21 September 2019

Tips cara dapatkan scholarship PIDN JPA di Universiti


Assalammualaikum dan hai semua.


Sepanjang melanjutkan pengajian ijazah  muda di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), aku telah menerima elaun tajan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Alhamdulillah. Jadi, aku nak berkongsi dengan adik-adik cara untuk memohon JPA nie.




1. Apa itu PIDN JPA?


Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) ialah suatu mekanisme tajaan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pelajar akan ditaja di peringkat ijazah pertama di Universiti Awam, Politeknik Premier dan Government Linked University (GLU) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU). Bidang pengajian yang ditaja adalah bidang-bidang dibawah kelompok Klinikal & Kesihatan, Kejuruteraan dan Teknologi, Sains dan Sains Sosial.



2. Kelayakan


Syarat Khusus Perincian bagi syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:

1) Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;

2) Memenuhi syarat akademik seperti berikut:



A. Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian: 

(i) Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.30; atau

(i) Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi satu daripada syarat berikut:

a) Memperoleh sekurang-kurangnya 3.50 di peringkat diploma dari UA/Politeknik/IPTS (GLU) yang disenaraikan; atau

b) Memperoleh sekurang-kurangnya 3.75 di peringkat persediaan (foundation) di IPTS (GLU) yang telah disenaraikan. dan

(ii) Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa;


B. Bidang Perubatan dan Pergigian: 

(i) sedang mengikuti pengajian di tahun pertama; dan

(ii) lulus bagi semester pertama di tahun pertama bagi bidang perubatan dan pergigian.



Semua bidang adalah ditaja di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2019 KECUALI bidang-bidang seperti berikut:


(i) Bidang pendidikan;

(ii) Bidang berkaitan penerbangan yang memerlukan pelajar mengambil lesen penerbangan;

(iii) Program-program berbentuk francais universiti awam / IPTS;

(iv) Program-program berkembar / dual award / double degree dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan (UKM-UDE dan UMP-HsKA);

(v) Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan;

(vi) Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA; dan

(vii) Program pengajian secara separuh masa / jarak jauh / atas talian.



3. Mekanisme Perjanjian Pinjaman


a) Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau

(b) Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat milik Kerajaan (GLC); atau 

(c) Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau 

(d) Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.



4. Waktu permohonan PIDN buka

Selalunya waktu permohonan akan dibuka diantara bulan April sehingga Mei selama 7 hari pada setiap tahun. Jadi, sila allert kepada students yang baru memulakan pengajian tahun satu.


5. Laman Web Myself JPA

Students yang menerima tajaan akan mempunyai akaun JPA sendiri untuk melakukan pengemaskinian maklumat diri dan penerimaan wang elaun di Portal Myself JPA.


6. Berapa bayaran elaun JPA yang diterima?

Bayaran elaun JPA yang diberikan adalah berbeza berdasarkan jenis course yang adik-adik ambil di peringkat ijazah muda. Korang boleh rujuk gambar di bawah:



Sebagai contoh akak ambil kos Sains di Universiti Malaysia Sarawak, jadi setiap sem akak dapat elaun sebanyak RM5175 seperti berikut :



Alhamdulillah bolehlah buat belanja menampung kehidupan seharian di universiti yang  jauh di perantau. Thanks for reading!



P/S : If you think this post is really benefit to you. Please clicks any ads in my blog for couragement! Nak klik 3 kali ads pun boleh. Thank you for your support!!

329 comments:

  1. Hopefully kerajaan kita kekalkan offer scholarship dekat students yang layak :)

    ReplyDelete
  2. Wahh menarik ni. Harap-harap kerajaan dapat kekalkan scholarship students tni

    ReplyDelete
  3. Info yg bagus utk panduan adik2 kita

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..sy nak tnya, pidn kn ada bgi jumlah total pinjaman yg kita akn dpt..cth RM35000..mohon pidn wktu sem 2..dpt pidn wktu sem 3 (which dpt utk sem 2&3 - dlm RM8k-9k)..so stiap sem dpt dlm RM4k..bila tolak dari jumlah sbnr (RM35000) smpai sem 8..ada baki which RM4k lbih..adakah duit tu akn msuk bank kita atau tidak akn msuk (jpa ambil)? Klau tk msuk..jumlah sbnr RM35k tu akn tolak RM4k tu tk? sy total 8 sem..tpi stkat ni yg dpt dri sem 2-6..sem 1 x dpt..bila kira2 smpai sem 8..ada lbih dri jumlah total..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @syasya : Based on my experience, nilai pinjaman yang dipamerkan dalam dokumen perjanjian bukan total elaun pinjaman yang student akan dapat. Tapi, sebaliknya ialah assumption nilai pembayaran balik shj atau juga known as ganti rugi jika berhenti pengajian. Buka balik dokumen perjanjian JPA, awak akan nampak jumlah dia tulis : Nilai pembayaran balik dari RM1 hingga RM43000. Bukan RM43000 tepat2.

      selalu memang elaun yang dibayar bermula sem 3 (Tahun 2). Tahun 1 (sem 1 & sem 2) memang JPA takkan bayar. Sebab jpa akan byr untuk current sem study je dan sem seterusnya. Jadi, tak wujud baki lebihan yang awak maksudkan tu. JPA bayar based on kadar penajaan yg diorang telah tetapkan untuk setiap tahun dalam surat syarat-syarat tawaran pinjaman Lampiran A. Boleh klik sini untuk surat Lampiran A : https://drive.google.com/file/d/1i1Vs_dHcsF6my9pqQ2CBGtMiVQobcv4Y/view?usp=sharing

      Delete
  5. Ohh..btw perjanjian utk 2018 dgn 2019 x sama..and sy pnya prjanjian 4 thn..which trmsuk sem 1..tpi sem 1 pnya tk masuk..tkkn prjanjian 4 thn..tpi krg 1 sem? Ye..utk 2019 hnya current sem..which klau dpt sem 3..prjnjian ikut from that current year till 3rd or 4th year..but im different from batch 2019

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owhh. Kalau perjanjian untuk 2018 dengan 2019 tak sama, jadi saya tak boleh nak tolong. I think awak boleh hubungi pegawai JPA yang berkenaan. No. tel diorang boleh didapati di laman web portal myself.

      Delete
  6. Program ni ada interview tak kak? Kalau ada,interview secara individu atau berkumpulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde interview. Just isi borang online di laman web JPA dan submit. Jika CGPA more than 3.5 keatas untuk sem 1 degree, insyaallah boleh dapat. Goodluck!

      Delete
  7. Kak..permohonan untuk 2020 bila buka ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I think it should be open around April to May 2020. Insyallah, they will open the application soon.

      Delete
    2. permohonan 2020 untuk tahun ni dah bukak harini sampai 20 Mei!

      Delete
  8. harap2 JPA open lah untuk 2020 ni sebab tahun depan dah tak layak nk apply

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, diorang akan open. Make sure selalu visit laman web JPA supaya tak terlepas tarikh permohanan JPA PIDN ni tau.

      Delete
  9. Selepas kita dah grad, kita xda bond dgn jpa kan. Atau ada syarat yg kita perlu berkerja dgn kerajaan tak untuk program ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. After kita grad, kita still ada bond dengan JPA iaitu terikat untuk bekerja dengan kerajaan selama 36 bulan atau 3 tahun. Kalau bekerja dalam sektor kerajaan, duit elaun dah tak perlu bayar balik kira automatik jadi biasiswa. Jika bekerja dengan syarikat swasta atau GLC company, kena bayar balik pinjaman berdasarkan peratusan bayar balik yang telah ditetapkan dalam perjanjian.

      Delete
    2. Hi nak tanya, terikat dengan JPA untuk bekerja dengan kerajaan tu mmg confirmed ada spot ke macam mana ya?

      Delete
    3. Nope. Kena cari dan apply sendiri melalui SPA dan others badan kerajaan.

      Delete
  10. kak, saya confuse tentang Mekanisme Perjanjian Pinjaman tu. So, kita akan dpt full scholarship tanpa bayaran if kita bekerja dlm Perkhidmatan Awam eh kak? Tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, if you bekerja dalam sektor kerajaan atau Perkhidmatan Awam, duit elaun yang you dapat automatik akan jadi biasiswa.

      Delete
    2. maaf tanya, berapa lama ya kena berkhidmat dgn kerajaan?

      Delete
    3. kalau tak silap, dalam 36 month which is 3 yrs

      Delete
  11. Assalamualaikum kak,tahu tak bila jpa pidn 2020 nak buka untuk apply biasiswa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap tahun selalunya around bulan April to Mei ,iklan JPA PIDN akan diwar-warkan. I think, it should be open by now. Tapi takpe, maybe sebab COVID-19, permohonan ditangguhkan. At least, awak belum terlepas lagi. Make sure selalu usha laman web JPA okay. here the JPA web link : https://esilav2.jpa.gov.my/

      Delete
    2. Dah bukak sekarang, sampai 20 Mei! Goodluck

      Delete
  12. Salam nak tanya, syarat umur 23 tahun bagi student peralihan tu macam mana ya? Saya umur 23 tahun masih boleh apply tak?

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum sis,dalam syarat umum ada nyatakan perlu ada sijil penuh spm.Ada kegunaan ke sijil tu untuk salinan atau apa² semasa permohonan nanti.Risau sebab sijil tu sekarg bukan ada pada saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. I think tak perlu pun salinan sijil. Sebab JPA dah ada data you semua dalam sistem. Kalau takde pun, dia akan rujuk universiti. Awak cuma perlu isi borang epermohonan online je di laman web JPA. Isi semua maklumat dengan lengkap dan hantar.

      Delete
  14. Adakah pbu pidn jpa ni mempunyai interest seperti ptptn?

    ReplyDelete
  15. Kalau kos grafik design layak tak untuk mohon?

    ReplyDelete
  16. Salam kak, nak tanya kalau kita dah dapat ptptn but still nak try mohon untuk ni boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. boleh je. Ramai je kawan akak yang dapat ptptn memohon JPA. Dan diorang alhamdulillah berjaya dapat PIDN JPA nie. Tapi makesure, after dapat JPA, perlu tamatkan pinjaman ptptn di kaunter ptptn, okay.

      Delete
    2. Hi sis. Kalau terminate ptptn tu selepas hari serah dokumen utk JPA tu boleh ke? Atau sebelum serah dokumen dah kena terminate?

      Delete
    3. salam sis. ptptn tu kalau nk terminate selepas hari serah dokumen JPA boleh ke? or kena settlekan sebelum hari serah dokumen tu jugak?

      Delete
  17. salam nnak tanya jpa ni ade interview ke or after isi terus tunggu dapat or tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. PIDN JPA takde interview. Insyaallah, after isi cuma perlu tunggu result keluar je. Tapi bear in mind, kelayakan untuk mendapatkan PIDN JPA ni bergantung kepada GPA sem 1.

      Delete
  18. akak nak tanya kalaulah sebelum mohom jpa pidn tu kita dah dapat ptptn macam mana ye nak batalkan ptptn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik cuma perlu pergi mana-mana kaunter cawangan ptptn dan bawa sekali surat tawaran JPA. bagitahu nak batalkan ptptn atas alasan telah mendapat bantuan kewangan lain. Dan jangan lupa bawak duit secukupnya untuk bayar balik duit pinjaman ptptn yang telah digunakan sebelum ni.

      Delete
    2. what if duit kita tk cukup untuk bayar hari tu? sbb saya punya je dah 4k total untuk first year

      Delete
  19. hi student unimas here, akak nak tanya, JPA PIDN ni pinjaman atau biasiswa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. JPA PIDN ni pinjaman. Tapi akan automatik jadi biasiswa bila tamat belajar, adik bekerja dalam sektor kerajaaan.

      Delete
    2. if im currently second year boleh apply lgi ke kak

      Delete
    3. Depends on berapa sem/tahun tempoh course awak.

      Antara syarat khusus dia ialah sekurang-kurangnya ada baki 18 bulan pengajian (1 sem= 6 bln) maksudnya ada tiga semester lagi tinggal. Kalau course pengajian awak 4 tahun & awak sekarang student second year boleh apply lagi.

      Meanwhile,kalau keseluruhan pengajian 3 tahun & sekarang awak di second year..takleh apply dah sebab tinggal baki 2 semester je.

      Delete
  20. akak dpt pointer berapa eh masa apply?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dapat sem 1 GPA 3.65. Kalau pointer more than GPA 3.5, peluang adalah lebih tinggi untuk dapat PIDN JPA ni. Goodluck!

      Delete
    2. lepasan asasi 2019/2020 layak tak apply akak

      Delete
    3. Perlu berada di tahun 1 degree dulu baru boleh apply. Its okay. Awak belum terlambat lagi untuk apply. Cuma pastikan sem 1 degree nanti belajar rajin-rajin supaya dpt result 3.5 keatas untuk secure PIDN okay?

      Delete
  21. Assalam akak, saya apply jpa ni dgn result diploma, alhamdulillah above 3.50 . Tapi bila saya smbg degree uitm melalui program penerapan semester saya short 2 sem drpd 8 so sekarang saya start semester 3. Saya apply jpa ni sekarang dan keputusan bulan 9 kata nya. Jadi adakah saya perlu skor above 3.5 semester 3 ni baru ade peluang berjaya permohonan kak?. Terima kasih akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. JPA akan tengok your current CGPA. Bila masuk degree, awak akan transfer credit from diploma ke degree kan. Jadi, awak kena pastikan total CGPA sem 1+sem 2+sem 3 is above 3.5 untuk dapat peluang yg cerah.

      Delete
  22. salam kak, nk tnya pasal yuran pengajian tu. dia akn taja 1000 lebih sahaja ke untuk yuran setahun? sbb mcm sy kat utp yuran setahun lebih 20k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I am not quite sure about UTP. Sebab UTP adalah under IPTS yg bertaraf GLC (Government linked university). That's why yuran setahun dia mahal. I think you should ask staff di bahagian hal ehwal pelajar UTP mengenai yuran pengajian dan biasiswa. I dengar UTP ada its own biasiswa kan?

      Delete
    2. Yes utp ada own biasiswa dia. Yayasan utp which is bawah petronas. Sy skrg ni dah tgh bljr akhir tahun 1 degree dkt utp. Petronas x ada buka biasiswa undergraduate. So igt nk apply pidn jpa ni.

      Delete
    3. SAME IM WONDERING TOO

      Delete
  23. Saya mahu bertanya, adakah awak sudah habis belajar dan sudah mula start pembayaran balik JPA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah habis belajar degree dan sambung master. Jadi, saya belum buat bayar balik. My goal ialah nak cari kerja dalam sektor kerajaan supaya saya boleh tukar PIDN kepada biasiswa.

      Delete
    2. Kalau sambung master selepas habis degree, means boleh hold dulu ke bayaran balik tu? Kalau menggangur pulak macam mana? Ada syarat masa tak untuk kita bekerja dengan gov lepas grad degree?

      Delete
    3. yup boleh hold dulu. Kalau menganggur, awak ada masa 12 bulan untuk cari kerja after graduate. Please aim for gov sector okay. Kalau dah bekerja kena update status bekerja di portal myself JPA atau hubungi pegawai JPA.

      Delete
    4. Hii kak, saya nak tanya kalau sambung master akak ambik scholarship bawah jpa jugak ke macam mana? Lagi satu, saya ada baca yang selepas grad dan terus bekerja bawah kerajaan selama 3 tahun, pidn tukar menjadi biasiswa penuh. Betul ke?

      Delete
  24. Thanks a lot untuk blog ni, mmg terjawablah segala pertanyaan saya pasal biasiswa jpa pidn ni. Saya ni sebenarnya lepasan matrik 19/20,tgh cari biasiswa utk peringkat degree kelak sbb xnk susahkan mak ayah. Maklumlah,kos sara diri makin meningkat hari demi hari jadi duit ptptn bukan cukup pon. Jadi, biasiswa jpa pidn lah yg menjadi harapan bagi saya. Harap2 saya dpt la biasiswa ni masa degree tahun depan T_T

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum kak.. Nak tanya, kalau kita diterima utk pidn jpa.. Ptptn tu nak terus bayar ke atau boleh tnggu habis belajar dulu baru bayar.. Sy dapat 3.63 for my first sem.. So harap dipermudahkan la utk pidn ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh bayar terus ptptn dan terminate kontrak ptptn. Sebab bila dah habis belajar, awak akan rasa terbeban dengan hutang sbb dah terkumpul banyak. Ptptn adalah hutang dan wajib dibayar balik.

      Delete
    2. Alhamdulillah, Sy dpt tawaran utk PIDN JPA for 2020. Terima kasih kak banyak bagi penerangan dekat sini.

      Delete
    3. Sama-sama. I am so happy to hear your feedback. Goodluck on your study!

      Delete
  26. agak2 bile keputusan die kluar ye...and saya mohon waktu deg....die still tgk result diploma ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keputusan keluar around bulan Ogos hingga September tahun yang sama. Result diploma tak tengok dah. Dia cuma tengok keputusan sem 1 degree shj.

      Delete
  27. Assalamualaikum kak...saya nak tanya adakah bidang pharmacy boleh apply pidn jpa ni?

    ReplyDelete
  28. Assalammualaikum. Saya salah seorang penerima PBU JPA tetapi di bawah program JPA 9A+. Kalau apa yang dinyatakan di dalam kontrak perjanjian, pelajar dikehendaki untuk memulakan bayaran balik pada bulan ke-7 selepas graduate. Jadi adakah akak sambung master sambil bayar balik pinjaman JPA tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak. If sambung master, awak boleh apply penangguhan bayaran. Just tunggu emel atau call dari pegawai JPA tanya status awak. Atau boleh update penangguhan bayaran di portal myself. Makesure, prepare surat tawaran universiti siap2.

      Delete
  29. Hye sis. masa sis hantar borang tu ramai tak yg dpat? sbb I student pentadbiran je, and my pointer masa sem 1 is 3.67. i tngk yg selalu dpt pidn ni student sains dgn engineering je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm.. depends. It's okay. Asalkan application semua lengkap and pointer pun dah tinggi tu. Insyaallah dapat punya. Doa banyak2 okay.

      Delete
    2. eh sis reply dah lah. hahahah i lupa pernah tnya soalan kat sini, so dtg balik nak tengok.. nnti saya update kalau saya dapat atau tak. hahaha. thank you sis!!

      Delete
  30. hi sis, saya nak tanya biasiswa ni kena apply before degree or after dah start degree?

    ReplyDelete
    Replies
    1. After dah start degree dan dah dapat result sem 1. Masatu baru boleh apply.

      Delete
  31. hi, saya nak tanya, kos bioperubatan or biokimia boleh dapat ke biasiswa jpa ni?

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum kak, nak tnye.. Lets say if keputusan pidn 2020 ni kita tak dapat.. Ada ke permohonan untuk buat rayuan ? Btw, boleh sy tau tak akak pnye course and pointer time akak dapat pidn ni. Thank you akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya takde rayuan. Akak course biotechnology dan pointer 3.65 sem 1 time apply PIDN nie.

      Delete
  33. Kalau nak apply psikologi ada ke utk pidn jpa ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. semua course boleh apply selain kos pendidikan, sijil professional ACCA, jururawat, separa perubatan, IPTS dan lain-lain.

      Delete
  34. Salam. Saya ingin bertanya, berdasarkan jadual yang akak paparkan , yuran pengajian adalah RM1000+++ untuk satu tahun. Bukankah kebanyakan course di IPTA adalah RM9000+++ dan ambil masa lebih kurang 4 tahun? Saya keliru di sini sama ada yuran pebgajian yg ditaja oleh jpa adalah cukup untuk kami bayar di IPTA? Terima kasih akak untuk menjawab soalan saya. Thank you so muchhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya, kita guna duit elaun sara hidup untuk topup yuran pengajian. Pandai-pandailah berjimat cermat dan bahagikan elaun sara hidup yang banyak tu.

      Delete
  35. Assalam. Agak agak peluang saya cerah tak tuk dapat biasiswa jpa ni based on result final year time diploma sbb saya msuk degree penerapan frm uitm. Thankyouuu :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, insyaallah peluang cerah if you can secure CGPA 3.5 above during diploma.

      Delete
  36. assalamualaikum kak, betul ke akan tengok result sem 1 sahaja? sebab ada orang cakap dia tengok result tahun pertama which sem 1 dan sem 2. mohon pencerahan. sebab result sem 1 saya 3.45 dan result sem 2 expected 3.8-3.9 (dah buat pengiraan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. JPA tengok result sem 1, pegawai JPA bagitahu ketika akak hadiri kem JPA di U. Sebab time kita apply tu kita tengah belajar sem 2 kan,jd result sem 2 belum keluar atau tiada lagi. Jadi, dia akan analyse our sem 1 result.

      Delete
    2. tp masa isi permohonan PIDN syaratnya 3.0

      Delete
  37. Assalam, kalau utk permohonan 2020 haritu kan selalu keputusan dia keluar tahun depan ke mcm mana ya? tq in advance :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah Keputusan keluar around hujung bulan Ogos hingga September tahun yang sama.

      Delete
  38. Masa awak buat permohonan, awak ada terima pinjaman lain tak seperti ptptn ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Lepas dpt JPA, saya terus pergi terminate pinjaman PTPTN. Ramai je kawan sy yg dapat JPA walaupun dh dpt pinjaman PTPTN. But for sure, you need to terminate it after you got JPA.

      Delete
    2. Akak klau dh dpt biasiwa kerajaan negeri. Boleh lgi ke nak mohon biasiwa jpa ?

      Delete
  39. Akak, tajaan ni akan dibuka setiap tahun kan? Jadi kalau kita tak dpt offer tersebut pada tahun sebelumnya, dan kita sudah habis sem2 pada waktu tu, kita masih boleh daftar ke utk sesi berikutnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depends on berapa sem/tahun tempoh course awak. After habis sem 2, maksudnya awak nak daftar time second year lah kan.

      Antara syarat khusus dia ialah sekurang-kurangnya ada baki 18 bulan pengajian (1 sem= 6 bln) maksudnya ada tiga semester lagi tinggal. Kalau course pengajian awak 4 tahun & awak sekarang student second year boleh apply lagi.

      Meanwhile,kalau keseluruhan pengajian 3 tahun & sekarang awak di second year..takleh apply dah sebab tinggal baki 2 semester je.

      Delete
  40. Akak nak tnya, CGPA kene maintain 3.00 setiap sem utk kekalkan kontrak kita dengan JPA kan? what if ada satu sem tu tak lepas? kira JPA terminate terus and kita kene bayar refund balik ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, kena maintan above 3.00 CGPA. Jika tak awak akan diberi warning oleh JPA dan perlu menghantar surat/email tunjuk sebab merosot. Tapi, jangan risau, JPA takkan terminate your PIDN melainkan kalau you gugurkan degree maksudnya you tak habis belajar or tak graduate degree. Yg tu memang refund balik dan dikenakan bayaran ganti rugi.

      Delete
  41. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  42. Assalam akak nak tanya, PIDN ni tgk gaji parents ke? Sebab macam mara pon pinjaman boleh ubah but for gaji from 8k-15k just layak terima bayaran yuran shj (elaun sara diri excluded),adakah PIDN ni mcm mara in terms of bagi pinjaman tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tengok gaji parents pun. They look on your academic.

      Delete
  43. Assalamualaikum kak.
    Saya nak tanya, saya dah dapat pinjaman ptptn. Kalaulah saya dapat pinjaman JPA, memang saya kena bayar terus ke pinjaman PTPTN yang saya dah guna tu ? tak boleh ke kita hold dulu lepas kita kerja or bayar sikit2 ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Recommended to bayar terus dan terminate. Kalau tak, setiap bulan awak dapat duit elaun both ptptn dan JPA sekaligus. Wuishh banyak tu. Daripada berjoli sakan, baik awak jgn berhutang dengan ptptn sbb takut in the future akan memakan diri sendiri.

      Delete
  44. Harap akak boleh jawab soalan saya yang sebelum ni :)) Kalau tk bayar terus ptptn, tkleh terminated la pinjaman PTPTN tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. untuk terminate ptptn perlu bayar jumlah semua pinjaman ptptn yang dah dapat sebelum nie. Saya faham maybe jumlah ptptn banyak, tapi boleh bayar sikit2. Boleh pergi kaunter dan berbincang dengan staf ptptn.

      Delete
  45. Replies
    1. Alhamdulillah, I am so happy for you. Belajar rajin-rajin okay.

      Delete
  46. Pidn jpa ni ada interview x???

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye, saya tolong jawab boleh? takde iv.. isi borang online je

      Delete
  47. Assalamualaikum kak. Kalau kita grad kepujian kelas pertama, still kena bayar jpa ke even kita tak keje kerajaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. kena bayar jugak. Please cari kerja dalam sektor kerajaan okay.

      Delete
  48. Hi, saya nak tanya, saya ada mohon and Alhamdullilah dapat. Boleh saya tau bila elaun ni akan dikreditkan ke dalam bank kita sebab semester saya start pada 10/10 dan hai salam dari UNIMAS juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah around bulan disember. Masa akak dulu, duit elaun masuk on 1st day of december.

      Delete
  49. Hi sis. Nak tanya, pilihan pusat promise tu, kena pilih universiti tempat kita belajar ke? Ke mana2 universiti pun boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilih mana-mana tempat yang mengikut kesesuaian & kelancaran awak untuk hantar dokumen. Maksudnya both tempat boleh pilih.

      Delete
  50. Salam kak , nak tanya . So saya isi masa sem 2 dan alhamdulillah berjaya so rasa² sem 3 ke sem 4 dapat jpa tu?

    ReplyDelete
  51. Sis if pointer 3.30 ke atas but tak sampai 3.5 still ada chance tak nak dapat jpa. And section rayuan yang diberi tu kita kena hantar dalam bentuk surat rasmi or macam mana

    ReplyDelete
  52. Macam mana cara utk buat rayuan?

    ReplyDelete
  53. Hai akak, nak tanya, kalau saya apply masa second year degree, dia tgk result current semester ke tgk result sem 1 yang first year tu?? Sebab bulan 10 ni saya dah second year and bila permohonan buka saya nak rasa nak mintak, jadi contohla permohonan buka bulan mei 2021, jadi dia tgk result current semester or result sem 1 first year tu?? Hihihi sorry kalau ayat berbelit

    ReplyDelete
    Replies
    1. JPA tengok result your current CGPA. Maksudnya dia tengok CGPA awak yg total sem 1, 2 & 3. Jadi ada peluang untuk improve result supaya dapat CGPA more than 3.50 untuk secure PIDN JPA okay. Jangan kecewa. Sebab ramai yg tahun lepas gagal, tapi tahun ni dapat JPA. Alhamdulillah, rezeki.

      Delete
  54. Assalamualaikum kak,tempat promise tu apa ya? Ianya untuk serahan dokumen sahaja kan?

    ReplyDelete
  55. Btw terima kasih untuk blog ni most of the questions yang saya nak tanya dah terjawab hihih

    ReplyDelete
  56. Akak, nak tanya. Ada tak rules PIDN ni yang mengatakan kita pelajar tidak boleh mengambil apa-apa pekerjaan (part time/ full time)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde. Awak boleh kerja part time. Tapi makesure, tak mengganggu waktu kelas dan cgpa.

      Delete
  57. Salam kak nak tanya. Course saya ni tempoh pengajian dia 3 tahun setengah dan saya baru sahaja dapat offer pidn ni tahun ni sebab last year saya gagal dapatkannya. So saya ada baki lgi 3 semester dan salah satunya termasuk internship so saya nk tanya adakah saya masih boleh terima offer pidn ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sure. boleh terima. Alhamdulillah awak dapat pidn tahun ni.

      Delete
  58. Salam. Tempat serahan dokumen (pusat promise) tu tempat yang berdekatan dengan rumah atau uni kita sendiri?

    ReplyDelete
  59. Salam akak. Saya mohon jpa waktu sem 4 dan baru dapat result yang saya berjaya dapat JPA ni. Adakah saya akan dapat elaun dari sem 1 atau saya dapat elaun bermula dari sem 5 nanti? Btw saya ambil kos 4 tahun.

    ReplyDelete
  60. Assalam akak. Saya nak tanya, if after grad tak dapat kerja selama setahun, adakah pembayaran balik tu full amount?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak. Since covid, JPA beri more time to find a job. Selagi tak dapat emel dari JPA, you can still trying to find a suitable job in gov.

      Delete
  61. Hai sis saya nak tanya, biasanya bayaran dia akan bg ikut sem atau sekali je setahun? Dan utk yuran dia bayar ke student ye bkn terus ke uni? Thanks in advance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayaran dia ikut setiap sem dan akan dibayar ke akaun bank student. Universiti akan tolak yuran dari bank akaun student.

      Delete
  62. Hi nak tanya, klau september dpt keputusan pidn ni, biasanya dia start masuk duit bulan brapa ye? (utk sem3)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau zaman akak dulu duit elaun masuk on first day of December. Sebab JPA ambik masa jugaklah untuk proses dokumen korang.

      Delete
    2. Okayy terima kasih💙

      Delete
  63. Hai akak,nk tnya if kita dpt PIDN nih kan, kan kita kena pilih tempat serahan dokumen perjanjian tuh dekat uni yg kita smbg belajar ke uni yang dekat dgn rumah kita sendiri?

    ReplyDelete
  64. Assalamualaikum akak, harını saya baru dpt tahu saya berjaya dapat jpa pidn untuk tahun 2020 . Saya juga baru habis exam degree tuk sem 2 tapi result tak dpt lagi. nati jpa tengok ke result degree saya yang latest ni? And kalau tak memuaskan result tu kena tarik balık ke jpa :( ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Please fokus study supaya dapat maintain cgpa above 3.00 okay. Kalau result kurang dari 3.00, JPA takkan tarik balik. Tapi, diorang akan bagi warning dan perlu buat surat tunjuk sebab kenapa cgpa low. Kadang-kadang diorang akan buat kem motivasi untuk students.

      Delete
    2. Baik. Terima kasih akak reply saya punya soalan. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan berjaya dalam apa bidang yang diceburi :D

      Delete
  65. Assalamualaikum kak, saya nak tanya. Result JPA dah keluar dan permohonan saya tidak berjaya. Tapi saya telah buat rayuan sebab ada permohonan utk rayuan sampai tempoh tertentu. Biasanyakan, keputusan rayuan tu akan diumumkan bila ye selepas dari tempoh rayuan dibuat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum boleh saya tahu link rayuan boleh didapatkan di mana ye dan kalau saya tidak memohon tetapi ingin membuat rayuan adakah dibolehkan

      Delete
  66. Hai. Sy nak tanya. Sy sekarang nak masuk tahun2 sem 1. Sy gagal dlm permohonan PIDN tahun ini. Sy nak buat permohonan utk tahun depan, sy kena guna result sem1 (tahun 1) or sem2 (tahun 1) ?? Mohon pencerahan. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak akan guna your current CGPA. Maksudnya, tahun depan permohonan PIDN JPA akan dibuka pada around bulan May dan awak akan berada pada sem 4. Jadi, awak akan guna CGPA for sem 1, 2 & 3. Please study betul2 supaya awak dapat 3.5 above untuk secure JPA.

      Delete
  67. Assalamualaikum kak, saya nak tanya boleh tak. Utk bayar semula pinjaman ptptn yg kita kita nak terminate tu kan, totally guna duit sendiri eh? Ke ada jpa bagi duit sikit utk bayar semula ptptn tu sbb cth ada biasiswa lain yg bagi duit utk bayarkan semula kalau dah terminate kan ptptn tu. Kalau akak ada tahu, mohon jawab ye. Thankyouu in advance :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry, JPA takde bagi duit. Kita guna duit sendiri untuk bayar duit ptptn. Tapi takpe awak boleh bayar duit ptptn sikit2 secara online guna duit elaun JPA awak. Sebab banyak duit elaun awak akan dapat dalam 5 ribu untuk satu sem.

      Delete
  68. Akak, saya dh berjaya terima tawaran PIDN JPA, nk tnya dokumen apa yg perlu diberi kpda pihak JPA. adakah salinan sijil-sijil SPM&STPM, surat-tawaran universiti diperlukan? tkut sbb dokumen2 masih dkat kolej :(

    ReplyDelete
  69. Assalam kak. Saya nak tanya berkenaan pusat promise untuk serahkan dokumen dokumen penting. pemilihan pusat promise ni berdasarkan universiti kita or tempat tinggal kita? :)

    ReplyDelete
  70. Nak tanya.. saya apply time sem 1 n guna CGPA diploma n alhamdulillah dapat tdi baru keluar result.. so process selepas nih mcm isi borang yang diperlukan tu dia ada tengok result kita lgi ke or mmng dah confirm dpt? Sebab result sem 1 saya teruk skit.. n result sem 1 keluar selepas saya buat permohonan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah! I'm happy for you. Takde tengok result dah. Awak dah confirm dapat JPA. Isi dokumen perjanjian selengkapnya dan hantar ke tempat yg dimaklumkan. After this, please maintain CGPA above 3.00 okay.

      Delete
  71. Assalamualaikum, kak. Saya nak tanya. If kita dapat JPA tu, kita kena settle kan documents JPA dulu ke baru terminate PTPTN? Or terminate PTPTN dulu baru boleh settlekan documents untuk JPA? Thank you in advance :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Settle kan documents untuk JPA dulu. PTPTN tu boleh terminate dan bayar sikit2 secara online bila duit elaun JPA dah masuk.

      Delete
  72. Assalamualaikum akak, thank you sharing and reply byk comment yg sgt membantu. saya baru check keputusan biasiswa jpa pidn utk 2020. Alhamdulillah saya berjaya. cuma, saya nak pastikan utk pembatalan ptptn, mmg kita kena byr on the spot terus ke jumlah yg kita dah pinjam utk sidang lepas di kaunter ptptn, atau ada saya baca site lain katanya after habis belajar baru wajib bayar. sbb saya rasa family saya tak mampu nak bayar balik semua sekali gus. sorry ganggu and thank you take time if akak baca hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je bayar sikit2 ptptn melalui online. Tak perlu pun terminate terus. Yang penting awak bayar sikit2 dan jangan kumpul hutang okay.

      Delete
  73. Cik ain, let say saya apply jpa dalam sem 2, and at the end of the sem 2, i got result below than 3.0. Pastu harini check dapat jpa. Adakah dia akan tarik balik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. JPA takkan tarik balik. Tapi instead diorang akan bagi warning dan suruh hantar surat tunjuk sebab akademik merosot. Please focus study okay for next sem. Goodluck!

      Delete
  74. Assalamualaikum akak, JPA tak tanggung ke jumlah duit ptptn yg dah kita guna, contoh untuk sem 1 dan swm 2 jumlah yg saya dah guna dlm 7 ribu lebih, so jumlah duit tu saya kena bayar ke untuk terminate ptptn, atau pihak JPA yg tanggung pembayaran dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. JPA tak tanggung duit ptptn yg kita pinjam sebelum ni. Akak faham banyak sebenarnya jumlah tu. Boleh try bayar sikit2 melalui online apabila duit elaun JPA masuk. Akak bagi suggestion je ni tau. contoh duit jpa masuk 5 ribu setiap sem, boleh peruntukkan separuh elaun (rm2500) untuk byr ptptn. Jadi, after 3 sem, awak dapat bayar ptptn semua. Tak semestinya terminate terus tapi boleh bayar sikit2. Eventhough dalam jangkamasa tu ptptn still masuk dalam akaun awak, jgn guna tapi bayar balik pada ptptn. Sebab kalau awak ignore dan just guna duit ptptn dan tak bayar sikit2, at the end habis degree, hutang awak akan banyak.

      Delete
  75. assalam, kalau saya nk jadi pensyarah dalam universiti awam perlu ke bayar balik pidn ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pensyarah adalah pekerjaan dalam sektor kerajaan, jadi tak perlu bayar balik. Instead your PBU boleh convert to biasiswa.

      Delete
  76. Salam kak nak tanya.. i berjaya dapat tawaran JPA PIDN. Saya ambik ptptn masa belajar diploma. Bagi degree, i apply pt dan dapat sampai sem 2. Kalau nak terminate, kena bayar semua serentak ke? Untuk degree, kalau result I first class semasa I habis degree, boleh tak dapat pengecualian bayaran untuk first 2 sem degree..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya perlu terminate untuk ptptn degree je. Ada kes sorang student nie dia tak terminate ptptn dan dapat JPA. At the end of degree, dia dapat first class. Tapi ptptn tak dapat bagi pengecualian sbb dalam data dia ada ambil dua bantuan kewangan which is ptptn dan JPA. Better guna duit elaun jpa untuk byr ptptn sikit2 dan terminate sebelum habis ijazah.

      Delete
  77. Basically, jpa akan kreditkan duit tu brape bulan selepas start sem baru kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Around 3 bulan sebab JPA perlukan masa untuk proses dokumen korang. Tapi, insyaallah, paling lama pun dalam bulan disember awak akan dapat duit elaun .

      Delete
  78. Alhamdulillah dapat jpa harini,thanks utk semua info ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. I'm happy to share the info and hear the good news from you! Congratulation and don't forget to keep study smart to maintain CGPA okay.

      Delete
  79. Assalamualaikum. Anak kak terlepas peluang utk buat permohonan pidn 2020pada mei lalu. Ada tarikh buat rayuan (2 hingga 8 september 2020). Bolehkah buat permohonan online/offline. Boleh bagi pencerahan. Atau semester tahun depan ada peluang buat permohonan. Tkasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh. terlepas tarikh ye. Boleh cuba memohon untuk sesi tahun 2021 pulak. Selalu PIDN JPA akan buka permohonan around bulan April to May setiap tahun.

      Delete
  80. Salam kak, kem untuk pelajar yang layak dapat jpa pidn selalu buat di mana dan bulan berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde kem untuk pelajar JPA. Tapi, diorang akan buat kem motivasi untuk student JPA yg low cgpa.

      Delete
  81. hi nak tanya, waktu internship dapat tak duit pidn ni?

    ReplyDelete
  82. Hi akak nk tanya. Sbelum ni sy ade apply beberapa biasiswa so sy telah lulus dlm tajaan jpa pidn nie dgn biasiswa kerajaan negeri. So sy nk minta pencerahan drpd akak sebab sy dlm dilema nk pilih yg mna 1. Tq in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasiswa kerajaan negeri apa tu? Depends on you. Buat perbandingan elok2 dan senaraikan kelebihan dan kekurangan each biasiswa. But for me, pilih JPA. Senang untuk berurusan.

      Delete
  83. Hi kak, nak tanya, apa yang boleh ditulis dalam justifikasi rayuan sebab saya tak dpt biasiswa jpa. Any ideas pls. Terima kasih

    ReplyDelete
  84. pointer untuk kekalkn biasiswa nii berapa yer cgpa n gpa?

    ReplyDelete
  85. Assalamualaikum kak. Nak tanya, dokumen apa je yg diperlukan utk dibawa bersama ke pusat promise?

    ReplyDelete
  86. Assalamualaikum kak, saya nak tanya, kalau katakan sem 1 saya dapat pinjaman ubah mara then sem 2 saya dapat pidn jpa, persoalannya camna saya nak stop pinjaman mara ye? Terima Kasih🙂

    ReplyDelete
  87. assalamualaikum. akak ada mentioned yg kalau dh amik ptptn and at the same time dapat pidn, tak perlu terminate ptptn tu terus but guna elaun jpa utk bayar balik ptptn sikit2 secara online. maknanya duit ptptn masuk, duit jpa pun masuk ke ? which means more than 6k lah yang akan kita terima each sem ? what if saya nak terminate ptptn and just bayar balik yang saya dah guna, also guna elaun jpa sikit2 ? sebab kalau tk terminate terus, lagi banyak kena bayar time masih study. mohon pencerahan kak, terima kasih

    ReplyDelete
  88. Hi kak, sy dalm kos pendidikan tp dpt sy dpat biasiswa ni.. ada kemungkinan ke sy salah isi masa mohon haritu?

    ReplyDelete
  89. Assalamualaikum kak. Nak tanya, dokumen apa je yg diperlukan utk dibawa bersama ke pusat promise?

    ReplyDelete
  90. salam kak ain, saya nak tanya berkenaan yuran untuk setiap sem. anggaran 5k tu termasuk yuran ke? maksudnya kita kena bayar yuran sendiri lepas 5k tu masuk kan? selebihnya tu baki buat bayar pt, duit makan dan sebagainya lah kan?

    ReplyDelete
  91. asalamualaikum....saya nak tanya kalau kos pengurusan perniagaan layak ke apply pidn?

    ReplyDelete
  92. Ape lagi faktor yg menyebabkan kita x dpt biasiswa ni even pointer kita above 3.5?? Boleh jelaskan x

    ReplyDelete
  93. Salam kak. Knpe saya x dpt biasiswa ni even pointer saya above 3.5??

    ReplyDelete
  94. Akak saya nk tanya bila kita blh terminate ptptn..slps serahan borang perjanjian atau selepas duit dri jpa masuk?kalau lps duit masuk..macam mana nk confirmkn blk dgn jpa yg kita dh terminate ptptn takut diorg tarik blk pidn sbb ada tajaan lain ke apa..dan saya ada baca website yg ckp even kita dh terminate ptptn diorg akan still bayar duit kita sbb diorg nk genapkn sem ke tahun apa tah..so nk tanya akak betul ke?thankss

    ReplyDelete
  95. Kalau kita dapat tawaran jpa, Kita boleh kerja part time ke waktu sem break?

    ReplyDelete
  96. Kerani sekolah toe kira kerja di kerajaan kh?

    ReplyDelete
  97. Bayar bulan ptptn tidak apakh kalau dalam ratus or kena ribu?

    ReplyDelete
  98. Salam kak,Saya nak tanya,Saya student Baru nak daftar untuk sem1 degree October ni,memang perlu habis sem1 degree Baru boleh apply jpa ke? Ataupun boleh apply untuk JPA scholarship guna result matrikulasi?Mohon pencerahan,thank you :)

    ReplyDelete
  99. Hi kak. Misalnya saya dah terima pinjaman lain (cth: mara), boleh ke saya mohon untuk jpa ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Ramai je yang dapat PIDN walaupun sebelum ni diorang dah dapat bantuan kewangan lain seperti mara, ptptn dan biasiswa negeri.

      Delete

Thank you for leaving a comment.