19 September 2019

Cara Memohon Elaun Latihan Industri dari JPA


Assalammualaikum dan hai.




Post kali nie ditulis khas untuk pelajar-pelajar tajaan JPA yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah muda dalam negara. Sekarang adalah musim students telah tamat menjalankan latihan industri di syarikat atau institusi yang menyediakan tempat praktikal untuk para pelajar. Bulan September juga adalah waktu pelajar mula mendaftar semester baru dan memulakan pengajian selepas 3 bulan cuti sem.



Jadi diharap post kali nie dapat membantu adik-adik dalam membuat permohonan elaun latihan industri dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).  Sebelum memohon, kita perlu membaca beberapa syarat untuk memohon elaun latihan industri JPA :


(a) Syarat-syarat Umum :

i. Tuntutan dibayar berdasarkan hari bekerja tetapi tidak termasuk hari cuti awam/ umum/ hujung minggu;

ii. Jarak antara IPT/ rumah kediaman dengan tempat latihan melebihi 25 km mana yang terdekat;

iii. Tempoh latihan yang layak dibayar tidak melebihi 3 bulan (tidak termasuk hari cuti awam/ umum/ hujung minggu); dan

iv. Latihan amali merupakan syarat wajib bagi tujuan menamatkan kursus pengajian.



(b) Syarat-syarat Khusus :

i. Pelajar yang menjalani latihan amali di Jabatan/ Agensi KERAJAAN atau di Syarikat/Agensi SWASTA TIDAK LAYAK membuat tuntutan Elaun Latihan Amali sekiranya Jabatan/ Agensi/ Syarikat telah menyediakan Elaun Latihan Amali/ Praktikal.

ii. Permohonan tuntutan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 30 hari selepas tamat latihan amali/ pembentangan tesis.



(c) Dan cara memohonnya ialah :


1. Korang download borang JPA di sini : Borang Tuntutan Elaun Latihan Industri JPA

2. Sediakan semua dokuman yang diperlukan iaitu ada tiga dokumen :

a. Borang tuntutan elaun
b. Surat Permohonan Penempatan Latihan Amali oleh Universiti Kepada Majikan
c. Surat Pengesahan Pelajar Menjalani Latihan Amali daripada Majikan


3. Lengkap dan hantarkan pos ke alamat :


JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA,
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN,
ARAS 4, BLOK C2, KOMPLEKS C,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62510 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA,
MALAYSIA
(u.p.: Unit Pengurusan Kewangan)


4. Tunggu dalam 2 bulan untuk duit elaun dikreditkan ke dalam akaun bank korang. Kalau akak punya, alhamdulillah dapat elaun sebanyak RM670 untuk 3 bulan latihan industri. Dan boleh disemak di portal laman Myself JPA :



Semoga post kali dapat membantu adik-adik membuat permohonan elaun latihan industri dengan lengkap. Thanks for reading!


14 comments:

  1. Hai nak tanya, kalau syarikat tu bagi elaun tapi sikit, boleh mohon juga ke? saya punya tempat intern lebih 25km.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf. walaupun dapat elaun sikit, memang tak boleh nak dapatkan elaun dari JPA berdasarkan syarat-syarat khusus yang dinyatakan seperti di atas.

      Delete
  2. salam, nak tanya, jumlah tuntutan tu better letak berapa yee?? akak mmg letak rm670 ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak letak RM900 macam tu. Tapi, nanti pihak JPA yang akan kira sendiri dan finalize elaun yang sepatutnya kita dapat.

      Delete
  3. salam nak tanya, kalau LI kena under kerajaan juga ke? atau boleh je LI kat bukan kerajaan ?

    ReplyDelete
  4. kalau sem terakhir tu adalah sem untuk latihan industri adakah duit jpa akan masuk seperti biasa untuk sem terakhir itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nope. bagi sem LI, Aina kena hantar borang LI macam kat atas tu untuk tuntut duit elaun LI.

      Delete
  5. Jpa terbuka untuk pelajar degree sje ke? Atau pelajar diploma pon boleh mohon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Untuk degree sahaja. Sometime ada buka untuk master dan Phd.

      Delete
  6. apply selepas tamat LI eh? bukan sebelum?

    ReplyDelete

Thank you for leaving a comment.