08 November 2016

Housemate Asasi UiTM Dengkil, Selangor



Assalammualaikum dan hai semuaaa


Kali nie aku nak cite pasal housemate ketika Asasi UiTM Dengkil. Padahal dah degree tapi still takleh move on lagi dengan zaman asasi nie..hehe... I bet you masa zaman pra-U lah zaman paling best sekali tak kira lah korang nie from matrikulasi, STPM or asasi, Memang zaman nie zaman yang mana adalah medium korang try and error sebelum masuk ke alam 20 an and degree. Bila masuk degree dah takda dah term 'Classmate'. Its mean korang dah takda dah big circle group of friends yang kongsi sama lecterur, kuliah and class tutorial. Semua dah lain-lain. Bila masuk kuliah or tutorial subjek yang berbeza, maka berbeza lah muka-muka yang korang jumpa. Korang akan berada situasi bila masuk subjek nie, bestfriend lain. Subjek course nie pulak bestfriend lain pulak. Tapi, nie untuk sem 1 lah. Rasanya sem 2 dan seterusnya dah ada geng sebab boleh book sama-sama daftar subjek. Maksudnya tak kira apa pun, You Need To Survive Alone!!


Zaman Asasi dulu, Alhamdulillah dikurniakan housemate yang best-best. Even mula-mula daftar kolej kediaman tu aku buat tak kisah pun kat diorang nie. Nampak sisi jahat aku kat situ...haha.. Diorang ajak aku jogging sekitar UiTM Puncak Alam, aku refuse. Diorang ajak pi beli makan pun, aku refuse. Time diorang study ramai-ramai dalam bilik, time tu jugaklah aku sibukkan diri basuh baju dalam toilet. Diorang ajak " Ain, mehlah study ramai-ramai dalam bilik Intan nie". Aku balas "Eh. takpalah. Nak basuh baju. Banyak nie"..haha..aku pun tak tahu kenapa aku refuse. Culture shock kot! Time nie aku anggap diorang nie aliens, makhluk asing..haha..Jahat bebeno aku nie heh.


Lets introduce Geng Rumah R3601 , Kolej Rafflesia !!





Mai dan Zaf ialah ahli Sekretiat Mahasiswa Asasi jugak sama dengan aku. Jadi, kitorang selalu pergi ke bilik meeting SMA sama-sama. Kalau ada program, memang kitorang akan selalu dibawah bahagian kerja yang sama. Senang kerja kalau sama tugas. Contoh haritu kitorang handle bahagian hadiah dan cenderahati untuk KASPA (Karnival Sukan Pusat Asasi).

Tukang Mentor aku selalunya Intan, Ainin dan Dahlia. Tiga orang nie lah bombastic kitorang, Selalu buat lawak dan tukang ceriakan suasana. Dan diorang nie jugaklah suka usik aku. Si Intan tukang bos nya. Ada satu hari tu, kitorang study ramai-ramai di ruang tamu sambil dengan radio. Sekali keluar lagu jiwang, dia pun cakap " Ok, lagu ini ditujukan khas buat Ain yang tengah hati kuciwa..haha" ..Me just like " *baling kasut kang *" Semua gosip luar dan dalam datang daripada tiga orang nie. Mana nak jumpa  budak guy engineer yang handsome kat asasi, hah tanya diorang!! Semua diorang tahu..haha..

Fathia nie minah Kpop plus Jpop. Suka menari kpop tarian boys group as exercise masa di UiTM Puncak Alam. Suka tengok cite anime, aku kadang-kadang tumpang sekaki gak tengok dengan dia. Sebab dulu kat sekolah, dia ambik bahasa jepun dan selalu terlibat secara aktif dalam Japan Dance Competition.



Bergambar before pergi kelas..haha



      We used to exercise depan our kolej kediaman Rafflesi 3 sebab depan nie ada gym outdoor..








Celebrate birthday Intan di rumah!! :D


   

Zaf ialah my roomate!!



Zaf dan Intan are my crime partners eating at Anjung Dengkil.. Yummy!! My favourite macaronies and Teh Tarik di UiTM Dengkil..:D



Me and my roomate, Zaf tengah handle program Karnival Selangkah ke IPTA di UiTM Dengkil.




Bergambar for the last time, masa nie Ainin, Mai dan Fathia dah balik sem..T_T




Intan, Zaf and Ain






Lastly, terima kasih korang for spent time with me. Tidur sama-sama, belajar sama-sama ,makan sama-sama dan tengok movies malam pun bersama. Terima kasih banyak-banyak for all time we spend altogether. All the memories that we create was such a great moments that I will never forget!!  I wish goodluck in your degree and career in the future!!! Ada doktor, ada farmasi and dietician. Apapun bidang yang korang ceburi I will be always support you guys!!Thanks for being my HOUSEMATE!!




P/S : Dr. Dahlia nanti I dah book you for my baby delivering in the future.haha :D

No comments: