11 October 2023

Review Restaurant Halal di Korea : Eid halal Restaurant

 

Hai, semua.


Eid Restoran yang terletak di Itaewon adalah antara restoran yang mendapat sijil halal Korean Muslim Federation (KMF). Lokasi restoran ini sangat dekat dengan masjid biru Itaewon Seoul. Jadi, alang-alang dalam perjalanan melawat ke Masjid Itaewon, boleh singgah untuk menjamu selera makanan korea disini. Restoran ini menyajikan menu makanan Korean seperti bibimbap, jjajangmyeon, samgyetang dan lain-lain. Jom saya review makanan halal yang disediakan di Eid restoran Itaewon ini.


Sajian Makanan : Korean foods only.

Alamat : 15, Usadan-ro 10-gil, Yongsan-gu, Seoul

Open hours : Rabu hingga Isnin (12.00pm to 9.00pm)

                      Tutup hari Selasa

Phone number : 070-8899-8210


Restoran dari luar. Besar dan selesa


Dalam bulan Ogos 2023, my family datang ke korea untuk menyambut my master graduation day. Jadi, saya bawa mereka ke restoran halal Eid ini untuk merasai makanan traditional korea. Restoran ni memang besar dan selesa selepas diorang buat renovation ketika covid hari tu. Disini juga ada ruangan kecil untuk solat. Tapi, selalunya pelancong Malaysia datang sini untuk makan dan jika perlu boleh guna tandas. Manakala untuk solat, mereka akan lebih suka untuk solat di Masjid Itaewon yang dekat je dari restoran nie. Jalan beberapa langkah pun boleh sampai.




Antara makanan korea yang kitorang order


Banchan atau side dish. Free of charge.


Bibimbap 12 000won



Bulgogi 14 000won



Samgyetang 15 000won



Jjajangmyeon atau mee kicap. Yang nie selalu nampak running man makan.



Fried chicken with rice 16 000won



Overall my rating untuk restoran nie ialah 6/10. Kalau nak mencuba makanan korea bolehlah datang sini terutama wajib order Samgyetang sup ayam ginseng. Dalam Kdrama, sup ayam ginseng nie memang famous dalam kalangan orang korean sendiri sebab mereka percaya rebusan ginseng dan nutrisi ayam dapat menyihatkan badan terutama ketika musim panas. Jangan lupa untuk try samgyetang kat sini tau sebab di restoran lain memang susah nak jumpa yang halal.


Sekian sahaja dari saya. Harap post review kali ini bermanfaat. Bye.