27 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri







Assalammualaikum, semua

        Pada kesempatan ini, Ain ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua Followers Blog Ain, Kawan-Kawan Bloggers Ain dan pada Awak yang sedang baca Post Ain nie...Ain minta maaf kalau Ain ada terkasar bahasa dengan korang. Maafkan Ain ye...Oh, ya! Ain ada benci dengan seorang budak laki dalam kelas Ain sebab dia ada buat kesalahan dengan Ain. Tapi, dia dah minta maaf dalam kelas. Sorry, time tu, Ain tak dapat maafkan dia sebab Ain masih marah lagi kat dia. Tapi, sekarang Ain dah boleh maafkan dia. Hey, Awak! Ain dah maafkan awak lah..........

     Ain balik kampung pada hari Sabtu. Jadi, Ain dah tak boleh online dah sebab internet kat kampung Ain lembab sikit. Lepas raya nie, Ain boleh online balik, okey?

Sekali lagi ain nak ucapakan : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Enjoys Your Life...^_^




26 August 2011

Contest Gambar Desktop Paling Cun !

                             
                                   

    Hai, Ini first time Ain join contest. Ain join contest nie sebab Syarat-syaratnya simple je..Lagipun, tuan punyer contest nie ajak Ain kat ShoutBox Ain..Ain terharu sangat-sangat. Jadi, Ain tak boleh tolak perlawaan nya. Okey, meh Ain cite apa yang perlu dipertandingkan..: Kita cuma perlu  print screen desktop je...Senang kan?? Ini syarat-syaratnya :



Syarat-syarat :D

1. Wajib follow blog iniQiqiAfyq dan Fafa. Kalau Tak Automatic Tersingkir :)
2. Buat satu entry pasal contest ini ' Contest Gambar Desktop Paling Cun ! '
3. Letak Banner Contest Ni Di dalam Entry
4. Sila LIKE page ini.
5. Tag tiga orang, Pastikan Diorang Tahu
6. Yang peting contest ini tidak pakai voting.



Untuk maklumat lebih lanjut, tanya tuan blog sendiri di link : 

Jadi, ini Screen Dekstop yang Ain nak pertandingkan :




Ain Tag :

Anis Diyana
Ahmad Jazmi
Tyra


23 August 2011

HandPhone Baru !





Assalammualaikum...............

            Walaupun Ain ada sakit hati sikit dan perasaan Tegang (menyesal) akibat kejadian yang berlaku kat sekolah Ain hari nie, Ain tetap nak tulis Entry pasal 'Happy Story'. Blog Ain nie, Ain tak nak tulis pasal 'Bad Story' atau 'unhappy story'. Ain dah tak nak fikir pasal kejadian yang berlaku kat sekolah Ain tu sebab ia buat Ain jadi 'Stress Person'. Ain tak nak jadi 'Stress Person'.

    Tapi, bila Ain teringat pasal HandPhone baru Ain tu, Ain rasa nak lompat-lompat sambil teriak " Yeeeeeyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!" . Biar satu dunia tahu....( Hyperbola)

Okey, Meh Ain cerita :

   Entah tiba-tiba Abah Ain cakap ada telefon Screen Touch yang murah kat sebuah kedai. Dan abah Ain tanya " Ain nak telefon tak?". Tanpa segan silu, Ain cakaplah nak. Jadi, Abah Ain belikan lah untuk Ain HandPhone SamSung Screen Touch. Warna pink pulak tu...Cute sangat-sangat..Kad sim tu pulak, Abah Ain beli yang U-Pax punyer ( Celcom). Korang tahukan, yang U-Pax tu tak ada tarikh tempoh sehingga kita berumur 25 tahun? Jadi, Ain happy sangat-sangat..

     Tapi, Ain dah setkan untuk diri Ain yang Ain tak boleh bergayut atau mesej setiap hari terutama main COLONY macam remaja sekarang. Ain always dengar Abah dan Umi Ain nasihat Abang Ain ( Syahir ). Abang Ain tu dah ada girlfriend. Telefon dia selalu kat tangan dia. sebentar-sebentar bunyi mesej masuk.

    Ain pun tekad tak nak jadi macam tu.. Jadi, kalau kawan-kawan Ain nak call atau mesej, Ain akan jawab atau balas pada hari Sabtu dan Jumaat je..Sebab time tu, Ain benarkan diri Ain guna telefon. Selain daripada tu, tak dibenarkan kecuali kecemasan atau urusan tertentu. Ain nak ada pendirian Ain sendiri..





P/S :  Hari Raya dah semakin hampir...Tak sabar rasanya...^^ Selamat Hari Raya !!


22 August 2011

Majlis Berbuka Puasa 2 Mekah 2011




Assalammualaikum....


Ain gembira sangat sebab Majlis Berbuka Puasa kali nie berjalan lancar dan sangat meriah. Untuk pengetahuan semua, Majlis Berbuka Puasa 2 Mekah 2011 ( MBP 2 Mekah 2011 ) telah diadakan pada 10 Ogos 2011 bersamaan dengan 10 Ramadhan 1432 Hijrah. Ramai guru lelaki datang ke kelas Ain. Antaranya ialah Ustaz Abidin, Ustaz Tarmizi, Ustaz Aizat, Sir Hasnizam dan banyak lagi. Tapi, guru perempuan seorang pun tak hadir. Kawan Ain cakap guru perempuan selalunya ada anak dan keluarga. Jadi, diorang lebih mengutamakan keluarga mereka.

      Ain kan dah janji nak share gambar dengan korang semua. Jadi, ketika dalam kelas, Ain tak habis-habis ambil gambar dan rakam. Sehingga kawan-kawan Ain pun ada marah-marah sikit sebab diorang tak suka Ain ambil gambar diorang. Ustaz Ain pun ada cakap : " Kenapa ambil gambar Ustaz?"

Apa-apa pun..Jom, tengok gambar yang Ain ambil.

# Suasana ketika menghidang :






# Suasana Ketika Berbuka :





   
         Menu makanan utama Majlis Berbuka Puasa ialah Nasi Kerabu Ayam Bakar, Air Sirap bandung dan Air Teh panas. Korang tahu tak Ain digelar 'Wartawan 2 Mekah' sebab Ain asyik pegang kamera dan ambil gambar je..( Cita-cita Ain nak jadi Wartawan)

        Ain ambil gambar sebab nak share dalam blog dan Facebook. Lagipun, semua gambar kawan Ain comel-comel belaka.

 6.00 :    Ain menghidang makanan. ( Ain banyak ambil gambar)
7.30 :     Guru-guru berbuka puasa dan menjamu selera. Time nie, semua budak perempuan pergi solat maghrib dulu
8.00 :     Selepas siap solat Maghrib, semua budak perempuan pergi makan dalam kelas. Time nie, guru-guru lelaki dan semua budak perempuan pergi solat Maghrib.
9.00 :      Ain dan kawan-kawan solat Terawih di Masjid sekolah.
9.50 :      Ain berbual dengan kawan-kawan sambil tunggu Abah Ain datang.
10.00 :    Balik rumah.....

        Ketika menghidang satu kejadian telah berlaku, iaitu nasi tumpah :



 Ini ialah gambar-gambar budak-budak 2 mekah :







 
                             ( Ini gambar Guru Kelas Ain )




                             ( Ini gambar Kawan Baik Ain, )
                               Anis dan Basirah.......





 Best sangat-sangat sebab nie First Time Ain solat Terawih. Tahun lepas lagi Ain nak solat Terawih. Akhirnya, Impian Ain tercapai jugak....



P/S : Ain dapat Handphone SAMSUNG ( Screen Touch). Warna pink pulak tu...Cute sangat-sangat.. Ain akan ceritakan di next post ye.....Happy nyer.....^_^




09 August 2011

Cerpen Start enjin kereta.......


Hai, Jom baca Cerpen Ain.........


Ini cerita apa yang Ain lalui hari ini :



       Pada pukul 6.45 pagi, Ain sedang membetulkan kain tudung depan cermin. Sebentar lipat, sebentar buka, sebentar tiup kain tudung kat atas biar bagi straight sehinggalah jam menunjukkan 6.50 pagi.

      "Oh! Dah lambat nie." terdetik hati Ain sambil melihat Abah yang sedang menggosok baju. Ain mempercepatkan langkahnya. Dia terus mengambil beg sekolahnya dan fail-fail yang berkaitan. Ain melangkah mendekati pintu rumah. Kemudian, Ain mengambil kunci kereta ayahnya yang tersangkut berdekatan dengan pintu rumah. Dia menuju ke kereta Triton Mitsubishi.

        Tweet ! Tweet ! Nyalaan lampu kereta yang menandakan pintu kereta sudah UNLOCK. Ain membuka pintu belakang dan meletakkan begnya di tempat duduk belakang. Kemudian, Ain menuju ke tempat duduk Abah ( Tempat Pemandu). Ain memandang dengan teliti pada tempat untuk mencucuk kunci kereta.

Adik.....Adik.....(x15)
Adik yang berumur 10 tahun sedang membelai kuncinya, Cainy.
" Adik.....Cepatlah...."
" Start sendiri lah "
"Adik...Tunjuk dulu lah "
"Malas........." Adik terus hilang dari pandangan Ain.

       Ain terus berlari ke depan pintu rumah. Dilihatnya Adik sedang menyalin Jadual sekolah. Manakala, Cainy sedang mengiau. Kerana terlalu Cute, Ain membalas panggilan Cainy.

" Miauuuuu........" Ain menghampiri Cainy.
" Miauuuuu........" Cainy membalas.
" Adik.......Cainy lapar nie.."
" Cainy puasa " jawab Adik.

" Alasan..Padahal adik malas nak beri Cainy makan. Main dengan Cainy je tahu " detik hati Ain sambil membuat muka.

" Adik....Cepatlah start. Akak nak tengok " Ain menukar topik.
" Buat sendirilah....." Kelihatan Adik siap menyalin Jadual Sekolah.

" Mana stokin Adik ? " tanya Adik pada Umi.
" Umi letak dekat dengan kasut Adik tu...." jawab Umi.

       Adik menghampiri rak kasut. adik mengambil stokin dan memakainya.

"Lambatnya......" Ain berlari menuju ke kereta Triton.
" Try start lah........"

       Ain memasukkan kunci kereta pada tempatnya dan memulasnya kepada ON. Cuma tunggu pulas pada start je...

" Okey, sedia 1   2   3  "
" Tak jadilah sebab takut meletup "

         Kelihatan Adik sedang pakai kasut di muka pintu.
" Adik........." Ain merayu dengan suara yang paling lembut.
Adik menghampiri Ain dan duduk di Tempat Pemandu sambil meletakkan begnya.

" Start lah...Adik.."
" Start sendirilah..."

        Ain memegang bahu Adik dan menggoncangnya sambil merayu.
" Akak takut....Akak nak tengok adik buat dulu.."
Adik membuang kunci kereta dan memasukkannya semula. Adik memulas pada ON.
" Cepatlah......" arah Adik.

        Kemudian Adik melarikan diri keluar dari kereta.
" Adik................................."
" Start lah...Pulas je....."
" Akak....meletup tu....." usik Adik.
" Adik.........................."

" Pulas lama ke ? " tanya Ain.
" Ya.. Pulas je....Sampai bunyi enjin. " jawab Adik.

1....................2.........................3
Akhirnya......................
Ain....................................
Berjaya...........................

Drum.....bunyi enjin kereta Triton...


        Jadi, itu lah story Ain ketika pagi puasa. Ain gembira sangat-sangat sampai terlompat-lompat. Kemudian, Ain nampak Abah di muka pintu. Rasanya, Abah Ain risau kot sebab dari tadi Ain bising panggil Adik Ain...Adik Ain pulak tak habis-habis cakap  :  " Darat.....macam tak pernah start enjin.."

        Memang Ain tak pernah pun. Adik Ain memang hebat..Selalu nya Kalau Abah Ain lambat, Ain akan suruh Adik Ain Start enjin. Tapi, entah hari nie, Ain nak belajar, Start sendiri. By The Way, Ain happy sangat-sangat........^^


# Pandai tak Ain buat Cerpen ???






P/S : Kelas Ain, 2 Mekah akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada hari Rabu nie. Best nyer....Nanti   Ain share gambarnya ye.....