04 March 2012

Astro Beyond in My House!!



            Alhamdulillah, Ain happy sangat-sangat. Kemarin ada pekerja Astro datang rumah pasang Astro Beyond. First, lepas siap pasang tu, terus Ain tekan 391, but malangnya sekali Dream High 2 dah habis..Lepas tu, Ain tekan 324 Astro SHX. It's unavailable, please contact..bla..bla..bla..bla..Ain kecewa dan terus tutup TV tu. But today, habis je siap mandi and tanak nasi, Ain terus bukak TV sebab nak tengok cite Wild Romance.
           Tengok terus tengok, hinggalah iklan muncul. Ain tekanlah button '+channel' , luckily, keluarlah drama 'When Tomorrow comes'..Astro One HD..Apalagi, Ain pun menjerit "Aaaaaahhhh!!!Aaaaahhhh!!Aaaahhh!!"
Abah Ain yang lalu ruang tamu nak pergi bilik, tegur "Ada apa nya? Tu baju abah tu, asingkan lepas tu masukkan dalam raga. Bawa ke bilik abah jap lagi."# actually cakap dalam loghat kelantan. Takut korang tak faham..huhhuhu.
           That time ada satu longgok baju yang baru angkat dari ampaian. Dekat dengan TV..huhuhuhu




            (Sambung)....Kenapa Ain terjerit-jerit macam minah tarzan tu? You know, Astro One HD? Pasal K-pop. Sapa tak gembira. Ain memang nak sangat tengok cite Running Man dan banyak lagi drama macam Lie To Me. Nanti nie mesti result periksa Ain turun. Asyik dok menghadap TV je kerjanya. Insyaallah, pandai-pandai lah nanti Ain bahagikan masanya..Okey, Kbai. Nak pi tengok TV   :P



01 March 2012

Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang



Di dalam kelas, anda mungkin tertanya-tanya sama ada  pelajar yang cemerlang mempunyai bakat luar biasa. Sebenarnya, setiap orang pelajar boleh menjadi seorang pelajar cemerlang. Di dalam post ini, kamu akan meneliti ciri-ciri seorang pelajar cemerlang. Kemudian cuba contohi tingkah laku dan tabiat pelajar tersebut. Tingkatkan keazaman untuk mengubah sikap agar dapat mencapai tahap pencapaian yang baik. Seseorang pelajarcemerlang mempunyai ciri-ciri berikut:


1) Dia bercita-cita tinggi
2) Dia mempunyai matlmat jelas, dia tahu apa yang dia inginkan dalam hidup
3) Dia merancang kejayaannya, dia belajar mengikut jadual
4) Dia mempunyai keazaman kuat untuk berjaya
5) Dia memberi  penumpuan penuh terhadap pengajaran guru
6) Dia membuat nota ringkas
7) Dia megingati nota penting
8) Dia belajar secara tekal atau konsisten ; tidak mengikut mood
9) Dia mempunyai kemahiran belajar
10) Dia bersifat ingin tahu, sentiasa bertanya jika tidak faham
11) Dia gemar mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran & pembelajarn
12) Dia sering membuat  ulangkaji pelajaran
13) Dia menyiapkan setiap tugasan sekolah yang diberikan guru
14) Dia bersifat ingin bersaing dengan pelajar-pelajar lain
15) Dia tidak mudah berputus asa