12 September 2019

Tips : 5 Perkara pantas perlu buat bila air tertumpah ke atas Laptop.



Assalammualaikum semua.



Haritu, ada beberapa hari aku tak update blog sebab komputer riba jem sekejap. Ceritanya macam ni,  aku ada buat air milo pastu aku letak kat tepi laptop. Dalam terleka menaip tiba-tiba siku aku terkena cawan tu dan terus tertumpah hampir separuh jugaklah air milo ke atas keyboard laptop aku nie. Dengan paniknya aku terbalikkan laptop dan terus ambil kain kat dapur dan lap laptop tu. Pastu aku tinggalkan kejap laptop aku tu, sebab nak kena pergi ambik mop, isi air dan mop lantai. Bila aku datang balik, aku tengok laptop dah mati. Aku assume laptop aku tu habis bateri. Jadi aku plugged charge laptop aku dan biarkan macam tu.

Bila malam tiba, aku turn on laptop, tapi laptop aku tak buka and lampu berkelip-kelip antara oren dan putih. Aku dah risau terus aku google apa perlu buat kalau laptop kena air. Terkejut aku baca sebab first warning sekali jangan charge laptop dan cuba untuk turn on. Kemungkinann besar akan berlaku lintas pintas di motherboard dan laptop akan mati. Terus aku cepat-cepat buang plug charger dan keringkan laptop aku. Risau betul aku kalau laptop rosak nanti tak pasal-pasal burn pulak duit kena baiki laptop.

Dalam 24jam jugak aku tak bukak laptop dan keringkan laptop aku. Pastu, bila aku charge sikit alhamdulillah dah dapat bukak keesokkan harinya. Cuma banyak betul semut datang kat keyboard sebab sisa manis air milo masih ada di celah-celah keyboard aku.

Jadi, kat sini aku share tips pantas apa perlu buat kalau laptop terkena air.


1) Lapkan air dan terbalikkan Laptop.

Bila air tertumpah ke atas laptop, korang cepat-cepat terbalikkan laptop dan lap menggunakan kain atau tisu.

Terbalikkan laptop macam nie.

Biarkan ia kering.


2) Tanggalkan segala plug atau adapter Charger.

Kemudian, pastikan tiada bekalan elektrik supply terus ke laptop. Kalau ada, cepat-cepat tanggalkan batteri, charger plague dan segala wayar USB yang berkaitan.


3) Jangan cuba Turn On laptop.

Hah yang ni penting. Jangan sesekali cuba nak testing sama ada laptop ni hidup lagi ke tak. Jika korang turn on laptop, eletrik akan bertembung dengan air lebihan dalam laptop dan berlakunya short-circuit seterusnya merosakkan motherboard.


4) Gunakan Kipas untuk keringkan laptop.

Cara yang berkesan untuk keringkan laptop ialah gunakan kipas meja. Biarkan selama 3 jam atau lebih. Jangan sesekali guna hair dryer kerana ia mempunyai haba dan boleh merosakkan bahagian cip di dalam laptop. Laptop sangat sensitive terhadap haba tau.

5) Kuaratinkan 24 jam atau 36 jam daripada buka laptop.

Kuaratinkan laptop adalah penting untuk pastikan air dalam laptop betul-betul kering. Apalah sangat tunggu 24 jam daripada tergesa-gesa buka laptop dan tak boleh buka laptop selamanya kan. Lebih baik hold and tunggu beberapa jam.



6) Jangan lupa beli protector keyboard.


Sebagai langkah pencegahan daripada air masuk ke dalam laptop, boleh pasang protector keyboard. Kita tidak tahu bila kemalangan berlaku jadi pencegahan adalah lebih baik. Harga protector laptop adalah lebih kurang RM10 ++, kat shopee pun ada. Lagi murah dan berbaloi.



Sekian sahaja celoteh pengalaman daripada Ain. Thanks for reading!





14 comments:

  1. Haritu pernah tertumpah air milo atas laptop jugak, nasib baik tak banyak and sempat lap T-T

    ReplyDelete
  2. bila minum air memang selalu letak jauh dari barang elektrik sebab takut diri sendiri cuai. btw nice sharing :)

    ReplyDelete
  3. nice sharing.. sbenarnya semua barang elekronik kalau masuk air jangan turn on. jangan pasang plug, cabut segala power supply tmasuk bateri. kalau keyboard boleh cabut, cabut dulu..

    jenis saya, kalau nak cepat kering; blow guna pengering rambut, tp jangan panas sgt nt rosak chip lain. kalau makanan macam sos ke aiskrim tumpah, cepat2 sedut pakai mulut. sedut ala-ala vakum macam tu hehehe..

    kalau air paip senang, kalau kene air laut tpaksa hantar kedai sebab air masin nanti dia makan board boleh jadi reput.

    for the record, semua jenis makanan minuman dah pernah tumpah atas laptop saya. so, dah tahu macam2 hahahaha..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tak pernah lagi tumpah apape kat laptop. Kita tau kita clumsy so sebolehnya memang letak air jauh-jauh. Tapi tula, takut juga kalau terjadi dan panic pastu sibuk nak on try test laptop ni hidup lagi ke tak kan. Btw, thanks for the tips Ain. At least tahu la serba sedikit apa perlu buat kalau air tumpah kat laptop.

    ReplyDelete
  5. Allahu. paling risau kalau jadi apa2 dkt laptop. laptop ni ibarat separuh diri dah. Kalau ain komfem elabah habis. Mesti phobia dh nak letak air tepi laptop. Nice sharing. lpasni kalau terjadi at least dah tau apa nk kena buat. Jaga ya motherboard kalau rosak selamat tggal lah romeo huwaaa. bercakap dri pengalaman ni. setahun hilang nyawa (laptop) sebab motherboard rosak + kena beli bru sebab kalau baiki sgt tak berbaloi

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. nice sharing.

    ReplyDelete
  7. Sebagai langkah pencegahan pula..jangan letak air minuman dekat laptop

    ReplyDelete
  8. tu la... memang risau. sebab tu tak berani minum dekat-dekat laptop. by the way.. thanks for tips.


    psst... thanks sudi join segmen Mia.

    blog anda tersenarai di https://www.mialiana.com/2019/09/senarai-url-blog-36.html

    ReplyDelete
  9. Sha dah lama xbuka laptop sjk ada anak ni hahaha..tp ni good idea la ain
    .sbb nya edan mmg Suda pandai buka penutup botol..tkut nnt tumbah dkt laptop naya Kita hahha

    ReplyDelete
  10. wehhhh ngerinyaaaa bila fikir, setakat ni alhadulillah ah takpernah lagi laptop terkena air ke apa. tapi ye lah kan, still kena berjaga jaga sebab kita taktahu apa yang akan jadi masa akan datang.

    by the way, if you dont mind boleh tak pergi blog saya, unfollow blog saya lepastu follow balik? sebab saya tukar link blog baru. takut tak masuk dalam reading list. thankyou in advance. if awak tak kisah lah

    ReplyDelete
  11. sy sanggup xda phone drp laptop rosak hahaha.. boleh buat mood swing bila laptop rosak..
    apapun nice sharing.. sy pun suka juga letak minuman tepi laptop huhu..

    ReplyDelete
  12. Goodluck utk segmen .. Ini link peserta ya
    https://ciknurul23.blogspot.com/2019/09/senarai-penyertaan-segmen-bloglist-sii.html

    ReplyDelete
  13. uihh..memang kena elak dari letak minuman/air dekat ngan alat elektrik.. kalau laptop rosak, menangis la nak beli baru..uhuhu

    ReplyDelete

Thank you for leaving a comment.