Hai semua.
Kali nie, Ain nak cerita pasal pengalaman menaiki kapal terbang bersama keluarga. Takde special pun saje nak post kat sini sebagai kenangan. Selama ni, naik kapal terbang ke Unimas Sarawak selalu sorang-sorang atau bersama kawan. Jadi, sempena konvokesyen UNIMAS ke-23 nie, I am really excited since my parents coming too. My parent and my sister will attend my convocation day. Adik-beradik yang lain busy. Ada yang bekerja dan tengah study lagi.
Seawal 5pagi kitorang dah bertolak dari hotel ke Klia2 sebab flight pukul 8pagi. Bila sampai kaunter, kitorang siap-siap check in luggage dan daftar boarding pass ticket. Memang dinasihatkan jika hendak fly kena datang airport dalam 3 jam sebelum time boarding supaya tak kelam kabut. Dengan ramai orang, barisan kaunter Air-Asia jadi panjang. Tapi, nasib baik kitorang datang awal jadi takdelah rushing sangat. Sempat lagi kitorang makan KFC di kawasan daftar masuk Klia2 tu tau.
Flight to Sarawak has arrived! |
Bersarapan dalam kapal terbang. |
Around 9am dalam flight, kitorang disajikan makanan dan minuman. I dah pre-book makanan masa tempah tiket awal-awal haritu. Supaya my parent tak lapar dan dapat menjamu selera dalam kapal terbang. Since kitorang berempat, I tempah makanan Kung Pao Chicken, Chef Hong's Korean Sweet and Spicy Chicken, Pak Nasser's Nasi Lemak dan Nasi Padang with Prawn Crackers. Umi puji sedap nasi padang ni. Abah pulak makan Pak Nasir nasi lemak dan dia pun cakap sedap. Masa nie Korean Sweet & Spicy dikira menu yang baru diperkenalkan dalam menu SANTAN. Jadi, I try makanan korea ni. Sedaplah jugak dan ayam korea dia manis dan sedikit pedas.
Kung Pao Chicken with rice. |
Abah dan adik uyu tengah bersarapan. |
My bouquet in Unimas lake. |
Nantikan post about my convocation day. Post tu masih lagi berada di dalam draft. Sebelum berakhirnya tahun 2019, post tu kena jugak di publish..haha..takut lapuk nanti bila publish di tahun 2020. Sebab I memang jenis not-up-to-date sikit..
Thanks for reading.
Alhamdulillah tahniah dah grad 😁
ReplyDeletewah bestnya dah konvo. tahniah ain :)
ReplyDeleteTahniah! Dah konvo!^^
ReplyDelete