19 October 2022

Homestay Gua Musang Cikgu Tie, Kelantan | Luas dan Selesa

 Homestay Cikgu Tie terletak di kawasan perumahan baru Taman Wangsa Elite, bandar Gua Musang. Tempat yang strategik dan berdekatan dengan pasaraya besar seperti Econjaya, Ten-Ten, Sakan, Watsons dan Pasaraya Ku. Terdapat juga bazar-bazar makanan yang dibuka sepanjang jalan di kawasan perumahan ini. Bandar Gua Musang, Kelantan telah mulai menjadi tumpuan pelancong untuk bercuti dan bermalam disini serta menjadi tempat persinggahan kerana jaraknya yang dekat dengan pusat peranginan Cameron Highland. Bandarnya yang pesat membangun adalah disebabkan tempat strategiknya yang berada di tengah-tengah laluan lebuhraya antara Kuala Lumpur ke Kota Bharu.


Rumah homestay adalah besar dan luas. Sangat selesa, mempunyai 4 bilik dan 3 tandas. Kelengkapan homestay adalah fully furnished. Antara kelengkapan yang disediakan ialah televisyen, sofa, dapur memasak, gas, peti sejuk, katil, bantal, aircond dan tempat iron baju. Homestay ini sangat sesuai untuk keluarga besar yang ingin datang menginap untuk majlis bertandang. Jika ada saudara-mara datang untuk menghadiri majlis perkahwinan, amatlah dialu-alukan untuk bermalam di rumah Homestay Cikgu Tie.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh rujuk gambar di bawah :


Homestay Cikgu Tie

Kawasan perumahan

Perumahan baru Taman Wangsa Elite

Ruang tamu

TV dan meja makan


Luas, simple dan selesa.

Master bedroom bilik 1: bilik luas ada aircond dan tandas.

Bilik 2 : terletak di ground floor, cantik dan selesa.

Bilik 3

Bilik 4

Tandas mempunyai kemudahan air panas atau water heater machine.


Harga : RM250-RM300 semalam (boleh dirunding)
Boleh memuatkan 3 buah keluarga diantara 15 hingga 20 orang.
Hubungi : Cikgu Tie melalui whatsapp ke 013-9171870. 

Boleh klik link ini untuk direct terus ke Chat Whatsapp =>   Cikgu Tie