06 December 2019

Pengalaman beli dan refund di shopee tetapi dipertikai oleh seller!


 Hai, semua.



Post sebelum ni, aku ada cerita yang barang pos aku hilang. Walaupun dah pergi kaunter serahan poslaju pun, abang posmen cakap masih tak jumpa barang aku tu. Boleh baca post tu disini. Sebenarnya, barang pos tu ialah produk Maybelline Superstay Foundation yang aku beli dari shopee. Disebabkan barang tak sampai ataupun dah hilang, jadi aku bercadang untuk minta refund duit aku di Shopee.




Barang yang dibeli.

Sebelum aku klik button refund di Shopee apps, ada satu ruangan kosong perlu diisi alasan kenapa nak refund. Aku tulis lah alasan aku barang tak sampai. Kemudian Shopee akan tanya seller barang sama ada dia post barang tu takut ada penipuan disitu. Keesokkan, aku dapat mesej lagi yang seller pertikaikan aku punya refund atau dikenali dispute the refund. Seller tu ada tunjuk bukti nombor tracking bahawasanya dia dah pos barang aku. Risau aku kejap bila dapat tahu seller dispute my request refund. Then, nasib baik Shopee maklumkan yang pihak diorang akan siasat perkara ni dengan lebih lanjut dengan logistik team dia. Cuma diorang mintak masa sikit untuk diorang siasat hal ni.

Emel dari Shopee.


Email saying that refund has been approved.


Akhirnya pada 6 Nov, dapat email dari shopee yang refund dah di approved. Duit refund akan dikreditkan dalam 5 hari waktu bekerja. Mesej tu berbunyi macam ni :

Our logistics partner has informed us that your order is lost. Our system has cancelled this order and you will get your refund in 5 to 10 working days. Apologies for any inconvenience caused. Refund amount of RM33.14 will be credited to your ShopeePay balance.

Dan alhamdulillah selepas dua hari, aku dapat balik duit refund yang mana shopee kreditkan duit tu ke dalam ShopeePay.
Notification in Shopee apps.

Bila check ShopeePay, duit refund dah ada.

Overall service perkhidmatan Shopee bagi aku sangat memuaskan dan cepat. Dalam seminggu jugak diorang settlekan pasal refund nie. Aku mula minta refund pada 1 Nov dan pada 8 Nov alhamdulillah dah dapat duit refund tu balik. Walaupun dapat pengalaman buruk sebab barang tak sampai tapi dapat refund secepat ni sekurang-kurangnya dapat menhilangkan sedih lara di hati..haha..Lepas ni, duit ni aku nak beli balik foundation. Nak try guna syarikat penghantaran yang lain pulak selain Poslaju Malaysia.

Harap post kali nie dapat membantu korang yang nak refund di Shopee. Macam aku, sebelum nak mintak refund, aku sebenarnya risau dan tertanya-tanya berapa lama proses refund? Macam mana proses refund ni? Shopee bayar refund melalui apa? Risau jugak kot kot takleh dapat balik duit refund. And after this experience, I can guarantee that Shopee really had a good sevices in handling this matter! Thank you Shopee!



Thanks for reading.



P/S : If you think this post is really benefit to you. Please clicks any ads in my blog for couragement! Nak klik 3 kali ads pun boleh. Thank you for your support!!

46 comments:

  1. dah refund ni boleh shopping balik barang tu. hari tu saya beli barang maybelline kat lazada murah giler time sale. try cari kat official store punya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh. kalau macam tu nak try tengok foundation maybelline di lazada lah pulak.

      Delete
  2. Jadi seller lah yang rugi sebab dia dah post barang tu. Courier buat hal tapi org lain pula kena tanggung. Try pakai jnt lah pula, kat kawasan sini jnt laju je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Rasanya kena penalti nanti courier kot. Sebab barang tu lost in the way of delivery.

      Delete
    2. Seller Alan dapat refund jugak klu brg lost.
      Jom shopping kt kedai saya sarramood

      Delete
  3. Sis, guide skli lg mcm mana nk refund. Sy ad beli phone kt shoppe. Barang tu trsngkut kt gudang dh 5 hri. Bila push jnt, mula2 kata consignment note hilang. Pstu bru td ni, kata info parcel tkdk pulak. Dn depa suruh refund. Hrga agak mahal. Almost rm2k😭😭😭😭. Tkot seller tknak refund jaa. Allah😫😫

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dengan saya. Beli phone note 10+ dlm shopee. Lost track xtau brg kat mana. Last update tracking 11hb may dekat jnt cawangan lain. Remark dia tulis salah agih dan overnight parcel. Call hotline shopee dia suruh request refund. Seller dispute the claim. Skrang neves tngu mcm mana.

      Delete
    2. Saya pun beli phone dlm shopee..beli 4/4/2020..status shipping from china to malaysia...4/5/2020, proceed to cancel and refund...seller dispute and make allegation that shopee yg hilangkan phone tu..now 15/5/2020, no response from shopee..dh emel ke shopee 2 kali..call no 0327779222 x dpt2

      Delete
    3. Cuba call tp kena tngu lama utk dpt line. Pg td saya tngu 20 m]nit bru dpt cakap ngan operator. Mcm biasa track j&t x gerak2.

      Delete
  4. Problem saya oder makanan tapi makanan masuk angin. Memang tak boleh makan lansung. Saya refund sahaja di shopee sbb diorang ckp barang x boleh return. Nak tunjuk bukti yg cukup xda.sbb makanan kan.

    ReplyDelete
  5. Salam sis. Saya punya nya kes barang x sampai, tpi update dah delivered. Mcm mna tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun kena yang sama, fishy delivered pukul 7:47 pagi. Company courier pun tak diberi tak boleh tracking lepastu yang paling pelik kita tak dan klik button 'order delivered' tu untuk verify terima dan release payment.

      Rasanya ada loophole kat shopee pnya sistem. seller tu mmg evil

      Delete
    2. Boleh buat repot polis x kalau jadi kes macam nie?

      Delete
    3. saya pun kena sama macam sis , so macam mana ye ? any progress ? bukan apa , duit tu huhu

      Delete
  6. Saya pula, dah minta refund sebab barang tak sampai² dekat 30 hari tunggu, mula² seller reject tapi pihak shopee tolong urus dan Saya dapat balik duit tapi tiba² lepas dapat duit barang pula sampai.. rasa serba salah pula nak ambil ke tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang tu dah ambil ke ? sama kes mcm sy lah

      Delete
    2. Kes sy mcm ni juga rasa serba salah juga , rasa ni mcm bertuah pun ada , tak tau la mcm mana, parcel bru saja smpai td , tpi sy rasa shopee mesti ada guarantee dgn seller kalau kes mcm ni mybe shopee byr balik kpd seller , sebab shopee ni org tgh apa2 mereka yg bertanggungjawab tpi still rasa Serba salah juga

      Delete
    3. sama kes dgn sya juga. parcel stuck di gudang bbrapa mnggu nak genap sebulan. dahh refund. duit dah smpai. tetiba barang smpai pla. ingtkn kita kena bayar balik

      Delete
    4. Sya pn sma sis, brg stuck, dh sebulan x smpai, sya mnta refund tp seller asyik pertikai ja, dh dua kali mnta refund, seller batal permohonan, sis tolong bagitau mcm mn sis berurusan dgn shopee nak dptkn balek duit walaupun seller susa nak bg kerjasama.

      Delete
    5. So mcmana sis selesaikan ya? Saya baru alami.. Nak ambil barang.. Tp kita nak bayar balik barang tu mcmana ya?

      Delete
    6. Sama la kes saya ni.. Then apa awak buat ye...

      Delete
  7. Salam, kalau 1 per 3 brg xda mcm mne? Brg smpai, tp x ckup siap ade kesan koyak

    ReplyDelete
  8. Nak tanya, kalau kita mnta refund tp dah nak dekat hari approval payment kepada seller tu, duit akan masuk auto ke seller ke atau kena tahan, urgent sngt, sya takut brg saya x terima tp duit hangus mcm tu ja. Hm

    ReplyDelete
  9. nak tanya kalau mcm sy cancel order then nak refund duit tu sbb alamat sy silap, ambik masa brapa lama eh

    ReplyDelete
  10. kalau mcm sy, sy cancel sbb slh alamat hm, agak refund smpai brapa hari eh sbb nak order skali lg tp nak kena tunggu duit tu masuk balik kat shopee pay la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samela dengan saya..tengah tunggu..tak tahu berapa lame..nk beli..

      Delete
  11. macam mana ye kalau saya dah send balik barang, tapi seller x approve refund duit? kita x dpt duit eh?

    ReplyDelete
  12. pengalaman saya dgn shopee ni. saya ada beli barang.hampir sebulan tak sampai2..tetiba dlm notification, shopee bg tau barang hilang dan nnt diorg akan refund balik duit saya..agak frust jugak la brg yg di order tapi tak sampai walaupun duit dapat balik...
    tup2 dua tiga hari kemudian, barang sampai pulak..saya cuba chat dgn seller..diorg pun sbnrnya bila berlaku bgitu, pihak shopee tetap akan byr jugak kpd diorg..jadi seller tak nak duit sbb diorg pun dah dapat duit hari tu..diorg minta saya berhubung dengan pihak pngurusan shopee..saya cuba hubungi pihak pngurusan shopee..tapi tak dapat2..emel pun tak berbalas..serba salah betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama case...sy pun serba salah ni..jadi awk refund semula ker atau mcmna?

      Delete
    2. Saya pon ada masalah yang sama, so shopee ada reply ke apa ke? Serba salah nk buka brg ni. HELP ME!!!

      Delete
  13. Sy semlm seller cancel order.. Dh la x bls chat org tnya.. Lps 2 hari acpt order, hari nk post cancel cam tu je.. Total kos byran hmpir 500 ringgit.. Hope dlm masa trdkt dpt balik duit nya.. Dh buat report dgn shopee psl seller ni.. Benci nya kena mcm ni.. Nk niaga tp x telus

    ReplyDelete
  14. Sis mcmne ye nk dptkn balik..

    ReplyDelete
  15. Sy brg dh smpai tpi msetu kt umh xde org..So nk dptkn balik brg tu sgt susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah..sy pon mcm tu.org tu ckp dh anta kt rumah..bila balik n cek,xde pon brg..xtau sama ada runner yg anta brg tu ambik/org kt kwsm umah yg curi.baju baby je pon.utk ank yg bakal lahir bln 10 nnti..tp sedih jgk la hilang mcm tu je.sy pon xtau nk report kt shoppe ke ape.sbb runner tu mmg ckp dh anta..

      Delete
  16. Hai kak brg saya order dh bayar tapi cancelled sebab seller gagal hantar pada masa yg tepat.. tanya seller dia hantar...tapi dh nk dkt 2 bulan x smpi smpi.... Boleh saya buat refund?? Tapi brg tu x tau lah seller menipu atau x...

    ReplyDelete
  17. bila jadi mcm ni.. perlu ca pos laju x.. ke biar je shopee handl

    ReplyDelete
  18. Mcmna yaa. Saya ada beli brg kat shopee and barang to da selamat dekat poslaju berdekatan. Tapi tak hantar2 lagi nak dekat sebulan da. Bila cek dekat shopee, shopee kata cancel sbb lost in transit. Sedangkan barang saya da selamat sampai dekat poslaju. So cmana,nak buat refund juga ke? Barang to pihak poslaju akan hantar ke?

    ReplyDelete
  19. Nak cakap apa kat seller kalau dah seller accepted refund,sbb rsa serba-salah pulak sbb seller rugi.sya bukan lh kisah sgt sbb parcel just 10 ringgit .baru terfikir just tekan accept order dah seller accepted refund.

    ReplyDelete
  20. mcm mn klu dah dapat refund, last2 brg sampai...😄😅

    ReplyDelete
  21. di lazada kita boleh lihat barang order kita berada di mana terbaik di lazada

    ReplyDelete
  22. Beli ps3 lepas tu rosak. Seller macam² alasan. Tak apa, kifarah ada.

    ReplyDelete
  23. nak tanya, kalau kita minta refund sahaja, then seller dispute minta return sekali, mana nak dapat airway bill dia?

    ReplyDelete
  24. hi sis, mcm mne eh dh buat refund n seller buat raised a dispute sbb die dh tunjuk bukti brg tu dh hntr and kes nie slah j&t sbb x hntr2 n dpt thu brg tu check2 ade yg hilang means x lengkap la die punye items..so agak2 dpt duit refund x?

    ReplyDelete

Thank you for leaving a comment.