10 September 2019

Resepi Bubur Kacang Hijau Yang Mudah dan Enak!


Assalammualaikum dan hai semua..



          Kali nie, aku nak berkongsi satu resepi masakan kelantan. Masakan nie mak aku yang ajar dan ni adalah favourite makanan aku dari kecik iaitu bubur kacang hijau. Kacang hijau ni banyak khasiat terutama kepada kecantikan kulit kerana ia kaya dengan agent antioksida, vitamin dan serat yang bagus untuk pencernaan perut serta mengurangkan sembelit. Selalu kalau kat rumah, aku akan buat bubur ni banyak-banyak. Selepas family aku semua dah makan, yang lebihan bubur tu aku akan masukkan dalam plastik aiskrim dan bekukan dalam peti sejuk. Dan tadaa keesokkan harinya boleh makan aiskrim kacang hijau pulak. Yummy!



Bahan-bahan dia pun ringkas dan mudah didapati di pasaraya. Antaranya ialah :


1. Kacang hijau
2. Santan
3. Gula
4. Daun pandan
5. Gula Melaka (orang kelate panggil Nise)


Cara-cara penyediaannya :


1. Mula-mula rendam kacang hijau dalam air selama 3 hingga 4 jam.

2. Kemudian, rebus selama 10 minit biar dia empuk.

3. Tambahkan dua keping besar gula melaka. Pecahkan kecik-kecik macam nie supaya mudah larut dalam periuk nanti.

4. Last sekali, masukkan santan dan daun pandan. Biarkan ia mendidih sehingga gula melaka mencair. Boleh tambah sedikit garam dan gula jika masih tawar atau kurang rasa.

5. Gaulkan seketika biar dia sebati dan bila naik bau aroma, boleh tutup api dan siap dihidang.


Rasa bubur kacang manis berlemak sesuai dimakan bersama family pada waktu petang.


Bubuk kacang hijau sudah siap dan lagi sedap kalau makan dengan roti gardenia tau. 

Selamat menjamu selera!




4 comments:

Thank you for leaving a comment.