Assalammualaikum dan hai semua.
Hello Oktober! Bulan Oktober pada tahun ini adalah bulan yang ditunggu-tunggu kerana pada bulan ini akan berlangsungnya hari konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak yang akan diadakan pada 28-30 Okt 2019. I really excited to go to my graduation day! Tapi sebelum tu, aku kena pastikan segala persiapan berjalan dengan lancar supaya takdelah kelam kabut di hari kejadian nanti.
Senarai checklistnya ialah :
1. Flight tiket (done)
Since universiti aku berada di Sarawak, jadi kitorang perlu beli flight tiket untuk ke majlis konvokesyen. Alhamdulillah, flight tiket dah settle sebab aku book awal-awal haritu sebab kalau book lambat, harga tiket akan menjadi lebih mahal.
2. Hotel (done)
Hotel pun dah siap book melalui booking.com. Alhamdulillah sempat booked hotel di Kuching kalau lambat memang habis lah. Tu pun hotel di kawasan Samarahan dah full. Abah yang uruskan hal penginapan nie. Thank you abah.
3. Kereta sewa (need to do)
Hah! Yang nie belum settle lagi sebab aku masih tengah survey harga kereta sewa. Kalau boleh nak kereta myvi dengan harga kurang dari RM85 per/day. Kalau korang ada kenal mana-mana owner kereta sewa murah, boleh roger-roger aku ye..
4. Baju konvokesyen (need to do)
Baju kurung belum beli lagi tapi aku ada berkenan satu baju colour pastel di igshop. Tak silap akaun instagram dia ialah jemels.co . Semua baju kat situ lawa-lawa..
5. Pendaftaran konvokesyen (need to do)
Pendaftaran konvo bermula 7 oktober, jadi perlu tunggu tarikh tersebut untuk isi maklumat diri. Sambil-sambil tu boleh dah kemas baju dulu.
6. Ambil jubah konvokesyen (need to do)
Yang jubah konvo nie, aku dah mintak tolong kawan aku yang tinggal di Sarawak ambikkan di dewan Detar. Jadi sehari sebelum hari graduasi, i need to meet her to pickup my robe.
7. Unimas Convo Apps (need to do)
Akhir sekali, nasib baik ada Unimas Convo Apps kurang sikit bebanan dalam membuat persiapan untuk konvo. Mostly, konvo apps ni dia remindkan kita tarikh-tarikh penting sebelum konvo seperti hari pengambilan surat konvo, clear university debts, check ceremony session, complete borang kajian dan lain-lain.
Itu je kot. Please doakan segala persiapan berjalan dengan lancar dan selamat ketika perjalanan pergi-balik kami sekeluarga. Dan juga dapat rezeki kerja yang bagus after this. Amin. Thanks for reading!
Alhamdulillah tahniah sis Ain, semoga berjaya.
ReplyDeleteterima kasih kak haulia
DeleteSemoga semuanya dipermudahkan!! :)
ReplyDeleteamin thank youu
DeleteWahhhh. congratulation in advace ya! MEsti excited nak covo kan. jgn lupa update entry nnti hehe
ReplyDeleteokay insyaallah. rasa macam nak buat vlog sekali..haha
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteAlhamdulillah dan tahniah, moga dipermudahkan semua urusan persiapan.
Amin. thank youu..
Deletehai pretty , Congrats in advance . Semoga semua berjalan lancar . Jangan pakai heels tinggi sangat sebab waktu saya konvo 2 tahun lepas ada one girl nie jatuh tangga lepas ambil graduation scroll . Hahahah , maluuu weiii . .
ReplyDeleteoh. baru ingat nak pakai high heels. haha. thank you kak suhana
Deletesemoga semuanya berjalan lancar dan Ain dpt kerja yang bagus yang sesuai dengan bidang Ain.
ReplyDeleteAmin. thank you kak sheila.
DeleteSemoga semuanya lancar.. Aamiin.. Tahniah Ain..
ReplyDeletemyra doakan semuanya berjalan dgn lancar and congratulations!
ReplyDeletewww.myrabeautydiary.com