26 October 2019

Review The Ordinary Niacinamide


Hai, semua.



DECIEM adalah syarikat induk yang bertanggungjawab mengeluarkan The Ordinary skincare line. Produk yang berasal dari Canada ini mula mendapat tempat di hati masyarakat kerana jaminan bahannya yang selamat dan berkesan terutama produk The Ordinary Niacinamide. Kandungannya yang mengandungi bahan niacin 10% dan zinc 1% dapat memperbaiki kulit dan menjadikan kulit lebih sihat.  Apa yang menarik, produk ini bebas daripada parabens, minyak mineral dan sulfat.



Produk ni aku beli di instagram @thebeautystuffxo. Service okay dan barang cepat sampai ke rumah. Really recommended to buy the ordinary products from this ig account. Ataupun boleh pergi beli secara online di laman web ni www.thebeautystuffxo.com.

Harga : RM50


How to use 

Apply to entire face morning and evening before heavier creams.



My review

Aku suka texture produk ni sebab lightweight dan cepat meresap ke dalam kulit walaupun ada sikit rasa melekit. Aku perasan semenjak pakai produk ni, muka aku rasa fresh dan kurang berminyak. Ni dah 3 bulan pakai produk ni. Tona kulit jugak nampak semakin sekata dan ada sikit glowing effect selepas pakai foundation. Bahan niacinamide dalam produk ni bagus sebenarnya untuk kulit bagi menyeimbangkan pengeluaran sebum dan memperbaiki barrier kulit. Korang pun tahukan, disebabkan pengeluaran sebum minyak yang tak seimbanglah menyebabkan pori-pori kulit tersumbat dan mengakibatkan jerawat. Setakat ni, lepas aku pakai produk ni memang jerawat jarang muncul di muka. Jadi, produk ni memang sesuai untuk oily skin yang ingin mengurangkan shiny look dan kulit berminyak. I love this product!


My rating

I will give this product 8/10. Sebab fungsi dia yang hebat dan cool dalam menyeimbangkan sebum di kulit wajah.


Will repurchase next time?

Yes, I will buy it again! I want to give a good nutrition to my skin with vitamin B or known as niacinamide for a long term. Harap-harap skin barrier aku makin kuat dan sihatlah di masa hadapan. 


Thanks for reading!


25 October 2019

Comeback Giveaway by Farah Farhana.





Hai semua.  Farah Farhana ada anjurkan satu giveaway sempena comeback dalam dunia blogging nie. Hadiah yang disediakan semua menarik. Kalau korang nak join boleh klik banner di atas tu ye. Untuk giveaway ni, aku nak tag Shikin, mamapp dan  Ziana. Jomlah kita memeriahkan giveaway dari rakan blogger nie.


Akhir sekali, aku nak ucapkan welcome back Farah Farhana and keep up writing to inspire people!




22 October 2019

Segmen Pencarian Bloglist by Ombak Bergigi



(Click the banner to join)


Hai, semua. Kali ni aku nak join segmen bloglist dari Ombak Bergigi. Segmen ini akan bermula pada 21 Oct 2019 (Isnin) sehingga 28 Oct 2019 (Isnin). Segmen ini dijalankan selama seminggu. Seramai 5 orang peserta yang bertuah dan layak menjadi bloglist Ombak Bergigi. Syarat-syaratnya pun simple dan mudah.


Syarat Untuk Menyertai :

1. Follow Blog Ombak Bergigi

2. Follow IG @ombakbergigi

3. Buat satu entri di blog korang bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist by Ombak Bergigi"

4. Letakkan banner segmen dan link kan ke blog ini

5. Comment link entri penyertaan di bawah


Jom sama-sama memeriahkan segmen yang dianjurkan oleh Ombak Bergigi nie. Korang boleh klik banner di atas untuk join.




21 October 2019

Review IUNIK Propolis Vitamin Synergy Serum


Hai, semua.



Brands iUNIK adalah salah satu produk Korea yang popular dengan bahan yang semula jadi dan selamat untuk kulit. Produk ni boleh didapati secara online seperti Wako Beauty dan Hermo. Terdapat 5 jenis serum yang dikeluarkan dari jenama ni iaitu Rose Galactomyces, Tea Tree, Propolis, Black Snail dan Beta-Glucan Power Serum. Aku terjumpa produk ni time tengah survey produk untuk mencerahkan muka dan mempunyai brightening effect. Dan akhirnya terjumpa produk yang dicari-cari selama ni iaitu iUNIK Propolis Vitamin Synergy Serum.




Berdasarkan apa yang aku baca, produk ni mempunyai 70% propolis extract dan bahan-bahan lain yang bagus untuk merawat, mereda dan memberi nutrisi kepada kulit. Maksudnya, bahan tu bukan dipenuhi air semata-mata tapi kebanyakan dipenuhi bahan asli propolis. Propolis yang dihasilkan dari campuran saliva lebah dan madu ni dikenali sebagai bahan yang bagus untuk kulit dalam merawat jerawat vulgaris, meningkatkan pengeluaran kolagen, serta meredakan kulit wajah. Selain itu, terdapat juga Vitamin C 12% untuk mencerahkan kulit.

Kalau check ingredient di Skincarisma.com, ia adalah produk yang paraben-free, sulfate-free, alcohol-free, allergen-free dan fungal acne safe.


Yellow color and has a lightweight texture.

The serum is low viscosity with a thin, soft and smooth feeling.

Harga : RM37.00

How to use 

Using the dropper, gently apply an appropriate amount onto your face and let it absorb.


The product claims more in :

1. Skin calming: effective calming effect from Propolis extract and Centella Asiatica extract.

2. Nutrition Boost: skin nutrition from vitamins, minerals and amino acid.

3. Vitalizing: skin vitalizing by Hippophae Rhamnoides Fruit Extract.

4. Brightening & Wrinkle Care: niacinamide and adenosine to brighten the skin tone and improve the appearance of wrinkles.

Oil free and moisturizing by Propolis.


My review

Aku suka texture serum ni sebab lightweight dan mudah meresap ke dalam kulit. Aku pakai tengah malam dan keesokkannya muka rasa lembut dan wangi. Terutama dekat bawah dagu yang ada permukaan kasar disebabkan bekas jerawat yang mengecut. Bila sapu je serum di kawasan dagu, keesokkannya perghh lembut dan smooth je kawasan kulit tu. Cuma lepas sebulan pakai product ni, aku tak nampak perubahan dari segi pencerahan muka. Pih jerawat pun cuma pudar sikit tapi still ada. Maybe aku baru pakai sebulan je kot. Kalau pakai 3 bulan baru boleh nampak kesannya. 

Rating

I will give 7/10 sebab produk nie bagus untuk lembutkan kulit dan calming your red skin. Bahan-bahan juga asli dan selamat serta diperbuat dari 70% propolis.


Will repurchase next time?

I am sorry but I will not buy this product again. Bukan sebab apa cuma produk ni agak kurang berkesan dengan aku dan lambat sikit nampak result dari segi brightening kan muka. Sebab di awal perenggan atas aku ada bagitahu aku sekarang tengah survey untuk cari brightening product yang boleh mencerahkan muka. I just wanna try and error first. Dan satu lagi aku baru perasan yang produk ni sesuai untuk kulit muka yang dry and sensitive skin tapi bukan untuk oily skin. Muka aku jenis yang oily skin. Jadi, aku sure produk nie sangat bagus dan sesuai untuk orang ada dry skin.


So, for dry skin people, you should buy and try it by yourself. It really does make your skin smooth and soft the next morning.


Thanks for reading.


17 October 2019

Review Cosrx Blackhead Power Liquid


Hai semua.



Another best produk dari brand Cosrx ialah BHA Blackhead Power Liquid. Produk ini ada bahan Salicyclic acid ataupun dikenali BHA yang berfungsi sebagai natural exfoliater. BHA mempunyai kemampuan untuk menembusi ke bawah lapisan kulit dan membersihkan kotoran terutama di dalam pori-pori. Ia berbeza dengan AHA yang membersihkan kotoran di permukaan kulit sahaja. Selain itu, BHA juga dikenali sebagai anti-inflammatory dan antibacterial. Jadi, ia sangat sesuai untuk menghilangkan blackhead, whitehead dan jerawat especially untuk orang yang mempunyai oily dan acne-prone skin.


It claims that the BHA Blackhead power liquid helps to remove blackheads and to control excess sebum while moisturizing the skin.



Aku beli produk ni di Shopee myadore. Aku suka beli kat shopee sebab tak perlu bayar postage dan kalau pandai survey boleh dapat produk ni dengan harga yang lebih murah. Tapi make sure, kedai tu ada tanda preferred atau mall supaya tak kena tipu walaupun harga lebih murah dan affordable. Jumlah isipadunya ialah 100 ml dan boleh tahan sehingga 3 bulan. Aku pakai tiga kali seminggu je.

Harga : RM48.00


How to use

Botol dia didatangkan dengan ciri-ciri friendly use. Ia ada pump yang senang digunakan dan cuma perlu tekan pump sekali sahaja untuk mendapatkan amount yang mencukupi. Takde lah nanti membazir kalau terlebih tuang. Kemudian, sapu liquid tersebut secara rata ke atas kulit muka. Kalau guna di siang hari, jangan lupa pakai sunblock spf 30 dan ke atas tau.




My review

Aku selalunya sapu liquid ni di kawasan hidung untuk menghilangkan blackhead dan mengecilkan pori-pori. Selain itu, aku juga gunakan di spot jerawat yang baru nak tumbuh. For me elakkan pakai di kawasan muka yang lain seperti pipi, dagu dan dahi sebab produk ni agak drying. Aku pernah letakkan di pih di kawasan pipi, keesokkannya naik bumps kawasan tu dan mengeringkan wajah aku.  Maybe sebab over exfoliate dan menganggu kawasan lembab muka yang lain. Lagi-lagi kulit muka aku jenis sensitif dan tak boleh sapu cecair sembarangan. Overall, produk nie memang berkesan hilangkan blackhead kat hidung dan kecutkan jerawat. 


My rating

Aku suka produk nie terutama ia ada fungsi mengecutkan jerawat cuma kalau sapu secara berlebihan di kawasan muka ia akan mengeringkan muka aku. Disebabkan produk nie buat aku naik bumps dan sedikit breakout bila sapu di kawasan muka yang tak sepatutnya, I will just give 7.5 out of 10 for this product. 


Will repurchase next time?

Yes, I will repurchased again. Sebab ia dapat menghilangkan blackhead dan jerawat dengan berkesan terutama time waktu emergency ada event ke. Terus sapu liquid ni ke atas jerawat, esok jerawat tu akan mengering.


Thanks for reading.


16 October 2019

Review Cosrx Low pH Good Morning Gel Cleanser



Hai semua.


Jenama Cosrx dalam dunia skincare sudah menjadi tidak asing kepada pemakai skincare. Cosrx adalah brands Korea yang makin meningkat popular di Malaysia. Produk Cosrx mudah didapati di store ataupun online seperti Althea, Hermo, Wynora dan Shopee. Salah satu produk hot selling dari jenama Cosrx ini ialah Low pH Good Morning Gel Cleanser.




Aku dah pakai cleanser ni hampir satu tahun jugaklah dan I really love it. Sebelum ni muka aku jenis acne-prone skin dan oily skin. Selepas 6 bulan aku guna cleanser nie, jerawat aku makin berkurang. Dan sekarang walaupun muka aku masih lagi oily skin tapi bekas-bekas pih jerawat nampak makin pudar.

Aku beli cleanser ni di Shopee Wynora. Time tu ada sale 10.10. Serius murah sebab include postage fees. Penghantaran barang pun cepat dalam dua hari dah sampai. Yang ni dah kali keempat aku purchased di Shopee.


Harga : RM24.90


Jumlah volume cleanser ni ialah 150ml dan boleh tahan selama 3 hingga 4 bulan.


Instruction at the back of this cleanser.

Produk nie claim yang ia menyeimbangkan optimal pH level kulit muka. Diformasi dari bahan botanical yang asli, ia dapar meredakan, menyegarkan dan melembutkan kulit tanpa membuatkan kulit berasa kering. Level pH 5.5 dalam cleanser ni sangat sesuai untuk muka bagi menghalang pembiakan bakteria dan mempertahankan barrier kulit.


How to use: Gently massage a small amount of this gel cleanser on wet skin in the morning. Rinsed with tap water. Pat your face dry and continue with your next skincare steps.



Cleanser foams.

Bila kita campur dengan air, gel dia menghasilkan buih kecil yang banyak. Aku suka cleanser yang banyak buih sebab texture buih nie lah yang berfungsi untuk membersihkan make-up dan kotoran dengan berkesan. Masa aku study dulu, minyak ataupun oil-based dust akan terperangkap dalam buih dan membuatkan ia terapung di atas permukaan air. Apabila kita bilas sabun dengan air, maka kotoran yang bergabung dengan buih pun dibersihkan sekali. Untuk oily skin, aku nasihatkan cari cleanser yang gentle dan foam-based supaya tak mengiritasi kulit.

My current skincare sets.

My reviews

Dalam ingredients, dia ada mention bahan Betaine Salicylate dan Allantoin yang mana dua bahan ni ialah anti-inflammatory, anti-allergic dan acne-fighting. Walaupun, produk ni nama dia Good Morning cleanser, aku still guna pada waktu tengahari dan malam sebab produk ni sesuai je guna pada bila-bila masa. Cleanser nia ada sedikit bau green tea dan aku suka bau nie. Lepas aku bilas cleanser ni, muka rasa lembut dan fresh!

Ratings

Overall I will rating this product 9/10 sebab lembut dan membersihkan muka aku tanpa mengeringkan kulit muka  dan dapat mengelakkan jerawat muncul.

Will repurchased?

Ofkos, I will buy this cleanser again! Sekarang nie susah betul nak cari gentle cleanser yang murah. Ada banyak je gentle cleanser jenama lain yang di jual di drugs store tapi tak semurah cleanser dari jenama Cosrx nie tau. This my fav gentle cleanser from Cosrx! 


Thanks for reading!


10 October 2019

100th Post Celebration Ft. Japan Planner Giveaway!



(Click the banner to join)



Hai, everyone. Kali nie aku nak join giveaway dari Rasya. Apa yang menarik pemenang giveaway ini akan berpeluang untuk memenangi 2 kawaii planner and 1 kotak instant matcha green tea dari Jepun. Cool kan? Hadiah tu semua dari Jepun.  Jadi, korang pun boleh join dan ramai-ramai memeriahkan giveaway ini. 



Due date : 16 October 2019





06 October 2019

Personaliti Test : Who is the biggest fool?


Hi guys!



Scientists believe that people when trying to make sense of their lives, tend to focus on three main questions:


1. Who am I? 
2. Who do others think I am?
3. Who do I want to be? 


Personality tests help us find out the answers to these serious fundamental questions in a fun way. Your choice can reveal a lot about you. So, in the picture below choose the person that you see is the biggest fool :





The answer for your choice is :


a. Person 1

If you have chosen person #1 it means that you’re kind of a fatalist. You’d prefer to give up if you believe that the situation can’t be changed in any way possible. You would accept the current events and circumstances as they are. You never start an argument and in general you behave peacefully because fights and quarrels only make you upset. You have a big, kind heart and you value honesty the most. Stop thinking that everything is predetermined and remember that it’s you who creates your own destiny.


b. Person 2

If you went with option #2, you can be characterized as a person who often makes hasty decisions. So next time you have to make a decision, take your time and try to thoroughly analyze the overall situation first. You’re a bit stubborn and you never feel sorry about what’s left in the past. You take full responsibility for your decisions and depend only on yourself.


c. Person 3

So, you have chosen #3. You’re a real fighter! And sometimes you act impulsively and you never give up. You have a great ability to fight ’till the very end when it comes to defending your position and things you believe in. Coming up with new strategies and approaches is just your thing, and that’s why people like you usually make excellent business people and group leaders.


d. Person 4

If you picked person #4, it says a lot about your rebellious soul. You’re a true non-conformist who is ready to sacrifice even their own interests in order to prove something to someone. You believe in your principles and you think your point of view and your decision is always the best one. Remember that the diversity of opinions often gives a better understanding of a situation, so next time you’re about to start an argument, try to use all of your good sense and rationality.



Thanks for reading!





credit to brightside.me

05 October 2019

16 Contoh hiasan kek yang kreatif dan comel!


Hai semua,




Chef Cake Contest telah diadakan dengan jayanya di Pavillion Students pada bulan Mei yang lalu oleh Kolej Sakura, Universiti Malaysia Sarawak  (UNIMAS). Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar universiti dari pelbagai bidang telah menyahut cabaran dan menyertai pertandingan ini. Tema hiasan adalah bebas dan dibenarkan membawa aksesori tambahan untuk hiasan kek.


Aku adalah salah seorang AJK pertandingan ini dan bertanggungjawab memastikan program ini berjalan dengan lancar. Jadi, aku nak berkongsi beberapa aneka design yang kreatif dan lawa yang telah dihasilkan oleh para peserta sepanjang program. Yang pasti semuanya cantik-cantik. Mana tahu korang boleh guna idea hiasan ini untuk menghias kek hari lahir korang pulak.




1. Kek Manisan

Kek ni banyak guna cokelat, kitkat dan macam-macam snacks. They really well prepared!


2. Kek Colorful

Kek ini dihias dengan warna-warni coklat dan oreo. The cake looks so sweet and beautiful!


3. Kek bunga

Kek ni pun kreatif dengan hiasan bunga yang menjalar-jalar.

4. Kek Bunga Cornflakes.

A big flower made up of cornflakes makes it look attractive.

5. Kek Hari Ibu

A cake with a big heart is the sign of a mother's love.

6. Kek Love

Creative design with a square top and love cake.

7. Kek Monster

This design needs a creative hand to make the yellow fur monster.

8. Kek Hadiah

This cake present is really creative.

9. Kek Aliens

Hasil seni anyaman di tepi kek dan bulu aliens yang panjang membuatkan kek ni sangat comel. Dont forget, it has ears too.


10. Kek Flowers

Ditabur pecahan oreo diatas kek dan dihiasan 8 bunga beraneka warna menjadikan kek ni menarik dan cantik.


11. Kek I love Mom

Bertemakan hari ibu, kek ini dihiasi dengan perkatan I love you, mom sempena menghargai jasa seorang ibu.


12. Kek Mother's day

Kek ini simple dan sangat kemas ditambah dengan dua bentuk hati.

13. Kek Sakura

Kek yang bertemakan bunga-bunga sakura.

14. Kek Birthday

Kek meriah bertemakan hari lahir.

15. Kek Burger

Really creative burger with french fries!

16. Kek Rama-Rama

Kek rama-rama yang sangat kreatif.




Para peserta dan AJK program dalam Chef Cake Contest.


Alhamdulillah, program ini berlangsung dengan lancar dan meriah. Semua peserta kelihatan seronok dan gembira ketika menghias kek masing-masing. Diharap pertandingan ni dapat mencungkil bakat pelajar seterusnya dapat mengembangkan potensi diri dalam seni hiasan dan gubahan. Tahniah para AJK Kolej Sakura kerana berjaya mengadakan program yang berilmiah seperti ini. Semoga terus berjaya dan maju di masa akan datang. They really had so much fun! Jadi, yang mana satu kek yang kreatif dan comel pilihan hati korang? Sila komen di bawah ye..




Thanks for reading!







all picture credit to Sakura Editorial Board

02 October 2019

KTO Malaysia : I win Hanbok Design Contest!



Hai semua.



Pada bulan April yang lepas, Korea Tourism Organization (KTO) Malaysia telah mengadakan Hanbok Design Contest bermula dari 25 April sehingga 26 Jun 2019. Cara penyertaan ialah peserta perlu dapatkan Hanbok girl or boy coloring template di Korea Plaza, Kuala Lumpur. Kemudian, reka design dengan melukis dan mewarna template tersebut serta perlu membuat jalan cerita berdasarkan backdrops yang diambil di sekitar Korea Plaza. Akhir sekali, kongsi gambar penyertaan di Facebook, Instagram dan Twitter dengan hashtag #AkuCintaHanbok . 


Jadi, gambar berikut adalah design yang aku reka. Lucu pun ada aku tengok. Tapi, alang-alang melawat Korea Plaza, aku masuk jugak contest nie bersama adik dan umi. Kitorang bertiga gigih melukis dan mewarna macam budak kecik. Terima kasih umi sebab melayan karenah anak-anak mu yang kpop nie. huhu


Tema gambar nie Princess in the palace.
Princess surrounded by the flowers.



Hadiah utama contest ini ialah sepasang tiket return flight ke Korea dan 50 hadiah saguhati. Dan alhamdulillah, walaupun tak memenangi hadiah utama, aku telah tersenarai diantara 50 pemenang hadiah saguhati. Adik aku pun antara pemenang hadiah saguhati jugak. Tapi, design umi tak berjaya untuk mendapat tempat. Jadi, dua hadiah telah selamat sampai ke rumah dan dihantar melalui parcel yang berbeza sebab adik aku hantar maklumat lambat sikit.


Jom tengok hadiah yang sampai :

KTO leather passport cover boxes.

 Inside of KTO leather passport cover boxes.

Ada passport cover dan luggage tag.
And now KTO Malaysia telah kembali dengan mengadakan contest baru iaitu Autumn in My Heart Contest dari 1 Oktober hingga 20 November. Korang boleh pergi ke link sini untuk mendapatkan butiran lebih lanjut. Hadiah yang ditawarkan pun best. Untuk join this contest, korang perlu register as member KKC dulu tau. Semua steps sudah dimaklumkan dalam entry contest tersebut. Goodluck!


I can put my passport in it. Now, I am ready to travel again with this awesome leather cover!

Depan dan belakang luggage tag. Boleh isi nama dan maklumat untuk dihubungi.


Sekarang dah ada passport cover letter yang baru dan cantik. I like it so much! Jadi lepas ni kalau travel tak payah risau passport kena air hujan atau tertumpah sisa makanan. KTO passport cover will protect it. Dapat hadiah nie macam bagi hint je suruh aku travel lagi. Insyaallah, my next wishlist travel is Singapore and Japan! Tapi kena tunggu tahun 2020 lah. Tahun ni dah habis bajet. huhu. Tolong doakan aku murah rezeki, panjang umur, diberikan kesihatan yang padu dan rezeki sambung belajar ke tempat yang lebih tinggi. Amin. Terima kasih semua. 





Thanks for reading.




01 October 2019

Hello Oktober!





Assalammualaikum dan hai semua.



Hello Oktober! Bulan Oktober pada tahun ini adalah bulan yang ditunggu-tunggu kerana pada bulan ini akan berlangsungnya hari konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak yang akan diadakan pada 28-30 Okt 2019. I really excited to go to my graduation day! Tapi sebelum tu, aku kena pastikan segala persiapan berjalan dengan lancar supaya takdelah kelam kabut di hari kejadian nanti.


Senarai checklistnya ialah :


1. Flight tiket (done)

Since universiti aku berada di Sarawak, jadi kitorang perlu beli flight tiket untuk ke majlis konvokesyen. Alhamdulillah, flight tiket dah settle sebab aku book awal-awal haritu sebab kalau book lambat, harga tiket akan menjadi lebih mahal.


2. Hotel (done)

Hotel pun dah siap book melalui booking.com. Alhamdulillah sempat booked hotel di Kuching kalau lambat memang habis lah. Tu pun hotel di kawasan Samarahan dah full. Abah yang uruskan hal penginapan nie. Thank you abah.


3. Kereta sewa (need to do)

Hah! Yang nie belum settle lagi sebab aku masih tengah survey harga kereta sewa. Kalau boleh nak kereta myvi dengan harga kurang dari RM85 per/day. Kalau korang ada kenal mana-mana owner kereta sewa murah, boleh roger-roger aku ye..


4. Baju konvokesyen (need to do)

Baju kurung belum beli lagi tapi aku ada berkenan satu baju colour pastel di igshop. Tak silap akaun instagram dia ialah jemels.co . Semua baju kat situ lawa-lawa..


5. Pendaftaran konvokesyen (need to do)

Pendaftaran konvo bermula 7 oktober, jadi perlu tunggu tarikh tersebut untuk isi maklumat diri. Sambil-sambil tu boleh dah kemas baju dulu.


6. Ambil jubah konvokesyen (need to do)

Yang jubah konvo nie, aku dah mintak tolong kawan aku yang tinggal di Sarawak ambikkan di dewan Detar. Jadi sehari sebelum hari graduasi, i need to meet her to pickup my robe.


7. Unimas Convo Apps (need to do)

Akhir sekali, nasib baik ada Unimas Convo Apps kurang sikit bebanan dalam membuat persiapan untuk konvo. Mostly, konvo apps ni dia remindkan kita tarikh-tarikh penting sebelum konvo seperti hari pengambilan surat konvo, clear university debts, check ceremony session, complete borang kajian dan lain-lain.



Itu je kot. Please doakan segala persiapan berjalan dengan lancar dan selamat ketika perjalanan pergi-balik kami sekeluarga. Dan juga dapat rezeki kerja yang bagus after this. Amin. Thanks for reading!