15 September 2023

Review Silkygirl No-Sebum Bloting Pact Loose Bedak

 

Hai, semua.


Kali nie saya nak review produk my-must-have-item in my make up bag. Tadaa iaitu bedak loose powder. Bedak jenis nie memang kena ada dalam beg tangan untuk dibawa pergi kemana sahaja. Sebab kulit muka saya jenis berminyak dan sentiasa berpeluh. Dalam kedai skincare seperti watsons and guardian, memang banyak brand yang jual bedak loose nie. Tapi, antara my favourite bedak loose ialah dari Silkygirl iaitu Silkygirl No-Sebum Blotting Pact with natural mineral and ingredients. Memang dah lama guna dan  produk memang okay dengan muka saya yang jenis sensitif.




Bentuknya yang kecil dan design yang ringkas memang convenient untuk dibawa kemana sahaja. Ringan dan sangat praktikal digunakan. Harganya sangat berpatutan berbanding jenama brand lain seperti Wardah, Innisfree dan lain-lain. Korang boleh dapatkan loose powder nie di Watsons dan Guardian. 


Dalam dia ada powder puff yang sangat lembut.





Powder putih yang dapat cover make-up supaya tak cakey dan berminyak.




Ringan dan praktikal


Selain digunakan untuk cover kulit berminyak, powder loose nie jugak boleh digunakan sebagai step akhir selepas make up supaya make-up kekal dan tahan lebih lama. 


Harga : RM24.00


My rating 

I will give 6/10 star rating untuk produk nie sebab powdernya yang lembut dan sesuai untuk muka sensitif. Muka saya jenis senang naik jerawat. Kalau tersalah pakai skincare, memang terus merah meradang dan timbul jerawat. Tapi, dengan produk nie memang okay je dan selamat. Really recommended!





Terima kasih membaca.