04 November 2019

Sutra Beach Resort Terengganu | Review


Hai semua.



Pada bulan Oktober yang lepas, sekolah abah telah mengadakan program family day yang bertemakan warna biru dengan tajuk Family Gathering. Since abah adalah seorang guru. Jadi dia pun joinlah program sekolah ni dan bawa sekali mak dan aku. Adik-beradik yang lain takleh nak join sebab sibuk study di Universiti  masing-masing. Program ni diadakan di Sutra Beach Resort, Terengganu. Cantik sangat tempat nie. Nama pun resort jadi kawasannya berdekatan dengan pantai.




Bilik dekat dengan pantai.

Landskap taman di kawasan Resort.

Jangan risau korang takkan sesat sebab ada papan tanda.

Rumah dua tingkat.
Bilik di Sutra Beach Resort sebenarnya boleh ditempah melalui  Agoda, Booking dan Traveloka. Since kitorang datang beramai-ramai, jadi wakil setiausaha program yang tolong tempahkan bilik. Maka dapatlah harga murah sikit iaitu RM129 semalaman berbanding harga asal bilik.


Ada TV, water heater dan peti sejuk mini.

Buka tingkap nampak pantai.

Bilik pun okay. Besar dan luas. Bilik nie ada view pantai kalau buka langsir tingkap. Jadi, permandangan sangat cantik pada waktu senja dan masa matahari nak terbit pada waktu pagi. Kitorang check in tengahari dan makan tengahari di kedai makan berdekatan. Kat sini kitorang order sotong dan udang celop tepung. Satu mangkuk besar tomyam dan pekena nasi panas-panas memang perrghh sedap nyaaa sehingga menjilat jari...


Family Gathering.

Penyampaian hadiah.

Pada waktu petang pula, kitorang bermain permainan sukaneka yang dijalankan di kawasan pantai. Aktiviti untuk kanak-kanak macam biasalah berebut gula-gula dan mencari harta karun. Permainan untuk orang dewasa ialah belon beracun, balingan kasih dan banyak lagi. We had so much fun! Around pukul 6 petang macam tu lepas permainan sukaneka, kitorang mandi manda di kolam resort. Mula-mula, budak-budak ni nak mandi di pantai tapi tak jadi sebab ombak besar sangat. Jadi, semua bawak pelampung pergi mandi di kolam. Kolam di resort ni sangat besar dan luas. Ada juga kolam untuk kanak-kanak.

Kolam yang luas.

Sambil mandi boleh tengok pemandangan pantai.

Sarapan pagi di cafeteria.


Overall, resort sangat selesa dan memuaskan. Sarapan pagi yang sedap dan banyak pilihan. Resort nie best dan sangat strategik sebab dekat dengan pantai dan bandar Marang. Insyaallah jika dimurahkan rezeki, boleh datang singgah sini lagi pada masa akan datang.





6 comments:

  1. Seronoknya dapat bilik seaview. Pagi-pagi bangun tengok laut memang terapi sangat. Sangat luas juga Sutra Beach Resort ni ye. Sesuai untuk bermacam-macam aktiviti bila ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee.. seronok dapat view pantai dan harganya pun boleh tahan..haha

      Delete
    2. view laut harga bilik berapa

      Delete
  2. Singgah & Follow (^^,) Bestttt....

    Jemput join : SNM Bloglist Batch 1
    Love, SNM

    ReplyDelete

Thank you for leaving a comment.