02 December 2019

Vaseline Intensive Care Aloe Soothe Lotion | Review



Hai, semua.


Vaseline Intensive Care mengandungi micro-droplets of Vaseline Jelly yang membantu meresap ke dalam kulit untuk melembutkan dan mengekalkan kelembapan kulit tangan. Dengan kandungan aloe vera di dalam losyen ini, ia dapat meredakan kulit kering serta mengembalikan keanjalan kulit. Kebaikan kandungan aloe vera ialah :


- keeps dry skin restored all day
- absorbs fast for non-greasy feel
- feel soft and moisturize the skin completely



Harga : RM8.30

Aku beli di Watsons berdekatan dengan universiti. Sebab masa nie tengah tercari-cari losyen tangan yang sesuai untuk kulit kering. Bentuknya yang kecil dan saiz tapak tangan memang senang dibawa kemana-mana. Letak dalam handbag je. Yang ni aku beli dalam volume 120ml. 


Tekstur putih yang padat dan melembutkan kulit.

My review

Selalu kalau study di Universiti, aku suka belajar di bilik belajar perpustakaan. Tak tahu kenapa mungkin suasananya yang sunyi dan selesa lebih-lebih lagi dalam aircond. Cuma bila dalam aircond, tangan aku mudah sejuk dan kering. Kadang-kadang kalau terlampau lama, memang tangan aku akan merah. Jadi, dalam beg aku memang selalu bawak losyen Vaseline Aloe-vera ni. Bau dia wangi dan menyenangkan. After pakai losyen ni, kulit kurang kering dan selesa untuk belajar. Tekstur dia pun lembut dan mudah meresap dalam kulit. Aku perasan tekstur dia lightweight je dan ada effect long lasting hydration. Memang sesuai untuk student dan pekerja yang sentiasa di dalam bilik with aircondition.

Selain study, aku juga pakai losyen ni selepas basuh pinggan atau basuh baju. Korang tahulah kan, sabun pasuh pinggan dan sabun baju sebenarnya akan mengeringkan kulit tangan kita. Even orang korea, kalau kita tengok kdrama, diorang akan pakai sarung tangan time basuh pinggan tau. Sebab diorang nak jaga kulit dan kuku tangan diorang dari kering dan kesan sampingan lain. After pakai Vaseline nie, at least lotion dapat restore kelembapan dan soothe balik kulit tangan kita. Selalu kalau aku amalkan pakai losyen ni, tangan akan sentiasa lembut je. Senang lah sikit nak bersalaman dengan orang, takyah malu-malu tangan kering ke apa kan.

My rating

I will give 8/10 untuk produk vaseline nie. Memang sesuai untuk orang yang kulit kering sebab dia ada Vaseline Jelly untuk penyerapan yang pantas. Jadi, korang yang tercari-cari losyen untuk kulit kering macam aku ni, I really recommended Vaseline aloe nie. Really worth buying!



Thanks for reading.

6 comments:

  1. akk xblh pkai vaseline ni..
    aritu try pkai abs jd gatal2.. xsesuai ngn kulit akk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..depends on kulit jugak kan sesuai ke tak. ada yang jenis alergik dengan aloe-vera, ada yang tak..

      Delete
  2. krim vaseline memang best pakai utk orang org yg ada masalah kulit kering :)

    ReplyDelete
  3. Baik juga produk ni. Selalu juga tangan kering. Tq sharing

    ReplyDelete
  4. suka sangat krim vaseline ni. memang feveret ^_^

    ReplyDelete
  5. Susah nak jumpa losyen ni dah..huhuhu

    ReplyDelete

Thank you for leaving a comment.