29 August 2023

Review Restaurant Halal di Korea : Bakso Rindu Kampung

      


    

Hai, semua.

Ketika zaman belajar, bila tanya kawan nak keluar outing ke mana di Seoul, selalunya kitorang pergi tengok movie, jalan-jalan hangang river dan shopping di street area seperti di Hongdae. Selepas penat buat aktiviti semua tu, soalan dinner nak makan kat mana akan terkeluar. Fikir punya fikir, memang akan ke Itaewon juga untuk menjamu makanan halal. Bila di itaewon, memang akan singgah di Restoran Bakso Rindu Kampung. Walaupun makanan berasaskan Indonesia, tapi kesamaan rasa tu memang 95% sama dengan taste bud orang malaysian macam saya nie. Jadi, boleh dikatakan lebih dari sepuluh kali jugak datang sini.

Tanpa berlengah lagi. Jom saya review makanan kat sini. Maklumat terperinci mengenai restoran ini boleh tengok kat bawah :


Sajian Makanan : Indonesian foods only

Alamat : 9, Bogwang-ro 59-gil, Yongsan-gu, Seoul

Open hours : Setiap hari (11.00am to 10.30pm)


Restoran ni di tingkat dua jadi kena naik tangga belah kanan.


Cantik tangga on the way ke tingkat dua.

Selamat datang ke Restoran Bakso Rindu Kampung


Buka pintu nampak restoran yang cantik

Luas dan selesa


Permandangan dari sisi tepi


Sebelah kiri ada tandas.

Koleksi air minimun sejuk dan jika bayar guna cash boleh dapatkan Air Teh bolong secara percuma


Self-service. Ambil sendiri sudu, garfu dan wet tisu


Cantikkan dekorasi dan hiasan dalaman restoran nie. Makanan yang dijual sini juga sedap dan menyelerakan. Rasa masakan kat sini memang tak lari jauh dari masakan Malaysia sebab kita semua satu nusantara. Student macam saya nie bila makan kat sini bolehlah mengubat kerinduan terhadap kampung halaman tercinta. Dan contoh kalau korang punya trip stay agak lama di korea seperti 6 hari 5 malam dan sudah bosan dengan makanan korea, boleh datang sini untuk cuba makanan indonesia pulak.


Mi ayam bakso (17 000won) dan Lontong sayur (16 000won)


Nasi putih bebek bakar (17 000won) dan Nasi goreng ayam goreng (15 000won)


Nasi putih balado ikan tongkol 15 000won


Bakso biasa 15 000won



Nasi goreng ayam bakar 15 000won


Nasi padang 17 000won


Nasi goreng iga bakar (tulang rusuk) 18 000won. Really recommended. Must Eat!!


My recommendation silalah pilih makanan yang ada nasi goreng daripada nasi putih. Sebab nasi putih sahaja dalam hidangan agak rasa kurang sesuatu. Lagipun, nasi goreng Indonesia memang sedap dan menyelerakan. Untuk full menu dan harga boleh tengok gambar dibawah. Overall this restaurant saya bagi rating 9.5/10 star! Memang terbaik dan berbaloi!!

Menu makanan

Menu Air Minuman


Sekian, terima kasih. Harap membantu dan bermanfaat.



1 comment:

Thank you for leaving a comment.