18 September 2019

Trip 3 hari 2 malam di Sabah ketika zaman degree UNIMAS.


Assalammualaikum dan hai semua..





Trip kali nie aku melancong bersama geng kawan-kawan degree. Sebenarnya ni kisah tahun lepas, baru hari nie sempat nak taip dan post. Since kitorang semua belajar di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), jadi kitorang plan nak bercuti sama-sama ke Sabah. Sebenarnya, hampir semua students UNIMAS ada mindset tersendiri iaitu tak lengkap study di UNIMAS kalau tak jejakkan kaki ke Sabah since negeri ni bersebelahan je dengan Sarawak. Jadi, kitorang pun terpengaruh sekali dengan mindset macam tu..haha..




Trip ni adalah 3 hari 2 malam. Dan jadual itinerary macam ni:


5 April 2018 (Khamis)
-flight Kuching (kch) ke Kota Kinabalu(bki)
- ambil kereta di airport dan terus ke Kundasang
- Dairy Farm cattle
-makan lunch di kedai ayam madu pak ali
-ambik gambar di kaki bukit
- balik kota kinabalu check in hotel

6 April 2018 (Jumaat)
-sarapan di hotel
- 8am- 4ptg : island hoping di Taman Pulau Tunku Abdul Rahman
- dinner seafoods di Filipino market Sabah
- shopping souvenirs di Handicraft KK
-tengok wayang di Suria Mall Sabah


7 April 2018 (Sabtu)
-sarapan pagi di hotel
- jalan-jalan di todak waterfront
- Muzium KK
- lunch di Upperstar, Suria Mall
- shopping di Imago Mall
-8pm : flight Kota Kinabalu (BKI) to Kuching (KCH)


Kat bawah ni aku senaraikan maklumat yang aku nak kongsikan dengan korang :





1. Flight

Kitorang naik flight dari Kuching ke Kota Kinabalu. Masa nie Air-Asia tengah ada promotion jadi dapat harga RM69 pergi dan RM99 balik tambang. Kitorang tak ambil luggage dan makanan. Kitorang pergi bawa beg backpacker je. Jimat duit luggage. Total RM168


2. Kundasang

Di hari pertama, apabila sampai je flight ke Kota Kinabalu, kitorang terus ambil kereta sewa dan bergerak ke Kundasang pukul 8pagi. Disebabkan kesuntukan masa, kitorang hanya sempat melawat Desa Dairy Farm dan jalan-jalan ke pekan Kundasang je. Tiket masuk ke Desa Dairy Farm ni cuma RM5 seorang. Di kawasan ni, kita boleh tengok gunung-ganang dan lembu persis New Zealands. Cuaca juga sejuk dan berangin jadi disarankan bawa sweater ketika melawat tempat ini.


Geng travel di zaman degree.

Kalau datang sini, wajib ambil gambar di tempat hotspot nie
Aiskrim Gelato. Sedap sangat!



Belakang kitorang sepatutnya nampak gunung kinabalu tapi ditutup oleh awan.

Disebabkan kitorang sampai pada waktu tengahari, permandangan gunung-ganang telah ditutupi awan. Jadi, tak berpeluanglah nak ambil gambar berlatarkan gunung persis New Zealands tu..huhu..Tips kalau nak bergambar cantik, kena datang sini pada awal pagi around 8am macam tu.


Bergambar di batu lembu.

Ayam madu pak ali.

Makan tengahari di pekan kundasang.

Kemudian, kitorang singgah di pekan Kundasang dan menjamu selera di kedai yang famous  iaitu Kedai Ayam Madu Pak Ali. Ayam bakar madu sedap sangat. Memang wajib lunch kat sini kalau korang singgah di pekan Kundasang.


3. Hotel

Selepas melawat Kundasang, kitorang terus balik ke bandar Kota Kinabalu petang tu jugak dan check in hotel. Aku book Yomi Hotel melalui laman web Agoda untuk stay 3 hari 2 malam. Harganya RM76 per malam include breakfast tau. Sangat recommended hotel nie, selain termasuk breakfast ia juga berhampiran dengan waterfront Kota Kinabalu. Hotel nie juga berdekatan dengan Jesselton Point, tempat beli tiket ke Island Hoping. 

4. Pulau

Hari kedua, ialah aktiviti Island hoping! This is our main reason kenapa nak melancong di Sabah iaitu sebab Sabah terkenal dengan keindahan Pulau yang cantik dan bersih. Taman Laut Tunku Abdul Rahman terdiri daripada beberapa pulau iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan,Pulau Mamutik dan Pulau Sulug.

Kami pilih company Island Hop Express (Kaunter 10).

Di Jesselton Point, gate sebelum naik boat ke pulau-pulau.


Sampai di gate Pulau Sapi.
Di kaunter tiket 10, kitorang ambik pakej 3 Pulau (RM43) dan set snorkelling (RM15) + Yuran terminal (for student RM3.82). Pastu, aku request nak main parasailing (RM65). Jadi total seorang ialah RM126.82. Aku tak kisah pasal harga asalkan puas dapat try aktiviti-aktivit di Pulau nie. 3 Pulau yang kitorang pilih ialah Pulau Sapi, Pulau manukan dan Pulau Mamutik.


Harga pakej Island hoping.
Siap sedia nak snorkelling.


Snorkelling bersama Helen.

Pantai Pulau Mamutik sangat cantik dan bersih.
Firstly, kitorang snorkelling di Pulau Sapi. Pulau Sapi nie berdekatan dengan Pulau Gaya. Sebelum masuk kena bayar caj masuk Taman Tunku Abdul Rahman (RM3 for adult). Pastu, kat pintu masuk Pulau Sapi jugaklah tempat tiket Zipline (RM68). Apalagi, kitorang terus bayar tiket aktiviti Zipline. Selepas snorkelling, aku dan Naz dibawa ke Pulau Gaya. Kitorang main Zipline iaitu sliding dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi. Dan permandangan ketika turun slides tu cantik sangat.


Best experience trying extreme activities, Zipline.

Ride parasailing with Naz. So much fun!

Kemudian, kitorang teruskan aktiviti parasailing iaitu riding payung terjun yang ditarik menggunakan boat. Best sangat aktiviti-aktivit nie. Mostly aktiviti seperti parasailing,banana boat dan lain-lain akan diadakan di Pulau Sapi. Lepastu, kitorang teruskan perjalanan ke Pulau manukan dan mamutik. Kedua-dua pulau nie agak kecil dan kurang orang. Jadi, kalau nak snorkelling better di Pulau Sapi yang mana lebih meriah.

Tunggu boat nak balik ke Jesselton Point.

Around pukul 4ptg, kitorang tunggu pakcik boat datang ambil di Pulau Mamutik dan balik ke pangkalan boat di Jesselton Point. Habis burn muka tau sebab cuaca panas terik di Pulau nie. Jadi, jangan lupa bawa sunblock kalau datang sini..huhu..Pada waktu malam pula, kita makan dinner seafood di Filipino night market. Sedap, macam-macam makanan laut yang boleh dipilih.



5. Kota Kinabalu City

Hari ketiga, jalan-jalan di sekitar bandar Kota Kinabalu. Since hotel kitorang book di kawasan bandar, jadi kitorang cuma jalan kaki je untuk ke destinasi. Antara tempat yang dilawati ialah KK waterfront, Todak monumen, Handicraft market, Muzium Sabah Suria Sabah Mall dan Imago Mall.


Bergambar di Todak monumen.

Waterfront Kota Kinabalu.


I love KK monumen.

Buy souvenirs di Handicraft Market, Sabah.
 Suria Sabah mall.

Menonton wayang di Suria Sabah Mall.

Muzium Sabah.

Bergambar dengan rangka ikan paus di dalam Muzium Sabah.

At the Kampung Warisan exhibition.

Bergambar dalam rumah traditional etnik Sabah.


Flight balik ke Kuching ialah pada pukul around 8 malam. Dan selamat sampai ke Kuching pada pukul 9pm. Alhamdulillah, trip yang dirancang last minute akhirnya berjaya dan selamat pergi dan balik. Thank you kepada geng kawan-kawan yang sporting dan helpful sepanjang trip nie. We had so much for in our trip to Sabah! Next time, nak datang dengan  family pulak.



Thanks for reading!


4 comments:

  1. Sabah ni negeri yg wajib jejak at least sekali seumur hidup huhuh. Tapi travel dgn kawan2 ni seronok dia lain kan.

    ReplyDelete
  2. Cantiknyaaa view pemandangan untuk gambar first tu. Mesti air laut jernih kan? Sabah memang famous dengan pulau bersih :3
    Bagusnya boleh bawak backpack je, saya nak tidur rumah kawan semalaman untuk kenduri pun bawak mini luggage hahaha XD

    ReplyDelete
  3. My big wish list ooo.. anyway mm dah folo sini ye

    ReplyDelete
  4. wah bestnya..xpernah sampai lagi ke sabah.

    ReplyDelete

Thank you for leaving a comment.