29 September 2019

Personaliti Test : Haiwan yang anda lihat!


Hai semua.


Personaliti test kali nie untuk mengetahui keperibadian diri anda. Berdasarkan gambar di bawah, cuba pilih haiwan yang manakah anda nampak dulu:



Tanpa sedar kita sebenarnya memilih karakter yang paling kita suka. Maksudnya, jiwa atau hati kita yang menentukan pemilihan kita. It’s the essence of your soul that speaks to you!

Korang boleh semak jawapan berdasarkan haiwan yang dipilih :


1. Serigala

Serigala adalah simbol perlindungan. Orang yang tertarik kepada imej serigala adalah seorang yang passionate dan suka kepada kebaikan. Anda juga seorang yang setia dan penyayang. Walau bagaimanapun, seperti serigala itu sendiri, mereka menyembunyikan sifat lemah-lembut dan baik hati disebalik wajah garang dan kekuatan yang dipamerkan. Maksudnya, anda dari luar nampak seperti seorang yang garang dan bengis tetapi anda mempunyai hati yang baik. Anda melayan seseorang dengan tegas kerana anda sebenarnya sayang akan mereka dan supaya mereka menjadi orang yang berjasa dan berguna di masa hadapan.


2. Harimau

Jika anda melihat imej harimau, anda adalah orang yang menghadapi banyak kesukaran. Orang di sekeliling anda melihat anda sebagai trouble maker dan kekurangan kasih sayang. Tetapi sebenarnya anda seorang cekal dan tabah. Anda tahu siapa diri anda sebenar dan mempunyai matlamat jelas apa yang ingin anda capai. Masalah yang dihadapi sebenarnya membuat anda lebih kuat dan memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. 


3. Burung hantu

Jika anda melihat burung hantu, sifat keperibadian anda lebih tertumpu kepada semangat kerohanian dan  meditasi. Burung hantu secara tradisi dikaitkan dengan kebijaksanaan dan inner-self. Anda mempunyai sifat kreatif dan imaginasi yang tinggi dalam diri.  Anda mempunyai banyak idea dan selalu menggunakan critical-thinking untuk menyelesaikan masalah. Kekuatan anda datang dari inner-self dan hanya anda tahu apa yang anda mahukan.


4. Anak anjing

Jika anda melihat anak anjing, anda seorang yang mencintai kebebasan dan suka berfikir di luar kotak! Anda seorang yang ceria dan peramah. Orang sekeliling sangat suka berkawan dan senang bercerita dengan anda. Ini kerana anda seorang easy-going person. 


5. Ular Cobra

Kadangkala anda berasa kesunyian dan selalu mempertikaikan keupayaan diri sendiri dan mudah insecure. Tapi tahukah anda sejak zaman orang Mesir kuno, ular telah digembar-gemborkan sebagai tanda kebijaksanaan dan pelindung kerabat diraja. Cobra adalah ular beracun, yang membawa maksud berkuasa dan kebanyakkan mereka semuanya cantik. Anda cuma perlu fokus kepada kelebihan dan keunikan yang ada dalam diri anda. And be the best of your own version!


6. Singa

Sifat keperibadian yang anda sembunyikan adalah rasa marah anda. Singa itu dikenali dengan simbol kekuatan dan berbahaya. Anda selalu berfikir marah akan memburukkan lagi suasana. Tetapi, kemarahan sebenarnya untuk menunjukkan rasa ketidakpuas hati anda terhadap layanan buruk yang diberikan. Jika anda menahan rasa marah, orang akan mengambil kesempatan terhadap kebaikan anda dan anda akan mudah kecewa dalam hidup. The anger is a part of who you are, and the reason you get so mad is that you feel so passionately. Express your feeling to the deserved people!


7. Kelawar

Anda seorang yang pendiam dan menyesuaikan diri dengan apa yang berlaku di sekeliling anda pada setiap masa sebagai pengikut. Sebenarnya anda seorang yang pintar dan mempunyai banyak idea. Seperti kelawar yang terkenal disebabkan kemampuan untuk terbang dengan mata yang buta walaupun dalam keadaan gelap. Maksudnya, anda mampu bertahan dan keluar daripada masalah yang perit dan mencabar. Sudah tiba masanya untuk berhenti mengutamakan pandangan dan menjaga perasaan orang lain. Start by loving yourself first and tell your idea loudly. Become the next one that lead people because you are born to be a leader!



Thanks for reading!





credits to wakeupyourmind.net

27 September 2019

Dapat hadiah Top Commentator Bulan Ogos daripada Shikin Razali!!


Hai semua..



Aku suka blogwalking dan tinggalkan komen di blog yang aku singgah. Kemudian, tak sangka pulak kak shikin akan bagi hadiah kepada top commentator blog dia. Korang boleh tengok post announcement top commentator di link sini. Alhamdulillah, terima kasih kak shikin bagi hadiah ini. Semoga kak shikin dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki di masa akan datang. Jom tengok hadiah apa yang kak shikin bagi.

The parcel is so big!

Gambar hiasan dinding dan minyak wangi.


Terima kasih kak shikin. I like these prizes especially the perfume. Sapa-sapa nak blogwalking blog kak shikin boleh pergi melawat dan tinggalkan komen. Mana tahu selepas nie korang pula yang akan jadi top commentator. Thanks for reading!







25 September 2019

Menang Hadiah dari Giveaway Beeha dan Anis!!


Hai semua..


Bulan lepas, alhamdulillah aku tersenarai di antara pemenang First Giveaway by Anis & Beeha. Aku menang random pick untuk tempat kedua. Senarai pemenang GA nie boleh tengok di link sini. Dan hadiah giveaway dah selamat sampai ke alamat rumah aku. Hadiah untuk tempat kedua ialah Bath & Body Work Mist dan Eye Mask :



Tadaa hadiah dah sampai. Aku suka bau mist ni sebab bau dia wangi sangat. Eye mask tu aku bagi pada mak aku pakai sebab bila mak tengok parcel nie sampai, dia kata nak cuba pakai lah sebab mata mak macam ada eye panda. haha..Thank you Anis dan Beeha






Lepas ni, boleh lah buat giveaway lagi dan semestinya aku akan join dan support korang lagi. Thank you for the prizes!!





24 September 2019

Apa perbezaan antara Resume dan Curiculum Vitae (CV)?


Hai, semua.



Pelajar-pelajar yang akan menempuhi latihan industri atau alam pekerja semestinya perlu membuat resume. Untuk mendapat panggilan temuduga, korang perlu menyediakan resume yang lengkap dan menepati kriteria yang betul baru bos kagum terhadap kebolehan menulis. Sebelum itu, korang perlu tahu apa perbezaan antara resume dan CV. Supaya korang tidak tersilap format ketika menyediakan dokumen tersebut.


Disini, saya kongsikan perbezaan antara resume dan CV :











Credit to : Maukerja




Dapat emel dari Kyungpook National University!



Hai semua..


Beberapa bulan yang lepas, aku ada join summer program ke Korea. Alhamdulillah pengalaman yang bermakna dan tidak akan dilupakan sepanjang menetap di Korea. Kemudian, semalam tiba-tiba dapat emel dari pihak International affairs KNU. Diorang hantar poster artikel tentang international program yang diadakan di Kyungpook University. Selain itu, terdapat beberapa program yang lain di anjurkan pada masa yang sama seperti Global Summer School dan GKS Invitation Program for Students from Partner Countries. 







I am so excited when I see my face on the article. Thank you, Kyungpook University for holding such a great program. Untuk maklumat lanjut, korang boleh baca artikel di atas tu. Thank you!





23 September 2019

Lecturer Notes untuk pelajar kos Bioteknologi


Assalammualaikum semua,


Tahun ni akak telah berjaya menamatkan pelajaran dalam kos Bioteknologi di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan insyaallah bakal bergraduate bulan Oktober 2019. Jadi, dikesempatan ini akak ingin berkongsi file lecturer notes dengan adik-adik semua. Diharap dengan adanya lecterur notes ni dapatlah korang membuat persediaan awal ulangkaji sebelum masuk ke kelas.

Geng Bioteknologi 16/17 will graduate soon.


Nota Biotechnology

Tahun 1

Semester 1 include :

Cell Biology
Biochemistry
Microbiology
Biodiversity
Statistic Biology 1
TITAS

Download Link: Semester 1

Semester 2 include :

General Genetics
Plant Physiology
Analytical Chemistry 1
Statistics For Biology 2
ICT Competency
Bahasa Melayu


Download Link : Semester 2


Tahun 2

Semester 3 include :

Advance Biochemistry
Advance Genetics
Advance Microbiology
Animal Biotechnology
Cell & Tissue Culture
Developmental Biology

Download Link : Semester 3


Semester 4 include :

Animal Physiology
DNA Recombinant
Natural Resources
Plant Biotechnology
Science Communication
Virology & Immunilogy

Download Link : Semester 4

Tahun 3

Semester 5 include :

Bioprocess
Bioinformatic
Enzymology
Food Biotechnology
Instrumentation

Download Link : Semester 5

Semester 6 include :

Environmental Biotechnology
Functional Genomic and Proteomic
Socio Economic
Medical Biotechnology

Download Link : Semester 6


Semoga post kali nie dapat memberi manfaat untuk adik-adik! And goodluck in your study!



Thanks for reading!







Resepi Cekodok Pisang yang ringkas dan sedap!


Assalammualaikum semua,




Petang ni saya ada buat cekodok pisang atau orang kelantan panggil jemput pisang sebagai snack riadah petang untuk keluarga. Menu ringkas macam ni saya rasa semua boleh buat. Saya pula terlebih rajin ambil gambar sebab nak kongsi menu ringkas ni. Langkah-langkah semua ada di bawah gambar. Jom kita mula!


Bahan-bahannya :


1. Pisang
2. Gula
3. Garam
4. Tepung gandum


Cara-cara membuatnya :


1. Mula-mula buang kulit pisang dan masukkan dalam loyang bekas. 

2. Kemudian lenyekkan pisang sehingga hancur. Kalau ambil pisang yang dah lama lebam, lagi mudah untuk lenyekkan.


3. Seterusnya masukkan 5 sudu gula. Atau mengikut kemanisan korang suka. Tambah secubit garam sebagai penambah rasa.


4. Tambahkan satu cawan tepung gandum.

5. Ini rupa dia selepas tambah tepung. Teruskan gaul sehingga doh sebati.

6. Macam nilah bentuk doh kita yang dah siap. Saya tak suka letak serbuk penaik sebab lebih suka guna natural ingredients macam ni je.

7. Kemudian panaskan api dan masukkan doh cekodok kita tadi.

8. Goreng sehingga perang keemasan macam nie. Angkat cekodok tadi dan siap! Boleh hidangkan untuk family.


Ringkas dan mudah je resepi kali nie. Saya lebih suka goreng dalam saiz kecil senang nak makan. Budak-budak pun suka sebab sesuai dengan saiz mulut diorang. Thanks for reading!







21 September 2019

Sayonara Stationery Giveaway by NiniHanini


Click the banner to join.


Assalammualaikum dan hai semua.


Post kali nie aku nak join giveaway from NiniHanini. Aku suka blog dia sebab comel dan kreatif. Kebanyakan post dia juga banyak bercerita tentang kraft dan buku. Aku dapat banyak idea kreatif bila baca post dia. I really enjoyed reading her blog!



Dalam giveaway nie, ada dua jenis hadiah yang disediakan iaitu Sayo Pack dan Nara Pack. Antara dua pack tu, aku berkenaan pada Sayo Pack. Antara sebab aku teringin sangat hadiah pack nie ialah :


1. Pertama kali aku tengok gambar hadiah, mata aku tertarik pada The Snoring Cat Lined book sebab aku suka kumpul buku nota comel-comel. Kalau pergi kedai buku, memang akan pergi kawasan notebooks dulu. Aku akan tengok design notebook dan selalunya aku akan menulis nota pasal perancangan aktiviti aku dalam notebook tu.


2. Selain itu, aku juga teringin nak ada water colour sendiri. Jadi, Handmade Buncho Poster Colour Pallete is my wish to have it! Kalau ada colour pallete nie, boleh lah lepas ni menjinakkan diri untuk belajar melukis dan mewarna.


3. Aku jugak jenis kalau baca buku novel tebal-tebal, memang aku akan tandakan buku tu mengikut Chapter.  Dan Al-Quran pun, aku tanda berdasarkan nama-nama Surah sebab nanti senang nak baca. Jadi, aku memang memerlukan Oxford Fajar Sticky Notes. Sebab yang sedia ada dah nak habis. Other gifts like postcards and decorative cards is also cute. I wish I can own it!



Insyaallah, semoga aku dimurahkan rezeki dan dapat memenangi Sayo Pack. Amin. Korang pun boleh join giveaway nie dengan klik banner kat atas. Jom ramai-ramai join dan memeriahkan giveaway ini. That's all from me. Thanks for reading!






Tips cara dapatkan scholarship PIDN JPA di Universiti


Assalammualaikum dan hai semua.


Sepanjang melanjutkan pengajian ijazah  muda di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), aku telah menerima elaun tajan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Alhamdulillah. Jadi, aku nak berkongsi dengan adik-adik cara untuk memohon JPA nie.




1. Apa itu PIDN JPA?


Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) ialah suatu mekanisme tajaan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pelajar akan ditaja di peringkat ijazah pertama di Universiti Awam, Politeknik Premier dan Government Linked University (GLU) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU). Bidang pengajian yang ditaja adalah bidang-bidang dibawah kelompok Klinikal & Kesihatan, Kejuruteraan dan Teknologi, Sains dan Sains Sosial.



2. Kelayakan


Syarat Khusus Perincian bagi syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:

1) Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;

2) Memenuhi syarat akademik seperti berikut:



A. Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian: 

(i) Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.30; atau

(i) Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi satu daripada syarat berikut:

a) Memperoleh sekurang-kurangnya 3.50 di peringkat diploma dari UA/Politeknik/IPTS (GLU) yang disenaraikan; atau

b) Memperoleh sekurang-kurangnya 3.75 di peringkat persediaan (foundation) di IPTS (GLU) yang telah disenaraikan. dan

(ii) Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa;


B. Bidang Perubatan dan Pergigian: 

(i) sedang mengikuti pengajian di tahun pertama; dan

(ii) lulus bagi semester pertama di tahun pertama bagi bidang perubatan dan pergigian.



Semua bidang adalah ditaja di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2019 KECUALI bidang-bidang seperti berikut:


(i) Bidang pendidikan;

(ii) Bidang berkaitan penerbangan yang memerlukan pelajar mengambil lesen penerbangan;

(iii) Program-program berbentuk francais universiti awam / IPTS;

(iv) Program-program berkembar / dual award / double degree dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan (UKM-UDE dan UMP-HsKA);

(v) Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan;

(vi) Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA; dan

(vii) Program pengajian secara separuh masa / jarak jauh / atas talian.



3. Mekanisme Perjanjian Pinjaman


a) Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau

(b) Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat milik Kerajaan (GLC); atau 

(c) Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau 

(d) Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.



4. Waktu permohonan PIDN buka

Selalunya waktu permohonan akan dibuka diantara bulan April sehingga Mei selama 7 hari pada setiap tahun. Jadi, sila allert kepada students yang baru memulakan pengajian tahun satu.


5. Laman Web Myself JPA

Students yang menerima tajaan akan mempunyai akaun JPA sendiri untuk melakukan pengemaskinian maklumat diri dan penerimaan wang elaun di Portal Myself JPA.


6. Berapa bayaran elaun JPA yang diterima?

Bayaran elaun JPA yang diberikan adalah berbeza berdasarkan jenis course yang adik-adik ambil di peringkat ijazah muda. Korang boleh rujuk gambar di bawah:



Sebagai contoh akak ambil kos Sains di Universiti Malaysia Sarawak, jadi setiap sem akak dapat elaun sebanyak RM5175 seperti berikut :



Alhamdulillah bolehlah buat belanja menampung kehidupan seharian di universiti yang  jauh di perantau. Thanks for reading!





Spacereno : Affordable Renovation Contractor in Klang Valley


Hi everyone,



Spacereno is a website under a company that provides renovations services in Kuala Lumpur, PJ, Shah Alam, Klang, and Selangor. The company uses only quality building materials that can withstand the test of time for your renovation projects. The team is specialized and expert in renovation contractors, interior designs and consultant to assist with your renovation project by guiding and communicating with you each step of the way. Their mission is to provide a smooth, pleasant renovation service experience to customers from concept to completion.



Why need to choose Spacereno for your renovation project?


1. Transparent pricing

They offer affordable and transparent prices for your renovation. Rates that suit every budget. No surprises and no additional hidden costs.

2. Punctual and Timely

They execute the renovation works at your space and bring it to completion timely as planned based on the agreed timeline.

3. Experienced Team

The team is experienced in consultants, interior designers and well-trained workers who work passionately and diligently to provide you with the quality renovation service with a smile.

4. FREE site survey and Quotation.

They also provide the option of a FREE site survey and FREE Quotation so they can tailor the best solution to suit your renovation needs.



Types of renovation services that they provide include:


  • Full house renovation
  • Construction
  • Commercial renovation- offices, restaurant
  • Small renovation- bathroom, kitchen, living room, bedroom
  • Extensions- awning, additional floor
  • Tiling works
  • Flooring
  • Painting
  • Interior design services
  • Roofing



Their services generally cover the Klang Valley- Kuala Lumpur, Selangor (Petaling Jaya, Klang, Shah Alam, Cyberjaya, Putrajaya). If you are planning for a smooth and organized renovation project, contact them now at sales@spacereno.com to get a free quote today! Or you can also visit their website at Spacereno.com.




Thanks for reading!







19 September 2019

Cara Memohon Elaun Tesis dari JPA


Assalammualaikum dan hai



      Pelajar-pelajar tajaan JPA dikira beruntung kerana selain memperoleh elaun yuran, sara diri dan latihan industri, mereka juga boleh memohon elaun tesis. Hal ini kerana, percetakan jurnal tesis kebiasaannya menelan kos yang tinggi kerana dicetak dalam bilangan halaman yang banyak dan perlu disertakan dalam bentuk Hardcopy binding. 




Dibawah adalah syarat-syarat kelayakan memohon elaun tesis.



(a) Syarat-syarat :

i. Tuntutan dibayar jika kursus mewajibkan pelajar menyediakan tesis;

ii. Tesis merupakan syarat wajib bagi tujuan menamatkan kursus pengajian/bergraduat;

iii. Layak dituntut sekali sahaja di sepanjang tempoh pengajian; dan

iv. Tuntutan layak dibayar bagi tesis yang disediakan secara individu sahaja

v. Permohonan tuntutan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 30 hari selepas pembentangan tesis.



(c) Dan cara memohonnya ialah :


1. Korang download borang JPA di sini :  Borang Elaun Tesis JPA

2. Sediakan semua dokuman yang diperlukan iaitu ada dua dokumen :

a. Borang tuntutan tesis.

b. Salinan kulit muka depan tesis yang asal yang telah disahkan oleh Dekan/ Ketua Jabatan/ Penyelia Kursus/ Penyelia Tesis di universiti.


3. Lengkap dan hantarkan pos ke alamat :


JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA,
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN,
ARAS 4, BLOK C2, KOMPLEKS C,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62510 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA,
MALAYSIA
(u.p.: Unit Pengurusan Kewangan)


4. Bayaran elaun tesis adalah tetap dan semua pelajar akan mendapat jumlah RM300 . Alhamdulillah boleh lah cover kos penyediaan tesis korang kan.



Diharap post ini memberi manafaat kepada korang untuk memohon elaun tesis dan tahniah kerana telah berjaya mengharungi pembentangan projek tahun akhir!


Thanks for reading!









Cara Memohon Elaun Latihan Industri dari JPA


Assalammualaikum dan hai.




Post kali nie ditulis khas untuk pelajar-pelajar tajaan JPA yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah muda dalam negara. Sekarang adalah musim students telah tamat menjalankan latihan industri di syarikat atau institusi yang menyediakan tempat praktikal untuk para pelajar. Bulan September juga adalah waktu pelajar mula mendaftar semester baru dan memulakan pengajian selepas 3 bulan cuti sem.



Jadi diharap post kali nie dapat membantu adik-adik dalam membuat permohonan elaun latihan industri dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).  Sebelum memohon, kita perlu membaca beberapa syarat untuk memohon elaun latihan industri JPA :


(a) Syarat-syarat Umum :

i. Tuntutan dibayar berdasarkan hari bekerja tetapi tidak termasuk hari cuti awam/ umum/ hujung minggu;

ii. Jarak antara IPT/ rumah kediaman dengan tempat latihan melebihi 25 km mana yang terdekat;

iii. Tempoh latihan yang layak dibayar tidak melebihi 3 bulan (tidak termasuk hari cuti awam/ umum/ hujung minggu); dan

iv. Latihan amali merupakan syarat wajib bagi tujuan menamatkan kursus pengajian.



(b) Syarat-syarat Khusus :

i. Pelajar yang menjalani latihan amali di Jabatan/ Agensi KERAJAAN atau di Syarikat/Agensi SWASTA TIDAK LAYAK membuat tuntutan Elaun Latihan Amali sekiranya Jabatan/ Agensi/ Syarikat telah menyediakan Elaun Latihan Amali/ Praktikal.

ii. Permohonan tuntutan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 30 hari selepas tamat latihan amali/ pembentangan tesis.



(c) Dan cara memohonnya ialah :


1. Korang download borang JPA di sini : Borang Tuntutan Elaun Latihan Industri JPA

2. Sediakan semua dokuman yang diperlukan iaitu ada tiga dokumen :

a. Borang tuntutan elaun
b. Surat Permohonan Penempatan Latihan Amali oleh Universiti Kepada Majikan
c. Surat Pengesahan Pelajar Menjalani Latihan Amali daripada Majikan


3. Lengkap dan hantarkan pos ke alamat :


JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA,
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN,
ARAS 4, BLOK C2, KOMPLEKS C,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62510 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA,
MALAYSIA
(u.p.: Unit Pengurusan Kewangan)


4. Tunggu dalam 2 bulan untuk duit elaun dikreditkan ke dalam akaun bank korang. Kalau akak punya, alhamdulillah dapat elaun sebanyak RM670 untuk 3 bulan latihan industri. Dan boleh disemak di portal laman Myself JPA :



Semoga post kali dapat membantu adik-adik membuat permohonan elaun latihan industri dengan lengkap. Thanks for reading!


18 September 2019

Tips Pilih Travel Insurans Ke Luar Negara


Assalammualaikum dan hai.




      Ramai sekarang nie orang Malaysia suka melancong dan bercuti ke tempat-tempat peranginan seperti pulau, gunung-ganang dan pantai. Tak kiralah di dalam atau di luar negara. Bercuti memberi kepuasan dan menghilangkan tekanan jiwa selepas berhempas pulas bekerja dan melakukan aktiviti seharian. Namun, kebanyakan individu kurang peka akan kepentingan insurans ketika melancong. Tahukah anda pembelian insurans adalah penting ketika travel tak kira dalam Malaysia atau di luar negara kerana ia akan menjadi suatu medium penyelamat jika sesuatu kemalangan berlaku tanpa diduga. 




Aku pun sebelum ni kurang ilmu pasal insurans sehinggalah ketika join exchange student ke Korea, pihak university di sana mewajibkan pengambilan insurans sebelum terbang ke Korea. Dari situ lah, aku mula mencari maklumat mengenai insurans dan kepentingannya. Kat bawah ni, aku nak kongsikan perkara asas yang perlu dipertimbangkan ketika hendak beli travel insurans ke luar negara :


1. Coverage Perlindungan

Benda pertama perlu fokuskan adalah sebanyak mana coverage perlindungan yang boleh diberikan kepada pembeli. Sekurang-kurangnya RM100 000 coverage for personal accident benefit and medical expenses benefit. Time pergi Korea, university syaratkan sekurang-kurangnya mempunyai insurans yang mempunyai medical benefits 20,000 USD per kemalangan atau penyakit.


2. Harga Insurans

Kena tengok juga harga yang ditawarkan berbaloi tak dengan perlidungan. Yang nie kena pandai survey dan bandingkan harga.


3. Perkhidmatan yang pantas daripada pihak Insurans.

Seterusnya, pastikan insurans yang diambil ada memberikan fast claim guaranteed. Maksudnya, kalau korang nak claim atau menghubungi pihak insuran, diorang akan balas dengan cepat. Lagi bagus jika disediakan Phone Contact 24 Hours Overseas Emergency Assistance.


4. Surat jaminan (Guarantee Letter)

Pastikan surat jaminan disediakan. Surat ini penting supaya jika ada kemalangan berlaku atau penyakit semasa perjalanan di luar negara, korang dapat dimasukkan ke hospital tanpa perlu bayar duit pendahuluan.


5. Pemindahan perubatan kecemasan dan penghantaran balik (Emergency medical evacuation and repatriation)
Pastikan ciri-ciri ini juga available dalam  insuran policies. Pengangkutan dan penjagaan perubatan adalah penting untuk memindahkan anda (dalam keadaan kritikal perubatan) ke hospital terdekat dan jika perlu, untuk anda pulang ke rumah untuk meneruskan rawatan perubatan. Kalau tidak, korang terpaksa tanggung kos yang tinggi untuk pemindahan diri ke hospital atau balik ke negara.


6. Beli online dan melalui laman web lebih murah.

Selalunya jika beli online, akan ada promotion 25% rebate berdasarkan syarikat insurans tertentu. Atau boleh hubungi agent insurans berdekatan untuk beli travel insurans.


7. Company Insurans yang menawarkan travel insurans.
Korang boleh pergi ke laman web insurans untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang insurans yang ditawarkan :



a. Etiqa Tripcare 360 Travel Takaful
b. AXA Overseas Travel Protection
c. Allianze Travel care
d. Tune protect Travel Easy
e. SOMPO Travel Plus
f. MSIG TravelRight Plus


Berdasarkan pengalaman, beli travel insurans adalah perkara yang penting dan perlu dititikberatkan. Jika ada berlaku apa-apa kemalangan, kita boleh mintak claim dari pihak insurans. Masa aku pergi Korea haritu, flight ke Kuala Lumpur telah delayed disebabkan Taufan Danas melanda Busan. Flight aku delayed selama 5 jam dan alhamdulillah dapat claim RM100 dari pihak insurans. Akhir sekali, diharap korang dapat membuat perbandingan yang baik ketika membeli insurans perlancongan agar percutian korang smooth dan berjalan dengan lancar. Thanks for reading!








Trip 3 hari 2 malam di Sabah ketika zaman degree UNIMAS.


Assalammualaikum dan hai semua..





Trip kali nie aku melancong bersama geng kawan-kawan degree. Sebenarnya ni kisah tahun lepas, baru hari nie sempat nak taip dan post. Since kitorang semua belajar di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), jadi kitorang plan nak bercuti sama-sama ke Sabah. Sebenarnya, hampir semua students UNIMAS ada mindset tersendiri iaitu tak lengkap study di UNIMAS kalau tak jejakkan kaki ke Sabah since negeri ni bersebelahan je dengan Sarawak. Jadi, kitorang pun terpengaruh sekali dengan mindset macam tu..haha..




Trip ni adalah 3 hari 2 malam. Dan jadual itinerary macam ni:


5 April 2018 (Khamis)
-flight Kuching (kch) ke Kota Kinabalu(bki)
- ambil kereta di airport dan terus ke Kundasang
- Dairy Farm cattle
-makan lunch di kedai ayam madu pak ali
-ambik gambar di kaki bukit
- balik kota kinabalu check in hotel

6 April 2018 (Jumaat)
-sarapan di hotel
- 8am- 4ptg : island hoping di Taman Pulau Tunku Abdul Rahman
- dinner seafoods di Filipino market Sabah
- shopping souvenirs di Handicraft KK
-tengok wayang di Suria Mall Sabah


7 April 2018 (Sabtu)
-sarapan pagi di hotel
- jalan-jalan di todak waterfront
- Muzium KK
- lunch di Upperstar, Suria Mall
- shopping di Imago Mall
-8pm : flight Kota Kinabalu (BKI) to Kuching (KCH)


Kat bawah ni aku senaraikan maklumat yang aku nak kongsikan dengan korang :





1. Flight

Kitorang naik flight dari Kuching ke Kota Kinabalu. Masa nie Air-Asia tengah ada promotion jadi dapat harga RM69 pergi dan RM99 balik tambang. Kitorang tak ambil luggage dan makanan. Kitorang pergi bawa beg backpacker je. Jimat duit luggage. Total RM168


2. Kundasang

Di hari pertama, apabila sampai je flight ke Kota Kinabalu, kitorang terus ambil kereta sewa dan bergerak ke Kundasang pukul 8pagi. Disebabkan kesuntukan masa, kitorang hanya sempat melawat Desa Dairy Farm dan jalan-jalan ke pekan Kundasang je. Tiket masuk ke Desa Dairy Farm ni cuma RM5 seorang. Di kawasan ni, kita boleh tengok gunung-ganang dan lembu persis New Zealands. Cuaca juga sejuk dan berangin jadi disarankan bawa sweater ketika melawat tempat ini.


Geng travel di zaman degree.

Kalau datang sini, wajib ambil gambar di tempat hotspot nie
Aiskrim Gelato. Sedap sangat!



Belakang kitorang sepatutnya nampak gunung kinabalu tapi ditutup oleh awan.

Disebabkan kitorang sampai pada waktu tengahari, permandangan gunung-ganang telah ditutupi awan. Jadi, tak berpeluanglah nak ambil gambar berlatarkan gunung persis New Zealands tu..huhu..Tips kalau nak bergambar cantik, kena datang sini pada awal pagi around 8am macam tu.


Bergambar di batu lembu.

Ayam madu pak ali.

Makan tengahari di pekan kundasang.

Kemudian, kitorang singgah di pekan Kundasang dan menjamu selera di kedai yang famous  iaitu Kedai Ayam Madu Pak Ali. Ayam bakar madu sedap sangat. Memang wajib lunch kat sini kalau korang singgah di pekan Kundasang.


3. Hotel

Selepas melawat Kundasang, kitorang terus balik ke bandar Kota Kinabalu petang tu jugak dan check in hotel. Aku book Yomi Hotel melalui laman web Agoda untuk stay 3 hari 2 malam. Harganya RM76 per malam include breakfast tau. Sangat recommended hotel nie, selain termasuk breakfast ia juga berhampiran dengan waterfront Kota Kinabalu. Hotel nie juga berdekatan dengan Jesselton Point, tempat beli tiket ke Island Hoping. 

4. Pulau

Hari kedua, ialah aktiviti Island hoping! This is our main reason kenapa nak melancong di Sabah iaitu sebab Sabah terkenal dengan keindahan Pulau yang cantik dan bersih. Taman Laut Tunku Abdul Rahman terdiri daripada beberapa pulau iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan,Pulau Mamutik dan Pulau Sulug.

Kami pilih company Island Hop Express (Kaunter 10).

Di Jesselton Point, gate sebelum naik boat ke pulau-pulau.


Sampai di gate Pulau Sapi.
Di kaunter tiket 10, kitorang ambik pakej 3 Pulau (RM43) dan set snorkelling (RM15) + Yuran terminal (for student RM3.82). Pastu, aku request nak main parasailing (RM65). Jadi total seorang ialah RM126.82. Aku tak kisah pasal harga asalkan puas dapat try aktiviti-aktivit di Pulau nie. 3 Pulau yang kitorang pilih ialah Pulau Sapi, Pulau manukan dan Pulau Mamutik.


Harga pakej Island hoping.
Siap sedia nak snorkelling.


Snorkelling bersama Helen.

Pantai Pulau Mamutik sangat cantik dan bersih.
Firstly, kitorang snorkelling di Pulau Sapi. Pulau Sapi nie berdekatan dengan Pulau Gaya. Sebelum masuk kena bayar caj masuk Taman Tunku Abdul Rahman (RM3 for adult). Pastu, kat pintu masuk Pulau Sapi jugaklah tempat tiket Zipline (RM68). Apalagi, kitorang terus bayar tiket aktiviti Zipline. Selepas snorkelling, aku dan Naz dibawa ke Pulau Gaya. Kitorang main Zipline iaitu sliding dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi. Dan permandangan ketika turun slides tu cantik sangat.


Best experience trying extreme activities, Zipline.

Ride parasailing with Naz. So much fun!

Kemudian, kitorang teruskan aktiviti parasailing iaitu riding payung terjun yang ditarik menggunakan boat. Best sangat aktiviti-aktivit nie. Mostly aktiviti seperti parasailing,banana boat dan lain-lain akan diadakan di Pulau Sapi. Lepastu, kitorang teruskan perjalanan ke Pulau manukan dan mamutik. Kedua-dua pulau nie agak kecil dan kurang orang. Jadi, kalau nak snorkelling better di Pulau Sapi yang mana lebih meriah.

Tunggu boat nak balik ke Jesselton Point.

Around pukul 4ptg, kitorang tunggu pakcik boat datang ambil di Pulau Mamutik dan balik ke pangkalan boat di Jesselton Point. Habis burn muka tau sebab cuaca panas terik di Pulau nie. Jadi, jangan lupa bawa sunblock kalau datang sini..huhu..Pada waktu malam pula, kita makan dinner seafood di Filipino night market. Sedap, macam-macam makanan laut yang boleh dipilih.



5. Kota Kinabalu City

Hari ketiga, jalan-jalan di sekitar bandar Kota Kinabalu. Since hotel kitorang book di kawasan bandar, jadi kitorang cuma jalan kaki je untuk ke destinasi. Antara tempat yang dilawati ialah KK waterfront, Todak monumen, Handicraft market, Muzium Sabah Suria Sabah Mall dan Imago Mall.


Bergambar di Todak monumen.

Waterfront Kota Kinabalu.


I love KK monumen.

Buy souvenirs di Handicraft Market, Sabah.
 Suria Sabah mall.

Menonton wayang di Suria Sabah Mall.

Muzium Sabah.

Bergambar dengan rangka ikan paus di dalam Muzium Sabah.

At the Kampung Warisan exhibition.

Bergambar dalam rumah traditional etnik Sabah.


Flight balik ke Kuching ialah pada pukul around 8 malam. Dan selamat sampai ke Kuching pada pukul 9pm. Alhamdulillah, trip yang dirancang last minute akhirnya berjaya dan selamat pergi dan balik. Thank you kepada geng kawan-kawan yang sporting dan helpful sepanjang trip nie. We had so much for in our trip to Sabah! Next time, nak datang dengan  family pulak.



Thanks for reading!