17 December 2014

Tips Ambil Lesen Kereta




Hai, semua....


Ini pulak pengetahuan asas yang korang perlu tahu sebelum ambil lesen kereta. 

Kursus-kursus yang wajib anda hadiri ialah:

i) Kursus 5 jam K.P.P. (Kursus Pendidikan Pemandu).
ii) Ujian undang-undang berkomputer. Perlu lulus sebelum boleh
mengikuti kelas seterusnya.
iii) Kursus Pra L – teori 3 jam dan amali 3 jam.
iv) Ujian pra kelayakan atau Q.T.I.
v) Ujian praktikal J.P.J.



1) MENGHADIRI KURSUS K.P.P. 5 JAM.

Pilih hari yang sesuai untuk anda menghadiri kursus K.P.P. ini. Biasanya
kelas bermula jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 4.00 petang. Pastikan
anda berpakaian kemas seperti memakai baju berkolar, seluar panjang
dan kasut setiap kali anda menghadiri kelas memandu. Sijil K.P.P. ini sah
laku selama 1 tahun.

2) UJIAN UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER

Selepas 3 hari anda menghadiri kursus K.P.P., anda dibolehkan untuk
menduduki ujian undang-undang berkomputer di pusat ujian berdekatan
dengan rumah anda. Markah lulus ialah 42/50. Jika gagal anda perlu
mendudukinya semula sehingga lulus bagi melayakkan anda menduduki
kelas Pra L. Kebiasaannya anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM50
untuk mendudukinya semula. Selepas lulus ujian undang-undang, anda
diberikan sijil keputusan. Sijil ini sah laku selama 1 tahun.


3) MENGHADIRI KURSUS PRA L – TEORI 3 JAM DAN AMALI 3 JAM

Kehadiran ke kelas ini bagi membolehkan anda mendapatkan sijil JPJL2B.
Dengan ini akan dapat Lesen L kira-kira seminggu selepas tarikh anda
menghadiri kursus ini.

4) BELAJAR MEMANDU KERETA ATAU MOTORSIKAL

Lesen L melayakkan anda untuk belajar secara praktikal memandu. Untuk
L motorsikal, anda sudah boleh memandu di jalan raya secara berseorangan.
L kereta pula, anda perlu belajar memandu dari pengajar yang mempunyai
sijil pengajar. Latihan memandu biasanya adalah selama 4 – 5 kelas atau 8
 – 10 jam. Ia bergantung kepada calon itu sendiri. Ada juga yang belajar lebih
dari itu. Sudah pasti harga juga akan meningkat. Untuk motorsikal, anda akan
belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, brek kecemasan dan jalan
raya. Semua itu dilakukan di litar motorsikal yang disediakan oleh institut
memandu. Untuk lesen kereta pula, anda akan diajar menaiki bukit, side
parking, 3 penjuru dan jalan raya. Semua itu akan diajar di litar kecuali jalan
raya anda akan diajar di jalan raya sebenar.

5) UJIAN PRA ATAU Q.T.I.

Ujian ini dijalankan sebelum anda dibenarkan untuk menduduki ujian praktikal
J.P.J. Ia dijalankan oleh penguji yang bertauliah di institut memandu. Penguji-
penguji ini biasanya akan melihat sejauh mana tahap pemanduan anda.
Sekiranya gagal dia akan mencadangkan anda untuk belajar 1 atau 2 kelas
lagi sebelum diuji semula. Setelah lulus anda boleh menempah tarikh ujian
praktikal JPJ.

6) UJIAN PRAKTIKAL J.P.J.

Anda akan diuji oleh penguji yang dihantar olehpihak JPJ. Terdapat 2 bahagian
iaitu litar dan jalan raya. Anda perlu lulus kedua-duanya bagi membolehkan
anda mendapatkan lesen P. Jika gagal, kebiasaannya anda akan dikenakan caj
tambahan sebanyak RM100 – RM200 termasuk 1 atau 2 kelas lagi belajar
memandu.

7) LESEN P

Setelah lulus ujian praktikal JPJ, anda perlu menyerahkan butir-butir di bawah
kepada sekolah memandu anda :

i) 1 keping gambar.
ii) 1 keping salinan fotostat MyKad.
iii) 1 keping salinan lesen L.
iv) Bayaran (jika ada)

Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu anda akan mendapat lesen P
tersebut.



Untuk lesen kereta, anda akan diajar tentang :

1) Menaiki Bukit












2) Side parking














3) 3 Penjuru



4) Jalanraya. 





Credit to them :
https://blogsekolahmemandu.wordpress.com/2010/08/31/langkah-langkah-untuk-mendapatkan-lesen-memandu/
http://amirul.my/pengalaman-jpj-test/
http://syafaonline.blogspot.com/2013/01/cara-cara-memandu-untuk-lulus-ujian-jpj_19.html
http://www.binakeluargabahagia.com/2014/08/panduan-mengambil-lesen-memandu.html
http://pokok2u.blogspot.com/2014/02/macam-mana-nak-lulus-ujian-memandu-jpj.html
http://perundingpemanduan.blogspot.com/2012/11/tanda-tanda-isyarat-dan-peraturan.html


And GOODLUCK!!












16 December 2014

Tips Lesen Motor dan Kereta




    





Hai dan assalammmualaikum, semua


Bulan 12 dah hampir separuh. Its mean ada dua minggu lagi sebelum bukak sekolah. Selalunya, budak-budak lepasan SPM macam aku dah ramai yang pergi buat lesen motor dan kereta. Aku? Haha...serius. masa nak hampir habis spm tu bukan main excited aku nak ambil apalagi ibubapa aku dah izinkan dan selalu kata "Ain, lepas ni gi daftar lesen motor dan lesen kereta...."
Tapi, lepas je tamat periksa biology keesokkannya harinya tu, abah suruh naik motor kat halaman rumah sebab sebelum ni abah ada tanya "Hah. Nak ambik lesen motor ni dah pandai dah ke naik motor? Tunjukkan kat abah dulu..."

Aku dengan yakin jawab " Ye! Dah pandaaaaiii....".. Sebab berdasarkan dua kali ain naik motor hari tu. Tu pun sekali tahun lepas(2013) dan sekali awal tahun ni ( Januari 2014)..

Nak dijadikan cerita, awal naik tu okey lagi dan siap tanya dengan muka eksited " Abah okey tak?"..Tetiba, zaaapppss, tertpress minyak dengan laju. Aku apalagi terlolong kat situ..Time tu kalut "brek mane? brek mana?" . Lepas eksiden ni terus aku buat kesimpulan sendiri. " Ye, aku pandai naik motor cuma tak biasa. Jadi mudah kalut. Contoh I know brek kat mane, gear satu, gear dua kat mane cuma kita tak biasakan diri dengan motor. Samalah jugak addmath, kalau kita tak biasa buat latihan, kita akan lupa."

Maka, disebabkan eksiden tu, ambil lesen motor dengan kereta ditangguhkan dulu. Aii nak praktise motor round-round sekitar kampung kundur dulu dalam seminggu dua ni baru nak ambil lesen. Nanti tak pasal-pasal terlolong masa kat tempat ujian tu.

Samalah jugak dengan lesen kereta. Kereta dia ajar tapi abah nak ajar jugak. Supaya eksiden sperti tadi tidak berulang. Since ain nak ambik pakej both kereta dan motor RM1600, jadi kena tangguh dulu sebab motor tak reti lagi. Serius. sian kat kawan ain. Diorang selalu tanya " Bila nak daftar lesen? Kita gi sekali ye?". Dan aku terpaksa tolak ajakan mereka. Setakat ni 3 orang tanya ain. Last-last sekali diorang daftar dulu. And I just like "Tunggulaaaa aku...............aku pun nak buat lesen jugak " *menjerit dalam hati...sobs.sobs..

Well, kesimpulannya dalam apa-apa hal pun nak buat sesuatu kita kena ada ilmu. Setakat pernah cuba sekali dua tiga, tak menjadi. Dan kena selalu praktis. Oleh itu, I have make many survey dan baca blog para blogger..


Jadi, apa yang Ain dapat ialah :


Tips Lesen Motor


Ujian Undang-undang Komputer JPJ

Kertas ujian terbahagi kepada 3 Bahagian :
Bahagian A : Panduan Peraturan Jalan Raya (15 soalan)
Bahagian B : Kemahiran & Etika Memandu (25 soalan)
Bahagian C : Undang-undang & Kesalahan Pemandu (10 soalan)

Markah lulus adalah 42/50. Untuk mendapat target lulus (minimum 42) itu bermakna anda boleh buat 8 kesalahan sahaja.

Berikut adalah pembahagian target untuk lulus :
Bahagian A : senang. Target untuk BETUL SEMUA (15/15)
Bahagian ini berkenaan dengan tanda-tanda jalanraya & maksud tanda-tanda tersebut.

Bahagian B : sederhana. Target untuk salah 4 sahaja (21/25)
Bahagian ini berkenaan dengan Pemanduan Berhemat untuk elak kemalangan.

Bahagian C : susah. Target untuk salah 4 sahaja (6/10)
Bahagian ini berkenaan dengan jenis & kelayakan lesen, Akta Pengangkutan Jalan & sistem KEJARA.

Maka anda akan dapat mencapai target 42 untuk markah LULUS.

Banyakkan membaca buku latihan ujian Undang-undang & mencuba ujian. Jangan abaikan soalan akta & sistem KEJARA kerana kebanyakan yang gagal adalah kerana gagal menjawab bahagian ini.


Ujian dengan JPJ 


Ujian JPJ terbahagi kepada 4 .



Bahagian 2

1. Meniti. Yang ni kena meniti atas kayu selama 7 saat dan tak jatuh.

2. Slalom. Korang kena pandai elak Kon tu. Selalulah praktis ye..

3. Brek Kecemasan. Korang diminta untuk press minyak dengan laju dalam gear 2 dan brek secara mengejut. Sumpah. Haus tayar motor korang kalau praktis yang ni..










4. Pusingan 8. Yang ni buat pusingan lapan dan jangan jatuh.














Bahagian 3

Jalan raya. Last sekali, ujian di jalan raya..dan Goodluck! Part seterusnya, Ain kongsi yang Tips Kereta pulak ye...



















Korang jugak boleh baca dari blog mereka.
Credit to them:
http://dakuamatmenyintaimu.blogspot.com/2012/12/tips-lulus-ujian-motor-jpj.html
http://sekolahmemandubbb.blogspot.com/2012/06/litar-baru-motor.html
http://coretanpelamun.blogspot.com/2013/02/pengalaman-ambil-lesen-d.html
http://cikepal06.blogspot.com/2012/12/untuk-adik-adik-yang-nak-ambil-lesen.html
http://diarisiketambatu.blogspot.com/2014/04/pengalaman-buat-lesen-motosikal-b-full.html



Atau tonton sendiri video di Youtube






Bahagian 2





Bahagian 3