Assalammualaikum dan hai.
Post kali nie ditulis khas untuk pelajar-pelajar tajaan JPA yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah muda dalam negara. Sekarang adalah musim students telah tamat menjalankan latihan industri di syarikat atau institusi yang menyediakan tempat praktikal untuk para pelajar. Bulan September juga adalah waktu pelajar mula mendaftar semester baru dan memulakan pengajian selepas 3 bulan cuti sem.
Jadi diharap post kali nie dapat membantu adik-adik dalam membuat permohonan elaun latihan industri dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Sebelum memohon, kita perlu membaca beberapa syarat untuk memohon elaun latihan industri JPA :
(a) Syarat-syarat Umum :
i. Tuntutan dibayar berdasarkan hari bekerja tetapi tidak termasuk hari cuti awam/ umum/ hujung minggu;
ii. Jarak antara IPT/ rumah kediaman dengan tempat latihan melebihi 25 km mana yang terdekat;
iii. Tempoh latihan yang layak dibayar tidak melebihi 3 bulan (tidak termasuk hari cuti awam/ umum/ hujung minggu); dan
iv. Latihan amali merupakan syarat wajib bagi tujuan menamatkan kursus pengajian.
(b) Syarat-syarat Khusus :
i. Pelajar yang menjalani latihan amali di Jabatan/ Agensi KERAJAAN atau di Syarikat/Agensi SWASTA TIDAK LAYAK membuat tuntutan Elaun Latihan Amali sekiranya Jabatan/ Agensi/ Syarikat telah menyediakan Elaun Latihan Amali/ Praktikal.
ii. Permohonan tuntutan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 30 hari selepas tamat latihan amali/ pembentangan tesis.
(c) Dan cara memohonnya ialah :
1. Korang download borang JPA di sini : Borang Tuntutan Elaun Latihan Industri JPA
2. Sediakan semua dokuman yang diperlukan iaitu ada tiga dokumen :
a. Borang tuntutan elaun
b. Surat Permohonan Penempatan Latihan Amali oleh Universiti Kepada Majikan
c. Surat Pengesahan Pelajar Menjalani Latihan Amali daripada Majikan
3. Lengkap dan hantarkan pos ke alamat :
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA,
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN,
ARAS 4, BLOK C2, KOMPLEKS C,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62510 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA,
MALAYSIA
(u.p.: Unit Pengurusan Kewangan)
4. Tunggu dalam 2 bulan untuk duit elaun dikreditkan ke dalam akaun bank korang. Kalau akak punya, alhamdulillah dapat elaun sebanyak RM670 untuk 3 bulan latihan industri. Dan boleh disemak di portal laman Myself JPA :
Semoga post kali dapat membantu adik-adik membuat permohonan elaun latihan industri dengan lengkap. Thanks for reading!
Hai nak tanya, kalau syarikat tu bagi elaun tapi sikit, boleh mohon juga ke? saya punya tempat intern lebih 25km.
ReplyDeleteMaaf. walaupun dapat elaun sikit, memang tak boleh nak dapatkan elaun dari JPA berdasarkan syarat-syarat khusus yang dinyatakan seperti di atas.
Deletesalam, nak tanya, jumlah tuntutan tu better letak berapa yee?? akak mmg letak rm670 ke??
ReplyDeleteAkak letak RM900 macam tu. Tapi, nanti pihak JPA yang akan kira sendiri dan finalize elaun yang sepatutnya kita dapat.
Deletesalam hi, kalau untuk pelajar tajaan PBU pinjaman 2016 boleh ke?
DeleteBoleh. Tapi makesure dalam tempoh 30 hari selepas tamat praktikal.
Deletesalam nak tanya, kalau LI kena under kerajaan juga ke? atau boleh je LI kat bukan kerajaan ?
ReplyDeleteBoleh je LI kat mana-mana je..
Deletekalau sem terakhir tu adalah sem untuk latihan industri adakah duit jpa akan masuk seperti biasa untuk sem terakhir itu?
ReplyDeletenope. bagi sem LI, Aina kena hantar borang LI macam kat atas tu untuk tuntut duit elaun LI.
Deletebaiklah, terima kasihh
DeleteSalam sis, pada fahaman yang saya baca kat sini, sem terakhir memang kena guna duit sendiri untuk latihan industri sebab elaun sara diri tak akan masuk, dan hanya boleh claim selepas tamat latihan industri. Betul ke?
Deletewslm sis, setahu saya tidak. Awak akan dapat elaun sara hidup seperti biasa dan tuntutan elaun LI ini untuk pelajar yang tak terima elaun dari tempat kerja pelajar tersebut. Cth: awak bekerja dengan syarikat yg tak sediakan elaun, so awak boleh mohon tuntutan ini. Kalau awak dapat elaun so memang tak eligible nak mohon tuntutan ini.
DeleteHi sis, mean elaun sara diri kita akan tetap dapat mcm biasa ke waktu praktikal ? cth mcm case saya, tempoh tajaan JPA saya sehingga 31/1/2022. Saya mula intern pada 8/8/2021 dan tamat intern pada 22/1/2022. Adakah saya akan terima elaun dari JPA mcm biasa pada bulan 9 2021 nanti ?
DeleteHi sis, mean elaun sara diri kita akan tetap dapat mcm biasa ke waktu praktikal ? cth mcm case saya, tempoh tajaan JPA saya sehingga 31/1/2022. Saya mula intern pada 8/8/2021 dan tamat intern pada 22/1/2022. Adakah saya akan terima elaun dari JPA mcm biasa pada bulan 9 2021 nanti ?
DeleteHi sis, sis dapat tak elaun sara diri untuk praktikal? JPA masukkan macam biasa ke?
DeleteHi sis, tumpang tanya, untuk elaun sara diri untuk pelajar internship degree tak dapat ya?
Deleteberdasarkan pengalaman saya, still masuk
DeleteJpa terbuka untuk pelajar degree sje ke? Atau pelajar diploma pon boleh mohon?
ReplyDeletePelajar diploma pun boleh memohon if you memang under tajaan PIDN JPA.
Deleteapply selepas tamat LI eh? bukan sebelum?
ReplyDeleteIya. apply selepas tamat LI.
Deleteukey thankyou!
DeleteSalam, ada masa yang ditetapkan untuk memohon selepas tamat latihan industri?
ReplyDeleteboleh terus memohon dalam tempoh 30 hari selepas tamat latihan amali.
DeleteSalam.. nak tanya, kalau semester last praktikal, adakah elaun sara hidup akan masuk seperti biasa? btw praktikal sy bulan 4 lebih 😅.. atau pun kena mohon elaun praktikal sbb syarat dia 3 bulan je 😑
ReplyDeleteelaun sara diri JPA kena mohon dengan menghantar borang permohonan elaun ke alamat pejabat JPA di Putrajaya. Awak masih boleh memohon if praktikal awak 4 bulan, tapi JPA hanya bayar untuk 3 bulan sahaja.
DeleteElaun yang diterima tu nanti perlu dibayar semula ke kepada JPA? Memandangkan sekarang ni JPA pon dah jadi pinjaman, tu yang musykil sama ada elaun ni nanti perlu dibayar semula atau tak.
ReplyDeletePIDN JPA ialah pinjaman boleh ubah. Jadi, pihak JPA memang sarankan korang dpt bekerja dalam sektor kerajaan supaya PIDN dapat automatik bertukar biasiswa. Elaun tu dah termasuk dalam jumlah bayaran perlu dibayar balik if korang bekerja di sektor swasta. Kalau korang bekerja di sektor kerajaan, tak perlu dibayar semula
DeleteSalam. Saya nak tanya, utk dokumen sokongan, perlu ke ada salinan yang disah akui benar? Contohnya saya ada surat original daripada tempat latihan amali, tetap saya tiada surat original daripada universiti saya. Jadi saya perlu ke dapatkan cop akuan sah?
ReplyDeleteJika tiada surat praktikal dari universiti, awak perlu dapatkan surat praktikal tersebut di pejabat am fakulti awak. Takperlu surat tu dicop akui sah dari pegawai berpangkat. Cukup dengan salinan copy fotostat sahaja.
DeleteKalau macam kes saya, elaun akan diberi lumpsum pada akhir praktikal dan bukan bulanan. Adakah saya layak apply elaun dari JPA?
ReplyDeleteJPA pun bayar elaun after tamat praktikal. Awak layak apply elaun JPA jika awak student under tajaaan PIDN JPA.
Deletesalam, lampiran A,B dan C tu ambil sebijik dalam contoh yang diberi atau yang dikeluarkn oleh syarikat dan Universiti?
ReplyDeleteSalam, utk borang sokongan seperti lampiran C tu perlu ada tulis pemberian elaun ka?
ReplyDeleteSalam. Utk pelajar yang intern masa semester akhir mmg tak dpt ye elaun sara diri? Dan elaun tu boleh mohon sebelum intern atau lepas habis intern baru boleh mohon ye?
ReplyDeleteAssalamualaikum sy nk tnya nanti habis beljr kita di permudahkan ke untuk proses permohonan pekerjaan oleh JPA terutamanya dari sektor awam?
ReplyDeleteTakde. Kena usaha cari sendiri job and pergi interview mcm orang lain jugak.
DeleteSlm...nk tanya klw intern masih dlm semester JPA kreditkn tak 4000+ macam setiap sem?
ReplyDeleteinsyaallah, kredit macam biasa.
Deletesalam nak tanya.. semua borang kena ada pengesahan ke?
ReplyDeleteTak semua. Cuma borang tuntutan elaun je perlu tandatangan dekan.
DeleteAssalamualaikum kak nak tanye, kite kene bagi ape2 resit ke untuk tuntut elaun nie?
ReplyDeleteTak perlu.
DeleteAssalam akak, nak tanya. Tempoh intern 3bulan tu means total hari kita kiran tu tak lebih 3 hulan or tempoh intern yang ditetapkan u tak lebih 3 bulan? Sebab saya punya intern lebih 3 bulan, saya kena kira macam mana ya?
ReplyDeleteUntuk mudah, kira je anggaran dalam 3 bulan. Takpe. Tulis je berapa elaun sebab nanti JPA akan kira balik berapa elaun sepatut kita dapat. Tempoh intern tu tulis tempoh praktikal awak yg sebenar.
DeleteHello nak tanya, saya baru sahaja habis praktikal selama 3 bulan, saya ingin bertanya berapa lama kah tempoh diambil untuk sesebuah tempat untuk membayar elaun?
ReplyDeleteHello nak tanya, saya baru sahaja habis praktikal selama 3 bulan, saya ingin bertanya berapa lama kah tempoh diambil untuk sesebuah tempat untuk membayar elaun?
ReplyDeleteHi nak tnye, boleh ke kalau nak buat latihan praktikal kt JPA?
ReplyDeleteHi kalau rumah saya dgn tmpt intern tk lebih 25km boleh ke mohon?
ReplyDeletehi, kalau saya praktikal untuk degree tu ada 3 kali praktikal, maksudnya setiap tahun ada praktikal, boleh ke saya mohon elaun ni untuk setiap kali praktikal atau boleh mohon sekali je pada last praktikal?
ReplyDeleteOhh ade eh company yg x byr elaun untuk internship?
ReplyDeleteHi, nak tanya, saya akan intern bulan March ni, saya nak tanya saya dapat intern di tempt tak lebih dari 25km dari rumah tetapi tiada elaun. boleh ke apply ye?
ReplyDeleteKalau intern dekat Agensi Kerajaan, dan tak dapat elaun, pastu lebih 25km pulak, boleh tuntut ke ?
ReplyDeletehi may i know if this only open for those who are jpa scholar? i applied ptptn.. not sure if i can apply for this🥺
ReplyDeletehi, nak tanya. if last sem tu sem intern, elaun sara diri etc (selain elaun li) akan masuk macam biasa ke?
ReplyDeleteHi, kalau tempat intern tak lebih 25km tapi tak dapat elaun still eligible ke untuk buat tuntutan ?
ReplyDeleteHi kak, nak tanya saya intern 6 bulan so kalau tuntut dia kira 90 hari bekerja ya kak, so dpt rm3600 = 8 jam × rm5 lepastu darab 90 hari?
ReplyDeleteLepastu elaun ni kene bayar balik ke kak