26 October 2019

Review The Ordinary Niacinamide


Hai, semua.



DECIEM adalah syarikat induk yang bertanggungjawab mengeluarkan The Ordinary skincare line. Produk yang berasal dari Canada ini mula mendapat tempat di hati masyarakat kerana jaminan bahannya yang selamat dan berkesan terutama produk The Ordinary Niacinamide. Kandungannya yang mengandungi bahan niacin 10% dan zinc 1% dapat memperbaiki kulit dan menjadikan kulit lebih sihat.  Apa yang menarik, produk ini bebas daripada parabens, minyak mineral dan sulfat.



Produk ni aku beli di instagram @thebeautystuffxo. Service okay dan barang cepat sampai ke rumah. Really recommended to buy the ordinary products from this ig account. Ataupun boleh pergi beli secara online di laman web ni www.thebeautystuffxo.com.

Harga : RM50


How to use 

Apply to entire face morning and evening before heavier creams.



My review

Aku suka texture produk ni sebab lightweight dan cepat meresap ke dalam kulit walaupun ada sikit rasa melekit. Aku perasan semenjak pakai produk ni, muka aku rasa fresh dan kurang berminyak. Ni dah 3 bulan pakai produk ni. Tona kulit jugak nampak semakin sekata dan ada sikit glowing effect selepas pakai foundation. Bahan niacinamide dalam produk ni bagus sebenarnya untuk kulit bagi menyeimbangkan pengeluaran sebum dan memperbaiki barrier kulit. Korang pun tahukan, disebabkan pengeluaran sebum minyak yang tak seimbanglah menyebabkan pori-pori kulit tersumbat dan mengakibatkan jerawat. Setakat ni, lepas aku pakai produk ni memang jerawat jarang muncul di muka. Jadi, produk ni memang sesuai untuk oily skin yang ingin mengurangkan shiny look dan kulit berminyak. I love this product!


My rating

I will give this product 8/10. Sebab fungsi dia yang hebat dan cool dalam menyeimbangkan sebum di kulit wajah.


Will repurchase next time?

Yes, I will buy it again! I want to give a good nutrition to my skin with vitamin B or known as niacinamide for a long term. Harap-harap skin barrier aku makin kuat dan sihatlah di masa hadapan. 


Thanks for reading!


21 October 2019

Review IUNIK Propolis Vitamin Synergy Serum


Hai, semua.



Brands iUNIK adalah salah satu produk Korea yang popular dengan bahan yang semula jadi dan selamat untuk kulit. Produk ni boleh didapati secara online seperti Wako Beauty dan Hermo. Terdapat 5 jenis serum yang dikeluarkan dari jenama ni iaitu Rose Galactomyces, Tea Tree, Propolis, Black Snail dan Beta-Glucan Power Serum. Aku terjumpa produk ni time tengah survey produk untuk mencerahkan muka dan mempunyai brightening effect. Dan akhirnya terjumpa produk yang dicari-cari selama ni iaitu iUNIK Propolis Vitamin Synergy Serum.




Berdasarkan apa yang aku baca, produk ni mempunyai 70% propolis extract dan bahan-bahan lain yang bagus untuk merawat, mereda dan memberi nutrisi kepada kulit. Maksudnya, bahan tu bukan dipenuhi air semata-mata tapi kebanyakan dipenuhi bahan asli propolis. Propolis yang dihasilkan dari campuran saliva lebah dan madu ni dikenali sebagai bahan yang bagus untuk kulit dalam merawat jerawat vulgaris, meningkatkan pengeluaran kolagen, serta meredakan kulit wajah. Selain itu, terdapat juga Vitamin C 12% untuk mencerahkan kulit.

Kalau check ingredient di Skincarisma.com, ia adalah produk yang paraben-free, sulfate-free, alcohol-free, allergen-free dan fungal acne safe.


Yellow color and has a lightweight texture.

The serum is low viscosity with a thin, soft and smooth feeling.

Harga : RM37.00

How to use 

Using the dropper, gently apply an appropriate amount onto your face and let it absorb.


The product claims more in :

1. Skin calming: effective calming effect from Propolis extract and Centella Asiatica extract.

2. Nutrition Boost: skin nutrition from vitamins, minerals and amino acid.

3. Vitalizing: skin vitalizing by Hippophae Rhamnoides Fruit Extract.

4. Brightening & Wrinkle Care: niacinamide and adenosine to brighten the skin tone and improve the appearance of wrinkles.

Oil free and moisturizing by Propolis.


My review

Aku suka texture serum ni sebab lightweight dan mudah meresap ke dalam kulit. Aku pakai tengah malam dan keesokkannya muka rasa lembut dan wangi. Terutama dekat bawah dagu yang ada permukaan kasar disebabkan bekas jerawat yang mengecut. Bila sapu je serum di kawasan dagu, keesokkannya perghh lembut dan smooth je kawasan kulit tu. Cuma lepas sebulan pakai product ni, aku tak nampak perubahan dari segi pencerahan muka. Pih jerawat pun cuma pudar sikit tapi still ada. Maybe aku baru pakai sebulan je kot. Kalau pakai 3 bulan baru boleh nampak kesannya. 

Rating

I will give 7/10 sebab produk nie bagus untuk lembutkan kulit dan calming your red skin. Bahan-bahan juga asli dan selamat serta diperbuat dari 70% propolis.


Will repurchase next time?

I am sorry but I will not buy this product again. Bukan sebab apa cuma produk ni agak kurang berkesan dengan aku dan lambat sikit nampak result dari segi brightening kan muka. Sebab di awal perenggan atas aku ada bagitahu aku sekarang tengah survey untuk cari brightening product yang boleh mencerahkan muka. I just wanna try and error first. Dan satu lagi aku baru perasan yang produk ni sesuai untuk kulit muka yang dry and sensitive skin tapi bukan untuk oily skin. Muka aku jenis yang oily skin. Jadi, aku sure produk nie sangat bagus dan sesuai untuk orang ada dry skin.


So, for dry skin people, you should buy and try it by yourself. It really does make your skin smooth and soft the next morning.


Thanks for reading.