05 December 2019

Pengalaman ambil barang di Poslaju Gua Musang



Hai semua.


Kisahnya macam ni bulan lepas aku beli barang makeup di shopee iaitu Maybelline Superstay Foundation. Tapi, barang tu tak sampai. Punyalah tunggu still jugak tak sampai ke rumah. Beberapa hari lepas tu dapat mesej dari poslaju suruh datang ambil barang di Poslaju Gua Musang. Jadi aku pun pergi lah. Masa tu tracking system ada problem sebab poslaju tengah upgrade diorang punya sistem. Bila ke kaunter belakang poslaju, abg posmen tu cakap takde dan tak jumpa barang padahal mesej cakap dah sampai. Aikk? pelik aku..

Time tu belakang aku orang beratur ramai dalam 10 orang. Jadi, abang posmen tu cakap boleh tunggu tepi kejap, dia nak cari barang orang lain dulu. Aku pun okay lah. sebab abang posmen tu cakap dia sorang bertugas sekarang. Bila kawan dia balik nanti dia akan suruh kawan tu carikan. Aku tunggu kat tepi tu dalam 45 minit kot. Satu persatu customer dapat barang, tinggal aku kat tepi tengok orang berlalu. 

Mesej yang sampai dari poslaju.
Sampai orang baru maybe yang ke-12 datang kot, aku macam bongok nya duk tunggu berdiri tepi ni. Aku pun cakap kat abang tu balik, tak jumpa lagi ke barang saya? Dia balas oh kawan dia tak balik lagi. sedih aku dia jawab macam tu. Aku pun tengoklah barisan baru lebih kurang ada 8 orang tengah beratur. Ko bayang kan lah 10 orang yang beratur belakang aku dah balik. Sekarang ada line baru. Sepatutnya, layanlah orang yang beratur awal ni dulu. Tapi, disebabkan aku punya keprihatinan dan kesabaran yang tinggi. Aku pun cakaplah, takpalah saya tunggu dalam kereta. But end up, after kawan dia datang, bila aku tanya lagi. Barang tu memang tak jumpa. Habis masa aku 2 jam menunggu dari 3pm hingga 5pm, kalau tak jumpa cakaplah tak jumpa lain kali datang lagi. Ni suruh tunggu tepi. Pastu aku cakap, takpelah dah barang tak jumpa. saya balik dulu lah. Dengan sedihnya aku berlalu pergi. Dah lah time tu abah aku tolong drive kereta. Kesian abah menunggu dalam kereta sehingga tertidur.

Barisan panjang. Masa ni ambil gambar time tunggu dalam kereta. 

Lepas orang takde dan kawan posmen datang baru pi tanya balik.

After peristiwa nie, aku baru tahu keperibadian aku macam mana iaitu seorang yang penyabar, tidak mudah marah dan memahami person. Serius. aku punya marah tu, aku tak ekpress. Aku cakap baik-baik je dengan posmen tu. Memang aku marah, geram tapi dalam hati je lah. Sebab perasaan tu lumrah manusia. Cuma how people kawal dia punya emosi tu yang menentukan attitude dia. How they express their emotion toward other people. Either with kindness or rude. Dalam situasi macam ni, aku dikira orang baik jugaklah..haha..because I believe that every worst situation if we be patient, the outcome at the end will be good. Maybe Allah nak uji dan balas dengan rezeki yang mencurah-curah di masa akan datang. Amin. Sekian sahaja kisah aku pasal service di Poslaju Gua Musang.


Thanks for reading.

02 December 2019

Vaseline Intensive Care Aloe Soothe Lotion | Review



Hai, semua.


Vaseline Intensive Care mengandungi micro-droplets of Vaseline Jelly yang membantu meresap ke dalam kulit untuk melembutkan dan mengekalkan kelembapan kulit tangan. Dengan kandungan aloe vera di dalam losyen ini, ia dapat meredakan kulit kering serta mengembalikan keanjalan kulit. Kebaikan kandungan aloe vera ialah :


- keeps dry skin restored all day
- absorbs fast for non-greasy feel
- feel soft and moisturize the skin completely



Harga : RM8.30

Aku beli di Watsons berdekatan dengan universiti. Sebab masa nie tengah tercari-cari losyen tangan yang sesuai untuk kulit kering. Bentuknya yang kecil dan saiz tapak tangan memang senang dibawa kemana-mana. Letak dalam handbag je. Yang ni aku beli dalam volume 120ml. 


Tekstur putih yang padat dan melembutkan kulit.

My review

Selalu kalau study di Universiti, aku suka belajar di bilik belajar perpustakaan. Tak tahu kenapa mungkin suasananya yang sunyi dan selesa lebih-lebih lagi dalam aircond. Cuma bila dalam aircond, tangan aku mudah sejuk dan kering. Kadang-kadang kalau terlampau lama, memang tangan aku akan merah. Jadi, dalam beg aku memang selalu bawak losyen Vaseline Aloe-vera ni. Bau dia wangi dan menyenangkan. After pakai losyen ni, kulit kurang kering dan selesa untuk belajar. Tekstur dia pun lembut dan mudah meresap dalam kulit. Aku perasan tekstur dia lightweight je dan ada effect long lasting hydration. Memang sesuai untuk student dan pekerja yang sentiasa di dalam bilik with aircondition.

Selain study, aku juga pakai losyen ni selepas basuh pinggan atau basuh baju. Korang tahulah kan, sabun pasuh pinggan dan sabun baju sebenarnya akan mengeringkan kulit tangan kita. Even orang korea, kalau kita tengok kdrama, diorang akan pakai sarung tangan time basuh pinggan tau. Sebab diorang nak jaga kulit dan kuku tangan diorang dari kering dan kesan sampingan lain. After pakai Vaseline nie, at least lotion dapat restore kelembapan dan soothe balik kulit tangan kita. Selalu kalau aku amalkan pakai losyen ni, tangan akan sentiasa lembut je. Senang lah sikit nak bersalaman dengan orang, takyah malu-malu tangan kering ke apa kan.

My rating

I will give 8/10 untuk produk vaseline nie. Memang sesuai untuk orang yang kulit kering sebab dia ada Vaseline Jelly untuk penyerapan yang pantas. Jadi, korang yang tercari-cari losyen untuk kulit kering macam aku ni, I really recommended Vaseline aloe nie. Really worth buying!



Thanks for reading.