07 April 2015

12 Golongan yang mendapat doa para Malaikat







Assalammualaikum dan hai semuaaa



Hari tu saya ada google menggoogle dan terjumpa satu blog pasal 12 golongan yang mendapat doa para malaikat dan saya tertarik untuk repost dalam blog nie. Kenapa nak repost balik? Selain untuk berkongsi dengan korang, ia akan jadi sebagai suatu galakan untuk saya sendiri amalkan. Saya suka benda-benda macam ni..Sebelum tu nak credit kepada Blog Nie..



12 Golongan yang mendapat doa para Malaikat


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa : "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci" (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dari Abdullah bin Umar r.a, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib I/37) 


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf hadapan ketika solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah. (Tidak meninggalkan ruang kosong dalam saf)

5. Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika imam selesai membaca surah Al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat subuh dan solat asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakannya.

9. Orang yang berinfaq di jalan Allah.

10. Orang yang makan sahur.

Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (berdoa) kepada orang-orang yang sedang makan sahur" 



11. Orang yang sedang melawat orang sakit.

12. Seseorang yang sedang mengajar kebaikan kepada orang lain.




02 April 2015

Pengalaman di Karnival Pengajian Tinggi 2015




Assalammualaikum dan hai semuaa..


Entry kali nie, ain nak cerita pengalaman ain pergi Karnival Pengajian Tinggi 2015 di RTC Kota Bharu, Kelantan. Yang nie edisi Kelantan punya yee sebab Aiii duk di Kelantan. Karnival ni diadakan dua hari iaitu pada 28-29 Mac, hari Sabtu dan Ahad. Sapa ada pergi sini jugak?? Angkat tangan...Wahhh!! Kita geng lahh..


Okey, sebenarnya sekolah ain ade buat lawatan ke Karnival ni. Cikgu dan kawan-kawan ada ajak ikut sekali pergi dengan sekolah naik bas. Tapi, balik rumah bagitahu Umi. Umi kata nak hantar sendiri sebab my parents ada urusan jugak kat Kota Bharu.


Jadi, pada pagi sabtu lebih kurang dalam pukul 8.00pagi, kitorang pun bertolak lah. Rasanya dalam pukul 11.00pagi sampai. Pergi makan dan shopping di KB dulu. Dalam pukul 2.00petang baru pergi RTC Kota Bharu nie..Kat RTC nie memang ramai orang. Pada masa yang sama, selain Karnival Pengajian Tinggi, rupanya kat sini ade jugak buat Ekspo Flora dan Fauna. Gerai-gerai dan kedai tepi jalan memang berlambak kat sini. Kata je nak makan apa. Semua adeee..






Cari punya cari kat mana tempat karnival Pengajian Tinggi ni diadakan. Rupanya dalam khemah besar. Masa nak masuk dalam khemah tu , Eh. Ternampak Teacher Sa'a dan cikgu Suraya baru keluar dari khemah tu. Ada budak tingkatan 4 ikut belakang cikgu-cikgu. Laaa dah lama sampai rupanya diorang ni. Salam pastu berbual dengan cikgu sebentar.


Untuk pengetahuan semua, dalam khemah ni ade banyak booth IPTA kat sini. Kita cuma pergi ke booth tu dan tanya maklumat pasal IPTA yang diorang promosikan. Kalau nasib korang baik jumpa dengan orang yang peramah, diorang akan terang pasal banyak perkara tanpa korang perlu bertanya. Kalau tak bernasib baik, sekali korang tanya. Sekali tu dia jawab. Dua kali tanya, dua kali dia jawab. Aku memang tak suka orang macam ni....hahaha..Bak Penukul dengan paku. Ke bagai lembu dicucuk hidung? K.fine. Sila abaikan....





Masa nak pergi booth USIM, ternampak kawan-kawan Maahad Muhammadi Gua Musang tengah khusyu' dengan penerangan dari sorang abang USIM. Aku mungkin terlalu eksaited jumpa diorang terus berlari kat diorang. Sian abang tu, aku kacau dia bagi penerangan..hahaha..Lepas tu, dia sambung balik penerangan dia. Aku pun tumpang dengar sekali.







Setiap booth yang disinggah, akan dapat flyers atau pamplet pasal IPTA . Contoh booth yang aku sempat singgah ialah booth USIM, UIA, UM, UNIMAS, UMK, UITM, PTPTN. Booth BSN dan  MARA pun ade tau. Kemudian jalan lagi, akan masuk dalam booth kategori IPTS (swasta). Yang ni, aku tengok-tengok gitu je. Tengok kat situ, ramai orang isi borang apa entah. Yuran dia ade jugaklah tengok. mahal. Tapi, kebanyakkan akan dapat pinjaman MARA.


Sebelum balik, kita beli-belah di gerai-gerai kecil dulu di hadapan khemah besar ni..Kbaii, pastu bertolak balik ke Gua Musang.






01 April 2015

Blog Dr. Halina, wife Dr. Sheikh Muzaffar




Assalammualaikum dan haii semuaa..


Since aku seorang blogger, aku suka sangat baca blog orang lain. Jadi, dalam masa terluang yang banyak sangat ni semenjak jadi budak lepasan SPM 2014, memang hari- hari mengoogle je kerja nyaaa..Sekali dengan asyik duk berinstagram....hahaha..Daripada satu blog ke blog aku baca. Dan terjumpa satu blog Dr.Halina barelysupermommy.com . Yeyyyyyhhhhh!!! Sebenarnya terjumpa blog ni masa duk stalker Facebook Dr.Sheikh Muzaffar. Usha diorang punya anak, Bella dan Tasha. Sangat kagum cara diorang memberi didikan kepada anak mereka.


Untuk pengetahuan semua, Bella anak sulung mereka diajar berenang dan menyelam seawal umur 8 bulan.. Nanti besar nak buat macam ni jugak. Entry paling aku suka baca ialah Entry ni :


http://barelysupermommy.com/2012/02/07/mermaid-in-training/   dan
http://barelysupermommy.com/2012/05/22/real-swimming-lesson-here/   






Bella dan Tasha


Selain itu, blog Dr.Halina ditaip dalam bahasa Inggeris. Jadi, secara tak langsung kita dapat improve bahasa Inggeris. Saya memang suka blog Dr. Halina. Saya bagi 5 bintang haha...Selain, blog ni, ain ada banyak lagi baca blog para doktor. Memang sangat-sangat menarik baca kisah diorang pasal posting Housemanship lah. Betapa susahnya posting Housemanship. Dan untuk menjadi doktor. Kita kena berkorban banyak perkara terutama MASA dan TIDUR. Banyak Oncall. Nanti ain kongsi link blog tu di Entry akan datang ok. Last sekali, doakan ain ada rezeki sambung medic. Sekarang tengah redha je dapat sambung bidang apa-apa pun. Kalau ada rezeki, insyaaallaahh..aminn