06 November 2019

Beli Coklat di Kawasan bebas cukai di Tasik Kenyir, Terengganu


Hai semua



Dalam perjalanan balik bercuti dari terengganu, kitorang guna jalan pintas untuk sampai ke Gua Musang, Kelantan. Iaitu jalan kawasan tasik kenyir. Alang-alang lalu sini, kitorang singgahlah kawasan rehat dan rawat Tasik Kenyir nie. Kat sini telah diwartakan sebagai kawasan bebas cukai. Terdapat banyak kedai-kedai yang menjual barang import dengan harga murah seperti pinggan mangkuk, perfumes dan coklat. 


Asalnya singgah sini nak tumpang tandas je. Tapi, kitorang melencong sikit dan singgah di kedai coklat untuk beli belah yang mana sempat. Coklat kat sini harga dia agak sama dengan kedai di Langkawi. Agak murah jugak berbanding harga di luar kawasan bebas cukai.


Coklat Ferrero.

Coklat Pepero dari Korea.

Coklat M&M

Hmm..coklat apa nie? tak kenal..haha..


Coklat Cadbury pun ada.

Coklat Kisses dalam pelbagai jenis. Boleh pilih nak yang ada kacang atau takde kacang langsung.

Coklat Kisses.

Harga Rm4.50 kat sini. Di kedai biasa berapa eh? Tak pernah survey pulak.

Umi tengah memilih Pepero Hijau.

Coklat Daim dengan harga RM15.50 per pack.

Di kaunter pembayaran.



Jadi total habis shopping coklat kat sini dalam RM81.70 jugaklah walaupun ambik 4 barang je..haha..Biasalah barang import memang mahal sikit. Jadi, kalau korang singgah di Tasik Kenyir, jangan lupa shopping coklat di Kedai KH SHOPPE Kenyir untuk mendapatkan barang dengan harga yang berpatutan.



Thanks for reading!



5 comments:

  1. wah kalau singgah ni, mau rambang mata ni sebab tak tau nak beli yg mana. haha

    ReplyDelete
  2. Pepero & Kisses tu mmg feberet tu (^^,)
    Love, SNM

    ReplyDelete
  3. Mam baru Tau Tempat Ni Kalau kearea ganu Boleh la singgah

    ReplyDelete
  4. memang best shopping coklat ni, sedar2 duit pun habis..hahaha

    ReplyDelete
  5. Wah dh banyak pilihan. Last year pegi tak banyak pilihan sgt.

    ReplyDelete

Thank you for leaving a comment.