11 December 2019

Pizzahut : Black Volcano Pizza review


Hai, semua.


Pizzahut adalah antara restoran kegemaran rakyat Malaysia untuk menjamu selera bersama keluarga. Terdapat pelbagai aneka dan jenis pizza boleh dipilih di sini. Kami sekeluarga telah mencuba pizza terbaru iaitu Black Volcano Pizza. Pizza Hut Malaysia telah memperkenalkan all-new Black Volcano Pizza yang mengandungi kerak doh hitam, cheese lava dan crispy chicken bites.


Our menu.

Kitorang pilih menu yang nie for 4 to 5 people.

Black Volcano Pizza yang dilimpahi cheese larva dan ketulan ayam goreng crispy.

Actually I suka makan di pizzahut sebab roti dohnya lembut berbanding restoran pizza yang lain. Kalau order yang takeaway pun murah boleh dapat harga dari RM5.00+. Untuk Black Volcano Pizza ni I boleh bagi rating 8/10 sebab toping dia kat atas tu memang banyak.  First tengok pizza ni ingatkan hitam tu seaweed rupanya bukan. Yang hitam tu ialah doh yang diadun bersama arang dan berwarna gelap. Kira macam burger arang yang viral tu. Cuma doh pizza ni agak nipis jadi macam tak puas nak makan dan kurang kenyang. Tapi apa yang best pizza ni disaluti cheese yang banyak melimpah ruah dan ada ayam goreng crispy sekali. Rasa pun sedap dan menyelerakan. Lain kali, kalau datang lagi kena order dua black volcano pizza baru puas nak makan..haha..


Daripada hidangan nasi, kitorang upgrade kepada pizza regular pan.
Selain pizza, kitorang juga order pasta, ayam madu, nasi, sup cendawan dan ice-cream yang sudah termasuk dalam set yang dipilih awal-awal tadi. Air pulak kitorang upgrade kepada chocolate dan mango smoothies. I suka air mango smoothies nie sebab rasa air mango masam-masam berlemak macam tu.

Ayam goreng madu.


Abah, abang long dan umi tengah menjamu selera.

Sebenarnya, makan-makan di pizzahut nie dibelanja oleh abang long sempena dia dapat gaji pertama sebagai doktor. Sekarang dia tengah menjalani housemanship selama dua tahun di hospital kuala krai. He is so clever and talented. Dan dia lah menjadi idola bagi kami adik-beradik. I hopes he can manage the stress and do well in the housemanship. I pray semoga abang long menjadi doktor yang baik, dapat berkhidmat dan menyumbang bakti kepada masyarakat. Amin.

Adik mat tengah makan pizza.

That's me tengah makan pizza!

Happy face abah & umi dapat duit first gaji abang long.

Total abang long belanja..haha..


I hopes I can be like abang long. Guna duit gaji pertama dengan belanja makan bersama keluarga. I'm still searching for work that relevant to my field of study. Please pray for my rezeki. Amin. Lastly, thank you abang long for the yummy treat! I pray and wish for the best luck of you in the future. Lepas ni, boleh belanja lagi. Adikmu ni suka makanan free2 nie..hehe


Thanks for reading.

8 comments:

  1. I prefer Domino's more than Pizza Hut tapi dekat kampung cuma ada Pizza Hut je. Nanti nak try Black Volcano Pizza sebab adik adik suka Pizza Hut hehe.

    Congratulations to your brother! Doktor pulak tu. I'll be getting my first salary this upcoming 18th. Tak sabar nak belanja family jugak :3

    Wishing you all the best ain in your job hunting. May Allah ease everything! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh! Bestnya dapat first salary. I am happy for you. Thank you for the wish. May Allah ease everything for us. Amin.

      Delete
  2. Allahu, dah lama menu ni ada kat pizza hut tapi belum berkesempatan nak pi makan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah try makan di pizzahut lepas ni..sedapp..

      Delete
  3. jarang makan kat pizza hut, kalau beli pun time ada promosi pizza murah..hehe. next time boleh try pizza black volcano ni :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..bertambah murah rezeki dan berkat hasil gaji pertama abg long awak. Belum cuba lagi pizzahut black volcano tu. cam best lak gabungan dengan cheese lava dan crispy chicken bites.

    ReplyDelete
  5. tahniah abangnya. Nak rasa pizza ni, tapi mahal :(

    ReplyDelete

Thank you for leaving a comment.