27 May 2012

Khasiat Buah Manggis




Buah manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti Malaria, TB, penyakit kulit, cirit-birit dan dysentry. Di Thailand buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.



Bahan aktif XANTHONE dalam buah manggis mempunyai khasiat yang amat menakjubkan. Terutama dibahagian dalam kulit dan biji manggis. Ramai saintis telah mengkaji khasiat buah manggis sejak tahun 1970an. Dan manggis telah dihasilkan dalam bentuk jus supaya enak diminum selain dari mendapatkan hasil yang menakjubkan. Pelbagai masaalah penyakit dapat diatasi dengan minum jus manggis yang asli. Tiada pengawet, perisa asli dan tidak ditambah gula. Khasiat xanthone iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masaalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol , keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan insyaallah pelbagai lagi masaalah.

Selain itu, manggis juga mempunyai Cathechins, Polyphenols dan Polisakanida yang berkesan untuk menjadi ejen-antioksida semulajadi dan juga bahan anti-bakteria dan anti-kulat.

Vitamin C, Zat Besi, Niasin, Kalsium, Protein, Serat Fiber, Vitamin B1 & B2 dan lain-lain mudah diperolehi secara semulajadi dari pemakanan Manggis.

Buah Manggis
Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.Pigmennya yang keungu-unguan juga telah digunakan sebagai satu bahan pewarna.

Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.

Kulit manggis mempunya Tanin, Resin, dan Crystallizable Mangostine (C20H22O5., membentuk sisik kuning keemasan, tanpa rasa, cair pada 190° C. (374° F.), mudah larut dalam alkohol atau ether/ ester, tidak larut dalam air. Sulingan asas lead acetate boleh dihasilkan dari larutan alkoholnya. Pelarutannya dalam alkali mengurangkan larutan emas dan perak. Buah manggis mengandungi asid malik menjadikan isinya berasid. Kandungan getah yang terhasil dari pokoknya telah disiasat pada 1858, oleh N. Reitler di Makmal Wittstein (Vierteljahresschr. f. prakt. Pharm., Vol. VII, p. 170), dan didapati mengandungi 88 peratus resin, larut dalam alkohol atau ether. Penggunaan amonia memisahkannya kepada bahagian resin larut dan tidak larut. Bagi spesies Garcinia Purpurea, terdapat Kokum butter dalam biji benihnya sehingga 30 peratus, dan kebanyakannya terdiri dari Tristearin dan Oleic Glycerides dan Asid Myristic (Jahresb. der Pharm., 1896, p. 71).

Kulit buah manggis agak keras dan dengan garispusat 4-6 cm. Buah manggis terdiri daripada isi warna putih yang berukur garis pusat 3-5 cm. Bergantung kepada saiz dan masak, ia mungkin berbiji.

Rasa manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan.

Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ia mudah untuk membuka dan mengambil isinya.

Walaupun ia sudah tertanam beribu-ribu tahun, buah manggis tidak dikenali di kebanyakan tempat di dunia. Lazimnya ia ditanam di tenggara Asia dan tempat lain beriklim tropika, rasanya memang tiada bandingan. Mengandungi kulit berwarna ungu tua dan memiliki isi berwarna putih yang manis, Saiznya pula seakan sebiji oren.

Tidak cukup dengan rasa yang enak, buah manggis kaya dengan xanthone. Seperkara lagi, manggis mengandungi sehingga 5 gram serat.

“Manggis itu berada di kedudukan lebih tinggi dalam kehalusannya, jika bukan segala buah-buahan lain di dunia pun, ia adalah yang terbaik bagi zon tropika. Saya mengaku ia adalah satu kegembiraan apabila merasai nikmatnya di lelangit ketika menjamu manggis.” – David Fairchild , PhD., penjelajah pertanian, ahli botani dan pengarang.

26 May 2012

Khasiat Buah Delima



Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)


Rasulullah bersabda:
“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.”
(HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)

Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga. Barangkali biji ini adalah yang dari surga itu.” (Kisah sahabat)

Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium.

Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :

1) Membaikpulih fungsi hati dan limpa
2) Mencuci buah pinggang dan salur kencing
3) Membantu penghadaman
4) Membuang lemak-lemak berlebihan
5) Menambah tenaga
6) Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
7) Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
8) Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
9) Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
10) Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
11) Mencantikan kulit


Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-

1) Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah
2) Mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
3) Menghalang pembentukan sel barah payu dara.

 Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain .
Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu

Sekian sahaja Entry kali nie...weee....:D

24 May 2012

Khasiat Madu :D




Pengambilan madu telah diamalkan oleh manusia zaman berzaman. Ianya telah digunakan oleh masyarakat dari pelbagai benua sebagai satu kaedah rawatan semulajadi yang berkesan. Madu juga telah disebutkan didalam kitab suci Al-Quran di Surah An-Nahl ayat ke 69 sebagai penawar kepada manusia. Di dalam artikel ini kita akan melihat 7 khasiat madu yang mungkin boleh meyakinkan anda untuk meletakkan madu sebagai satu menu dalam amalan pemakanan harian anda.

1. Khasiat Madu Sebagai Pemberi Tenaga

Disamping rasanya yang manis dan sedap madu juga dikenali sebagai “penyuntik” tenaga semulajadi yang mampu mengelakkan kita dari keletihan. Rahsia kelebihan madu ini adalah pada kandungan karbohidrat dan glukosa yang dapat membekalkan tenaga kepada kita. Maka tidak hairanlah ahli-ahli sukan secara amnya ataupun pelari marathon secara khususnya mengamalkan madu sebelum bersukan sebagai penambah tenaga semulajadi.

2. Khasiat Madu Membantu Proses Pencernaan

Kita sebagai rakyat Malaysia mewah dengan pilihan makanan yang pelbagai. Oleh itu tidak hairanlah ramai diantara kita yang mempunyai tabiat makan yang buruk yang mengganggu proses pencernaan. Madu merupakan salah satu alternatif berkesan yang dapat membantu kita dalam proses mencernakan makanan. Amalkan madu setiap hari bagi mendapat sistem pencernaan yang baik.

3. Khasiat Madu Sebagai Bahan Antioksida

Di dalam madu terdapat sifat-sifat antioksida yang baik untuk kita. Antioksida disini bermaksud bahan yang membuang agen pengoksidaan yang merbahaya di dalam tubuh manusia. Dengan mengamalkan madu sekurang-kurangnya satu sudu setiap hari anda telahpun membekalkan bahan antioksida yang bermanfaat untuk tubuh anda.

4. Khasiat Madu Sebagai Penggalak Bakteria Baik

Madu berupaya untuk menggalakkan bakteria baik didalam tubuh kita dan pada waktu yang sama mengurangkan jumlah banteria yang tidak baik. Ini penting bagi memastikan tubuh kita tidak terdedah dengan jangkitan. Madu boleh dikategorikan sebagai antibiotik semulajadi termanis didunia!

5. Khasiat Madu Sebagai Ubat Sakit Tekak

Jika anda mengalami sakit tekak yang berpanjangan anda digalakkan untuk mengambil madu sebagai rawatan alternatif dan semulajadi untuk memulihkan kesakitan anda. Minum sesudu besar madu setiap kali anda mengalami sakit tekak dan ulangi bila perlu, insyaAllah masalah sakit tekak anda akan berunsur pulih.

6. Khasiat Madu Sebagai Perawat Kulit

Fungsi madu yang mengandungi bahan antibiotik yang membunuh kuman sesuai untuk digunakan pada wajah sebagai masker. Ia berkesan untuk memulihkan jerawat, membunuh bakteria dan dalam pada masa yang sama melembapkan kulit. Anda juga boleh gunakannya pada kulit yang terluka bagi menghalang jangkitan bakteria.

7. Khasiat Madu Bagi Membantu Anda Tidur

Bagi anda yang sukar tidur anda boleh mengamalkan meminum madu yang dicampur bersama susu panas beberapa minit sebelum tidur. Kandungan asid amino, vitamin dan mineral bertindak sebagai bahan penenang semulajadi yang membantu anda tidur dengan lebih lena. Amalkan meminum madu sebelum tidur bagi mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.


Fungsi Madu Dan Peranannya.

1) Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
2) Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
3) Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi
4) Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
5) Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
6) Sumber laxative yang natural dan lembut
7) Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
8) Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan

NOTA: Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri

Kebaikan Buah Tembikai :)




Pakar pemakanan mendapati buah tembikai mempunyai paras vitamin A, vitamin B6 dan Vitamin C yang tinggi.


1) Vitamin A dalam buah tembikai amat penting untuk kesihatan mata dengan mengurangkan risiko rabun malam,dan meningkatkan tahap keupayaan melawan sel darah putih- Lymphocytes dari jangkitan kuman.

2) Vitamin B6 menolong sistem imuniti mengeluarkan antibodi. Vitamin B6 mampu mengekalkan fungsi saraf dan bentuk sel darah merah.

3) Vitamin C mampu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan dari jangkitan bakteria dan virus dan melindungi badan dari radikal bebas. Radikal bebas mempercepatkan proses tua seperti katarak.

4) Buah tembikai mengandungi sumber Kalium(Potassium). Mineral kalium adalah unsur utama dalam keseimbangan air dan ujud dalam setiap sel. Tahap kalium yang rendah menyebabkan anda mudah mengalami otot kejang.

17 May 2012

Masuk Dalam Surat Khabar!!



Guest what? Cuba teka apa yang masuk dalam surat khabar? Yang buatkan Ain happy sangat-sangat. Even, editor tu 'Tersilap'. Fine, ceritanya macam nie..

         Masa tu, Ain ada pergi mendaki Gua. Ingat tak? Kalau tak pi baca post nie--> Mendaki Gua. Then, Ain buat satu artikel berita dan hantar pada Berita Harian. Finally dah keluar kemarin. So, sapa-sapa yang ada beli suratkhabar Berita Harian kemarin (16 Mei), boleh tengok sisipan SKOR SPM, m/s 6..Ceh!! Siap bagi detail yang terperinci..

Atau tada!!!!


Click this picture untuk baca artikel ini..:D



Kalau korang tengok baik-baik, ada ayat ' Oleh Nurain Syahirah Ismail'. Yes, it's me. But gambar kecil yang ada ayat 'Penulis' tu, bukan gambar Ain. Entah, editor tu tersilap kot. Pandai-pandai je editor tu teka gambar tu gambar saya. Sedih wooo..TT___TT..Gambar tu actually gambar kawan Ain, Hanisah. Glamour dia sebentar..huhuhuhu :D

Even, cikgu Mat Hussain pun suprised and cikgu siap photostat berita tu. He says " Kenapa tak mention nama cikgu jugak?" Cikgu cakap dalam nada bergurau. So kitorang gelaklah sambil balas " Lupalah cikgu.."


Ain pun lupa jugak nak letak link blog Ain. Rugi sangat-sangat, kalau tak mesti dah naik traffic blog Ain nie..hehehe

Actually, Ain terdetik nak hantar berita tu sebab nak buktikan pada kawan-kawan Ain yang Ain boleh menjadi seorang wartawan yang berkeyakinan, mantap, hebat, proaktif, dinamik, ilmiah, inovasi dan..dan..Opss!! banyaknya..okey. Stop mengarut..huhuhu

Sambung cite,,,,Sebab kawan-kawan Ain macam tak yakin Ain boleh menjadi Wartawan. Ada sapa-sapa tak tahu lagi yang cita-cita Ain nak jadi wartawan? Tak tahu, angkat jari kaki..hehehe

Okey, lepas nie panggil Ain 'Cik Wartawan'ye..Eh! Eh! Tua sangatlah. Ain masih muda okey. Panggil Ain 'Gadis Wartawan' ye..Awesome tak gelaran tu?? Masa tulis post nie, tiba-tiba muncul perkataan 'Gadis Wartawan'. Lepas nie, nak beli kamera peribadi pulak..hehehe. Besarnya impian. Duit tak cukup lagi. Baru umur 15 tahun......blablablabla.... #merepek.

Balik rumah tadi, Ain tunjuk kat Abah dan adik Ain, Uyu. Budak uyu tu dengki tau. Abah Ain cakap kejap lagi, sampai cek duit sebab dia guna artikel Ain. "Betul ke?" ..Ain rasa takkan dia nak bagi duit. But, Ain ada ucap 'Amin' masa abah Ain cakap macam tu..Harap-harap betul dapat cek walaupun tak munasabah..Just hopes It comes true..Amin..

To My All Friends, lepas nie panggil Ain 'Gadis Wartawan' ye........
Ceh!! Tak habis lagi merepek..Kbai, nak pi menghafal.