Hai semua.
Baru-baru ni muka aku mengalami break out yang teruk kerana tersilap pakai skincare yang tidak sesuai dengan kulit aku. Habis merah berketul-ketul di kawasan pipi muka. Jadi, aku pun pergi kedai farmasi yang berdekatan dengan rumah. Di kaunter ubat, pharmacist analyse muka aku dan bagitahu yang aku mengalami severe acne vulgaris dan preskripsi kan aku ubat T3 Mycin lotion. Sebelum tu, pharmacist tu tanya pencuci muka pakai produk yang mana? Aku cakap lah pakai COSRX Good morning cleanser. Pastu dia cakap cleanser tu okay sebab ada salicyclic acid atau dikenai sebagai BHA.
T3 Mycin ni hanya boleh didapati di farmasi yang berdaftar sahaja dan perlu dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi. Sebab ia ialah ubat terkawal dan mengandungi Clindamycin Phosphate, sejenis antibiotik lincosamide yang berfungsi untuk mengurangkan jerawat dan menghentikan pertumbuhan bakteria kulit yang menyebabkan jerawat.
Harga : RM36.00
Cara penggunaan :
T3 Mycin lotion ni dalam bentuk cecair lutsinar dan ada span roller pada produk. Jadi, aku cuma dab dab di kawasan jerawat kat pipi dan biarkan kering. First penggunaan tu boleh rasa sikit tingling feeling dan ada bau. Untuk penggunaan seterusnya dah takde pape. Aku guna dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Disebabkan jerawat muka aku agak teruk, jadi aku letak banyak sikit cecair di jerawat tu. Jadi, tak sampai sebulan, produk nie dah habis. haha.
|
Bahan-bahan aktifnya ialah Clindamycin. |
|
Ada span roller supaya mudah nak dap atas kulit muka. |
After sebulan, aku pergi balik kedai farmasi dan bagitahu yang ubat jerawat aku dah habis. Nak topup yang baru. Pastu, dia tengok kulit muka aku again dan bagitahu muka aku dah okay daripada sebelum ni dan dia classified muka aku mild acne vulgaris. Kira jerawat tahap sederhana dan tak teruk sangat. Pharmacist tu kemudian prekripsi aku T3 Mycin jugak tapi dalam bentuk gel tubes. Dia kata gel ni cuma letak di spot jerawat yang makin berkurang tu.
|
T3 Mycin jenis dalam tube. |
|
Tekstur gel dia transparent dan tiada bau. |
|
Letak gel di jari dan sapu di spot jerawat. |
Harga : RM29.00
Tekstur gel ni pun lutsinar dan rasa smooth je bila letak di spot jerawat.
|
Sangat praktikal, mudah dipakai dan sangat berkesan untuk mengecutkan jerawat. |
Alhamdulillah, after 3 bulan pakai produk farmasi ni. Muka nampak sangat perubahan dari kemerahan menjadi kulit sekata dan jerawat yang timbul-timbul dah makin berkurang. Cuma biasalah, kalau naik jerawat, ada lah tinggal pih ataupun dikenali bekas hitam jerawat. Its okay, asalkan sakit kemerahan jerawat dah hilang.
Harap post kali ni membantu korang dalam menghilangkan jerawat especially yang mengalami acne vulgaris macam aku. Apa yang penting, pergi jumpa doktor dan pegawai farmasi kalau nak ambil produk over the counter ni. Bukan main beli produk local yang timbang kilo tu. Okay, till then. Thanks for reading.