20 Terawal Akan Mendapat Sesuatu Dari Ain. Cepat!!!
Hai, Assalammualaikum, semua!
Thanks a lot for waiting this full Entry about “I get 9A in
PMR!” Ingat tak Simple Entry yang Ain post dulu. Hah! Tak ingat? Ini dia link
Simple Entry -->
Klik Sini. Sorry lambat post.....
Tahun 2012 adalah tahun Ain mengambil peperiksaan PMR.
Selepas berhempas-pulas mengharungi cabaran, akhirnya Ain telah selamat
menduduki PMR pada 9 September-11 September. Selepas lama menunggu, tanggal 19
Disember pun tiba iaitu tarikh Keputusan PMR keluar.
Namun pada tarikh 19 Disember 2012, Ain terpaksa balik
kampung kerana mempunyai urusan penting. Pada tarikh itu juga Ain telah
dimaklumkan oleh cikgu Ain, Sir Hasnizam dan kawan-kawan Ain, Anis dan Eka yang
Ain mendapat 9A dalam PMR melalui Facebook. Alhamdulillah, Ain berjaya dapat
9A! Untuk mempastikan lagi betul ke ‘Berita Gembira’ itu. Ain telah check
result PMR melalui SMS. Guest what? Ini yang 15888 balas :
Alhamdulillah, ‘AIN DAPAT 9A PMR’ telah disahkan! Masa di
kampung, Ain betul betul tak sabar nak tengok slip PMR Ain. Masa tu, Ain
rasa tak percaya lagi yang Ain dapat 9A PMR jika tak pegang dan lihat slip PMR
dengan mata sendiri. Alhamdulillah, selepas balik rumah tu, keesokkan harinya
jugak Ain pergi sekolah untuk ambil slip result PMR. Taaadddaaaaa! Here is my
slip PMR :
So, kenapa Ain boleh dapat 9A? Selain daripada keizinan
Allah, keredhaan ibubapa dan kesungguhan Ain belajar, ia juga kerana KORANG!
Hah! Betulkah? Yes, I really meant it, korang yang banyak mendoakan Ain.
Thanks! Tak percaya? Nah! Ini buktinya, Ain telah meletakkan doa di blog dan
Fanpage Blog Ain :
Setiap kali korang dan blogger lain visit blog Ain, mereka
telah mendoakan Ain dapat 9A PMR. So, sebab tu Ain bersungguh sangat publish
Entry nie. Iaitu nak ucapkan bebanyak terima kasih pada korang semua. Dan tahu
tak? Di sekolah Ain, sapa-sapa yang dapat 9A PMR, mereka akan naik Kapal
Terbang di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan ke Lapangan Terbang
Kuala Lumpur (LCCT). Fuuyyyooohhh!! Best tu..Then, jalan-jalan sekitar KL dan
“shoppppiiiiinnnngggggg”. Akan dibekalkan RM200 seorang. Tidur
di hotel semalaman dan pulang menaiki van sekolah. Memanglah Ain
pernah pergi KL tapi mesti lebih seronok pergi KL dengan kawan-kawan kan? It’s all FREE! Ditanggung
oleh SEKOLAH. Thanks SEKOLAH, I meant Mudir and all my teachers. Apa yang
pasti, Ain nak bergambar setiap masa...hahaha #sorry, terlebih eksaited.
Akhir sekali, Ain nak ucapkan terima kasih kepada semua
blogger dan korang yang telah mendoakan Ain. Oleh itu, 20 orang terawal yang buat
seperti berikut akan mendapat Simple Gift dari Ain :
2. Letak Alamat rumah dan URL blog di kotak komen Full Entry ini. Siap!
HADIAH!
10 Orang Terawal : Simple Gift dari Ain
10 Orang Seterusnya : Bloglist selama sebulan pada Bulan Januari 2013
Ingat Siapa Cepat Dia Dapat! Just Special for you!