Hai, semua.
DECIEM adalah syarikat induk yang bertanggungjawab mengeluarkan The Ordinary skincare line. Produk yang berasal dari Canada ini mula mendapat tempat di hati masyarakat kerana jaminan bahannya yang selamat dan berkesan terutama produk The Ordinary Niacinamide. Kandungannya yang mengandungi bahan niacin 10% dan zinc 1% dapat memperbaiki kulit dan menjadikan kulit lebih sihat. Apa yang menarik, produk ini bebas daripada parabens, minyak mineral dan sulfat.
Produk ni aku beli di instagram @thebeautystuffxo. Service okay dan barang cepat sampai ke rumah. Really recommended to buy the ordinary products from this ig account. Ataupun boleh pergi beli secara online di laman web ni www.thebeautystuffxo.com.
Harga : RM50
How to use
Apply to entire face morning and evening before heavier creams.
My review
Aku suka texture produk ni sebab lightweight dan cepat meresap ke dalam kulit walaupun ada sikit rasa melekit. Aku perasan semenjak pakai produk ni, muka aku rasa fresh dan kurang berminyak. Ni dah 3 bulan pakai produk ni. Tona kulit jugak nampak semakin sekata dan ada sikit glowing effect selepas pakai foundation. Bahan niacinamide dalam produk ni bagus sebenarnya untuk kulit bagi menyeimbangkan pengeluaran sebum dan memperbaiki barrier kulit. Korang pun tahukan, disebabkan pengeluaran sebum minyak yang tak seimbanglah menyebabkan pori-pori kulit tersumbat dan mengakibatkan jerawat. Setakat ni, lepas aku pakai produk ni memang jerawat jarang muncul di muka. Jadi, produk ni memang sesuai untuk oily skin yang ingin mengurangkan shiny look dan kulit berminyak. I love this product!
My rating
I will give this product 8/10. Sebab fungsi dia yang hebat dan cool dalam menyeimbangkan sebum di kulit wajah.
Will repurchase next time?
Yes, I will buy it again! I want to give a good nutrition to my skin with vitamin B or known as niacinamide for a long term. Harap-harap skin barrier aku makin kuat dan sihatlah di masa hadapan.
Thanks for reading!