07 December 2019

T3 Mycin Clindamycin | Review


Hai semua.



Baru-baru ni muka aku mengalami break out yang teruk kerana tersilap pakai skincare yang tidak sesuai dengan kulit aku. Habis merah berketul-ketul di kawasan pipi muka. Jadi, aku pun pergi kedai farmasi yang berdekatan dengan rumah. Di kaunter ubat, pharmacist analyse muka aku dan bagitahu yang aku mengalami severe acne vulgaris dan preskripsi kan aku ubat T3 Mycin lotion. Sebelum tu, pharmacist tu tanya pencuci muka pakai produk yang mana? Aku cakap lah pakai COSRX Good morning cleanser. Pastu dia cakap cleanser tu okay sebab ada salicyclic acid atau dikenai sebagai BHA.



T3 Mycin ni hanya boleh didapati di farmasi yang berdaftar sahaja dan perlu dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi. Sebab ia ialah ubat terkawal dan mengandungi Clindamycin Phosphate, sejenis antibiotik lincosamide yang berfungsi untuk mengurangkan jerawat dan  menghentikan pertumbuhan bakteria kulit yang menyebabkan jerawat.

Harga : RM36.00

Cara penggunaan :

T3 Mycin lotion ni dalam bentuk cecair lutsinar dan ada span roller pada produk. Jadi, aku cuma dab dab di kawasan jerawat kat pipi dan biarkan kering. First penggunaan tu boleh rasa sikit tingling feeling dan ada bau. Untuk penggunaan seterusnya dah takde pape. Aku guna dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Disebabkan jerawat muka aku agak teruk, jadi aku letak banyak sikit cecair di jerawat tu. Jadi, tak sampai sebulan, produk nie dah habis. haha.


Bahan-bahan aktifnya ialah Clindamycin.

Ada span roller supaya mudah nak dap atas kulit muka.

After sebulan, aku pergi balik kedai farmasi dan bagitahu yang ubat jerawat aku dah habis. Nak topup yang baru. Pastu, dia tengok kulit muka aku again dan bagitahu muka aku dah okay daripada sebelum ni dan dia classified muka aku mild acne vulgaris. Kira jerawat tahap sederhana dan tak teruk sangat. Pharmacist tu kemudian prekripsi aku T3 Mycin jugak tapi dalam bentuk gel tubes. Dia kata gel ni cuma letak di spot jerawat yang makin berkurang tu.


T3 Mycin jenis dalam tube.

Tekstur gel dia transparent dan tiada bau.

Letak gel di jari dan sapu di spot jerawat.
Harga : RM29.00

Tekstur gel ni pun lutsinar dan rasa smooth je bila letak di spot jerawat.


Sangat praktikal, mudah dipakai dan sangat berkesan untuk mengecutkan jerawat.


Alhamdulillah, after 3 bulan pakai produk farmasi ni. Muka nampak sangat perubahan dari kemerahan menjadi kulit sekata dan jerawat yang timbul-timbul dah makin berkurang. Cuma biasalah, kalau naik jerawat, ada lah tinggal pih ataupun dikenali bekas hitam jerawat. Its okay, asalkan sakit kemerahan jerawat dah hilang. 

Harap post kali ni membantu korang dalam menghilangkan jerawat especially yang mengalami acne vulgaris macam aku. Apa yang penting, pergi jumpa doktor dan pegawai farmasi kalau nak ambil produk over the counter ni. Bukan main beli produk local yang timbang kilo tu. Okay, till then. Thanks for reading.


10 comments:

  1. risau kan bila muka breakout. alhamdulillah sekarang dah ada produk yg boleh membantu ^_^

    ReplyDelete
  2. Hi! Last year ada try jugak T3 Mycin Clindamycin ni. Guna sebotol je sampai habis. Alhamdulillah it does it job untuk legakan jerawat^^

    ReplyDelete
  3. bestnya jerawat dah kurang. muka saya masih ada lagi jerawat lagi2 kat area dahi

    ReplyDelete
  4. Akak pernah pakai T3 Mycin yg jenis dab tu. Memang berkesan.

    ReplyDelete
  5. saya pun kalau muka tumbuh jerawat, akan sapu t3.sangat berkesan

    ReplyDelete
  6. Pernah makan produk T3 dulu. Memang berkesan.Suka pakai jenis gel dan transparent ni. Cuma skang dah beralih ke produk lain

    ReplyDelete
  7. memang stress bila muka break out. boleh guna untuk hilangkan parut jerawat tak?

    ReplyDelete
  8. Nak tanya, ubat ni letak last sekali after skincare ataupun bare face?

    ReplyDelete
  9. Kalau pakai ubat ni dia tinggalkan parut tak

    ReplyDelete
  10. salam, berapa lama kamu alami breakout? saya pernah cuba product ni memang berkesan tapi breakout saya kembali lagi.

    ReplyDelete

Thank you for leaving a comment.