cari punya cari kat mana tempat karnival Pengajian Tinggi ni diadakan. Rupanya dalam khemah besar. Masa nak masuk dalam khemah tu , Eh. Ternampak Teacher Sa'a dan cikgu Suraya baru keluar dari khemah tu. Ada budak tingkatan 4 ikut belakang cikgu-cikgu. Laaa dah lama sampai rupanya diorang ni. Salam pastu berbual dengan cikgu sebentar.


Untuk pengetahuan semua, dalam khemah ni ade banyak booth IPTA kat sini. Kita cuma pergi ke booth tu dan tanya maklumat pasal IPTA yang diorang promosikan. Kalau nasib korang baik jumpa dengan orang yang peramah, diorang akan terang pasal banyak perkara tanpa korang perlu bertanya. Kalau tak bernasib baik, sekali korang tanya. Sekali tu dia jawab. Dua kali tanya, dua kali dia jawab. Aku memang tak suka orang macam ni....hahaha..Bak Penukul dengan paku. Ke bagai lembu dicucuk hidung? K.fine. Sila abaikan....





Masa nak pergi booth USIM, ternampak kawan-kawan Maahad Muhammadi Gua Musang tengah khusyu' dengan penerangan dari sorang abang USIM. Aku mungkin terlalu eksaited jumpa diorang terus berlari kat diorang. Sian abang tu, aku kacau dia bagi penerangan..hahaha..Lepas tu, dia sambung balik penerangan dia. Aku pun tumpang dengar sekali.







Setiap booth yang disinggah, akan dapat flyers atau pamplet pasal IPTA . Contoh booth yang aku sempat singgah ialah booth USIM, UIA, UM, UNIMAS, UMK, UITM, PTPTN. Booth BSN dan  MARA pun ade tau. Kemudian jalan lagi, akan masuk dalam booth kategori IPTS (swasta). Yang ni, aku tengok-tengok gitu je. Tengok kat situ, ramai orang isi borang apa entah. Yuran dia ade jugaklah tengok. mahal. Tapi, kebanyakkan akan dapat pinjaman MARA.


Sebelum balik, kita beli-belah di gerai-gerai kecil dulu di hadapan khemah besar ni..Kbaii, pastu bertolak balik ke Gua Musang.






04 February 2015

Pengalaman Temuduga Mara Program Selangkah Ke Jepun




Assaammualaikum, semua.


  
Kali nie, Ain nak share pengalaman temuduga Mara bagi lepasan SPM. Untuk pengetahuan semua, tahun 2015, Ain officially menjadi budak lepasan SPM. Orang lain masa ni ambik kesempatan bekerja cari pengalaman. Aku duk rumah bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa. Nasib baik ada instagram. Taklah jadi katak di bawah tempurung sangat. haktuih.





 Back to the main topic, Ain dapat temuduga Mara course Engineer dalam Program Selangkah ke Jepun. Mula-mula tu saje je isi permohonan ni. Tup.Tup..dapat dan dipanggil temuduga. Temuduga ni berlangsung di Hotel Perdana, Kota Bharu. Sebenarnya Ain tak nak pergi, tapi ummi suruh pergi cari pengalaman 'How to face the interview'.



 "Biar ada pengalaman sikit macam mana nak berhadapan dengan temuduga Course medic nanti" kata ummi. 


Untung aku ni blogger, awal-awal aku dah google search pasal tips temuduga dan jumpa blog nie yang cerita pengalaman temuduga dia dalam program yang sama. Cuma pusat temuduga dia di Perak dan lebih awal. Kalau aku, pusat temuduga di Kota Bharu. Kira aku dapat soalan bocor laa..haha..Bukan main gembira time tu.sangat..haha..


Pada hari temuduga tu, memang ramai gila budak-budak yang tengah tunggu giliran di ruangan tempat menunggu. Selepas siap daftar, kita pun duduklah tunggu giliran. Hah. Time ni lah pandang kiri kanan ambil peluang berbual dengan orang sebelah..muahaha..its normal bila time menunggu macam ni. Korang perlu berbual dan make a new friend untuk hilangkan rasa gugup dalam hati. Gila tak berdebar?


Temuduga ni depends pada pihak pengurusan. Ada tu buat dalam enam orang sekali masuk. Kadang-kadang empat orang. Aku pulak dua orang je. Me and my partner, Niza. Untunglaaa..Banyak sikit perhatian dapat. Cehh! Bajet perhatian sungguh...hoho


Aku rasa temuduga ni adalah dalam kategori basic temuduga a.k.a temuduga simple yang mana hanya ada satu sesi je. Masuk bilik, ditemuduga dan yeyyyhhhhh boleh balik. Takdalah sampai dua tiga sesi sebab ni temuduga berdasarkan percubaan SPM. Kalau yang temuduga guna slip SPM sebenar nanti bulan April dan Jun rasanya ada tiga. Sesi bertulis, sesi presentation dalam kumpulan dan sesi temuduga.




Masa menunggu, ade lah calon yang keluar masuk dari bilik temuduga tu. Setiap kali ada calon keluar dari bilik mesti kena sekat, tanya diorang macam mana? Taklah setiap kali jugak..haha..tengok orang. .Mostly diorang kata, 




Amacam? Dia tanya apa? Speaking English or melayu?

"Ofkoslah English! Ni kan temuduga mara."    *ayat menyampah bajet hot betul.
"Mula-mula speaking English lepas tu bahasa melayu"  *budak mesra ni
"Campur. Sometimes english sometimes melayu"
"Entah. Aku bantai je mana-mana bahasa"
"Haha..don't ask me that..I wanna cry...."



"Dua orang belah kanan tu masuk dalam bilik hujung sana ye...." (sila baca dengan ayat ayu sweet gila yee) 


Oh! Its my turn. Masuk je nampak seorang pakcik dalam lingkungan umur 40an macam tu. Dia suruh duduk dan perkenalkan diri dalam bahasa Inggeri.



Soalan yang dia tanya :




1. Are you really want to join this programme?
2.Why you want to go to Japan?
3. Which do you choose first? Schoolarship or Japan?
4. Why do you want to be Engineer?
5. Why we should choose you for this schoolarship?
5. What have you prepared to go to Japan?
6. Apa perbezaan Tsunami di jepun dengan Tsunami di Malaysia?
7. Apa perkataan Jepun yang awak tahu?
8. Tulis kat sini. Awak berdua ambik bahasa arab. Tolong buat ayat dalam bahasa arab pasal ada sebuah  keluarga dari KL dalam perjalanan ke Kelantan untuk menghadiri Majlis Kahwin tetapi tersekat di tengah jalan kerana banjir."



Aku dengan Niza ternganga pada soalan nombor 8. Haha..Tak sangka dia akan tanya..Jadi, bantai jelah..Last sekali dia tanya " Any question?"



Niza kata takde. Aku? Aku apalagi tanya lah soalan what I was wondering pasal Programme ni.



"Sir, what the different between mechanical engineering and electric&electronic engineering?"
"Sir, pekerjaan engineer senang dapat kerja ke?
"Sir, emm I mean ada banyak permintaan ke kat Malaysia? Sebab setahu saya Politeknik dah berlambak sediakan course ni?"



Sir tu pun jawablah soalan aku sehingga meleret ke zaman mudanya dulu dan asal usul kereta seterusnya ke kaunseling nasihat dan panduan..Fuhhh!! Dapat free talk pasal how to face temuduga pulak tu..



Yang paling aku ingat dia kata, 


"Setiap temuduga yang dianjurkan mana-mana pihak atau mara. Sebenarnya dia nak tengok orang tu yakin, have self confident dan pendirian mantap. Dan dalam programme ni dia nak cari orang yang betul-betul nak pergi Japan dalam Engineering. Yang betul-betul komitment. Dia tak nak yang still "Eh. nak ambil course engineering ke taknak.?" 




Jadi, moral kat sini, Dalam temuduga kena yakin dalam percakapan dan berani buka suara untuk tunjukkan yang awak betul-betul nak course tu. Dan satu lagi, yang pergi temuduga tu sama umur dengan awak. Jadi tak perlu takut. Awak broken english? Dia pun broken english jugak. Apa yang membezakan awak berdua ialah personaliti dan tahap berani, tahap keyakinan. Jadi yakin adalah penting. Orang puteh kata Confident. Jangan over confident sudah!!

Jangan over bangga diri dan mencelah orang lain bagi pendapat masa temuduga tu.. Bagi peluang partner awak bercakap. Kita sama-sama batch kena hormati pendapat masing-masing. Jangan nak tamak untuk diri sendiri je..



Sebenarnya, mungkin korang baca pasal post aku ni nampak macam serius je soalan Encik penemuduga tanya aku tu. Tapi, sebenarnya dia tanya dalam keadaan mesra macam mana korang cakap dengan ayah korang. Hah. macam tu lah aku dan Niza cakap dengan dia. Siap boleh gelak!! Cite behind the scene memang memorable!!!




 Tepek gambar masa majlis kahwin ustazah. Gambar ni curi dari Ekkaw..haha..


Last but not least, goodluck semua untuk temuduga korang!! Do the best, Be the best one.