20 November 2019

Segmen Blogwalking 2019 MiaLiana.com



Segmen Blogwalking 2019 MiaLiana.com bermula pada hari ini, 20 November 2019, iaitu tepat jam 10.00 pagi sehingga 11.59 malam 20 November 2019. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Blogwalking 2019 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

5 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan akan dimasukkan ke bloglist Mia selama setahun pada tahun 2020. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 15 Disember 2019.

** jom support Mia Liana....


12 November 2019

Menang Hadiah Giveaway Merdeka dari Noor Akma!


Hai semua.



Dalam bulan Ogos yang lepas, aku ada join Giveaway merdeka yang dianjurkan oleh kak Akma. Dan alhamdulillah, blog aku terpilih diantara 5 orang pemenang bertuah untuk memenangi hadiah. Parcel hadiah juga dah selamat sampai ke rumah. Jom tengok hadiah apa yang kak akma bagi ni.



Tadaa. Tudung bawal chiffon shimmering bidang 50. Warna coklat marroon gitu.


Kad blog santai-santai jer.

Thank you for the prize, kak akma. I like it so much. Lepas ni boleh pakai buat pergi jalan-jalan. Korang boleh melawat blog santai beliau di link ni : Blog santai-santai jer. Dan jangan lupa follow insta dan blog beliau jugak tau. Mana tahu lepas ni kak akma nak buat giveaway lain pulak, boleh korang join jugak.




Thanks for reading!

10 November 2019

3 Doa Boleh Diamalkan Untuk Mudah Dapat Kerja



Hai semua.


Kali nie ain nak share doa yang boleh diamalkan untuk mudah mendapat kerja. Semoga semua fresh graduate dan orang-orang yang tengah mencari kerja dipermudahkan urusan permohonan, temuduga dan mendapat kerja dalam bidang masing-masing. Amin.




1) Doa Supaya cepat Diterima Kerja



2. Doa Supaya Cepat Dapat Kerja



3. Doa Agar Mendapat Peluang Rezeki yang Banyak




credit to FB dr resume

09 November 2019

10 Petua Halau Semut Dalam Rumah Dengan Pantas & Berkesan






Pernah tak kawasan rumah korang dan ruang tamu dikerumun banyak semut? Bila tertumpah air atau makanan sikit terus kawasan tersebut didatangi sekumpulan semut lebih-lebih lagi kawasan dapur. Sebenarnya, terdapat banyak bahan semulajadi untuk menghalau semut ni tanpa mengunakan racun dan semut repellent. Senang je nak dapatkan bahan-bahan ini kerana ia semua boleh didapati dari bahan dapur kita je. Jom kita tengok bahan tersebut di bawah :


1. Cuka 

Cuka putih adalah penghalau semut yang amat berkesan kerana semut tak sukakan baunya yang kuat dan kandungannya yang berasid. Larutkan cuka ke dalam sedikit air dan masukkan ke dalam botol ‘spray’ kosong. Kemudian, semburkan ke bahagian pintu masuk atau laluan semut. Ulangi beberapa kali sebaik saja larutan ini kering. Dalam beberapa hari, anda akan nampak kesannya. 


2. KAYU MANIS & CENGKIH 

Bagi sesetengah yang tak sukakan bau cuka, anda boleh menggunakan serbuk kayu manis dan cengkih. Taburkan serbuk tersebut di laluan semut dan biarkan selama beberapa hari. Bagi yang ada ‘cinnamon essential oil’, anda boleh campurkan minyak ini dengan sedikit air semburkan ia ke kawasan tersebut. Bukan saja mewangikan rumah, semut-semut pun hilang! . 


3. SERBUK KOPI  

Serbuk kopi asli juga mempunyai bau yang kuat dan boleh digunakan untuk menghalau semut daripada menghurung makanan di rumah anda. Caranya, ambil sedikit serbuk kopi di kawasan laluan masuk semut dan biarkan beberapa hari. Semut akan menjauhi kawasan ini dan tak akan datang lagi. 


4. SODA PENAIK 

Secara teorinya, gula aising adalah untuk memerangkap semut manakala soda penaik pula adalah bahan yang boleh membunuh semut-semut tersebut. Caranya, campurkan soda penaik dengan gula aising (powdered sugar) dengan nisbah 1:1. Taburkan serbuk ini di kawasan kering yang ada semut dan lihat kesannya dalam beberapa hari. 


5. DAUN SIRIH 

Cincangkan beberapa helai daun sirih dan taburkannya pada tempat semut selalu berkerumun. Bau herba ini akan menghalang semut daripada mendekati kawasan tersebut. 


6. AIR LADA 

Air rendaman lada kering boleh digunakan untuk menghalau semut. Simpankannya ke dalam sebuah botol penyembur dan semburkan di laluan semut. Atau, letakkan beberapa tangkai cili kering pada di sekitar laluan semut. Ini dapat menghindarkan semut menghampiri gula. 


 7. KULIT TELUR 

Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun. Selain semut, cara ini juga berkesan untuk menghalau cicak atau serangga lain yang tak diingini. 


 8. KULIT LEMON / OREN  

Buah-buahan sitrus juga mengeluarkan bauan wangi untuk kita, tetapi tidak untuk semut dan serangga lain. Oleh itu, ambil peluang ini untuk menggunakan semburan sitrus untuk menyegarkan kediaman di samping menyahkan semut-semut daripada rumah anda. Anda juga boleh menggunakan cincangan daun limau purut untuk kesan yang lebih baik. 


9. DAUN PANDAN

 Satu lagi petua halau semut yang praktikal untuk anda gunakan adalah daun pandan. Cincang daun pandan taburkan ke kawasan laluan semut. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas gula atau beras. Makanan pun bertambah harum dengan aromanya! 


10. PASTIKAN KEADAAN RUMAH BERSIH 

Jangan lupa mengaplikasikan petua halau semut ini. Mudah-mudahan, rumah anda akan selamat daripada dihurung semut selepas mencuba cara di atas. Selain itu, pastikan juga tiada sisa makanan yang terbiar demi memastikan semut-semut ini tidak kembali menyerang kediaman anda.





credit to  himpunan nasihat ustaz dan Info Menarik

07 November 2019

Hadiah Top Commentator Oktober dari Shikin Razali dah sampai!


Hai semua.


Sejak aktif blogging pada Jun 2019, macam-macam hadiah aku dapat dari blogger lain. Ada antaranya menang hadiah giveaway, hadiah segmen dan hadiah dari sponsor. Kali nie, aku dapat hadiah dari kak Shikin sempena berjaya menjadi Top 10 Comentator bulan Oktober di blog jurnalnya. Sebenarnya bulan Ogos yang lepas dah jadi top commentator. Dan alhamdulillah bulan Oktober ni dapat jadi top commentator lagi. Ni kali kedua dapat hadiah dari kak shikin. 


Jom tengok barang apa yang aku dapat :


Parcel dah selamat sampai rumah.

Buku planner, mini book saving dan kalendar.


Tadaaa. Hadiah yang kak shikin bagi ialah Buku planner beserta kalendar tahun 2020. Ada sekali buku mini saving untuk catat perbelanjaan. Wahh!! I love the books! Aku memang setiap tahun akan beli buku planner. Jadi untuk 2020 nanti takyah beli dah. Aku akan guna dan manfaatkan buku ni sebaik mungkin. Semoga tahun 2020 nanti, menjadi tahun untuk aku lebih berdisiplin dan teratur dalam menguruskan masa dan kewangan.


Ada nota kecil daripada kak shikin. Thank youuu..


Ada kad kata-kata semangat dan sticker jugak.


Kad kata-kata semangat tu nanti aku akan buat sebagai penanda buku. Tebuk lubang di hujung kad dan masukkan riben. Nanti jadi cantik dan sesuai diselitkan di buku. Sticker bintang-bintang tu pun cantik. I will stamp it in the planner or in my notes book. Overall, I really love the presents! Thank you so much kak shikin. I doakan kak shikin murah rezeki, panjang umur dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Amin.

Akhir sekali, jom ramai-ramai melawat dan support blog jurnal kak shikin. Komen banyak-banyak dan mana tahu lepas ni korang pulak dapat jadi antara top commentator blog beliau. Good luck!



Thanks for reading!



06 November 2019

Beli Coklat di Kawasan bebas cukai di Tasik Kenyir, Terengganu


Hai semua



Dalam perjalanan balik bercuti dari terengganu, kitorang guna jalan pintas untuk sampai ke Gua Musang, Kelantan. Iaitu jalan kawasan tasik kenyir. Alang-alang lalu sini, kitorang singgahlah kawasan rehat dan rawat Tasik Kenyir nie. Kat sini telah diwartakan sebagai kawasan bebas cukai. Terdapat banyak kedai-kedai yang menjual barang import dengan harga murah seperti pinggan mangkuk, perfumes dan coklat. 


Asalnya singgah sini nak tumpang tandas je. Tapi, kitorang melencong sikit dan singgah di kedai coklat untuk beli belah yang mana sempat. Coklat kat sini harga dia agak sama dengan kedai di Langkawi. Agak murah jugak berbanding harga di luar kawasan bebas cukai.


Coklat Ferrero.

Coklat Pepero dari Korea.

Coklat M&M

Hmm..coklat apa nie? tak kenal..haha..


Coklat Cadbury pun ada.

Coklat Kisses dalam pelbagai jenis. Boleh pilih nak yang ada kacang atau takde kacang langsung.

Coklat Kisses.

Harga Rm4.50 kat sini. Di kedai biasa berapa eh? Tak pernah survey pulak.

Umi tengah memilih Pepero Hijau.

Coklat Daim dengan harga RM15.50 per pack.

Di kaunter pembayaran.



Jadi total habis shopping coklat kat sini dalam RM81.70 jugaklah walaupun ambik 4 barang je..haha..Biasalah barang import memang mahal sikit. Jadi, kalau korang singgah di Tasik Kenyir, jangan lupa shopping coklat di Kedai KH SHOPPE Kenyir untuk mendapatkan barang dengan harga yang berpatutan.



Thanks for reading!



05 November 2019

Pengalaman pergi ke Pasar Payang, Terengganu


Hai semua.



Alang-alang dah bercuti di Terengganu, kitorang satu family singgah di Pasar Payang. Kalau di Kelantan terkenal dengan Pasar Siti Khadijah, manakala di Terengganu pula Pasar Payang lah tempat yang wajib dilawati disini. Pasar payang terkenal dengan pelbagai barangan keperluan dari barang basah, barang dapur , sayur-sayuran sehingga kan pakaian semua ada kat sini. Umi pula teringin nak beli batik Terengganu untuk pakai ketika majlis konvo aku nanti.




Pasar Payang atau dikenali juga sebagai Pasar Payang 2 ini beroperasi bermula pukul 8.00am sehingga 6.00pm. Dan lokasinya terletak di tepi sungai Terengganu dan berdekatan dengan Jeti Syahbandar. Bangunan pasar yang besar dan berkonsepkan bumbung terbuka dikunjungi ramai orang tempatan dan pelancong dari dalam dan luar negeri. Pada waktu puncak sekitar 11pagi hingga 1 petang, orang ramai akan bersesak dan akan berselisih bahu kerana laluan pasar yang agak sedan luas.


Laluan utama dari pintu utama Pasar Payang.

Laluan kecil diantara kedai-kedai lot.

Apa yang menarik pasal Pasar Payang ni, kawasannya sangat bersih dan cantik. Pasar ini baru je dibuka pada pertengahan Julai 2019 tahun ini selepas Pasar Besar Kedai Payang ditutup untuk dibaik pulih. Kawasan ini mempunyai kedai lot berbentuk segi empat dan menjual pelbagai barang.



Baju kelawar.

Kedai runcit. Macam-macam makcik ni jual. Abah beli serbuk nasi arab kat sini. Katanya nak try.

Beras thailand pun ada jual kat sini. Orang Kelantan dan Terengganu memang suka makan beras Thai sebab bermutu tinggi.


Badut pun ada kat sini..hehe

Gerai kuih Pok Him.

Kalau melawat pasar traditional macam ni, aku suka beli makanan tempatan dan kuih traditional. Sedap dan macam-macam kuih boleh beli dan dibawa balik. Aku beli akok dan tepung pelita kat sini.




Serunding daging pun ada jugak.

Kuih peneram is my favourite!

Kuih traditional.

Kedai makan


Selain itu, terdapat juga gerai makanan di dalam Pasar Payang ni tau. Gerai makanan ni teletak di kawasan belakang. Dari pintu utama, cuma perlu jalan lurus je baru jumpa gerai makanan ni. Korang boleh menjamu selera disini. Macam-macam pilihan makanan yang boleh diorder disini termasuk makanan panas dan sup daging. Bersebelahan gerai makanan, adalah jualan makanan ringan yang telah siap dipacking seperti keropok, dodol, budu dan macam-macam lagi. Korang boleh beli secara borong kat sini dengan harga yang murah. 

Bertimbun-timbun jenis keropok kat sini.

Botol budu pun banyak dijual secara dozen.


Best lah jalan-jalan di Terengganu cuci mata tengok suasana pasar orang sini. Betul lah orang tua-tua kata jauh perjalanan luas permandangan. Aku suka melawat tempat macam ni dan beli barang-barang tempatan dengan harga murah. Almaklumlah sekarangkan ada kempen beli buatan Malaysia. Jadi, tak salah sokong barang buatan Malaysia kan.



Thanks for reading.



04 November 2019

Sutra Beach Resort Terengganu | Review


Hai semua.



Pada bulan Oktober yang lepas, sekolah abah telah mengadakan program family day yang bertemakan warna biru dengan tajuk Family Gathering. Since abah adalah seorang guru. Jadi dia pun joinlah program sekolah ni dan bawa sekali mak dan aku. Adik-beradik yang lain takleh nak join sebab sibuk study di Universiti  masing-masing. Program ni diadakan di Sutra Beach Resort, Terengganu. Cantik sangat tempat nie. Nama pun resort jadi kawasannya berdekatan dengan pantai.




Bilik dekat dengan pantai.

Landskap taman di kawasan Resort.

Jangan risau korang takkan sesat sebab ada papan tanda.

Rumah dua tingkat.
Bilik di Sutra Beach Resort sebenarnya boleh ditempah melalui  Agoda, Booking dan Traveloka. Since kitorang datang beramai-ramai, jadi wakil setiausaha program yang tolong tempahkan bilik. Maka dapatlah harga murah sikit iaitu RM129 semalaman berbanding harga asal bilik.


Ada TV, water heater dan peti sejuk mini.

Buka tingkap nampak pantai.

Bilik pun okay. Besar dan luas. Bilik nie ada view pantai kalau buka langsir tingkap. Jadi, permandangan sangat cantik pada waktu senja dan masa matahari nak terbit pada waktu pagi. Kitorang check in tengahari dan makan tengahari di kedai makan berdekatan. Kat sini kitorang order sotong dan udang celop tepung. Satu mangkuk besar tomyam dan pekena nasi panas-panas memang perrghh sedap nyaaa sehingga menjilat jari...


Family Gathering.

Penyampaian hadiah.

Pada waktu petang pula, kitorang bermain permainan sukaneka yang dijalankan di kawasan pantai. Aktiviti untuk kanak-kanak macam biasalah berebut gula-gula dan mencari harta karun. Permainan untuk orang dewasa ialah belon beracun, balingan kasih dan banyak lagi. We had so much fun! Around pukul 6 petang macam tu lepas permainan sukaneka, kitorang mandi manda di kolam resort. Mula-mula, budak-budak ni nak mandi di pantai tapi tak jadi sebab ombak besar sangat. Jadi, semua bawak pelampung pergi mandi di kolam. Kolam di resort ni sangat besar dan luas. Ada juga kolam untuk kanak-kanak.

Kolam yang luas.

Sambil mandi boleh tengok pemandangan pantai.

Sarapan pagi di cafeteria.


Overall, resort sangat selesa dan memuaskan. Sarapan pagi yang sedap dan banyak pilihan. Resort nie best dan sangat strategik sebab dekat dengan pantai dan bandar Marang. Insyaallah jika dimurahkan rezeki, boleh datang singgah sini lagi pada masa akan datang.