12 February 2016

Life as students Asasi Sains at UiTM Dengkil



Assalammualaikum, guys..


Actually this post aku tulis untuk tujukan especially to Anis Diyana. kehkehkeh...sebab dia ask me kat shoutbox kenapa tak update blog..kehkehkeh..


Anis Diyana: ain oooo ain bila nak update blog haaaaa haaa???Nak suruh anis tegur dulu baru nak update? :P




Selain tu aku harap post nie bermanfaat kat adik-adik yang baru habis spm or dah dapat result spm. Dan konpius nak masuk asasi ke matrikulasi. Tapi harap maklum, aku tak buat perbandingan kat sini antara asasi dan matrikulasi sebab aku tak experienced both. Aku cuma nak cerita pasal UiTM Dengkil je. All about UiTM Dengkil. For those yang tertanya-tanya the real situation at UiTM Dengkil.



Kat UiTM nie, I had so many responsible and somehow I thought,  bila masa aku terlibat dalam banyak hal nie? I didnt ever realized before, that I had came through into so many Organization.


One of them ialah Sekretiate Mahasiswa Asasi, SMA. Satu Jawatankuasa besar asasi yang tolong pihak asasi involving and handle program. Sebelum ni okay lagi takdalah busy mana bila masuk SMA. Akhir-akhir nie makin banyak program kena handle. Selepas je cuti CNY nie, kitorang kena handle Sukan Asasi. After that, kena handle Grand Dinner Asasi yang akan diadakan Shah Alam Convention Center (SACC).

 Then, me as Biro Akademik, akan adakan program Talk Academic for asasi students. Yet I am truly gonna busy with this. Pameran Booth Kerjaya Selepas Asasi who's gonna handle? SMA jugak.

Kemudian, setiap IPTA or IPTS mahupun Matrikulasi mesti ada Persatuan Rakan Masjid kan? ataupun nama lain yang korang nama kan. Takpa asalkan macam program yang melibatkan masjid mesti ada kan. Hey. I am is one part of it dalam Lajnah Tugas Khas. Setiap Khamis malam jumaat mesti ada meeting. Fikir design komik dakwah baru untuk diagihkan kepada students asasi.

Kemudian, other Persatuan luar yang mana program dia semua best best termasuk PEMBINA. Aku Ahli Pembina. Ngaku cepat cepat. Kak Usrah pulak kata " Ain nanti ada program ni. program tu." Aku dengan muka eksaited "ok. nak join!" lols..kahkahkahkah


It gives me a thought , kalau taknak lepaskan semua benda best best nie, I need to have effective time table and A Planner. Yes, A Planner! Jadi, I really hopes you guys doakan aku dapat manage time sebaik mungkin. Roomates aku pun SMA, kata our weekends sepatutnya masa ulangkaji subjek tapi kebanyakannya spend on this. #SisTabah

Apapun, yang mana penting kita perlu dahulukan dan letak kat depan. Insyaallah, Allah akan permudahkan. Kalau kita permudahkan urusan Allah, Allah akan permudahkan urusan kita balik.


Itu ialah cerita komitmen Ain kat AUD singkatan for Asasi UiTM Dengkil. Bunyi dia 'Audi'. Bukan 'Aud'


Macam mana rupa UiTM Dengkil. Tadaaaa : 



Pemandangan Pintu Depan UiTM Dengkil pada waktu malam.


Ni geng SMA waktu Minggu Pendaftaran Pelajar. Kitorang perlu tunggu di hadapan UiTM, bagi kertas tanda Lelaki dan Perempuan agar kelancaran kereta berjalan dengan baik. Pastu kena explain kat driver jalan mana kena lalu dan parking kat mana.





One of the hotspot place untuk bergambar. Kalau kat Instagram tekan #UiTMDengkil , memang berlambak gambar kat sini. Classmate  jadi model kejap..kehkehkeh..



PART II will to be continued.......


10 February 2016

Mesyuarat Agung Tahunan Pembina Cawangan Bangi







Assalammualaikum, semuaa


Kan aku dah kata aku nie jenis suka libatkan diri dalam program entah pape nie. hah. Tak baik. Tak baik cakap program nie entah pape. Takdalah. Nie bukan lah program kem or kursus or some kinds like that. Ini ialah Mesyuarat Agung Tahunan PEMBINA. Kenal PEMBINA? PEMBINA tu apa ? PEMBINA nie ialah singkatan bagi Persatuan Belia Islam Nasional. Persatuan nie berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Dan juga adalah Badan NGO Malaysia.



Kebanyakkan PEMBINA nie ada di setiap IPTA dan IPTS di Malaysia. Jadi, kalau korang berjaya masuk U dan hilang arah. I mean lost in the 'culture shock' or 'homesick' sangatlah digalakkan masuk PEMBINA. Apa yang istimewanya PEMBINA nie dengan persatuan lain ialah ia mensasarkan golongan Mahasiswa sahaja. This Persatuan are made special for Belia Mahasiswa ONLY. Tak kisahlah korang nie mahasiswa U mana pun, kolej swasta mana pun asalkan korang mahasiswa and yet korang boleh jadi one of the part of this PEMBINA.



PEMBINA nie pulak terbahagi kepada Pakej Rekreasi, Pakej Kepimpinan, Pakej Tarbiyah dan Pakej Bakti. Dalam sebulan, macam-macam program yang diadakan.





Dalam situasi aku, I am really in the 'culture shock' and 'homesick' situation. Jujur. Sem 1 aku just always teringat kat rumah, kawan2 dulu and my study pun masuk tak masuk. sedih woooo kisah aku..Then, sem 2 nie macam A New Chapter to me. Bright New Chapter!! PEMBINA changes me 360 darjah to a new ME.

Selepas masuk PEMBINA, I meet new people which is their minds are same to me. Their dream and ambitious are the same. At least I had friends sehati sejiwa lillahi taala. Setiap minggu, kitorang ada usrah dibimbing oleh kak-kak PEMBINA.


Sehingga lah suatu hari kak Aisyah ask our group usrah sapa nak hadiri Mesuarat Agung Tahunan PEMBINA Bangi ?? Im just like "Kita nak.". Pastu, aku ajaklah sarah turut serta. Dalam Mesyuarat nie, aku dapat pengalaman how its like sesebuah organisasi bermesyuarat untuk memilih calon Ahli Jawatankuasa yang akan bertanggungjawab dalam menguruskan hal-ehwal PEMBINA bagi Cawangan Bangi.

Mesyuarat nie diadakan di Auditorium MyGenom, Institut Genom Malaysia. Best. Aku dapat jalan-jalan dan kenal Institus Genom Malaysia. Genom ni adalah Penyelidikan terhadap DNA or bioteknologi.





Sesampai kat Institut Genom Malaysia, kitorang kena daftar dulu.





Kemudian, ucapan daripada Presiden PEMBINA Bangi.

"Saya menyeru kepada semua mahasiswa khususnya ahli PEMBINA, agar menanam sebuah impian yang besar, bukan sekadar berjaya dalam akademik dan kerjaya, malah lebih cemerlang dalam Dakwah itu sendiri"

Muhammad Noorazlan Abd Azis
Pengerusi PEMBINA Bangi

Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-6 PEMBINA Bangi
#MATC6




Sesi Pengundian Calon Ahli Kabinet PEMBINA baru.






Then, selepas siap semua pengundian. Dia pun announce Ahli Kabinet baru PEMBINA Bangi.Aku time nie kagum kot tengok cara diorang bermesyuarat after kabinet baru terbina. Ada buka soalan sesi soal jawab kepada semua Ahli Pembina terhadap semua hal, ada permasalahan ke tak.



Penyampaian hadiah dan anugerah kepada Gerak Jaya PEMBINA IPTA.


Tahniah kepada JawatanKuasa Cawangan Bangi Sesi 2016 - 2018 !
Pengerusi : Muhammad Noorazlan bin Abd Azis
Timbalan Pengerusi : Mohamad Fathil Aqil bin Abdullah
Ketua Beliawanis : Siti Nor Mariam Said Abdul Malek Shah
Setiausaha : Syafiah Mohammad
Bendahari : Umi Fauziah Md Jamal
Ahli Jawatankuasa 1 : Mohd Zul Fahmi b Md Bahrudin
Ahli Jawatankuasa 2 : Muhammad Shuib b Nusurudin
Ahli Jawatankuasa 3 : Muhammad Hanafi Bin Md Muidnudin
Ahli Jawatankuasa 4 : Mohamad Ad bin Satiman
Ahli Jawatankuasa 5 : Sayang Syamira bt Sobri
Ahli Jawatankuasa 6 : Nor Annasehah bt Mohamed Sahid
Ahli Jawatankuasa 7 : Nursaidatulakmal bt Mohamad Puaad.
Semoga amanah yang diberi dapat dipikul dengan sebaiknya.


Can you find me?



“Mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu di IPT, tetapi tanggungjawabnya adalah lebih besar daripada itu. Mahasiswa perlulah memacu arus globalisasi dengan membuat perubahan kepada generasi muda agar mereka dapat mengikut acuan islamisasi,” ujar saudara Azlan Wildan selaku Tuan Pengerusi PEMBINA Bangi.




And most of them adalah Mahasiswa PHD dan Master. Sedang melanjutkan study in PHD dan Master. Eventough they're really busy in making thesis for their PHD in UKM or USM, they still willing to contribute their energy and time for ummah. I really impressed them. Salute!


Behind the scene , aku kat belakang kuat nahh berselfie :






Last but not least, Thank You So Much kak-kak PEMBINA yang bawak kitorang ke sini. Alhamdulillah bertambah pengalaman, ilmu dan iman serta bertambah ukhwah.




Kak-kak PEMBINA semua duduk, kitorang berdiri. Thanks semua for this day!! Much Love <3





Most of the picture credit to : FB PEMBINA BANGI

Sumber : LAMAN WEB PEMBINA



Program MyProspect 2.0 di Universiti Malaya







Assalammualaikum dan hai semua peepss..


As a students of foundation science in UiTM Dengkil, my life is so busy with tutorial, quiz, assignments and others. Yet, I am still involved in this such program. Hey Ain!! Sempat lagi kau curi masa terlibat dalam program macam ni hah??!!!! Hahahaha..lols thats me. Suka sangat libatkan diri.

Jadi, kali nie one of the best program yang Aii pergi ialah My Prospect 2.0 di Universiti Malaya. Program ni lebih kepada memberi pendedahan kepada palajar-pelajar asasi dan matrikulasi tentang kerjaya yang akan mereka ceburi. Same as me since aku tak tahu degree nanti nak ambik apa. Jadi, aku gagahkan diri join this program. Perghh GAGAHKAN diri kau. But It turns into WONDERFUL EXPERIENCE. Tapi, tujuan utama aku adalah untuk jejakkan KAKI ke UM..ececehhh.. dah kenapa kau Caps Lock 'kaki' tu pulak. Entahlah. Biar nampak semangat sikit orang tua-tua kata..kehkehkeh..memandai je tau.


Program ni dua hari satu malam dan menginap di Kolej Kediaman 4, Universiti Malaya. From 30 till 31 hb January 2015. Talk nie buat di Fakulti Seni Bina Universiti Malaya. Bangunan Fakulti Seni Bina memang pergghh besar dan cantik gah kat UM nie. Salute!






Sepanjang program ni berlangsung banyak booth yang dibuka seperti booth IPT UKM, UMS, UNIMAS, UTM pastu booth biasiswa Bank Rakyat, PTPTN, UTP. Booth jualan pun ada. Macam biasa kerja aku pergi booth ke booth kutip flyers dan booklet diorang...kehkehkeh..bila balik penuh beg-beg flyers kat tangan..Terhegeh-hegeh naik bas UiTM.







Selain daripada Career Talk dan Moivation Talk, program ni lebih tumpu kepada The Apprentice, Its mean apa-apa kerjaya yang kau ceburi nanti pastikan jadikan ia satu perniagaan kerana 90 peratus rezeki datang daripada perniagaan. Contoh, kalau jadi doktor nanti buka lah hospital or klinik sendiri. Kalau jadi guru bukak kelas tuisyen, kalau jadi achitechure bukak syarikat sendiri. Sebab kenapa? Sebab ekonomi kita sekarang nie dipegang oleh orang bukan Islam. Orang Yahudi. Tugas kita sebagai Orang Islam bukan sahaja berdakwah, tarbiah or Halaqah ,kita jugak kena pegang ekonomi sebab ia Fardhu Kifayah. Sampai bila ekonomi kita nak kena tindas? Aku tertarik satu ungkapan daripada panel undangan :

" Kita kena menguasai dunia di tangan kita tapi bukan di hati. "





"Kita sebenarnya ditegah dipegang oleh orang lain."


"Kita kena berniaga tak kisahlah dimana posisi kita"

"Berniaga untuk ummah, keuntungan diberikan kepada yang memerlukan "



Lepas tu kitorang dibahagikan kumpulan duduk dalam kumpulan masing-masing. Satu kumpulan sebagai sebuah company perlu melantik CEO, Chief Marketing, Chief Financial dan Chief Management dan ahli masing2 dibawah ketua chief. Dan aku dilantik Chief Marketing. Eh.eh. Kita tak pandai lah marketing pasarkan produk nie.Tapi, alhamdullilah I have do the best for my job, cari pemasaran yang strategik untuk pasarkan produk dan siapkan Slides. Dalam kumpulan, kitorang kena buat kajian tentang produk yang kitorang wakilkan. For us, kitorang wakilkan Company Youth Challenge yang mana mengeluarkan produk T-Shirt Muslimah Perempuan dan Lelaki. Then, selepas saringan pertama kitorang berjaya masuk Board Rooms. Board Rooms ni ialah bilik pembentangan slides dan kitorang kena bentang hasil kajian kitorang dengan 3 panel juri yang terdiri daripada Ketua Usahawan Bangi, CEO Deen Trends dan CEO syarikat mana entah. aku lupa...kahkahkah.. But dalam Board Rooms tu, hanya CEO je bentang slides. Aku, Chief2 dan anak2 buah yang lain cuma dapat bagi sokongan je kat tempat duduk penonton. GOOD LUCK, OUR CEO!! Tu je mampu kitorang buat kat CEO kita..hahahaha..




-You Choose What You Wear-
Our trademarks since kitorang mewakili company T-shirt Youth Challenge.
Ahli kumpulan aku kebanyakannya terdiri daripada asasi UIA Gambang dan Petaling Jaya. From Asper pun ada. Asper for Asasi UPM.











 Muka berdebar tunggu turn dalam Board Rooms. Good luck, CEO!!








Those yang jalankan program nie ialah Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya dan akhawat or fasilitator sukarelawan dari Universiti yang berbeza seperti UPM, UKM, UNITEN,UIA, UMS,UNIMAS dan banyak lagi lah.




                                                       Our Products

Selepas tu sementara tunggu keputusan whos the Winner for The Board Room, kitorang disambung lagi pasal Career Talk. Doctor career lah, engineer, lawyer, Culinary, Architecture, Accounting, Insurance, and others careers.


Lepas tu, jeng jeng jeng. Pemenangnyaaa ialah Kumpulan lain..kahkahkah..sedih kot time nie T^T. Takpalah. I guess company minuman blended yang menang . Nama apa entah company tu aku lupa..kehkehkeh..Masa majlis penutup tu tak silap Ahli Parlimen, YB Datuk Hjh Rohani Haji abd.Karim datang rasmikan.










Last but not least, Here's The Video about This Program MyProspect 2.0




Most of the picture and video credit to FB Malaysian MyProspect 2.0



WAJAH-WAJAH BAKAL PROFESSOR DAN PEMIMPIN NEGARA - HANYA DI MYPROSPEC 2.0, LANGSUNG DARI UNIVERSITI MALAYA smile emoticon
===============
Slot 1 : Career Talk
===============
Alhamdulillah, perkongsian yang sangat bermanfaat dan mengujakan para peserta untuk permulaan slot di hari pertama MYP 2.0 !
Hasil perkongsian dari 3 orang speakers utama ini membuka lebih luas minda peserta dan mendedahkan lagi mengenai peluang kerjaya serta mengenal pasti minat & tujuan sebenar dalam pemilihan kerjaya kelak .
‪#‎fuhhMYP‬ tak sangka , para peserta MYP 2.0 hebat-hebat belaka !
===============
Slot 2 : The Apprentice!
===============
**saksikan video sedutan slot utama ini di FB Page Malaysian Professional Prospect Convention - MyProspec wink emoticon
Slot inovasi dalam The Apprentice bukan sahaja bertujuan untuk mencungkil bakat dan potensi para peserta, malah meningkatkan lagi tahap keyakinan diri dan pemikiran kritis dalam menyelesaikan sesuatu masalah sehingga memperolehi solusi yang tepat dan lebih mantap .
Hanya di MYP 2.0 !
#fuhhMYP para peserta kali ini sangat futuristik, berfikiran matang dan kreatif ! Bakal professor dan pemimpin negara kita suatu hari nanti ni, ameen inshaAllah !
==============
Slot 3 : Begin with The End in Mind
==============
**Nantikan update seterusnya. Hanya di MYP 2.0 !