30 August 2019

Tips Jimat Melancong Langkawi Dengan Traveloka


Assalammualaikum dan hai semua.



Musim cuti sekolah dah dekat dan semua akan bercuti sempena Hari Merdeka. Jadi, apa plan melancong korang semua? Tahukah anda Malaysia adalah destinasi utama pelancong luar negara kerana keindahan alam-semula jadinya dan bukit bukau serta pulau yang tersegam indah. Antara destinasi yang makin popular ialah Pulau Langkawi. Apa kata di musim cuti kali nie, korang bawa family, saudara-mara dan anak-beranak semua melancong ke Langkawi. Langkawi bukan sahaja popular dengan sejarahnya tersendiri seperti kisah Mahsuri, tetapi ia juga popular dengan tempat hot untuk bergambar dan aktivit-aktiviti yang menarik.


Tetapi sebelum saya bercerita lanjut mengenai tempat-tempat menarik di Langkawi. Saya ingin berkongsi tips jimat melancong. Terdapat banyak cara untuk kita kurangkan kos ketika melancong antaranya : 


1) Membuat schedule planner.

- sesiapa yang gagal merancang, dia akan gagal dalam menguruskan kehidupan dengan teratur. Oleh itu, amat penting untuk senaraikan aktiviti, masa, tempat dan hotel penginapan bagi memudahkan urusan di masa hadapan. Pastikan detail-detail jadual perjalanan jelas dan teratur.




2) Membuat tempahan awal

- Jika menggunakan jalan udara, pastikan membuat tempahan awal untuk mengelakkan kehabisan tiket. Begitu juga dengan tempahan hotel. Jika membuat tempahan lewat, kemungkinan bilik kosong telah habis atau harga bilik menjadi semakin mahal.



3) Membuat perbandingan

- Langkah seterusya ialah membuat survey, search for the best opportunity dan membuat perbandingan juga dapat membantu kita memilih perkhidmatan terbaik dengan harga yang murah dan berbaloi. Selalulah membuat perbandingan



4) Menggunakan Traveloka

- Terdapat banyak website kat luar sana yang boleh buat booking flight ticket dan hotel. Tetapi ada satu tempat yang confirm korang boleh dapat rate yang best sebab dengan Traveloka cheap flights list yang ada siap ada comparison harga. Sesuai untuk korang yang kerap travel untuk pergi bercuti atau sebagai seorang event planner korang kena plan dengan bajet serendah yang mungkin tapi selesa. Traveloka adalah jawapannya. 



Dekat Traveloka korang boleh buat online booking, contohnya korang nak tempah kuala lumpur to langkawi flight booking, korang kena bukak Traveloka web atau apps, then isikan detail macam destinasi yang korang nak pergi contohnya Langkawi, cari tarikh yang korang plan, preferably bukan waktu yang busy. 



Lepas tu click search flight, dan korang akan nampak list of flights yang ada pada tarikh yang korang pilih tu. Korang pilih yang mana satu korang nak, isi detail passengers, lepas tu buat payment. 



Ada banyak cara nak buat payment tapi yang senang online banking atau kad kredit. Kalau semuanya okay korang akan dapat e-ticket kat dalam account Traveloka korang atau email. Simpan elok-elok dan jangan hilangkan tau. Sebab e-ticket nilah proof masa korang nak check in kat airport nanti.



Antara tempat menarik di Langkawi ialah :



1)  Taman CHOGM 



Taman CHOGM, singkatan bagi Commonwealth Heads of Government Meeting adalah sebuah tarikan yang berkeluasan 10 ekar yang didirikan untuk mengingati Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel yang telah diadakan di Langkawi pada tahun 1989. Di dalam taman ini, terdapat banyak jenis pokok yang telah ditanam oleh delegasi dari pelbagai negara yang telah datang ketika mesyuarat komanwel ini. Yang menariknya, setiap pokok yang ditanam turut ditanda dengan nama dan negara asal penanam benih pokok tersebut. Bagi korang yang datang dengan anak-anak, terdapat taman permainan kanak-kanak disediakan disini supaya mereka dapat bermain dan beriadah bersama keluarga.



2) Taman Lagenda Langkawi


Dibuka pada tahun 1996, Taman Lagenda Langkawi adalah hasil cetusan idea daripada Tun Mahathir. Taman yang berkeluasan 50 ekar ini adalah sebuah lokasi yang perlu dilawati kalau korang ingin mengetahuilebih lanjut tentang kisah-kisah mitos yang melibatkan Langkawi. Segala bentuk tugu atau ukiran patung yang menggambarkan lagenda atau mitos Langkawi dapat dilihat. Ia juga lengkap dengan papan yang menyampaikan kisah di sebalik arca yang dipamerkan, tak ubah seperti sebuah ‘muzium terbuka’. Selain tu, tarikan lain yang turut dapat dinikmati di sini adalah 4 buah tasik buatan yang indah, bukit tinjau yang berketinggian 20 kaki, laluan berjogging dan banyak lagi!




3) Langkawi Canopy Adventure

Langkawi Canopy Adventure adalah sebuah adventure yang tak patut korang lepaskan kalau korang pergi Langkawi. Korang dapat menikmati keindahan yang ditawarkan Gunung Raya Langkawi sambil melakukan pelbagai aktiviti yang mendebarkan jiwa seperti ziplining, merentas hutan yang tebal, abseiling dan memanjat pokok-pokok. Dengar pun dah rasa mengah kan? Masa yang diambil pun bukannya pendek kerana di sinilah tahap stamina korang akan betul-betul teruji dalam sekitar 2 ke 3 jam. Kalau korang memang sukakan aktiviti lasak, kepuasan melakukan aktiviti ini tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.


4) Herbwalk Langkawi


Ingin menimba ilmu lebih banyak tentang tumbuhan-tumbahan herba dan kepentingannya untuk kesihatan? Korang boleh menyertai sesi lawatan taman Herbwalk Langkawi. Sambil menghirup udara segar di dalam taman, korang akan diberikan penerangan yang mendalam oleh Dr. Abdul Ghani Hussain yang telah terlibat dalam dunia perubatan di Langkawi lebih daripada 30 tahun. Korang sekeluarga boleh bertanya sebanyak mungkin soalan berkaitan kesihatan dan penyelidikan-penyelidikan yang telah dilakukan dalam suasana santai. Di akhir sesi, korang akan dibawa ke sebuah pondok tradisional untuk menikmati teh dan kudapan tempatan.


5) Nusantara Gamat



Setiap kali luka je, mesti nak sapu minyak gamat, sampai dah tinggal sikit minyak tu kat rumah. Nak isi balik stok minyak gamat di rumah tu, korang boleh datang ke Nusantara Gamat. Bukan je dapat beli minyak gamat dengan harga yang wow murah dan berbaloi tapi juga dapat tengok sendiri di depan mata macam mana proses dari awal sampai akhir minyak gamat ini dihasilkan! Hati-hati, kalau korang datang ke sini, bukan minyak gamat je yang akan dibeli, banyak lagi produk lain berasaskan gamat juga boleh dibeli disini memandangkan khasiatnya tinggi seperti balm, sabun dan macam-macam lagi. Beli jangan tak beli.



Semoga perkongsian tips percutian kali nie dapat memberi manafaat dan idea-idea tempat melancong yang best kepada korang. Thanks for reading!



6 comments:

  1. Macam best je tempat-tempat ni. Last time pergi melawat Langkawi rasanya 2009 and takde lagi kut semua tu. Entah bila pulak dapat melawat lagi hehe. Nice sharing ain :3

    ReplyDelete
  2. Nicer.. Lama dah tak pergi langkawi, terima kasih berkongsi tips..

    ReplyDelete
  3. shu dah berapa kali plan nak ke Langkawi, belum ada rezeki lg. huhu

    ReplyDelete
  4. Memang ada plan nak ke langkawi. Nanti bolehla intai traveloka.

    Marina tengah on giveaway. Jom join.

    https://marinabashah.blogspot.com/2019/09/2nd-giveaway-by-marina-bashah.html?m=1

    ReplyDelete
  5. traveloka will always be my favourite. ^^

    ReplyDelete
  6. Wah,
    Thanks for the tips travel ke Langkawi. Tempat tempat ni tak pernah singgah lagi.

    ReplyDelete

Thank you for leaving a comment.