Assalammualaikum dan hai.
Ramai sekarang nie orang Malaysia suka melancong dan bercuti ke tempat-tempat peranginan seperti pulau, gunung-ganang dan pantai. Tak kiralah di dalam atau di luar negara. Bercuti memberi kepuasan dan menghilangkan tekanan jiwa selepas berhempas pulas bekerja dan melakukan aktiviti seharian. Namun, kebanyakan individu kurang peka akan kepentingan insurans ketika melancong. Tahukah anda pembelian insurans adalah penting ketika travel tak kira dalam Malaysia atau di luar negara kerana ia akan menjadi suatu medium penyelamat jika sesuatu kemalangan berlaku tanpa diduga.
Aku pun sebelum ni kurang ilmu pasal insurans sehinggalah ketika join exchange student ke Korea, pihak university di sana mewajibkan pengambilan insurans sebelum terbang ke Korea. Dari situ lah, aku mula mencari maklumat mengenai insurans dan kepentingannya. Kat bawah ni, aku nak kongsikan perkara asas yang perlu dipertimbangkan ketika hendak beli travel insurans ke luar negara :
1. Coverage Perlindungan
Benda pertama perlu fokuskan adalah sebanyak mana coverage perlindungan yang boleh diberikan kepada pembeli. Sekurang-kurangnya RM100 000 coverage for personal accident benefit and medical expenses benefit. Time pergi Korea, university syaratkan sekurang-kurangnya mempunyai insurans yang mempunyai medical benefits 20,000 USD per kemalangan atau penyakit.
2. Harga Insurans
Kena tengok juga harga yang ditawarkan berbaloi tak dengan perlidungan. Yang nie kena pandai survey dan bandingkan harga.
3. Perkhidmatan yang pantas daripada pihak Insurans.
Seterusnya, pastikan insurans yang diambil ada memberikan fast claim guaranteed. Maksudnya, kalau korang nak claim atau menghubungi pihak insuran, diorang akan balas dengan cepat. Lagi bagus jika disediakan Phone Contact 24 Hours Overseas Emergency Assistance.
4. Surat jaminan (Guarantee Letter)
Pastikan surat jaminan disediakan. Surat ini penting supaya jika ada kemalangan berlaku atau penyakit semasa perjalanan di luar negara, korang dapat dimasukkan ke hospital tanpa perlu bayar duit pendahuluan.
5. Pemindahan perubatan kecemasan dan penghantaran balik (Emergency medical evacuation and repatriation)
Pastikan ciri-ciri ini juga available dalam insuran policies. Pengangkutan dan penjagaan perubatan adalah penting untuk memindahkan anda (dalam keadaan kritikal perubatan) ke hospital terdekat dan jika perlu, untuk anda pulang ke rumah untuk meneruskan rawatan perubatan. Kalau tidak, korang terpaksa tanggung kos yang tinggi untuk pemindahan diri ke hospital atau balik ke negara.
6. Beli online dan melalui laman web lebih murah.
Selalunya jika beli online, akan ada promotion 25% rebate berdasarkan syarikat insurans tertentu. Atau boleh hubungi agent insurans berdekatan untuk beli travel insurans.
7. Company Insurans yang menawarkan travel insurans.
Korang boleh pergi ke laman web insurans untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang insurans yang ditawarkan :
a. Etiqa Tripcare 360 Travel Takaful
b. AXA Overseas Travel Protection
c. Allianze Travel care
d. Tune protect Travel Easy
e. SOMPO Travel Plus
f. MSIG TravelRight Plus
Berdasarkan pengalaman, beli travel insurans adalah perkara yang penting dan perlu dititikberatkan. Jika ada berlaku apa-apa kemalangan, kita boleh mintak claim dari pihak insurans. Masa aku pergi Korea haritu, flight ke Kuala Lumpur telah delayed disebabkan Taufan Danas melanda Busan. Flight aku delayed selama 5 jam dan alhamdulillah dapat claim RM100 dari pihak insurans. Akhir sekali, diharap korang dapat membuat perbandingan yang baik ketika membeli insurans perlancongan agar percutian korang smooth dan berjalan dengan lancar. Thanks for reading!
Betul juga ye.. lebih confident makan angin bil Ada insurance
ReplyDeletextahu pasal travel insurans ni sebab jarang pergi travel luar. btw nice sharing :)
ReplyDelete