Assalammualaikum,,
Sebenarnya dah lama dah Blogger Anis bagi hadiah kat Ain cuma baru sekarang dapat Post pasal ni sebab masa selalu mencemburui Ain. "Hish! Masa, Stop cemburukan Ain!!!!" <-- jerit pada Masa. Adakah Masa mendengar? huhuhu....Sempat lagi ye Ain buat lawak. Tapi tak lawak pun...TT______TT sobs sobs......#start nak nangis dah..
Ok, ok..Back to the topic, Anis Si Genius <--panggilan yang dia suruh Ain panggil dia. Jadi, ambil kau, Anis. Ain dah panggil Anis Si Genius depan ramai blogger ni...hahaha..Hish kenapa tetiba Ain jadi jahat pulak ni? Ok, ok back to the topic again..Anis Si Genius ada chat dengan Ain dalam Facebook. Masa tu, entah apa topic yang kita bualkan sampai tetiba Ain tercakap pasal adik bongsu Ain suka guna pensel picit Ain sesuka hati dia dan rosakkan pensel picit kesayangan Ain pulak tu. Dengan baik hatinya, Anis Si Genius telah bagitahu Ain yang dia nak bagi hadiah pensel picit kat Ain :
(Inilah pensel picitnya. Comel kan? Siap ada ubat pensel picit lagi tu..)
Hahaha..Dengan ini, saya Nurain Syahirah dengan rasminya telah merasmikan pensel picit ini di kertas pembalut hadiah Anis Si Genius..hahaha..Terima kasih, Anis! Ain amat menghargai pensel picit ini. Kalau boleh, Ain nak simpan pensel picit ni sampai dapat tunjuk pada suami Ain. "Suami, inilah pensel picit yang Anis Si Genius bagi pada saya waktu saya kecik-kecik dulu. Comel kan?" <---silakan ketawa ye..memandai je kau ye.., Ain!
Kbai, nak pergi siapkan beg pakaian untuk hari Khamis ni. Uuuuhhh!! Tak sabar nak pergi KL dengan Anis Si Genius...hahahaha..