27 August 2019

KNU Summer Camp : What are we eating during the camp?


Assalammualaikum dan hai semua.




       Di KNU summer camp, aku dan fizah disediakan makanan sepanjang program cuma ada hari tertentu kitorang bebas untuk cari makanan sendiri. Program KNU summer camp ni diadakan selama 3 minggu ataupun lebih tepat dalam 20 hari. 10 hari pertama tu kitorang disediakan sarapan di kedai kek hadapan KNU kampus. Lagi 10 hari, kitorang ditukar bersarapan kat kafeteria dorm.


Udon and Ramen.

Antara makanan yang aku sempat rasa di Korea ialah Udon dan ramen. Udon tu rasa macam Mee celup kat Malaysia. Ramen tu pun sedap jugak. Yang aku paling suka side dish kimchi  squid yan warna merah tu. Sebab rasa dia kenyal dan masam-manis camtu. Menu nie aku makan kat sebuah kedai berdekatan dengan Busan Station. Lupa dah nama restaurant nie apa.


Vegetarian shop.

My healthy foods.


Selain tu, kitorang juga makan di kedai Vegetarian yang berdekatan dengan Kyungpook University. Sebenarnya, our Korean buddy yang bawa kitorang ke kedai ni bila aku dengan fizah cakap yang kitorang tak boleh makan daging. Di kedai nie, terdapat pelbagai jenis juadah sayur yang disediakan seperti mash-potato, tomatoes, kubis, salad. Harga berdasarkan berat timbang makanan yang diambil. Masa aku pergi tu, selepas timbang keluar harga 4 000 won. Lepastu dia akan tanya nak sos apa. Ada sos tomato, anggur, kimchi dan ginseng. Aku pilih sos tomato. Alhamdulillah, sedap dan mengenyangkan sebab dia rasa lemak masam manis macam tu sebab ada mayonis dalam sayur tu.

Di kafeteria dorm pulak, lebih kepada buffet sayuran. Ada macam-macam pilihan. Kafeteria dia pulak besar dan luas. Selalu sebelum ambil makanan, kitorang akan tanya dulu buddy kitorang ada daging tak dalam makanan nie. Ataupun, kitorang akan tanya pakar nutrisi kat situ. Di Korea, setiap kantin sekolah dan cafeteria student University , akan ada pakar nutrisi yang akan guided dan bimbing makcik -makcik tukang masak dalam menentukan menu makanan harian pelajar. Supaya pelajar-pelajar dapat makan makanan yang seimbang dan nutrisi yang cukup untuk pembelajaran mereka. Bagus kan sistem pendidikan korea. Diorang menitikberatkan pemakanan yang seimbang dan sihat.


KNU Cafeteria.

KNU Cafeteria
Pelbagai makanan seperti, tomato cherry, buah oren, roti, sayur, mash-potato, spagetti.

Ada nasi, kentang, sup cendawan dan ayam goreng. Ayam goreng ofkos kitorang tak ambik,,haha,,

My healthy breakfast.

Geng breakfast.

Ketika lawatan ke Gyeongjung, kitorang dibawa makan tengahari di kedai traditional Korea. Jadi, kat situ makanan semua ada banyak side dish. Kitorang try makan korean pancake and Sundubu jiggae. Sundubu jiggae nie ialah tofu stew. Sedap rasa dia masin- masin and lembut disebabkan ada tofu. Yang paling menarik, ada satu side dish nie dikenali anchovies sauce. Teacher cakap you can eat this because it is anchovies sauce. Fizah pun cakap kat aku. Ain, ni budu versi korea nie..haha..Kitorang pun rasa. Haah, rasa macam budu tapi tekstur dia kasar sikit dan ada pati-pati sikit. Kalau budu kelate, semuanya cecair dan takde pati-pati ikan bilis.


Full of korean foods.

Korean pancakes

Sundubu-jjigae (순두부찌개)+ seafoods. Really delicious.

This is anchovies sauce. Korean budu..haha



Me trying eating cucumber.


Kemudian, ketika lawatan ke Busan pulak, kitorang disajikan makanan laut di Busan dowtown. Kali nie kitorang try Crab tofu stew dan kimchi soup. Sedap sangat. Aku suka makanan korea sebab ada banyak side dish dan sayuran. Makanan yang bagus untuk kesihatan. Kadang-kadang tertanya jugak, diorang ni tak penat ke basuh pinggan banyak-banyak dan kecik-kecik nie. Mesti banyak kerja kena buat kat dapur. Takpalah, dah diorang punya culture macam tu kan.


The Menu in Busan.

Rice and Crab soup.


Sweets pumpkin.

Kimchi soup.

Side dish.

Sundubu jjigae + crab.
Selain itu, kitorang juga ada singgah gerai-gerai kecil dan makan street food yang berasaskan ikan dan tepung seperti teokbokki dan fish cakes.

Fish cakes.

Teokkbokki

Trying street foods.

Setakat nie, semua makanan korea boleh masuk dengan selera tekak aku. Tapi, makanan Malaysia lagi sedap. Masa di Korea, aku selalu merindui makanan Malaysia dan terliur nak makan ayam goreng. Sampai je di Malaysia, aku terus beli KFC dan alhamdulillah terasa nikmat dapat makan di negara sendiri. Apa yang aku belajar, sehebat mana pun negara orang, best lagi di negara sendiri. I am glad that I had a country which is Malaysia. Lebih banyak kita travel ke luar negara, lebih banyak kita akan appreciate dan menghargai negara sendiri.






Thanks for reading!





3 comments:

  1. Bestnya rindu ke Korea lagi , makanan sana sedap-sedap :)

    ReplyDelete
  2. Teringin la nak makan makanan korea. sellau tgok drama je. side dish pun dah berbelas. Helok ye geng breakfast tu hahaha

    ReplyDelete
  3. tak semua makanan korea boleh masuk kat tekak tambah pulak yang kimchi tu haaa

    ReplyDelete

Thank you for leaving a comment.