26 October 2019

Review The Ordinary Niacinamide


Hai, semua.



DECIEM adalah syarikat induk yang bertanggungjawab mengeluarkan The Ordinary skincare line. Produk yang berasal dari Canada ini mula mendapat tempat di hati masyarakat kerana jaminan bahannya yang selamat dan berkesan terutama produk The Ordinary Niacinamide. Kandungannya yang mengandungi bahan niacin 10% dan zinc 1% dapat memperbaiki kulit dan menjadikan kulit lebih sihat.  Apa yang menarik, produk ini bebas daripada parabens, minyak mineral dan sulfat.



Produk ni aku beli di instagram @thebeautystuffxo. Service okay dan barang cepat sampai ke rumah. Really recommended to buy the ordinary products from this ig account. Ataupun boleh pergi beli secara online di laman web ni www.thebeautystuffxo.com.

Harga : RM50


How to use 

Apply to entire face morning and evening before heavier creams.



My review

Aku suka texture produk ni sebab lightweight dan cepat meresap ke dalam kulit walaupun ada sikit rasa melekit. Aku perasan semenjak pakai produk ni, muka aku rasa fresh dan kurang berminyak. Ni dah 3 bulan pakai produk ni. Tona kulit jugak nampak semakin sekata dan ada sikit glowing effect selepas pakai foundation. Bahan niacinamide dalam produk ni bagus sebenarnya untuk kulit bagi menyeimbangkan pengeluaran sebum dan memperbaiki barrier kulit. Korang pun tahukan, disebabkan pengeluaran sebum minyak yang tak seimbanglah menyebabkan pori-pori kulit tersumbat dan mengakibatkan jerawat. Setakat ni, lepas aku pakai produk ni memang jerawat jarang muncul di muka. Jadi, produk ni memang sesuai untuk oily skin yang ingin mengurangkan shiny look dan kulit berminyak. I love this product!


My rating

I will give this product 8/10. Sebab fungsi dia yang hebat dan cool dalam menyeimbangkan sebum di kulit wajah.


Will repurchase next time?

Yes, I will buy it again! I want to give a good nutrition to my skin with vitamin B or known as niacinamide for a long term. Harap-harap skin barrier aku makin kuat dan sihatlah di masa hadapan. 


Thanks for reading!


15 comments:

  1. nak beli jugak nanti hihi thanks for this review

    ReplyDelete
  2. Pernah dengar produk ni and ramai review bagus..

    ReplyDelete
  3. Macam best jea produk nie, kalu sesuai dengan kulit..Anyway tahniah yea sebab awak terpilih untuk menjadi Top Commentator dalam jurnal akak.. akak dah send no tracking pos dalam whatsapp..

    https://www.shikinrazali.com/2019/10/top-
    commentator-bulan-oktober-2019.html?m=1

    ReplyDelete
  4. waahh.. bagus nie.. tp boleh tahan juga harganya ..

    ReplyDelete
  5. Bagus Niacimide ni untuk repair skin muka kita. Aien baru nak cuba. Tapi,, tapi,, tunggu.. haha

    ReplyDelete
  6. hai ain , ape serum or best product untuk kecilkan pori & whitehead ? Feel free to assist me .

    ReplyDelete
  7. produk yang baik. semoga memberi manfaat kepada pengguna bagi menjaga kulit wajah

    ReplyDelete
  8. kita pakai ni tapi macam xde pape perubahan pun .. dah 8 bulan dah :(

    ReplyDelete
  9. Menarik juga fungsi serum ni kulit boleh glowing tu

    ReplyDelete
  10. antara product yang trending n katanya okay. belum pernah cuba..

    ReplyDelete
  11. Good product. Macam menarik untuk dicuba.

    ReplyDelete
  12. But is Allantoin from animal based or vegetable based? 🤷🏼‍♀️

    ReplyDelete

Thank you for leaving a comment.