19 September 2019

Cara Memohon Elaun Tesis dari JPA


Assalammualaikum dan hai



      Pelajar-pelajar tajaan JPA dikira beruntung kerana selain memperoleh elaun yuran, sara diri dan latihan industri, mereka juga boleh memohon elaun tesis. Hal ini kerana, percetakan jurnal tesis kebiasaannya menelan kos yang tinggi kerana dicetak dalam bilangan halaman yang banyak dan perlu disertakan dalam bentuk Hardcopy binding. 




Dibawah adalah syarat-syarat kelayakan memohon elaun tesis.



(a) Syarat-syarat :

i. Tuntutan dibayar jika kursus mewajibkan pelajar menyediakan tesis;

ii. Tesis merupakan syarat wajib bagi tujuan menamatkan kursus pengajian/bergraduat;

iii. Layak dituntut sekali sahaja di sepanjang tempoh pengajian; dan

iv. Tuntutan layak dibayar bagi tesis yang disediakan secara individu sahaja

v. Permohonan tuntutan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 30 hari selepas pembentangan tesis.



(c) Dan cara memohonnya ialah :


1. Korang download borang JPA di sini :  Borang Elaun Tesis JPA

2. Sediakan semua dokuman yang diperlukan iaitu ada dua dokumen :

a. Borang tuntutan tesis.

b. Salinan kulit muka depan tesis yang asal yang telah disahkan oleh Dekan/ Ketua Jabatan/ Penyelia Kursus/ Penyelia Tesis di universiti.


3. Lengkap dan hantarkan pos ke alamat :


JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA,
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN,
ARAS 4, BLOK C2, KOMPLEKS C,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62510 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA,
MALAYSIA
(u.p.: Unit Pengurusan Kewangan)


4. Bayaran elaun tesis adalah tetap dan semua pelajar akan mendapat jumlah RM300 . Alhamdulillah boleh lah cover kos penyediaan tesis korang kan.



Diharap post ini memberi manafaat kepada korang untuk memohon elaun tesis dan tahniah kerana telah berjaya mengharungi pembentangan projek tahun akhir!


Thanks for reading!









13 comments:

  1. Bestnya kalau buat thesis dulu dapat elaun. Banyak gila kut kos, beli kertas, beli dakwat, tak campur print draft berapa kali entah hahaha. Dengan kos nak bind lagi adeh. Nasib baik la parents support. Semua demi segulung ijazah :')

    ReplyDelete
  2. Wahh bestnya kalau dapat ni. Takde lah pening² sangat nak buat kira-kira hehe. Gud info

    ReplyDelete
  3. Salam. Perlu letak thesis tu dlm cd ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu. hanya muka depan tesis beserta pengesahan sv sahaja.

      Delete
  4. Nak tanya, perbentangan tesis tu after viva ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembentangan tesis tu adalah viva. kira benda yang sama lah.

      Delete
  5. Perlu resit tak?

    ReplyDelete
  6. Hi nak tanya. Berapa lama elaun akan dikreditkan?

    ReplyDelete
  7. Salam awak.. saya nak tnya awk isi borang tu by handwritting ke secara digital?? Kalau isi borang tu secara digital boleh ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. berjaya tak sis? Boleh saya tahu kalau2 kamu kamu buat secara digital atau handwriting? and send melalui email or by hand/pos?

      Delete
  8. Kalau pengesahan yg diprint agak2 terima tak? Sbb sekarang tak boleh balik uni😢

    ReplyDelete

Thank you for leaving a comment.