30 April 2012

Perdana Menteri akan datang Gua Musang!



Wah!! Ain betul-betul excited nak tengok PM. Ya lah, beliau kan pemimpin negara kita. Beliau akan merasmikan Program Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Pusat Sivik.

Sekarang nie, Ain perhatikan, dah banyak kereta. Dalam radio pun ada diwar-warkan. Ramai jugak DJ radio yang nak datang. Ain rasa, mesti masuk TV3..hehehe...Abah Ain cakap, selepas ni mesti sesak bandar Gua Musang sebab ramai yang datang. YB, YAB, Dato', Datin semua datang.

For your information, Karnival BRIM ini diadakan selama 3 hari. bermula dari 3 Mei hingga 5 Mei. Pada 5 Mei nanti lah, PM datang pada pukul 4ptg lebih..Cehh..tahu belaka Ain..

Pada 3 Mei, rasanya ada buat sukan rakyat dan sukaneka. Malam tu ada Forum (Ceramah)..
Then, pada 4 Mei ia adakan Pameran produk 1Malaysia.
Finally, 5 Mei perasmian dan ada persembahan.
Macam tu lah aktivitinya, kalau tak silaplah...hehehe..Ain pun tahu daripada Radio FM.

Time nak balik rumah, Ain mesti akan tengok kat Pusat Sivik. Dah banyak khemah yang didirikan. Malangnya, tak sempat nak ambil gambar sebab abah pandu cepat sangat.

So, kat sini Ain nak ucapkan " SELAMAT DATANG KE GUA MUSANG, PERDANA MENTERI"

11 April 2012

EXPDC Mendaki Gua Musang




Assalammualaikum,

       Walaupun letih selepas  balik dari mendaki  gua, Ain gagahkan jugak diri Ain untuk menaip Post kali nie. Habis lebam badan Ain nie sebab gelongsor waktu nak turun bukit.

 Meh Ain cite dari awal hingga akhir. Ain dan kawan-kawan kena berkumpul di kantin sekolah dulu. Masa tu lebih kurang pukul 9pg. Selepas semua peserta datang, cikgu suruh kitorang duduk dalam kumpulan masing-masing. Ain dalam kumpulan 5 sekali dengan Zara, Hanan, Aidah, Amal, Suzi, Najwa, Zulaikha, Hanisah dan adik Ain, Uyu. Ramaikan? Semua sekelas dengan Ain, 3 Mekah. Jadi, kitorang memang 'galak'. Asyik suka-suka je masa nak daki gua tu. Diorang ada juga cakap pasal "Kalau ada orang jatuh, hanya 2  perkara perlu buat. Iaitu, tengok dan suka." LOL, memang kelakar ayat tu.


Selepas siap berada dalam kumpulan masing-masing, kitorang berjalan kaki dari sekolah ke Stesen kereta api lama. Kat situ, ada sikit taklimat. Kitorang pulak sibuk bergambar. Biasalah, budak remaja sekarang nie, suka bergambar je.. LOL..hehehe







Sebelum masuk gua kita kena ikut jalan 'kaki bukit' Memang banyak pokok kat situ. Ain pulak sibuk duk perhatikan seluar trek Ain ni, takut pacat bertenggek kat seluar Ain. I really hate you, lintah!  Pacat dengan lintah jenis yang sama kan? Oooo...Whateverlah!



Lepas tu, kitorang terpaksa mengharungi pintu gua yang tersangat sempitnya. Finally, Ain dah sampai dalam gua. Cerahlah jugak dalam gua tu sebab ada lubang besar yang membenarkan cahaya matahari masuk. Ceh..Klassnya ayat Ain...hehehe





Kat dalam gua tu, kitorang terpaksa tunggu beberapa minit, tunggu giliran nak panjat cerun yang licin. Kan malam tu kan hujan, jadi, cerun jadi licin sikit. Kitorang kena panjat cerun tu one by one dengan guna tali. Nak selamatlah katakan.....

Masa tu lah, tapak kasut sukan Ain nie tercabut sebelah, lepas tu sebelah lagi. Sedih sangat-sangat masa tu. Tak dapat dah Ain nak imagine macam mana rasa kaki Ain masa tu. Time tu jugaklah kitorang nampak buaya. Buaya tu gigit kaki Hanan. Kaki Hanan pun berdarah. Okey, Ain reka cite....huhuhu.....Sowwy....
Actually, kita just nampak batu yang bentuknya macam buaya.



Then, kitorang masuk dalam gua tu. Masa tu gelap sangat-sangat. Tak nampak apa-apa pun. Nasib baik Ain bawak lampu suluh. But, Hanisah mintak nak pegang. Ain just bagi kat dia tanpa pikir apa-apa pun. Hanisah jalan lambat sekali dengan Amal, Hanan, Aidah,dan Zara. Ain kat depan. So, Ain terpaksa melangkah dalam gelap. But, nasib baik Amalin dengan Haifaa pimpin tangan Ain. Thanks you guys.

Kemudian, kitorang nampak cahaya. But, kitorang terpaksa mengharungi satu cabaran lagi iaitu, panjat dinding gua guna tali. Memang mencabar sangat. Kesian kat Amalin, dia beberapa kali jatuh sebab tergelincir.




Lepas tu, kitorang meneruskan perjalanan dengan mendaki gua bertemankan pokok-pokok kecil. Ada jugak pokok yang berduri. Kesian kat Zulaikha, tangan dia luka sebab kena batang pokok berduri tu lah. Hish! Bad Tree! You're really bad tree!




Panjat punya panjat, finally sampai jugak di puncak gua. Alhamdulillah, Ain memang teruja sangat tengok Bandar Gua Musang dari atas. Semuanya nampak kecil je macam model bangunan. Memang menakjubkan ciptaan Allah! Apalagi, kitorang pun bergambarlah. Tahu tak? Senior lelaki pasang bendera PAS kat puncak tu. Jadi, sapa yang tinggal di Gua Musang yang nak tahu puncak mana kita sampai, cari bendera PAS...huhuhuhu








Kat atas tu, Ain just makan Roti Coklat. Air botol yang Ain minum rasa sedap sangat-sangat. Lama jugak duduk di puncak gua tu. Rasa-rasanya dekat 45minit.


Finally, tiba masa kitorang turun gua. Masa turun gua memang mencabar sangat. Kitorang terpaksa turun sambil duduk untuk seimbangkan badan takut  tergelincir. Eka hampir-hampir tergelincir. Jadi, Eka pun gelonsor. Habis kotor baju dia.

Hanisah pulak sempat nyanyi lagu "Siapa rasa gembira, tepuk tangan." Pak! Pak! <--bunyi tepuk tangan. Time tu, Ain sempat rakam diorang nyanyi. Tengok kat YOUTUBE ye....





Masa sampai kawasan gelap dalam gua yang Ain cite tadi, budak laki duduk bertenggek atas batu. Actually diorang nak usik budak perempuan dengan pura-pura jadi hantu. You know, tempat tu kan gelap. Turun punya turun finally, kitorang sampai jugak di stesen kereta api. Then, kitorang pun ambil nasi bungkus dan air botol. Sebenarnya, kitorang cadang nak pi KFC, but kitorang cuma bawak duit sikit je..Then, abah Ain sampai. THE END

P/S : Panjangnya ayat Ain. First time buat post panjang macam ni..hehehehe....Kbai. Nak urut kaki dengan ubat TYT. Tangan Ain nie pulak habis merah sebab gatal.

06 April 2012

First lucky, then unlucky

ASSALAMMUALAIKUM,,,


First lucky, then unlucky.

Itulah ayat yang boleh disamakan dengan hidup ain. Ain memang bertuah. But di sebalik bertuah tu Ain unlucky. Tak faham? Meh Ain cite dari awal hingga akhir. Tadi Ain check email. And I got this:



Apalagi, melompat-lompatlah Ain. Dapat tempat no.1 pulak tu.. Lepas Ain replay email tu, beberapa minit kemudian dia balas ;



So, Ain pun menjerit."Oh! NO!!!" Rugi sangat-sangatkan? link-->link

Selain tu, Ain juga dapat email yang Ain dapat Churpie Plushie dari Churp Churp. Tak caya? :



But perkara yang tak bertuahnya ialah, dia suruh Ain pergi ambil sendiri patung tu di pejabat kat Kuala Lumpur. Kan naya tu? Sedihnya....So, sapa-sapa kat sini sudi nak tolong Ain ambilkan Churpie Plushie tu sebagai wakil. Nanti, Ain bagi bukti emel tu kat awak ye.....Emel Ain ye : nurainlife@yahoo.com
Ain berharap sangat-sangat ada yang sudi nak tolong. Can you?




Kbai. Nak sambung nangis..Huwaaaaaaa