Hai semua.
Baru-baru ni aku dapat emel dari Air-Asia. Pihak Air-Asia telah memaklumkan bahawa akaun keahlian aku telah diupgrade dari Red kepada Gold Member. Wahh! sukanya. Tak sabar nak tunggu kad gold airasia sampai rumah.
Bila aku dapat emel macam tu, aku pun terdetik nak check berapa banyak flight aku dah naik sehingga airasia upgradekan membership aku ni. Bile login akaun airasia big member, wow memang banyak kali jugak. Dalam 20+ flight macam tu. Untuk pengetahuan, aku study di Universiti Malaysia Sarawak, jadi memang ulang alik dari Kelantan naik kapal terbang. Ibubapa orang lain hantar anak ke stesen bas, family aku pulak umi abah hantar ke airport..haha.. My parents tak pernah miss hantar dan pickup aku di airport. Thank you umi abah! Besar jasa diorang ni. I will always remember their big sacrified to sent me study.
Some of my Airasia flight booking. |
Antara kelebihan Air-Asia Gold Member ialah :
1. Dapat 40 kali lebih banyak big point setiap perbelanjaan RM10
2. Keutamaan booking during sale
3. Dikira qualifying one-way flight requirements for 14-23 sectors.
4. Semakin banyak kumpul big point, semakin mudah untuk redeem promo flight ticket.
Pengalaman naik kapal terbang semasa study degree ni memang banyak. Bermula dari first naik tu rasa excited sangat. Ada jugak hampir tertinggal flight sebab tersilap tengok waktu loading luggage dengan waktu boarding. Pastu terlepas waktu check in luggage pun pernah jugak. Yang paling panik ialah luggage terlebih muatan pastu kena bayar lebih pulak untuk add on per kg berat ketika flight dari Kuching. Kalau tak bayar, luggage tu memang kena tinggal di airport lah. Macam-macamlah kenangan suka dan duka di airport. Tapi, alhamdulillah setakat ni belum pernah lagi terlibat dalam worst experience seperti keldai dadah atau kena tangkap imegresen..haha..
Thanks for reading.
tahniah :* eyja tak pernah naik kapal terbang. hahahahaha
ReplyDeletehttps://blogeyja.blogspot.com/2019/12/things-i-regret.html
baru tau.. tq eyja share
ReplyDeleteSyoknya dah upgrade Gold Member. Nanti bila AA Free Seat boleh grab promo lagi best berbanding Red Member 😊
ReplyDeletewahhhhh , seronok la . Patutla banyak travel, study jauh . Bestkan dapat mak ayah yang hantar anak sampai naik perut bas atau flight . Saya pun pernah ada pengalaman macam nie cuma bezanya naik bas la . Selagi bas tak bergerak , selagi tu la diorang tunggu .
ReplyDeletewow..dah upgrade gold..hebat
ReplyDeletewow..untungnya. Tahniah..Lagi banyak dapat benefits tu.
ReplyDeletekalau selalu naik flight memang berbaloi la join jadi member.
ReplyDelete