11 September 2019

Pengalaman latihan industri Bioteknologi di IOES Universiti Malaya, Bachok


Assalammualaikum dan hai semua..



Kepada graduan kos bioteknologi yang masih mencari tempat praktikal yang sesuai, post kali nie aku nak berkongsi pengalaman menjalani latihan industri di Pusat Penyelidikan Marin IOES, Bachok Universiti Malaya. IOES adalah branch kepada institut penyelidikan UM. Kat bawah nie aku senaraikan maklumat dan pengalaman supaya mudah korang faham :


1) Tempat Latihan Industri.



Stesen Penyelidikan Marin Bachok, Institut Ocean and Earth Sciences, ditubuhkan pada tahun 2012. Ia terletak di Bachok, Kelantan, yang terletak 30 kilometer dari Kota Bharu. Dibina di atas tanah seluas 3 hektar, stesen ini menghadap Laut China Selatan dan sebahagiannya dibatasi oleh Sungai Rekang. Ia juga berhampiran dengan Pulau Perhentian kira-kira satu jam jarak perjalanan yang mana tempat ini sesuai untuk kajian terumbu karang.




i. Name of institute : Bachok Marine Research Station, Institute Ocean and Earth Sciences (IOES), Univesity Malaya (UM), 16300 Bachok, Kelantan

ii. Telephone number   : 09-7785001/5002/5003
iii. Ketua : Prof.Dr. Lim Po Teen.

You can contact En. Amin (Science Officer) at 09-7785001 ext 302, and email : alamin@um.edu.my to get more detail about IOES Bachok, Kelantan.

Bangunan IOES.

Kawasan di perkarangan IOES.

Bilik mesyuarat.

Tingkat 2 IOES.

Bangunan IOES menghadap pantai.


2) Makmal penyelidikan yang lengkap.


Di sini, terdapat kemudahan makmal dengan peralatan yang lengkap untuk penyelidikan marin dan sains. Terdapat banyak jenis makmal antaranya ialah Makmal Oseanografi, Biologi, Kimia dan fizikal. Selain itu terdapat juga makmal molekul, bilik seminar, dan bilik persidangan.

Menggunakan mikroskop.

Kelengkapan yang cukup.

Bilik culture cells.

Menggunakan mikroskop dan komputer untuk melihat cell.

Antara kajian yang sedang dijalankan di sini ialah Harmful Algal Blooms StudiesBacteria-mediated Carbon Flux in Tropical Coastal WatersMarine Biodiversity & Ecology dan lain-lain. Kebanyakan kajian adalah mengenai hidupan laut dan phytoplankton.


3) Hostel penginapan disediakan.


Terdapat Hostel penginapan disini jika rumah korang agak jauh dari tempat praktikal ini. Tetapi, korang akan dikenakan bayaran RM200 sebulan sudah termasuk bayaran air dan elektrik. Jika berminat untuk tinggal di hostel boleh hubungi En, Amin, science officer di IOES. Kemudahan hostel cukup lengkap dengan kemudahan dapur dan dobi. Tandas juga berada di dalam bilik. Jika ingin memasak, korang boleh bawak periuk nasi dan barang-barang masakan sendiri untuk di letak di bahagian dapur. Malam-malam, kalau lapar boleh pergi dapur masak Maggi..hehe..



Bilik hostel.

Katil dan meja.

Ada tempat untuk membasuh pakaian.

Ada dapur untuk memasak dan peti sejuk.

Tandas di dalam bilik.

Hostel menghadap laut.

Korang juga boleh tengok matahari terbit pada waktu pagi dan permandangan ketika itu sangat cantik dan memukau diikuti tiupan angin laut.




4) Staf, Student postgraduate, Pensyarah dan Supervisor yang baik


Pensyarah dan staff disini semua baik-baik belaka. Diorang sangat suka kalau kita bertanya soalan dan menunjukkan sifat ingin belajar. Mereka akan mengajar dengan tekun dan sedia membantu dalam menyelesaikan tugasan kita jika ada apa-apa masalah.


Dr, Liew yang tekun mengajar kami student praktikal.

Bergambar dengan Prof Dr. Lim Po Teen.
Supervisor kitorang, Dr, Hii juga baik dan peramah. Diorang layan kita macam family dan selalu belanja makan. I can see the different between people with knowledge and not. The one that had knowledge had better manner and attitude. They are all excellent people and kindhearted. 


5) Tugasan yang diberikan.


Antara tugasan yang diberikan ialah mengira phytoplankton, mengambil sampel air, menjalankan ekstrak DNA, memerhati bentuk cell melalu mikroskop dan banyak lagi. Banyak ilmu kitorang perolah semasa menjalani latihan industri di sini. Yang paling best adalah ketika menjalankan eksperimen dan mencampurkan bahan kimia untuk membuat medium culture.

Dr. Hii sedang memberi penerangan tentang cell counting.

Melihat bentuk cell menggunakan mikroskop canggih.

Dan menganalisa data.

Counting cells.

Mengambil sampel air untuk bahan uji kaji.

Culture the cells.

Teknik untuk culture the phytoplankton cells.




6) Aktiviti anjuran IOES.

Selain itu, kitorang juga menjadi fasilitator ketika lawatan sekolah dari SMK Jelawat. Kitorang akan membawa pelajar-pelajar mengelilingi pusat penyelidikan IOES dan pada masa yang sama menerangkan kepada mereka fungsi sesuatu peralatan dan kajian yang dilakukan disini. Mereka seronok dapat belajar benda baru dan melihat sendiri mikroorganisma kecil yang hidup bebas bergerak melalui mikroskop.


Pelajar sekolah menengah sedang mencuba mikroskop.

Lawatan sekolah dari SMK Jelawat ke kawasan semaian seaweeds.

Geng Fasilitator.

Geng-geng fasilitator yang terdiri daripada akak-akak postgraduate yang tengah buat Master dan kitorang students praktikal. Its a wrap!



7) Elaun.

Elaun latihan industri dari JPA.

Elaun pula tidak disediakan jika menjalani latihan industri di IOES. Tapi, disebabkan pengajian degree aku dibawah tajaan JPA, jadi aku apply elaun JPA dan alhamdulillah dapat elaun RM670 untuk latihan industri kali nie. Thank you JPA!



8) Aktiviti Outdoor


Selain itu, kitorang juga pergi beriadah dan jalan-jalan bersama Supervisor dan akak postgraduate. Supervisor kitorang sporting gila. Dia ikut je bila kitorang rancang nak buat aktiviti kat luar. Kitorang pilih untuk buat short-trip pergi mandi-manda di Sungai Hutang Lipur Lata Payung kat Setiu, Terengganu.

Beriadah di Sungai Lipur Lata Payong


Kitorang masak sendiri kat dapur hostel dan bawa bekal ke tempat beriadah. Pastu berkelah ramai-ramai sambil mandi-manda. Best sangat aktiviti macam nie. 



Suka mandi kat sini air dia jernih.


9) Penganugerahan Sijil

Taking picture altogether with certificate.

Selepas tiga bulan menjalani latihan IOES, akhirnya kitorang dikurniakan sijil tamat latihan industri. Terima kasih kepada semua Pensyarah, staff dan akak serta abang postgraduate yang melayan kitorang dengan baik sepanjang tempoh praktikal. Yang tekun mengajar kami dan sentiasa membantu jika kami mengalami kesusahan. I really appreciate it. Thanks for everything!


Untuk maklumat lebih lanjut, boleh pergi laman web IOES UM : Klik Sini


Thanks for reading!



10 comments:

  1. waahh hebat. tahniah dah setel intern.. semoga berjaya tamatkan pengajian..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah best nya. kenangan latihan industri memang akan terpahat dalam memori kita selamanya ^_^

    ReplyDelete
  3. Hai! Boleh saya tahu macam mana you apply for intership di IOES UM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh hantarkan permohonan dan surat praktikal universiti ke emel prof Lim Po Teen : poteenlim@gmail.com

      Delete
  4. Hai nak tanya. Kalau saya emailkan permohonan kepada prof Lim Po Teen : poteenlim@gmail.com, saya perlu letak alamat yang mana? Bachok atau Kuala Lumpur?

    ReplyDelete
  5. Hi, bleh Saya tahu klau bayar sewa rm200 sebulan seorang atau bahagi 2 org kalau duduk sebilik ?

    ReplyDelete
  6. Hi, boleh tahu if kalau nak apply tempat ni kne go through interview atau tidak?

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum, saya ingin bertanya, berapa lama surat confirmation dia akan hantar ye? Saya dh hantar, tapi lama gila untuk surat confirmation untuk diterima

    ReplyDelete

Thank you for leaving a comment.