28 December 2019

My Graduation day : Ain Syahirah is finally graduated!


Hai semua.


Pada bulan Oktober 2019, telah berlangsungnya Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak yang ke-23 di Dewan Detar Putra bermula 28 hingga 30 Okt 2019. Seramai 4038 graduan telah menerima ijazah dalam majlis konvokesyen yang disambut dengan penuh meriah. Penyerahan ijazah kepada graduan Fakulti sains dan teknologi (FSTS) diadakan di sebelah petang iaitu sidang ke-3.

I am 22 and finally graduated!
Alhamdulillah, finally I am graduated in Bachelor of Science with Honours (Resource Biotechnology). Pada majlis ini, umi abah dan adik uyu yang datang meraikan hari konvokesyen aku. Adik-beradik yang lain tengah study dan ada yang bekerja jadi tak sempat nak datang. Aku punya majlis ialah pada sidang ke-3 waktu petang. Nasib baik dapat yang petang takdelah kelam-kabut sangat. Pada hari kejadian 29hb, kitorang sempat bersarapan dan bersiap awal ke dewan detar. Masuk dewan dalam pukul 12 tengahari, jadi kitorang pergi dewan sekitar 11.00pagi dan sempat posing di photobooth yang disediakan di luar dewan.

Bestfriends nie. Makan, lepak and travel semuanya dengan diorang.
Freestyle picture!

Sebelum masuk dewan, kitorang diberi sedikit taklimat tentang tentatif dan perjalanan majlis pada hari tersebut supaya program berjalan dapat berjalan lancar dan jayanya. Kitorang juga diberi roti dan air sebagai alas perut. Masa berkumpul ramai-ramai di dewan Zamrud. Memang meriah sangat suasana dalam masa ni. Semua graduand dari pelbagai fakulti berkumpul disini. Time nie seronok dapat jumpa balik kawan-kawan selepas lama tak jumpa. Pastu bergambar ramai-ramai and take boomerang pics.

Suasana di dalam dewan Detar Unimas.

Yeyhh! Dapat duduk bersebelahan Aisyah dan Fini, my coursemate.

Masa perbarisan masuk dewan Detar, Ya Allah perasaan tu tak boleh nak digambarkan. Dengan iringan lagu unimas dan memang rasa diraikan dan terharu sangat. Dapat kongsi perasaan gembira ambil skroll ijazah bersama kawan-kawan. Thank you to all my coursemates for harungi alam degree bersama-sama. Time ni terimbau balik kenangan bersusah payah siapkan research dan tulis thesis. Bersengka mata nak siapkan assignment pada masa yang sama kena buat research. Ada yang nangis sebab research tak dapat result, ada contamination pada result, ada problem pada method, bahan-bahan test tak cukup, kena redo again test pada sample dan banyak lagi. Dengan rushing time untuk submit progress report lagi. But finally we come to the end of our goals. We finally graduated and we did it, guys!

Gambar candid yang ditangkap jurufoto official unimas.

Geng bestie roomates.
Selepas keluar dewan, ramai roomates dan junior yang datang. Diorang datang ucap tahniah dan bagi hadiah. They are so kind! Thank you for the presents. Ramai betul orang di luar dewan yang terdiri daripada sanak-saudara dan keluarga yang datang meraikan ahli keluarga. Dengan bazar jualan kat luar dewan, memang sesak dengan orang ramai masa ni tapi suasana meriah sangat.

Thank you Ezzah datang bagi hadiah sempena konvokesyen I.

Muka happy selepas keluar dewan dengan sijil degree.

Abah wearing my graduation robes.

Umi is wearing my convocation robes.

Adik uyu also trying graduation robes. Ambil semangat,tahun depan insyaallah dia pulak graduate.

Abah dan umi first posting sebagai guru adalah di sekolah menengah di Sarawak. Masa di Sarawak ni lah, aku dan adik uyu dilahirkan. Alang-alang dah dekat sini, jadi parents bawa kitorang bergambar di hospital tempat kitorang lahir iaitu Hospital Serian, Sarawak. Mengimbau kenangan betul. I finally come back again to the place where I born after 22 years.


Unimas pada tahun 1999. Masa ni I umur 3 tahun.

Now unimas in 2019. Thank you abah umi datang meraikan hari konvokesyen ain!

Akhir sekali, terima kasih mostly to my parents Abah and Umi for always be there and support me during my study. They always give me advice to never give up, keep learning and raising me with unconditional love. This degree is for you guys!

Thanks for reading.

23 December 2019

Cara Upgrade Akaun Boost Apps Kepada Premium Wallet


Hai semua.


Kali ni aku nak tunjukkan cara macam mana nak upgrade Boost Apps kepada Premium. Tapi sebelum tu apa itu Boost Apps? Boost Apps adalah suatu aplikasi berbentuk e-wallet yang memberikan kemudahan kepada pengguna untuk berbelanja dan membeli tanpa perlu menggunakan wang kertas. Their mission is to provide everyone with a worry-free cashless mobile payment experience all-day, every day. Penggunaannya sangat mudah dan senang. Ia juga sangat praktikal dan boleh digunakan dimana-mana kedai yang menyediakan perkhidmatan Boost ni. Kedai terkenal Eco RM2.10 pun ada perkhidmatan ini.



Untuk mendaftar atau membuat akaun baru, korang cuma perlu pergi ke App Store bagi Apple user dan Google Play bagi Android untuk download aplikasi ini. Korang boleh masukkan code : nur22dxw sebagai code referral untuk dapatkan RM 3.00 percuma. Apa yang best lagi, bila korang spend RM10 pertama buat pertama kali transaction, korang akan dapat cashback lagi RM5.00. Jadi, apa tunggu lagi. Jangan lupa masukkan code referral nur22dxw, okay?

Apabila telah mendaftar, wallet akaun korang dikategorikan sebagai Basic Wallet. Untuk upgrade kepada Premium Wallet, korang boleh ikut langkah-langkah seperti dibawah :


Sebelum tu, korang perlu keluarkan siap-siap kad IC atau Passport. Cara-caranya ialah :




1. Buka Boost Apps dan klik button Wallet di atas kiri seperti gambar di atas. Korang juga boleh klik button ' Add Money'


2. Selepas klik pada 'Current Balance', akan keluar korang punya status akaun iaitu Basic Wallet. Untuk upgrade, tekan button 'Upgrade Now'

3. Akan keluar nota yang mengarahkan korang untuk sediakan IC atau Passport. Klik button 'I'm Malaysian' untuk scan IC card.

4. Selepas klik 'Okay, Got it', korang akan diminta untuk scan IC dan selfie muka korang.

5. Akhir sekali, korang akan diminta untuk menunggu sistem membuat padanan dan mengesahkan akaun korang. Kejap je tunggu lebih kurang 5 minit. Apabila disahkan, korang akan mendapat notification yang korang telah berjaya Upgrade kepada Premium Wallet!


Senangkan cara upgrade Boost Wallet kepada Premium. Selepas ni korang bolehlah berbelanja menggunakan Apps ni. Antara kedai yang menerima perkhidmatan Boost ini ialah Eco Shop, Petron,  J&T Express, KFC, Pizzahut, TMG Mart, Watsons, Shell, Tealive and more. Banyak kelebihan menggunakan Apps Boost ni tau. Selamat berbelanja!


22 December 2019

Pengalaman naik Air Asia bersama keluarga ke Kuching


Hai semua.



Kali nie, Ain nak cerita pasal pengalaman menaiki kapal terbang bersama keluarga. Takde special pun saje nak post kat sini sebagai kenangan. Selama ni, naik kapal terbang ke Unimas Sarawak selalu sorang-sorang atau bersama kawan. Jadi, sempena konvokesyen UNIMAS ke-23 nie, I am really excited since my parents coming too. My parent and my sister will attend my convocation day. Adik-beradik yang lain busy. Ada yang bekerja dan tengah study lagi.


Kawasan parking kereta di KLIA2.
Seawal 5pagi kitorang dah bertolak dari hotel ke Klia2 sebab flight pukul 8pagi. Bila sampai kaunter, kitorang siap-siap check in luggage dan daftar boarding pass ticket. Memang dinasihatkan jika hendak fly kena datang airport dalam 3 jam sebelum time boarding supaya tak kelam kabut. Dengan ramai orang, barisan kaunter Air-Asia jadi panjang. Tapi, nasib baik kitorang datang awal jadi takdelah rushing sangat. Sempat lagi kitorang makan KFC di kawasan daftar masuk Klia2 tu tau.

Flight to Sarawak has arrived!

Bersarapan dalam kapal terbang.
Around 9am dalam flight, kitorang disajikan makanan dan minuman. I dah pre-book makanan masa tempah tiket awal-awal haritu. Supaya my parent tak lapar dan dapat menjamu selera dalam kapal terbang. Since kitorang berempat, I tempah makanan Kung Pao Chicken, Chef Hong's Korean Sweet and Spicy Chicken, Pak Nasser's Nasi Lemak dan Nasi Padang with Prawn Crackers. Umi puji sedap nasi padang ni. Abah pulak makan Pak Nasir nasi lemak dan dia pun cakap sedap. Masa nie Korean Sweet & Spicy dikira menu yang baru diperkenalkan dalam menu SANTAN. Jadi, I try makanan korea ni. Sedaplah jugak dan ayam korea dia manis dan sedikit pedas. 


Kung Pao Chicken with rice.

Abah dan adik uyu tengah bersarapan.

My bouquet in Unimas lake.

Nantikan post about my convocation day. Post tu masih lagi berada di dalam draft. Sebelum berakhirnya tahun 2019, post tu kena jugak di publish..haha..takut lapuk nanti bila publish di tahun 2020. Sebab I memang jenis not-up-to-date sikit..


Thanks for reading.

14 December 2019

Vaseline Healthy White lotion SPF24 | Review


Hai semua.


Vaseline healthy white lotion berfungsi untuk mencerahkan dan melindungi kulit dari sinaran matahari. Ia mengandungi Vitamin B3 dan antioksidan yang membantu kulit kelihatan lebih cerah. Selain itu, ia juga menghalang pembentukan melanin dan membantu mengurangkan kedutan, tona tidak sekata dan bintik hitam. Apa yang menarik, ia mengandungi SPF 24 dan PA++ yang berfungsi sebagai triple sunscreen untuk mencegah pembentukan bintik-bintik gelap dan pigmentasi yang tidak sekata disebabkan oleh sinar UVA dan UVB.



Harga : RM7.50 , 100ml

Aku beli losyen ni di shopee mall Watsons. Masa tu ada free shipping dan bila tolak coin dapat lagi murah. Selalunya lotion di watsons store harga dalam RM8 ringgit lebih macam tu. Dah lah free shipping, jadi i kaut jelah masuk dalam shopping cart. Senang tak payah pergi store dan I pun tak rugi pape. Save minyak kereta.

Tekstur lotion yang lembut dan wangi.
My review

Tangan dan muka aku memang sensitif dengan cahaya matahari. Senang sangat jadi gelap kalau keluar jalan-jalan di luar rumah. Sebelum ni aku dah try lotion aloe-vera untuk melembapkan kulit, tapi untuk protect kulit memang kena cari losyen yang ada Spf. Nasib baik Vaseline healthy white nie dia ada Spf24, selain cerahkan kulit ia juga lindungi kulit dari UVB/UVA sinaran matahari.

Tekstur dia memang aku suka sebab cepat meresap dan selesa bila sapu di kulit. Bau pun wangi. Tak seperti losyen tangan lain even 2 jam after you apply lotion, kemudian basuh tangan untuk makan, kita akan rasa kulit tangan tu melekit sebab losyen tu tak meresap sepenuhnya ke dalam kulit. I suka lotion Vaseline sebab dia meresap pantas ke dalam kulit. After 5 minute apply, kalau tetiba nak makan, bila basuh tangan akan rasa lembut dan smooth je.


My rating 

I will give 7.5/10 untuk vaseline healthy white lotion. Sebab bau dia wangi, applicable dan protect our skin greatly from the sunlight.



Thanks for reading.

12 December 2019

Surat Adsense dah sampai!


Hai, semua.


Setelah lama menunggu, akhirnya sampai jua surat adsense ni. Untuk pengetahuan semua, Google adsense adalah syarikat pengiklanan. Dan kita boleh menjana pendapatan dengan meletakkan iklan adsense ini di blog kita. Apabila duit dalam akaun adsense telah melebihi $10 dolar, pihak google adsense akan automatik menghantar no.pin melalui pos surat ke alamat rumah kita. Selalunya surat ini akan sampai dalam 2 hingga 4 minggu. Dalam kes aku ni, sampai dalam dua minggu macam tu. Surat ini mengandungi no.pin untuk mengesahkan alamat rumah kita. Ini penting untuk withdraw duit di masa hadapan terutama melalui cheque.



Muka depan surat adsense.

Bila buka surat, ada no.pin pengesahan.

Alhamdulillah, lepas ni boleh fokus kepada content dan menaikkan trafik blog. Kalau rajin, insyaallah I bercadang nak edit dan upload video di youtube pulak. Sebab dengar kata, youtube boleh menaikkan lagi amount dalam akaun adsense. Entah bilalah boleh merasa atau dapat withdraw duit adsense ni. Its okay kita cuba step by step and slow steady. Apapun, I doakan semua orang dan blogger lain dimurahkan rezeki juga dapat duit sampingan dalam dunia blogging ni. Amin.


11 December 2019

Pizzahut : Black Volcano Pizza review


Hai, semua.


Pizzahut adalah antara restoran kegemaran rakyat Malaysia untuk menjamu selera bersama keluarga. Terdapat pelbagai aneka dan jenis pizza boleh dipilih di sini. Kami sekeluarga telah mencuba pizza terbaru iaitu Black Volcano Pizza. Pizza Hut Malaysia telah memperkenalkan all-new Black Volcano Pizza yang mengandungi kerak doh hitam, cheese lava dan crispy chicken bites.


Our menu.

Kitorang pilih menu yang nie for 4 to 5 people.

Black Volcano Pizza yang dilimpahi cheese larva dan ketulan ayam goreng crispy.

Actually I suka makan di pizzahut sebab roti dohnya lembut berbanding restoran pizza yang lain. Kalau order yang takeaway pun murah boleh dapat harga dari RM5.00+. Untuk Black Volcano Pizza ni I boleh bagi rating 8/10 sebab toping dia kat atas tu memang banyak.  First tengok pizza ni ingatkan hitam tu seaweed rupanya bukan. Yang hitam tu ialah doh yang diadun bersama arang dan berwarna gelap. Kira macam burger arang yang viral tu. Cuma doh pizza ni agak nipis jadi macam tak puas nak makan dan kurang kenyang. Tapi apa yang best pizza ni disaluti cheese yang banyak melimpah ruah dan ada ayam goreng crispy sekali. Rasa pun sedap dan menyelerakan. Lain kali, kalau datang lagi kena order dua black volcano pizza baru puas nak makan..haha..


Daripada hidangan nasi, kitorang upgrade kepada pizza regular pan.
Selain pizza, kitorang juga order pasta, ayam madu, nasi, sup cendawan dan ice-cream yang sudah termasuk dalam set yang dipilih awal-awal tadi. Air pulak kitorang upgrade kepada chocolate dan mango smoothies. I suka air mango smoothies nie sebab rasa air mango masam-masam berlemak macam tu.

Ayam goreng madu.


Abah, abang long dan umi tengah menjamu selera.

Sebenarnya, makan-makan di pizzahut nie dibelanja oleh abang long sempena dia dapat gaji pertama sebagai doktor. Sekarang dia tengah menjalani housemanship selama dua tahun di hospital kuala krai. He is so clever and talented. Dan dia lah menjadi idola bagi kami adik-beradik. I hopes he can manage the stress and do well in the housemanship. I pray semoga abang long menjadi doktor yang baik, dapat berkhidmat dan menyumbang bakti kepada masyarakat. Amin.

Adik mat tengah makan pizza.

That's me tengah makan pizza!

Happy face abah & umi dapat duit first gaji abang long.

Total abang long belanja..haha..


I hopes I can be like abang long. Guna duit gaji pertama dengan belanja makan bersama keluarga. I'm still searching for work that relevant to my field of study. Please pray for my rezeki. Amin. Lastly, thank you abang long for the yummy treat! I pray and wish for the best luck of you in the future. Lepas ni, boleh belanja lagi. Adikmu ni suka makanan free2 nie..hehe


Thanks for reading.

08 December 2019

Keahlian Air Asia telah diupgrade kepada Gold Member!


Hai semua.


Baru-baru ni aku dapat emel dari Air-Asia. Pihak Air-Asia telah memaklumkan bahawa akaun keahlian  aku telah diupgrade dari Red kepada Gold Member. Wahh! sukanya. Tak sabar nak tunggu kad gold airasia sampai rumah.




Bila aku dapat emel macam tu, aku pun terdetik nak check berapa banyak flight aku dah naik sehingga airasia upgradekan membership aku ni. Bile login akaun airasia big member, wow memang banyak kali jugak. Dalam 20+ flight macam tu. Untuk pengetahuan, aku study di Universiti Malaysia Sarawak, jadi memang ulang alik dari Kelantan naik kapal terbang. Ibubapa orang lain hantar anak ke stesen bas, family aku pulak umi abah hantar ke airport..haha.. My parents tak pernah miss hantar dan pickup aku di airport. Thank you umi abah! Besar jasa diorang ni. I will always remember their big sacrified to sent me study.

Some of my Airasia flight booking.


Antara kelebihan Air-Asia Gold Member ialah :


1. Dapat 40 kali lebih banyak big point setiap perbelanjaan RM10
2. Keutamaan booking during sale
3. Dikira qualifying one-way flight requirements for 14-23 sectors.
4. Semakin banyak kumpul big point, semakin mudah untuk redeem promo flight ticket.


Pengalaman naik kapal terbang semasa study degree ni memang banyak. Bermula dari first naik tu rasa excited sangat. Ada jugak hampir tertinggal flight sebab tersilap tengok waktu loading luggage dengan waktu boarding. Pastu terlepas waktu check in luggage pun pernah jugak. Yang paling panik ialah luggage terlebih muatan pastu kena bayar lebih pulak untuk add on per kg berat ketika flight dari Kuching. Kalau tak bayar, luggage tu memang kena tinggal di airport lah. Macam-macamlah kenangan suka dan duka di airport. Tapi, alhamdulillah setakat ni belum pernah lagi terlibat dalam worst experience seperti keldai dadah atau kena tangkap imegresen..haha..


Thanks for reading.

07 December 2019

T3 Mycin Clindamycin | Review


Hai semua.



Baru-baru ni muka aku mengalami break out yang teruk kerana tersilap pakai skincare yang tidak sesuai dengan kulit aku. Habis merah berketul-ketul di kawasan pipi muka. Jadi, aku pun pergi kedai farmasi yang berdekatan dengan rumah. Di kaunter ubat, pharmacist analyse muka aku dan bagitahu yang aku mengalami severe acne vulgaris dan preskripsi kan aku ubat T3 Mycin lotion. Sebelum tu, pharmacist tu tanya pencuci muka pakai produk yang mana? Aku cakap lah pakai COSRX Good morning cleanser. Pastu dia cakap cleanser tu okay sebab ada salicyclic acid atau dikenai sebagai BHA.



T3 Mycin ni hanya boleh didapati di farmasi yang berdaftar sahaja dan perlu dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi. Sebab ia ialah ubat terkawal dan mengandungi Clindamycin Phosphate, sejenis antibiotik lincosamide yang berfungsi untuk mengurangkan jerawat dan  menghentikan pertumbuhan bakteria kulit yang menyebabkan jerawat.

Harga : RM36.00

Cara penggunaan :

T3 Mycin lotion ni dalam bentuk cecair lutsinar dan ada span roller pada produk. Jadi, aku cuma dab dab di kawasan jerawat kat pipi dan biarkan kering. First penggunaan tu boleh rasa sikit tingling feeling dan ada bau. Untuk penggunaan seterusnya dah takde pape. Aku guna dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Disebabkan jerawat muka aku agak teruk, jadi aku letak banyak sikit cecair di jerawat tu. Jadi, tak sampai sebulan, produk nie dah habis. haha.


Bahan-bahan aktifnya ialah Clindamycin.

Ada span roller supaya mudah nak dap atas kulit muka.

After sebulan, aku pergi balik kedai farmasi dan bagitahu yang ubat jerawat aku dah habis. Nak topup yang baru. Pastu, dia tengok kulit muka aku again dan bagitahu muka aku dah okay daripada sebelum ni dan dia classified muka aku mild acne vulgaris. Kira jerawat tahap sederhana dan tak teruk sangat. Pharmacist tu kemudian prekripsi aku T3 Mycin jugak tapi dalam bentuk gel tubes. Dia kata gel ni cuma letak di spot jerawat yang makin berkurang tu.


T3 Mycin jenis dalam tube.

Tekstur gel dia transparent dan tiada bau.

Letak gel di jari dan sapu di spot jerawat.
Harga : RM29.00

Tekstur gel ni pun lutsinar dan rasa smooth je bila letak di spot jerawat.


Sangat praktikal, mudah dipakai dan sangat berkesan untuk mengecutkan jerawat.


Alhamdulillah, after 3 bulan pakai produk farmasi ni. Muka nampak sangat perubahan dari kemerahan menjadi kulit sekata dan jerawat yang timbul-timbul dah makin berkurang. Cuma biasalah, kalau naik jerawat, ada lah tinggal pih ataupun dikenali bekas hitam jerawat. Its okay, asalkan sakit kemerahan jerawat dah hilang. 

Harap post kali ni membantu korang dalam menghilangkan jerawat especially yang mengalami acne vulgaris macam aku. Apa yang penting, pergi jumpa doktor dan pegawai farmasi kalau nak ambil produk over the counter ni. Bukan main beli produk local yang timbang kilo tu. Okay, till then. Thanks for reading.