23 September 2011

Cerek Ajaib & Si gadis Hanis

Seorang gadis, Hanis sesat di padang pasir yang panas terik. Dia berharap memilik sebuah rumah untuknya berteduh. Tiba-tiba gadis itu terjumpa sebuah cerek ( lampu ajaib ). Dia kemudiannya menggosok cerek tersebut, keluarlah makhluk jin. Bermulalah dialog antara gadis itu dengan jin.

Jin : Eh! Apa gosok-gosok nie, geli lah.
Hanis : Ek Eleh kan selalu begitu
Jin : Aku jin yang beriman, bagi lah salam...
Hanis : Assalamualaikum, Jin
Jin : Waalaikumussalam. Macam tu baru betul. Kamu nak apa? Cepat sikit, aku tengah main games ni.
Hanis: Aku nak sebuah rumah.
Jin : Apa lah kau nie..aku pun tinggal dalam cerek, kamu senang-senang nak minta rumah. Aku pukul baru tau...

19 September 2011

Puasa Enam Syawal




Assalammualaikum,

        Korang dah Puasa Enam? Kalau belum lagi, rugi tau..Ain? Alhamdulillah, Ain dah berjaya Puasa Enam tahun nie. Ni First Time tau..hihihi..Tahun-tahun sebelum nie, Ain ada dengar pasal Puasa Enam di bulan Syawal, tapi Ain tak ambil berat sangat pun sebab Ain pandang perkara nie remeh-temeh je.

        Tapi, bila Ain belajar di Sekolah Agama nie, banyak Ustaz, Ustazah Ain cakap pasal Puasa Enam dan bercerita tentang kebaikannya. Jadi, terdetik dalam hati Ain nak berpuasa jugak. Lagipun, ramai jugak kawan-kawan Ain yang berpuasa. Jadi, seronoklah puasa Ain sebab ada kawan-kawan yang turut berpuasa sama macam Hanan, Aisyah, Najwa dan banyak lagi.

        Ain nak berterima kasih sangat-sangat pada Ustaz, Usatazah Ain dan kawan-kawan Ain. Yang penting, Ain nak berterima kasih pada kedua Ibubapa Ain. Umi Ain yang selalu kejutkan Ain pagi-pagi sebelum Subuh. Kadang-kadang, Ain ada jugak bangun sendiri, Set jam dengan Telefon Baru..(Wahh!!)

        Abah Ain selalu tanya " Puasa tak?", kalau Ain jawab Ya, masa Buka Puasa, mesti Abah Ain beli Nasi Pataya. Kadang-kadang, Mee sup atau Mee goreng. Ada satu hari, Abah Ain tak tahu Ain puasa, bila time buka puasa, Abah Ain nampak Ain buka puasa kat dapur. Abah Ain pun cakap " Kenapa tak cakap kat Abah, Ain puasa. Kalau tak, Abah dah belikan Ain Nasi Pataya."

Oh! Terharunya.. Ibubapa Ain betul-betul ambil berat pasal Ain. Thank You..Sekarang Ain masih puasa lagi sebab nak ganti puasa yang Ain tinggal. So, doakan Ain dapat harungi cabaran puasa ye..Ain pun harap korang dapat Puasa Enam. Banyak manfaatnya tau..

06 September 2011

Sambut Hari Raya dengan keluarga..

Assalammualaikum,


       Macam mana dengan Hari Raya korang?? Best tak?? Meh Ain cite pasal Hari Raya Ain..Tema warna keluarga Ain ialah warna Biru. Tapi, Ain pakai baju warna lain sikit, iaitu warna light blue. Keluarga Ain pakai warna biru yang gelap sikit.. Kalau tak percaya tengok gambar bawah nie :



  Hah! Teka yang mana 'Ain'. Alah! Yang pakai baju warna light blue tu..Yang solehah tu..(Perasan)




  Pada pagi raya, Ain tolong Umi sediakan makanan. Kaum lelaki pergi solat raya. Ain tak pergi sebab Umi Ain tak pergi. Ain ikut Umi Ain...hehehe..Ain kan anak umi.

   Selepas siap solat, adik-beradik Ain pun salam dengan Abah. Termasuk sepupu Ain. Kemudian, Ain dan keluarga menjamu selera : makan sate dan nasi beriani.




   Sedang kami menjamu selera, datang lah sekumpulan budak yang nak beraya ( actually nak duit raya ^^) hihihihi. Ain pun tolonglah hidangkan Air sirap untuk budak-budak tu..Umi Ain asyik tanya " Anak sapa nie??" " Nama mak awak apa?'....
" Rumah kat mana?"....

   Kemudian, keluarga Ain pun bergambar bersama. Lepas tu, keluarga Ain pun pergi melawat nenek sebelah Abah Ain di PCB, Pantai Cahaya Bulan.

   Hari raya kali nie, Ain dapat duit raya : RM106.00, gembiranya.......^^

P/S : Post ini Ain tulis sebab nak jawab soalan Shin Lee nie : Thank You..

03 September 2011

Selamat Bersekolah!!!


         

           Pejam,celik, pejam, celik, sebentar je sambut hari raya. Tiba-tiba dah kena sekolah balik..Bagus jugak sebab Ain pun dah rindu dengan kawan-kawan Ain. Tapi, banyak tugasan yang Ain belum siapkan lagi :

                         1. Kerja kayu (KHB)
                         2. Lukis Anggota Badan (BI)
                         3. Buat Folio (GEO)
                         4. Dan hafal THD, BA, FQH

          Ain harap korang doakan Ain tak kena denda dengan Ustaz/ustazah Ain. Selalunya Ustaz dan ustazah Ain baik. Tapi, homework nie dah lama mereka berikan cuma tempohnya selepas hari raya..
 
           Apapun, Ain nak ucapkan : SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!!