Hai, semua!
Alhamdulillah, Usrah berjalan dengan lancar! Okey, mesti
korang ada yang tak tahu apa itu Usrah? Kan? Kan? Kat sekolah Ain since sekolah
Ain ialah sekolah arab agama, mestilah ada buat Usrah. Usrah tu dia macam
terdiri beberapa kumpulan Usrah. Kumpulan Usrah tu terdiri daripada 10 orang
ahli . Lebih dari 10 orang ahli pun ada jugak. Lepas tu, ada Naqib atau Naqibah
yang akan ajar ahli-ahli Usrah tu. Naqib dan Naqibah tu pulak terdiri daripada
pengawas-pengawas dan ahli badan dakwah.
Jadi, Ain adalah salah seorang Naqibah! Kitorang ajar ahli-ahli Usrah tu
berdasarkan buku yang sekolah bagi.
Tahun lepas, Usrah memang dah lama ada but masa tu Ain jadi
ahli Usrah je. So, tahun ni first time Ain jadi Naqibah..haha..Mungkin agak
teruja atau over excited , diri ini pun ter-rajinlah buat Fail Usrah dengan
latihannya, dengan biodatanya..Entah. Ain pun tak tahu kenapa Ain boleh
brsemangat macam tu sekali padahal esok dah nak periksa..Masa nak kena cari
budak ahli Usrah tu pun sama, Ain jadi rajin nak cari diorang. Kawan-kawan Ain
rileks je taknak cari, tapi entah Ain ni terlebih rajin nak cari diorang..huhu....
Mungkin berkat kesungguhan dan ikhlas Ain untuk berdakwah
kot, Ain dipermudahkan segala aktiviti Usrah Ain masa tu. Dengan dapat ahli
usrah yang sportting dan mesra. Ain bersyukurlah dapat Ahli Usrah tingkatan 2.
Kebanyakkan kawan Ain dapat ahli Usrah tingkatan 3. Memang Ain ni kira
untung sessangaaatttt....muehehe..*sayabanggaapayangsayadapat*
Yang moment paling Ain suka dan teringat sampai sekarang
masa dalam Usrah tu ialah bila Ain dan
budak-budak ahli Usrah tu masuk Bab 2 : Perkara Hubungan Iman dengan Cinta.
Dari Abi Hamzah Anas bin Malik Khadam Rasulullah SAW dari
Nabi SAW sabdanya “ Tidak(sempurna) beriman seseorang kamu sehingga ia
mencintai untuk saudaranya sebagaimana yang ia cintai untuk dirinya sendiri.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Imam An-Nawawi berkata : “Seandainya seseorang tidak mencintai
saudaranya sebagaimana cintanya kepada dirinya sendiri, sesungguhnya ia adalah
seorang yang pedengki”
So, Ain pun tanya budak-budak Usrah tu “ Hah! Siapa yang pernah
dengki kat sini?” Semua angkat tangan. “ Semua dengki? Hmm..Kalau dengki iman
tak sempurna tuuuu....Dengki pasal apa
ni?”
Berebut-rebut diorang jawab :
“Dengki sebab kak comel”
“Dengki sebab kak tinggi, kak. Saya rendah je. Kak, makan
apa jadi tinggi?”
“Saya dengki sebab kat bijak”
“ Ha’a! Saya pun sama dengki gitu. Sebab kak comeell”
“Ha’a! Kak Comel”
WoiI, Woii...semua dengki kat aku..jelez lah tu..haha...Kembang
semangkuk hidung Aii bila budak-budak Usrah sebut perkataan
comel..haha...Timbul *perasan* kat situ sebentar...hahaha..Yang Ain jawab ialah
“Oooo..kak bangga kak tinggi. Nanti boleh jadi model macam Blogger Fatin Liyana”
Diorang pun gelak ramai-ramai..Mungkin dia gelak sebab Ain nak jadi model
kot....Mungkin budak-budak tu ingat Ain nak jadi model yang peragakan baju
ketat-ketat tu dan mereka rasa lucu sebab terbayangkan Ain pakai baju macam
tu..Hellooo..pelisslah..Aii nak jadi model Muslimah, okey.....hihihi...Masa
balik tu, diorang salam tangan Ain. Baikkan budak-budak Usrah Ain nie...
Masa balik tu pun diorang ada tanya :
“Kak, minggu depan belajar bab 3 dan bab 4 pulak ek?”
“Kena baca dulu ke bab 3 & bab 4 untuk minggu depan, kak?”
“Kak, minggu depan belajar kat sini lagi ye...”
Budak-bdak Usrah tu semua cakap nak minggu depan. Hellooooo,
minggu depan takda Usrah ye..Minggu depan satu lagi baru ada Usrah. Dua minggu
sekali ye Usrah ni ada...hihi..Nampak sangat diorang macam tak sabar nak buat
Usrah lagi. So, Ain rasa diorang dah suka Usrah dan tak sabar-sabar nak buat
Usrah lagi. It’s mean Ain dah berjaya tarik minat diorang terhadap Usrah..Clap
your hand to me every body...pak! pak! pak! Oh, Thank You! Thank You...
So, sekarang Ain tengah fikir nak buat aktiviti apa nanti Usrah
akan datang biar diorang tak rasa bosan...Hmm..korang ada idea tak? Mehlah
kongsi dengan Ain..
Okey, That’s all pasal Usrah. Kbai...