28 April 2013

Makan Spageti, Yummy!!



Hai, semua!

Best makan spageti. Sedap sesangat! Lebih sedap bila makan ramai-ramai dengan kawan. Lepas makan tu, kitorang bergambar banyak-banyak. Buat mimik muka yang comel-comel dan layan anak Sir Hasnizam, Hawra' bak Puteri. Hawra' suka makan nugget dan air cocktail! Uhhh, terliur rasanya bila sebut air cocktail....







Suka bila ada jamuan macam ni. Sekarang Ain tengah tunggu bilalah Sir Hasnizam nak tunaikan janji dia bawak kitorang belanja makan ayam di Marry Brown. Oh, tak sabar rasanya. Dapat makan ayam dengan kekawan lagi! Yeyyyyhhhhhhhh!! Waiting that time!









18 April 2013

12 Subjek SPM





Hai, semua!


Memang Ain dah fikir masak-masak dan buat keputusan nak ambil 12 subjek untuk SPM ni. Mesti korang kata banyak kan? Bagi Ain taklah banyak sangat..Ain tanya cikgu Ain dan cikgu cakap paling maximum subjek yang boleh ambil ialah 12. Kalau cikgu cakap maximum 17, memang Ain dah ambil 17...haha..Ain memang dengki giler masa zaman kak Madihah yang dapat 20A 1 tu..Ain pun nak ambil 20 subjek jugak. Tapi, nak buat macam mana, sekarang dah ada limited setakat 12 subjek je boleh ambil.

Sebenarnya, kat sekolah Ain, biasanya pelajar-pelajar Sains lain ambil 11 subjek je termasuk Bahasa Arab Tinggi. Tapi, kenapa Ain ambil 12 subjek? Satu subjek lagi tu Ain ambil Prinsip Akaun sebab masa PMR lagi Ain memang minat giler pasal Simpan Kira. Tu pasal Ain selalu dapat markah tinggi dalam KHB..paling tinggi sekali dalam kelas tu..alala..teringat kisah lama masa ting.3..Cikgu Rusnani cakap masa Ain dapat markah tinggi dalam periksa "Insyaallah, Ain pasti dapat 9A dalam PMR" <--terharu dengan ayat ni....hohoho..=D


Dan kat sini, bersaksikan blog comel Ain nie dan dihadapan ramai blogger dengan bangga dan yakin nya ingin menyatakan :

" YA! Ain memang pasti nak ambil Prinsip Akaun!"
" YA! Ain memang pasti nak ambil 12 Subjek dalam SPM!"
"Ain takkan undur diri atau berpatah balik!"
"12A plus adalah target Ain!!"



Jadi kat sini secara rasminya Ain ambil 12 subjek dalam SPM. Eh, Macam Majlis perasmian pulak! ..main rasmi rasmi ni.....haha XD

Inilah 12 Subjek yang Ambil dalam SPM :

1.   Bahasa melayu
2.   Bahasa Inggeris
3.   Sejarah
4.   Matematik
5.   Matematik Tambahan
6.   Biologi
7.   Kimia
8.   Fizik
9.   Pendidikan Syariat Islam
10. Pendidikan Al-Quran & Sunnah
11. Bahasa Arab Tinggi
12. Prinsip Akaun



Semoga Allah memudahkan segala urusan Ain dalam menuntut ilmu dan berjaya dapat 12A plus dalam SPM....Amin..........=)






13 April 2013

Membeli di Zalora.com!!









Assalamualaikum, semua!

Okay, Ain baru je tadi siap order barang kat Zalora.com guna voucher RM50 yang diorang bagi kat Ain. Actually, dah lama dah diorang bagi voucher tu.Tak silap Ain pada 2 April diorang bagi voucher tu. But, Ain tak sempat nak order sebelum ni sebab sibuk dengan urusan realiti..cehhh! Realiti lah sangat..sebabnya Ain kena berikan 100% perhatian kepada subjek Sains seperti Bio, Addmath, Kimia, Fizik..yelaaa..Tahun ni kan Ain dah jadi Budak Sains..4 Sains tu, beb....

So, apa yang Ain beli di Zalora? Korang semua mesti nak tahu. Ini dia barangnya ..Tadaaa :






Comel tak? Insyaallah, esok lusa sampailah tu. Yang pasti, Ain akan tulis post tentang Ain shopping kat Zalora ni. Lagipun, memang Zalora ada suruh pun. Ain tertanya-tanya, nak tulis dalam bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris sebab Zalora akan masukkan post yang Ain buat tu nanti ddalam blog diorang..Tengoklah nanti macam mana. Jadi,jangan lupa baca post tu nanti ye..

*Still Update With Me*




06 April 2013

Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 kali ke-9



Hai, semua!

A very very very good morning! Memang dasar blogger ketinggalan zaman. Karnival ni dah lama berlalu tapi hari nie baru nak update. Memang Ain ni patut diberi Anugerah Blogger Ketinggalan Zaman...wuuuu.....sedih bunyi nya tu...

Okey, Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 kali ke-9 telah diadakan pada 30-31 Mac 2013 di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-4, Kota Bharu, Kelantan. Jadi, since abang Ain baru je dapat result SPM baru-baru nie, Umi Ain ni tak tahu lah nak hantar abang kat U mana..Jadi, kitorang pergi lah Karnival ni untuk pilih U mana yang sesuai dengan abang Ain yang minat Engineer ni..Memang banyak giler orang kat Karnival tu..




Amacam? Ramai giler tak orang..Ain ni masa jalan dalam hati hanya Allah je tahu rasanya..

"Tolong jangan rapat dengan saya!" 
"Jangan sentuh saya!"
                                                      "Weii!!Apa main tolak tolak ni!!"
"Nak mati ke??!!"


Hah! Gitulah hati Ain bila ada orang laki tempuh Ain atau tersentuh Ain..Memanglah 'tersentuh' tapi still berdosa. Ain kan perempuan...

Okey, masa karnival ni Ain dapat tahu macam macam perkara..Eh! Ain ni sungguh macam dia pulak nak masuk U..Tapi, apa salah nya kalau prepare masa kecik kecik lagi kan? Ain masih ingat lagi abang Ain cakap " Orang macam kau berdua lah yang menyesakkan suasana event orang. Datang sini menyibuk je bukan buat apa. Datang tengok tengok je..Ni! Aku orang  "

Kejam wooo..abang Ain kata gitu kat Ain nga Adik..Hasilnya, dia dapat makan penampor hari tu..ahaha *gurau je laa...

K. Back to our topics, dalam Karnival ni, ada banyak Booth Universiti kat sini. Antaranya, booth UPM, UPSI, JPKK, PTPTN, JPAM dan macam macam lagi Universiti..So, masa kat karnival ni, kitorang singgah satu-satu booth tapi taklah semua sebab banyak sangat. Boleh mati kepenatan Ain kat situ tau..Tu pun kaki lenguh lenguh dah...Antara booth yang kitorang singgah ialah PTPTN , kat booth ni , orang PTPTN tu bagi lah penerangan sikit. K. Ain ngaku selalu memang Ain tak dengar langsung pasal penerangan dia sebab main mesej dengan Abang Senior..haha..Umi Ain je dengar. Abang Ain? Hish! Abang Ain tu gak taknak! taknak! Dia  cakap tak minat dengar penerangan plus malu....Apalah punya abang Ain tu tak matang lagi..Tu pun nak malu...




Last sekali, singgah di booth Politeknik..Masa kat sini, Ain nga Adik pi cau keluar dari Karnival tu sebentar sebab nak beli Air kat luar..Beli Air kelapa..Best giler..Pastu masuk semula dalam Karnival tu dan pasang telinga semula dengar kakak2 dan abang2 tu bagi penerangan pasal Politeknik.


That's me dengan adik. Entah! Ain pun tak tahu kenapa muka Ain jadi lain. Ni abang Ain punya pasal sebab dia yang tolong ambil gambar ni..huhu...*jelas kesepatan mata ku*

Okey, that's all Ain nak cite pasal Karnival U yang Ain pergi tu..Disini, Ain nak berhenti kat sini dan nak tinggalkan korang dengan gambar Aiskrim yang beli selepasgi karnival ni..So, sila jelez ye...:


Kbai...:D