29 August 2019

10 Sebab Perlu Pilih Pusat Asasi UiTM Dengkil



Assalammualaikum, semua




Disebabkan aku bekas student asasi UiTM, aku nak share lah sikit kelebihan belajar di Pusat Asasi UiTM Dengkil nie. Aku harap dengan perkongsian ini, dapat memberi sedikit pendedahan kepada adik-adik untuk mohon course UPU dan seterusnya menentukan halatuju yang tepat selepas SPM.





1) Course di UiTM Dengkil


Classmates asasi sains menggunakan makmal di UiTM Dengkil


Terdapat 4 course yang ditawarkan disini iaitu Asasi Sains (PI080), Asasi Kejuruteraan (PI009), Asasi TESL (PI020) dan Asasi Undang-Undang (PI005). Dalam asasi sains, students akan belajar subjek sains fokus kepada Math, Biology, Chemistry dan Physic. Students asasi sains akan menggunakan makmal untuk melakukan eksperimen. Asasi kejuruteraan pulak fokus kepada Math, Physic, Chemistry dan komputer coding. Asasi TESL pulak lebih fokus kepada bahasa inggeris dan aplikasikan melalui teater, persembahan nyanyian dan lakonan. Asasi undang-undang selalunya mempunyai dua kemasukan, first melalui saluran UPU dan kedua apply dari laman web UiTM. Dan fokus kepada belajar kes undang-undang dan kos ni sangat menarik.





2) Elaun dan Yuran



Menyambung pengajian di peringkat asasi IPTA akan diberi biasiswa oleh KPT. Sebanyak RM 1960 semester. Dan kadar yuran pengajian UiTM adalah yang terendah dari Asasi IPTA lain. Tapi, korang perlu guna duit elaun tu untuk bayar yuran penginapan kolej (RM420) dan yuran pengajian (RM 480) per semester. Tetapi, sebelum korang masuk smester pertama, kena bayar RM678 sebagai yuran pendaftaran temasuk yuran pengajian. Tak perlu risau, bila dah masuk nanti elaun akan masuk. Dan duit tadi boleh backup semula yuran korang tu.

*harga yuran based on 2015/2016 sesi







3) Kolej kediaman , dobi dryer, vandine machine, wifi

Pintu Depan UiTM Dengkil.

Bangunan Hal Ehwal Pelajar.

Bangunan makmal.

Bangunan kuliah dan kelas tutorial.


Jarak kolej kediaman dan ke kelas sangat dekat. Lebih kurang 5 minit jalan kaki dari kolej, korang dah dapat sampai ke kelas. Kalau jenis bangun dan bersiap lambat, korang still boleh sempat datang ke kelas. Tak perlu naik bas ke apa. Di kolej kediaman pula ada disediakan dobi, dryer, vending machine. Kediaman dalam bentuk rumah. Dalam rumah ada 3 bilik untuk dua orang setiap bilik dan bilik mandi dalam rumah. Jadi total 6 orang akan tinggal dalam satu rumah. Meja belajar pula disusun menghadap dinding dan terletak di ruang tamu.





4) Kokurikulum, kelab dan persatuan.

Skretiat Mahasiswa Asasi (SMA) Batch pertama.

Studio Orkid.

Di ASiD, terdapat banyak sukan yang boleh join seperti bola sepak, bola jaring, futsal, catur, pingpong dan lain-lain. Korang juga boleh join Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) ataupun Sekretiate Mahasiswa Asasi (SMA). Kelab pula ada banyak antaranya PACC yang terdiri dari Performing Arts Club, Creative Writing Club dan Critique Club.





5) Kemudahan yang banyak, dewan kuliah, makmal, studio, PTAR

Dewan kuliah yang besar dan cantik.

Terdapat dewan kuliah yang besar dan cantik sesuai untuk kuliah pelajar dikenali DK300 dan lain-lain. Terdapat tiga jenis makmal khusus untuk students asasi sains iaitu makmal biologi, makmal kimia dan makmal fizik. Students TESL pula disediakan Studio Orkid bagi mereka berlatih membuat persembahan teater, menari, berlakon dan menyanyi dalam bahasa inggeris untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris diorang. Students kejuruteraan pulak selain menggunakan makmal kimia dan fizik, mereka juga menggunakan makmal komputer untuk belajar coding. Terdapat perpustaakan yang dikenali PTAR di UiTM Dengkil, pelajar boleh mengulangkaji dan membuat perbincangan dengan kawan disini.




6) Cafe, shop, kedai makan yang best

Cafe palma dalam UiTM Dengkil.

Di UiTM Dengkil terdapat satu bangunan kemudahan pelajar di kenali Anjung Dengkil yang khusus untuk menyediakan sumber makanan kepada pelajar. Anjung Dengkil mempunyai dua tingkat. Tingkat pertama, terdapat banyak gerai dan kedai makanana. Kebanyakan pelajar akan menjamu selera dengan bersarapan dan makan tengahari disini. Di tingkat dua pula terdapat kedai runcit, kedai fotostat, kedai bakery dan cafe untuk student bersantai dan lepak. Selain itu, cafe Palma pula menyediakan makanan western  seperti chicken chop, nasi tomato.






7) Masjid 

Masjid atau juga dikenali Pusat Islam UiTM Dengkil.

Pusat Islam atau masjid UiTM Dengkil.

Antara ahli persatuan rakan masjid, COMRADE 2015/2016 batch pertama,

Di sini juga terdapat masjid yag cantik dan selesa. Solat jumaat juga dapat dilakukan di sini bagi kaum lelaki. Persatuan rakan masjid, COMRADE yang akan menyelia dan membantu dalam mengendalikan program-program sahsiah dia Pusat Islam ini. Jadi, adik-adik bolehlah join persatuan ni ketika pendaftaran sem 1.




8) Lecterur yang baik

Lecturer kitorang yang baik, madam Qistina.

Lecturer yang mengajar semuanya baik-baik dan akan dimasukkan dalam group kelas Whatsapp masing-masing. Selalunya nama group kelas akan ada abjad dan nombor contoh : Kelas F6, Kelas A1, Kelas G2. Setiap class akan dipertanggungjawabkan seorang mentor. Mentor kelas kami ialah madam Qistina. Beliau mengajar Chemistry tau.









9) Waktu fleksible dan boleh keluar ke IOI malls, putrajaya.

IOI City Mall.

Putrajaya.


Di UiTM Denkil, waktu adalah lebih fleksible dan korang seperti budak degree. Korang boleh bebas pergi outing ke malls. Rules keluar masuk tidak strict di matrikulasi. Di matrikulasi, kalau korang nak keluar time weekday dan weekends, korang kena laporkan ke pihak pejabat dan pakguards. Tapi di asasi, korang boleh masuk dan keluar U bila-bila masa tetapi ada had masa bila last malam boleh balik seperti balik sebelum pukul 12am. Ada bas rapid KL disediakan untuk ke putrajaya dan stesen bas putrajaya. Selalu students akan keluar ke IOI malls, putrajaya dan Alamanda malls untuk bersiar dan merehatkan minda. Di IOI malls, korang boleh pergi menonton wayang, bermain ice-skating dan bermain extreme indoor activity di 21 Districts. Best kerana UiTM Dengkil dekat dengan bandar-bandar.




10) Boleh apply UM dan university lain


Setelah habis asasi, korang boleh apply mana-mana IPTA di UPU. Jika result korang gempak, boleh sambung degree di luar negara. Itulah antara kelebihan asasi di UiTM. Cuma jangan lupa akak nak pesan, kita datang jauh di kawasan orang untuk study, jadi luangkan dan gunalah waktu dua semester dan satu tahun untuk study betul-betul supaya adik-adik dapat memilih course yang sesuai ketika degree. Itu sahaja perkongsian. Semoga post kali nie bermanfaat untuk semua. 


#UiTMDengkilPerform




Thanks for reading.




25 comments:

  1. Perkongsian sangat menarik kak juju baca, semua kemudahan kat UiTM Dengkil ni cantik-cantik ye...nampak keselesaan tu...suka tgk kalian semua berbaju putih. Smart student!

    ReplyDelete
  2. persekitaran yg best insyaallah boleh menghasilkan graduan yg best jugak.
    untunglah...dulu kat ITM Shah Alam hostel dengan kampus sikit punya jauh. Nak berjalan naik turun bukit. Sekeping je badan masa tu.

    ReplyDelete
  3. Cantiknya tempat belajar, nampak bersih ja. Teringat belajar di Matrikulasi Kuala Pilah, dulu homesick saje hhehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouhlah ,aku dapat kmns dngn uitm ,dua2tu aku dapat pst sains dngn asasi sains .tapi aku tak sure nak pilih mana , hm apa pendapat kau ? kakak aku dorong kmns sbb lagi murah tapi aku tngok kemudahan tak bnyak hm TT

      Delete
    2. Kalau saya.. saya pilih uitm dengkil sebab facilities baru2+ bersih n nyaman je tengok..kampus pun lawa macam rumah.. satu form share 6 orang n ade 2 tandas dalam each rumah..so takyah keluar dorm..lg selesa rasanya..kalau pasal wang..kkm bagi elaun..elaun tu insyaallah cukup untuk bayar yuran kalau tak dibazirkan

      Delete
  4. Awwww, thanks share info. Bln 10 ni plan nak pergi kedah & langkawi. Boleh rujuk sini 😍

    ReplyDelete
  5. Elaun tu semua dapat ke? Ada had gaji parents ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, semua dapat. Bila dapat tawaran asasi, student akan automatik layak menerima elaun biasiswa daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

      Delete
  6. Kak, apa laluan terbaik utk saya ke UM dalam bidang finance? Asasi sains UM x silap saya tak boleh sambung course finance.. Kalau salah betulkan ye.. Kalau macam tu saya kena ambil asasi sains dulu di uitm ke? Sebab tak ada asasi perakaunan di uitm.. Berapa % chance pelajar asasi uitm diterima masuk ke UM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya asasi UM terbahagi kepada dua iaitu sains hayat dan sains fizik. Both ada mathematics. Insyaallah bila nak mohon degree UPU, boleh letak degree finance. Ataupun boleh apply matrik perakaunan dulu melalui UPU jugak. Berapa % pelajar asasi boleh diterima dalam UM tu, akak tak pasti. Tapi, insyaallah boleh je student asasi UiTM apply masuk ke UM. As long CGPA you higher dan boleh compete dengan budak UM dan budak matrik yang lain. Thank you!

      Delete
  7. ada elaun tak asasi uitm dengkil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, ada. Zaman akak, elaun RM1960 diberi setiap sem sekaligus. Berbanding dengan student matrik, diorang akan dapat elaun RM250 setiap bulan.

      Delete
  8. students tesl selalunya berapa orang ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai student tesl. basically in one class, there will be 30 students. For student tesl, there are more than 10 class of them. Jadi, boleh agak kan berapa ramai diorang. Tu tak termasuk student sains, engineer, law di kampus UiTM Dengkil. You can meet and make new friends in UiTM Dengkil.

      Delete
  9. Hi sis, I always heard bad things about uitm -social life ,toxic environment and etc(rumors). Does it happened at UITM Dengkil. Harap sis boleh reply honestly.THANK U!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, I am ex student of UiTM Dengkil. I will reply on behalf of her. Social life, toxic environment, etc happened everywhere, not only in UiTM. But, based on my experience, UiTM Dengkil is full with wonderful people, including the SRK and worker in pejabat kolej. I worked with them during PMDS and its really easy to deal with them. The thing is you need to know how to deal with any toxic environment. You cant choose to always have a clique that has same mind like you. To answer your question, UiTM Dengkil is the best place for you to find new friends. I made a lot of friends there and we still keep in touch and meet until now

      Delete
  10. qualification untuk asasi sains tinggi ke?

    ReplyDelete
  11. qualification untuk masuk asasi sains tinggi ke

    ReplyDelete
  12. kalau nak masuk degree utp..boleh ke bagi lepasan asasi kejuruteraan dengkil?

    ReplyDelete
  13. Kak Ain ambil kursus utk degree

    ReplyDelete
  14. dekat surat tawaran elaun tu ada nyatakan dia akan bagi duit elaun plus dengan duit untuk bayar yuran apa semua total 2500, tapi dapat 1960. itu memang dah tolak yuran or apa?

    ReplyDelete

Thank you for leaving a comment.