Hai semua.
Pada bulan Oktober 2019, telah berlangsungnya Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak yang ke-23 di Dewan Detar Putra bermula 28 hingga 30 Okt 2019. Seramai 4038 graduan telah menerima ijazah dalam majlis konvokesyen yang disambut dengan penuh meriah. Penyerahan ijazah kepada graduan Fakulti sains dan teknologi (FSTS) diadakan di sebelah petang iaitu sidang ke-3.
|
I am 22 and finally graduated! |
Alhamdulillah, finally I am graduated in Bachelor of Science with Honours (Resource Biotechnology). Pada majlis ini, umi abah dan adik uyu yang datang meraikan hari konvokesyen aku. Adik-beradik yang lain tengah study dan ada yang bekerja jadi tak sempat nak datang. Aku punya majlis ialah pada sidang ke-3 waktu petang. Nasib baik dapat yang petang takdelah kelam-kabut sangat. Pada hari kejadian 29hb, kitorang sempat bersarapan dan bersiap awal ke dewan detar. Masuk dewan dalam pukul 12 tengahari, jadi kitorang pergi dewan sekitar 11.00pagi dan sempat posing di photobooth yang disediakan di luar dewan.
|
Bestfriends nie. Makan, lepak and travel semuanya dengan diorang. |
|
Freestyle picture! |
Sebelum masuk dewan, kitorang diberi sedikit taklimat tentang tentatif dan perjalanan majlis pada hari tersebut supaya program berjalan dapat berjalan lancar dan jayanya. Kitorang juga diberi roti dan air sebagai alas perut. Masa berkumpul ramai-ramai di dewan Zamrud. Memang meriah sangat suasana dalam masa ni. Semua graduand dari pelbagai fakulti berkumpul disini. Time nie seronok dapat jumpa balik kawan-kawan selepas lama tak jumpa. Pastu bergambar ramai-ramai and take boomerang pics.
|
Suasana di dalam dewan Detar Unimas.
|
|
Yeyhh! Dapat duduk bersebelahan Aisyah dan Fini, my coursemate. |
Masa perbarisan masuk dewan Detar, Ya Allah perasaan tu tak boleh nak digambarkan. Dengan iringan lagu unimas dan memang rasa diraikan dan terharu sangat. Dapat kongsi perasaan gembira ambil skroll ijazah bersama kawan-kawan. Thank you to all my coursemates for harungi alam degree bersama-sama. Time ni terimbau balik kenangan bersusah payah siapkan research dan tulis thesis. Bersengka mata nak siapkan assignment pada masa yang sama kena buat research. Ada yang nangis sebab research tak dapat result, ada contamination pada result, ada problem pada method, bahan-bahan test tak cukup, kena redo again test pada sample dan banyak lagi. Dengan rushing time untuk submit progress report lagi. But finally we come to the end of our goals. We finally graduated and we did it, guys!
|
Gambar candid yang ditangkap jurufoto official unimas. |
|
Geng bestie roomates. |
Selepas keluar dewan, ramai roomates dan junior yang datang. Diorang datang ucap tahniah dan bagi hadiah. They are so kind! Thank you for the presents. Ramai betul orang di luar dewan yang terdiri daripada sanak-saudara dan keluarga yang datang meraikan ahli keluarga. Dengan bazar jualan kat luar dewan, memang sesak dengan orang ramai masa ni tapi suasana meriah sangat.
|
Thank you Ezzah datang bagi hadiah sempena konvokesyen I. |
|
Muka happy selepas keluar dewan dengan sijil degree. |
|
Abah wearing my graduation robes. |
|
Umi is wearing my convocation robes. |
|
Adik uyu also trying graduation robes. Ambil semangat,tahun depan insyaallah dia pulak graduate. |
Abah dan umi first posting sebagai guru adalah di sekolah menengah di Sarawak. Masa di Sarawak ni lah, aku dan adik uyu dilahirkan. Alang-alang dah dekat sini, jadi parents bawa kitorang bergambar di hospital tempat kitorang lahir iaitu Hospital Serian, Sarawak. Mengimbau kenangan betul. I finally come back again to the place where I born after 22 years.
|
Unimas pada tahun 1999. Masa ni I umur 3 tahun. |
|
Now unimas in 2019. Thank you abah umi datang meraikan hari konvokesyen ain! |
Akhir sekali, terima kasih mostly to my parents Abah and Umi for always be there and support me during my study. They always give me advice to never give up, keep learning and raising me with unconditional love. This degree is for you guys!
Thanks for reading.
Tahniah udah konvo. Eh,, sudah bergelar graduasi UNIMAS la ni. ^^
ReplyDeleteTahniah.. semoga dimurahkan rezeki selalu..
ReplyDeleteCongratulations on your graduation and may Allah ease your perjalanan dunia kerjaya jugak.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Tahniah Ain..
ReplyDelete